"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Muke hudoh sepang...

Salam and good day!


"Cikgu... cikgu rase orang motor hok mane se lagi hensem..?" tanya Mimi...

"Haah cikgu... motor lama ke motor baru...?" tambah Ilham..




3 beradik ni sempat posing sebelum masuk kelas...
Mood diorang hari tu bagus sangat.. pakai baju raya lagi..hehe
Belakang tu 2 jenis motor..motor lama ke motor baru...?




Mimi dan Ilham... mereka membesar depan mata saya..
Dah 3 tahun mereka belajar bersama saya..




Muhammad Naquib.. Hensem boy..
Baru 5 tahun tapi sangat berdedikasi nak belajar..
Mengantuk sangat sampai terlentuk kat tangan saya...




Kebetulan masa tidur adalah waktu kelas... nak buat macamana...?
Sebab tu die mari je kelas, terus mengaji. Lepas tu nak tidur, tidurlah..
Dulu selalu ponteng kelas..TIDUR kat umah
Tahun 2011 ni, semakin RAJIN mari kelas. Ye lah dah besar..
saya suka budak yang rajin belajar.. kalau tak pandai saya ajarkan...!
insyaAllah..





"Kenapa awak tanye..? Awak rase yang mana lagi hensem?" saya melayan kerenah budak-budak ni yang makin matang. Tapi tension sebab banyak sangat nak tanya!

"Kite rase orang motor lama lagi hensem... " kata Ilham.

"Haah, orang motor lama lagi hensem. Orang motor baru tu hodoh sepang.. dah lah ada misai dan janggut, hitam pulak tu...eeeeiii..." tambah Mimi.

"Awak ni.. tak baik tau kutuk orang gitu..." kata saya.

"Dah memang die dok hensem... kite cakap betullah.." kata Mimi menyokong kata-katanya tadi.

Saya terdiam seketika... Sebenarnya kelas diorang 3 beradik ni special. Saya suka ajar semua benda.. sirah perjuangan, kisah sejarah, sains dll. Mengaji tu memang wajib (termasuk fardhu ain, tajwid), selingan mesti ada untuk pengetahuan mereka. Lagipun memang jenis saya suka bercerita, untuk pengajaran diri sendiri jugak sebenarnya..

"Gini lah... awak pernah dengar tak nama Bilal Bin Rabah..?" tanya saya membuka cerita.

"Oooo... yang orang hitam gelap tu... yang pandai azan tu...?" kata Mimi..

Aduh lah budak ni.. cakap semberono je... tak berlapik langsung...

"Allah tidak pandang muka orang cantik, hensem atau lawa... kulit putih atau merah.. Tetapi sesiapa yang paling takut pada Allah, orang itulah yang Allah sayang.. dok kire lah orang tu hitam ke, cacat ke..dll.."


"Haah.. cikgu. Ustazah kite kat sekolah bagitau.. Bilal sanggup diseksa.. kene letak batu lah... kene pukul lah... kesiankan die..." sampuk Mimi.

"Haa... tau pun.. Awak sanggup tak kene tindih dengan batu macam tu..?"

"Woh... sakit lah kite kene tindih ngan batu besar cikgu...!"

Saya tergelak.

"Bilal ni sangat disayangi oleh nabi. Bilal pernah bermimpi jumpa Rasulullah dalam tidurnya, dan bercakap dengan Rasulullah. Selain tu, Rasulullah pun pernah mendengar bunyi terompah Bilal di dalam syurga... hebat tak Bilal..?"

"Hebaaat..." jawab mereka serentak.


Allah telah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman. Dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (QS al Hujurat:11).

"Kalau nak masuk syurga kene buat baik, sayang semua orang, jangan buat jahat.. Awak semua nak masuk syurga ke neraka...?"

"Cikgu ni...mestilah nak masuk syurga.. "

"Sebab tu, kalau kite jumpe orang yang hodoh, cacat atau selekeh... jangan sesekali kite ejek diorang. Berdosa tau.. Mane tahu, mereka tu lagi baik daripada kita... Mana awak nak pilih, sayang manusia atau sayang Allah..?"

"Mesti lah kite nak sayang Allah" jawab mereka.

"Macam tu lah baru betul.. lepas ni jangan kutuk lagi orang lain...ok?"

"Oklah..." jawab Mimi walaupun jawapannya selamba je...


ape-ape je lah budak zaman sekarang ni.. Macam saya masa kecik jugak lah, banyak tanya soalan.. dah lah soalan kadang-kadang yang tak logik... selalu kene jerkah sebab tanye soalan yang susah nak di explain kan..huhu. sekarang saya pulak merasa peningnya nak menjawab...

