TERKENANGKAN SESEORANG...
Salam. Good day!
Pernahkah anda mengingati seseorang, dan tiba-tiba orang itu muncul ataupun sms anda bertanyakan khabar? “Hah, panjang umur..” itulah ungkapan yang biasa kita ucapkan. Betul tak?
Saya pernah dan banyak kali mengalami situasi ini. Pernah suatu ketika, saya teringatkan seseorang (kawan perempuan yee..) yang saya namakan N. Sokmo teringatkan die. Tapi takde pulak inisiatif nak sms die, or calling die ke. Teruk betul lah. Bukan ape, cume terfikir maybe tiba-tiba aje ingatan ni. Nanti hilanglah.. lama-kelamaan ingatan tu makin pudar. Sampailah satu hari, saya terjumpa dengan adik N ni. “Kak Ida baca doa ape kat saya ah... saya sokmo teringat Kak Ida. Kak Ida je dok teringat ke saye..huh” kata N buat-buat merajuk. “Eleh, ngade-ngade... ni mesti rindu Kak Ida ni kan. Bakpe dok sms ke, telefon ke.. Ke ade wat salah ni..dok pung kutuk Kak Ida..ye dok?” duga saya. “Dok baik buruk sangka tu.. orang ingat sokmo kat die. Dakpe-dakpe..hehe” gurau adik N balik. Selepas itu kami pun berbual seperti biasa.
Selepas itu saya terfikir balik.. patut lah asyik teringat adik ni, rupanya adik ni pun teringatkan saya. SubhanaLlah. Ini lah yang dikatakan keberkatan ukhuwwah. Apabila kita teringatkan sahabat kita, yang paling afdhal adalah mendoakan kesejahteraan die..walaupun dia tidak tahu kita mendoakan kebaikan padanya. Paling tidak pun sms pada sahabat kite. Saya pernah sms pada sahabat-sahabat yang diingati, ada yang berbalas, ada yang sunyi sepi je. Takdok kredit agaknya saya menduga. Tak mahu sangka buruk. Ataupun memang jenis sahabat kite yang jenis tak suke balas sms. Ni pun ada jugak perangai gini.. kalau kita ikhlas mengingati sahabat, tapi orang lain tak ingatkan kita...it’s ok. Bukan ke kita dah dapat kebaikan di sisi Allah dengan berbuat baik pada orang lain. Orang lain tak mahu hargai, takpelah. Huhu..macam sedih je.
Aura ukhuwwah ini memang hebat. Saya masih ingat mase usrah di universiti dulu.. masa itu, masih budak-budak lagi dahagakan ilmu agama yang disampaikan oleh naqibah dan ustaz di masjid. Pernah diceritakan,ahli-ahli ikhwanul muslimin mampu untuk merasai masalah yang dihadapi oleh sahabat-sahabat mereka walaupun terpisah ribuan batu jauhnya. Apabila dapat merasakan sahabat mereka dalam kesusahan, mereka terus pergi kepada sahabat mereka datang membantu tanpa diminta. Mereka bukan meneka, tapi memang benar-benar sahabat mereka ditimpa kesusahan. Malahan boleh tahu apa musibah menimpa sahabat mereka itu. SubhanaLlah..hebatnya orang-orang ini. Meremang bulu roma mendengar kisah ini. Saya terfikir, walaupun dah bertahun-tahun aku duduk dalam jemaah..masih jauh lagi rupanya perjalanan aku. Masih kerdil lagi aku dibandingkan kehebatan para pejuang yang lain... Kalau setakat nak balas sms dan emel pun tak lulus lagi..huhu
Dalam saya menulis pasal aura ni, saya terjumpa satu artikel dari H.M Tuah. Nak katakan saya peminat setia penulis ni taklah sangat.. Cuma saya selesa dengan penulisan die dan idea-idea yang mudah difahami. Kalau ke kedai buku, mesti cari nama H.M Tuah atapun Kang Habib. Even tajuk novel mereka jiwang-jiwang gitu, boleh dipercayai untuk membelinya insyaAllah . Jom kita hayati;
Apabila anda mengingati seseorang dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah menghantar gelombang minda kepada orang berkenaan. Anda mungkin akan mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik; dalam masa yang sama InsyaAllah dia akan mengingati yang baik-baik juga tentang anda.
Maka kerana itulah, sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama tidak anda temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang-siur.
Barangkali kerana itulah, sesetengah gelombang minda ini lambat sampai kerana begitu banyak berdepan dengan cabaran dalam pengembaraannya. Tatkala A teringatkan B dan A segera menghubungi B, B sudahpun memikirkan hal lain. Mungkin B akan berkata,” Ya, saya memang terkenangkan awak tetapi itu tiga hari yang lepas”.
Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunyai jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik-beradik kembar dan rakan seiras.
Apakah anda tidak merasakan betapa imaginasi sebenarnya mampu melakukan jauh lebih hebat daripada apa yang anda fikirkan? (Aku Di Hatimu-H.M Tuah)
Saya masih ingat.. YOU ARE WHAT YOU EAT-DO-WANT-THINK. Saya dapat ilmu dari satu program di ‘KL’. Jika kita fikir positif, maka aura positif akan terpancar dari tubuh dan wajah kita. Jika sebaliknya, memang jelas ke’negatif’an yang kita rasai. Senyum itu adalah sedekah. Kenapa senyum itu sampai jadi sedekah? Senang sahaja, senyuman yang ikhlas kepada seseorang adalah umpama mendoakan kebaikan kepada orang tersebut. Aura kebaikan yang kita salurkan kepada orang itu akan mengalir kepadanya, maka secara automatik orang itu juga akan tersenyum. Cuma bab senyum ni, ada macam-macam senyum. Ada senyum sinis, senyum tawar, senyum paksa, senyum ada makna, dll. Terpulang pada persepsi masing-masing. Namun ada juga masanya kita senyum tapi orang buat dek je. Mungkin aura kita tak kuat kot..hehe. Takpelah tak mau senyum pun, asal kita tak buat orang lain susah.
Bagaimana nak cipta aura yang hebat? Pada pendapat saya, tak perlu modal yang banyak pun. Jaga diri dan iman, jaga solat, jaga hati maka aura kebaikan akan terpancar jelas. Tak yah lah nak susah-susah beli penapis air bio aura..huhu. ok, selamat mencuba dan mencipta aura positif. Moga kita sentiasa positif dan optimis. insyaAllah.
2 comments:
Asalamualaikum.. Saya nak tanya.. Apa maksud ingatan yg tiada gangguan? T.kasih :-)
Sy semasa tu sedang solat, sy teringatlah pada lelaki yg sy kenali waktu kecil yang sudah lama tak berjumpa. Lepas habis solat tu sy terkenanglah masa sy kenal dia. Kami tak pernah berbual tapi dia masih ada difikiran sy. Lagipun saya xpernah contact dia pun.. harap dia baik² ja serta hidup bahagia
Post a Comment
Apa komen anda...?