Walapun hari tu diorang banyak tanya soalan... saya jawab dengan baik..hehe. Ye lah, mood tengah ok, lagipun diorang pun nampak rajin dan lancar mengaji hari tu... BAGUS. Teruskan usaha kalian!


Read More......

Kursus Pra Perkahwinan

Salam and good day!






Kursus pra perkahwinan.. Bukan saje-saje nak promote
orang dalam gambar ni yee.. :)
-Gambar Hiasan-






KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM





Tarikh:
29 & 30 April 2011
29 & 30 Julai 2011
14 & 15 Oktober 2011






Tempat:
Kuala Terengganu sahaja



Yuran:
Masih lagi RM50.00




Berminat untuk menyertai?




Hubungi:
09-6262 590 / 013-992 5813






Anjuran:

Raudhah Ilmi Enterprise
dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu





AlhamduliLlah dapat jugak update blog hari ni.. Maklumlah orang busy katekan..hehe. Baru je selesai menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Balakong, Selangor. Tak sangka dapat bersaudara dengan orang Boyan pulak. InsyaAllah saya akan post artikel special pasal majlis tu..




Sebut kursus kahwin ni, mesti orang yang dekat-dekat nak kahwin baru sibuk nak pergi kursus. Tak perlu tunggu-tunggu nak pergi kursus ni.. Saya dah 4 tahun lepas kot ambik kursus kahwin ni, di KUSTEM (sekarang UMT). Masa tu batch paling ramai join kursus kahwin anjuran syarikat dengan kerjasama JHEAT. Lebih kurang 200 lebih. Penuh dewan kuliah masa tu.. Teringat kembali masa zaman universiti dulu-dulu..huhu.




Kenapa ya kene pergi kursus kahwin? Susah-susah je.. kahwin terus kan senang..hehe. Gitu lah pikiran orang yang nak senang je.. Bagi saya, tarbiyyah sejak dari awal pembinaan keluarga itu penting untuk memastikan generasi yang lahir selepas itu adalah yang soleh dan solehah. Masa kursus dan sebelum akad pasangan perlu diingatkan akan tanggungjawab masing-masing. Kalau orang yang ada agama, insyaAllah semua ilmu dah ada dalam kepala.. Tapi bagaimana pulak dengan orang yang jahil? Siapa yang nak ingatkan mereka? Gitu lah kirenye..






Kahwin itu sunnah nabi dan fitrah manusia. Jadi apa-apa sahaja yang membawa kebaikan maka buatlah... cuma jangan sampai menyusahkan nak kahwin. Ok, dah lah pasal kahwin ni... Sape2 yang nak join kursus ni, silakan contact nombor yang saya tulis kat atas tu.. Terbuka kepada semua, terutamanya orang Terengganu atau bakal suami/isteri orang Terengganu.. :)








Read More......

InsyaAllah versi Melayu

Salam and good day!
Tak kire versi melayu ke, English ke, Turki ke, korea ke...insyaAllah semua nya sedap didengar.. Macam orang melayu tulen pulak yang nyanyi kan... Moga kita hayati bersama-sama... :)


video

Read More......

Mahkamah tentukan jumlah saman kepada polis

Salam and good day!




(Gambar fail: Dr Hatta bersama peguamnya, Mohamed Hanipa menunjukkan dokomen mahkamah yang memutuskan polis perlu membayar ganti rugi kepada Dr Hatta)


Mahkamah tentu jumlah saman Dr Hatta terhadap polis

Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 9 Feb: Mahkamah Tinggi Kuantan akan menetukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini.





Menurut Dr Hatta yang dihubungi Harakahdaily, hari ini berlangsung perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak namun jumlah sebenar tuntutan belum boleh diputuskan.





Dr Hatta, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu.





Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad.





Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.





Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit.





Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah. Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan dikeluarkan.





Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.





Anggota-anggota polis yang melakukan serbuan dan tangkapan keatas premis tersebut telah merampas segala peralatan sistem bunyi (P.A. System) dan secara kasar yang telah mengakibatkan kecederaan pada plaintif keempat.





Berikutan itu, mereka bertiga telah ditahan, digari dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Rompin untuk disoal-siasat sehingga keesokan harinya.





Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate.





Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan.





Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.





Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power).





Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah.



p/s: Teringat peristiwa hitam di Batu Burok... 2 orang ditembak peluru hidup.. Saya yang ada masa kejadian (walaupun tak tengok orang kene tembak) memang tak leh lupa 'kedahsyatan' hari tu. Nak pergi dengar ceramah je, tapi 'dihebohkan' macam nak perang pulak...ish ish..

Read More......

The Awakening



Salam and good day!







All night, a man called “Allah”
Until his lips were bleeding.
Then the Devil said, “Hey! Mr Gullible!

How comes you’ve been calling all night
And never once heard Allah say, “Here, I am”?

You call out so earnestly and, in reply, what?

I’ll tell you what. Nothing!”





The man suddenly felt empty and abandoned.
Depressed, he threw himself on the ground
And fell into a deep sleep.
In a dream, he met Abraham, who asked,
“Why are you regretting praising Allah?”





The man said, “ I called and called
But Allah never replied, “Here I am.”

Abraham explained, “Allah has said,

“Your calling my name is My reply.
Your longing for Me is My message to you.
All your attempts to reach Me
Are in reality My attempts to reach you.
Your fear and love are a noose to catch Me.
In the silence surrounding every call of “Allah”
Waits a thousand replies of “Here I am.”





~ Jalaluddin Rumi ~







SubhanaLlah...



Read More......

Situasi Revolusi Mesir



Salam and good day!






Dari kiri; Zbigniew Brzezinski, Mohamed El Baradei dan Hosni Mubarak




"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujuraat 49:6)







Umumnya, kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang, pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya.







Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat. Inilah yang berlaku di Mesir, Yaman dan Tunisia.







Kezalimanan pemimpin kerajaan yang memerintah secara diktator selama berpuluh-puluh tahun mendorong rakyat membentuk parti baru bagi menjatuhkan kerajaan dari parti sedia ada. Dalam tempoh tersebut juga, wujud golongan ulama yang cuba berjuang melalui politik walaupun tindakan tersebut adalah di luar kehendak mereka. Memandangkan syariat Islam dicemari oleh pemimpin Islam sendiri, maka para ulama menyuntik semangat golongan pemuda untuk berjuang secara berparti tetapi di atas landasan syariat yang betul.







Apabila parti berlandaskan Islam dalam sesebuah negara mula menampakkan peningkatan sokongan setiap kali pilihanraya, maka ia sesuatu yang membahayakan kepimpinan Illuminati. Konspirator dari Illuminati perlu mengekalkan pemimpin-pemimpin Islam yang diktator seperti Zain El Abidine Ben Ali (Tunisia), Hosni Mubarak (Mesir) kerana mereka ini berperanan sebagai modal akhir Illuminati untuk menghalang kebangkitan ulama Islam serta daulah Islamiyah.







Di dalam situasi di Mesir, pilihan raya umum sebenar dijangka berlaku pada September 2011 ini. Sekiranya CFR (Council on Foreign Relation) tidak mewujudkan revolusi dan membiarkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin memenangi kerusi parlimen maka dasar luar Mesir akan tidak menyebelahi Amerika dan Eropah. Kemungkinan daulah Islamiyah akan terus berkembang dan mempengaruhi negara-negara Islam seluruh dunia.







Untuk mengatasi pengaruh Ikhawan, CFR bermula mencetuskan demonstrasi melalui NGO-NGO awam yang sebahagiannya menerima sumbangan kewangan rahsia dari CFR.







Demonstrasi yang diadakan sempena Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011 itu berlaku di luar jangkan. Ia dihadiri ramai golongan belia dan masyarakat sehingga tidak dapat dipastikan siapa yang menggerakkan rakyat ke acara demonstrasi itu.







Di dalam kesibukan rakyat menentang kediktatoran Rejim Mubarak, tiba-tiba muncul wira palsu iaitu Muhammed el Baradei yang sanggup turun padang membantu memperjuangkan suara rakyat menentang kerajaan Mubarak.







Kita percaya El Baradei adalah ayam tambatan CFR untuk memikat hati golongan rakyat yang marahkan kezaliman Mubarak. Sekiranya El Baradei berjaya membawa mandat rakyat sehingga menjatuhkan parti Mubarak dalam parlimen maka sudah pasti El Baradei akan dikenang sebagai wira rakyat.







Jika dalam tempoh sebelum Mac 2011 El Baradei berjaya memegang Presiden Mesir sementara, maka beliau hanya mempunyai 5 atau 6 bulan untuk menunjukkan kehebatan kepimpinannya kepada rakyat Mesir sebelum pilihan raya umum negara itu pada September 2011.







Kita yakin dalam tempoh 5 – 6 bulan itu, kerajaan Amerika dan Eropah akan bertungkus-lumus membantu El Baradei menaikkan taraf hidup rakyat Mesir yang masih jauh ketinggalan ke belakang berbanding negara-negara Islam lain.







Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission.







Adakah 5 hingga 6 bulan cukup untuk mengubah pemikiran rakyat Mesir daripada menyokong calon Ikhwan Muslimin?



Ya, ia cukup. Sekiranya dalam tempoh tersebut gaji pekerja awam berjaya dinaikkan dan aktiviti jemaah Ikhwan diberi ruang seluas-luasnya maka El Baradei akan digelarkan sebagai hero Mesir. Kebebasan yang diberikan El Baradei untuk Ikhwan melaksanakan aktiviti jemaah akan dipandang mulia dan penuh Islamik.







Kesan daripada perubuhan-perubahan besar tersebut, kemungkinan pada pilihan raya calon-calon bebas dari Ikhwan Muslimin akan bermurah hati untuk sama-sama menyokong El Baradei memegang tampuk pemerintahan Mesir.







Maka dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak.







Desakan Agar Ikhwanul Muslimin Memerintah Mesir



Lanjutan dari ketegangan dan kekenduran sokongan terhadap Mubarak, banyak pertubuhan Islam sedunia majoritinya mengesyorkan agar Ikhwan kembali semula ke pentas politik setelah mereka membuat untuk tidak menyertai politik pada November 2010 lalu. Keengganan menyertai pilihanraya dibuat kerana tidak puas hati dengan sistem berat sebelah kerajaan Mesir dalam pilihanraya umum.







Namun begitu, apakah tindakan yang harus diambil kepimpinan Ikhwan, bertanding atau membiarkan El Baradei menguasai kebangkitan rakyat? Ia sesuatu yang sukar kerana kedua-duanya jalan perangkap. Dalam hal ini kita berserah kepada kebijaksanaan pimpinan Ikhwan untuk menilainya.







Kesimpulan



Jika dilihat pada logiknya, apakah faedahnya Ikhwan menyertai revolusi ini sedangkan ia sudah mampu mencapai 21% kerusi parlimen pada penglibatan pertamanya dalam pilihanraya 2005 lalu? Situasi sekarang membuktikan bahawa CFR tahu Ikhwan mampu mengalahkan parti Mubarak pada September 2011 ini.







Oleh itu, langkah mewujudkan kebangkitan rakyat lebih awal adalah taktik ampuh bagi menyekat penguasaan Ikhwan secara adil. Atau setidak-tidaknya memastikan pentadbiran baru kerajaan Mesir dipenuhi agen-agen asing yang menyamar dalam pentadbiran Ikhwan.







Kita percaya, kepimpinan Ikhwan sebahagiannya mengetahui taktik CFR ini yang cuba mencipta revolusi ‘sintetik’ sebelum ahli-ahli Ikhwan merampas parlimen Mesir. Namun, sebagai organisasi yang berpengalaman lama, maka menunggu masa untuk menyingkirkan agen-agen asing dalam Ikhwan adalah lebih utama agar pertubuhan itu tidak menghadapi masalah dalam pilihanraya akan datang.





Wallhu’alam…





(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)







Read More......

Ya Allah, Selamatkan Rakyat Mesir!

Salam and good day!



video


Bila tengok video ni, teringat masa Bersih dulu... SubhanaLlah, hanya Allah saja yang tahu semangat yang berkobar-kobar pertama kali turun padang berdemo bersama-sama sahabat yang lain menuntut PRU yang lebih adil. Ingat lagi dulu dari SOGO sampai lah Istana Negara jalan kaki. Rasa nak patah pinggang..huhu. Tapi tetap teruskan perjalanan sebab bersemangat tak kira sakit atau susahnya nak teruskan perjalanan. Adakalanya berjalan, adakalanya berlari-lari anak... lari laju pun ye jugak sebab macam polis kejar masa tu... Takut, teruja.. macam-macam perasaan ada.. Ketika tu hujan lebat tiba-tiba... memang basah lencun saya tapi hujan itu bagaikan rahmat Allah yang merestui perjalanan kami. AlhamduliLlah semuanya selamat, takde kene 'tembak' dengan air. Kalau kene tak tau lah macamana saya masa tu..

Moga Allah selamatkan dan kuatkan semangat rakyat Mesir yang berjuang demi menuntut keadilan mereka. Takbir! Reformasi yang diinspirasikan dari Tunisia ini dijangka akan diikuti negara Islam yang lain. Rakyat negara lain dah pandai dan bijak membuat penilaian. Bila tau keputusan PRK Tenang, insyaAllah kita redha dengan keputusanNya. Namun, sedih sebenarnya bila lagi rakyat negara kita akan celik politik dan bijak membuat penilaian. Percayalah, setiap hati-hati manusia ni dalam genggaman Allah. Yang penting kite buat kerja sungguh-sungguh untuk menangkan Islam. Menang atau kalah Allah yang tentukan. Langit bukan selalu mendung. Kalah bukan bererti gagal atau lemah. Pendek kata, kemenangan tertunda di PRU kelak insyaAllah. Takbir!




Pemuda PAS teguh bersama rakyat Mesir
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melahirkan pendiriannya akan berdiri teguh bersama rakyat Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahankan kedaulatan negara, memperbaiki kestabilan politik dan ekonomi serta mengembalikan kesejahteraan rakyat.

Mereka turut menolak sebarang bentuk pengaruh daripada Amerika Syarikat dan Israel dalam pembentukan polisi Mesir, di samping berharap agar pemerintahan baru di negara itu dapat membantu negara umat Islam di Palestin secara konsisten dan menjadi asas kepada kesatuan negara-negara Arab di Timur Tengah.

Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi menegaskan, DPPP mengutuk keras sebarang bentuk kekerasan dan kekasaran yang dilakukan oleh regim Hosni Mubarak terhadap peserta demonstrasi serta menuntut agar desakan mereka dilayan secara profesional dan adil.

Menurut beliau, ini termasuklah membebaskan kesemua tahanan peserta demonstrasi dan pengamal media kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sebarang usaha ke arah pembubaran Parlimen Mesir dan penganjuran pilihanraya umum yang telus dan bersih.

"Pihak penganjur pilihanraya mestilah bebas daripada sebarang campur tangan parti politik, di samping menjamin kebebasan media untuk melaporkan perkembangan dan hasrat rakyat kepada pengundi dan masyarakat luar," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi memorandum khas DPPP yang diserahkan bersama memorandum yang diserahkan oleh para pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO kepada kedutaan Mesir, di sini, hari ini.

Menerusi memorandum itu, DPPP turut melahirkan sokongan dan komitmen solidariti kebangkitan rakyat Mesir menentang regim autokratik Hosni Mubarak.

"Penentangan rakyat Mesir adalah manifestasi penolakan prinsip ketidakadilan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah sejak beberapa dekad yang lalu," katanya.

DPPP turut mengucapkan tahniah khususnya kepada golongan muda yang berani dan aktif menyertai agenda revolusi bagi menuntut keadilan dan pembaharuan di Mesir.

"Malah, kami mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban mahupun tercedera dalam saingan revolusi ini," tegasnya.

Pergolakan politik di Mesir kini adalah ekoran kejatuhan regim pemerintah Zein Al-Abidin di Tunisia lalu menjalar ke beberapa buah negara jiran lain termasuk Yaman, Oman, Algeria dan Jordan.

Dengan perkembangan terbaru yang berlaku di Mesir, DPPP turut menjangkakan teori domino itu akan terus berantai sehingga memberikan kesan revolusi keadilan sedunia.

"Namun melihat perkembangan pergolakan politik hari demi hari di Mesir, DPPP melihat situasi semakin kritikal apabila pihak pemerintah tidak mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan perkara pokok dan sebenarnya.

"Sebaliknya, mereka melakukan pembantaian terhadap peserta demonstrasi seperti menembak dengan menggunakan gas, air dan pukulan terhadap mereka. Malah lebih parah lagi apabila hubungan komunikasi melalui media baru dan telefon disekat untuk memadamkan kemaraan rakyat," katanya.

Jelas, menurut beliau, sikap yang ditunjukkan itu telah mencabul hak asasi manusia dan memburukkan wajah demokrasi di Mesir.

Berdasarkan pendedahan-pendedahan media antarabangsa, pihak berkuasa Mesir telah mengambil pendekatan kekerasan untuk mengawal dan meredakan keadaan.

"Walau bagaimanapun, desakan terhadap agenda reformasi, kestabilan, demokrasi dan kebebasan tetap menjadi agenda utama dan kami menyokong usaha tersebut," tegasnya.

Beliau berharap agar hasrat DPPP yang disuarakan melalui memorandum itu dapat disampaikan kepada pihak-pihak simpatisan dan pejuang revolusi kebangkitan rakyat di Mesir.

Read More......