"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Opick Feat Mellly Goeslaw "Takdir"

Salam and good day!




Firman Allah yang bermaksud:

"..dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara" (Surah Al-Ahzab 33: 3)


First time dengar lagu ni, terubat dan 'tersenyum' mendepani segala cabaran dan dugaan yang dihadapi... Sebagai Muslim, solat dan Al-Quran sebagai teman sejati di kala susah mahupun senang.. Namun, saya amat senang dengan nyanyian mahupun muzik yang apabila didengari bisa mendekatkan diri padaNya.. InsyaAllah.


Ya Allah, Engkau tidak pernah menghampakan hambaMu yang sentiasa berharap belas dan ihsan dariMu.. Malah Engkau akan memberikan dan menambahkan yang terbaik dari ilmuMu yang hambaMu sendiri tidak pernah terfikirkan. SubhanaLlah!







Takdir

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah kubersedih kubahagia

Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

Semua berjalan dalam kehendakNya
Nafas hidung cinta dan segalanya


Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi


Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah

Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )


Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan dia

Karena hanya dengannya hati tenang
Damai jiwa dan raga


Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Hanya padaMu ya robbi

Read More......

Cinta Yang Tidak Mengecewakan


Salam and good day!


Alangkah indahnya hidup dan mati kerana Allah! 
Ya Allah, aku rindu padaMu..!



Bait demi bait ayat dalam naskhah ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul’ karya Ustazah Fatimah Syarha saya hadam. Minggu ini saja, sudah 5 kali saya membacanya. Rasa tidak puas baca sekali. Kadang kurang faham, saya ulang dari mula walau sudah sampai di pertengahan. Nyata, setiap jalan ceritanya, menusuk ke lubuk hati yang paling dalam. Terasa betapa banyak masa yang telah saya bazirkan selama ini.



Betapa banyak masa saya guna untuk menanti, untuk menunggu, untuk mengharap dan mengejar bayang-bayang. Akhirnya, saya jualah yang bermakan hati, dan menjadi mangsa cinta manusia yang tiada berkesudahan. Saya tahu, cinta manusia itu sementara, saya tahu cinta Allah maha hebat dari segalanya. Saya tahu. Tapi saya rebah dalam angan-angan yang saya cipta sendiri.



Usia 24 tahun, sudah dikira usia matang bagi seorang wanita. Apatah lagi, saya kini telah selesai menamatkan ijazah pertama dan sedang menyudahkan Latihan Dalam Kamar di sebuah firma guaman. Lantas bersendiri tanpa ‘teman’ di usia sebegini menjadi buah mulut dan modal cerita orang. Sekali lagi, andaian dan kata orang yang kita risaukan. Begitu rata-rata kita lebih runsing dengan kata orang lebih berganda dari apa yang Allah kata.



Benar ia lumrah. Selagi bernyawa dan duduk di bumi, maka itu adalah lumrah. Saya pernah terdengar satu ayat sinis, ‘kalau nak bergurau pun tak boleh, pegi buat rumah dalam hutan. Kawan dengan monyet.’ Lalu sudah berapa ramai manusia yang masuk hutan, bina rumah di sana dan berkawan dengan monyet? Seingat saya, kecuali dongeng ‘Tarzan dan Jane’, tiada manusia dari bandar yang sukarela ke dalam hutan, tinggal di sana dan berkawan dengan haiwan. Maka, lumrah akan kekal lumrah.



Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya. Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya. Hanyalah kegagalan. Cintalah punca angan-angan. Saya mula dilanda keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati, bukan secara zahir. Dan saya juga tidak pernah menterjemahkannya. Lantas hati menjadi raja, memberi arahan kepada seluruh anggota badan.



Nyata, cinta Allah jualah yang tidak pernah mengecewakan. CintaNya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini saya ada Allah untuk lebih dicintai. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hambaNya, Cuma saya yang lalai dan tidak menghargai segala nikmat yang sekian lama ada di depan mata. Dan yakinlah bahawa pintu taubatNya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.



Saya mula bertekad untuk kembali meraih cinta agung itu. Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir. Tika itu, sukar juga untuk istiqamah terutamanya tahajjud. Namun saya sedar dan yakin bahawa ada rahsia Allah di sebalik amalan-amalan itu, maka saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya, darah daging saya. Saya cemburu dengan kawan-kawan yang dipermudahkan urusan jodoh mereka, berbahagia dan tidak diuji dengan lelaki.



Saya terfikir bahawa alangkah indahnya kalau cinta Allah ini tidak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia. Airmata mengalir dengan laju apabila mengenangkan kesilapan saya bertahun-tahun menjadi lalai kerana cinta manusia. Saya genggam azam baru. Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya. Hati saya yakin bahawa cinta allah mampu membawa kebahagian yang hakiki. Bukan sekadar kerjaya, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagian hakiki. Dialah sumber inspirasi dan pemberi motivasi yang maha mengetahui.



Saya yakin bahawa tarbiah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya padaNya. Siang malam saya berdoa agar Allah menganugerahkan rasa cinta dan rindu kepadaNya dalam jiwa saya yang kosong ini. Saya ingin jatuh cinta pada Allah.



Saya ingin merasakan indahnya menemui cinta kerana Allah. Saya dapat rasakan hebatnya ketenangan jiwa yang lebih bermakna. Saya ingin terus memburu cintaNya. Hanya apabila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Sesungguhnya, cinta Allah itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. 
.



Artikel ini adalah kiriman Sis Munirah ( http://munirahmustaffa.blogspot.com/). Syukran Sis Munirah atas perkongsian yang menarik ini, semoga memberi manfaat kepada semua.. :)


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/cinta-yang-tidak-mengecewakan/#ixzz1jaSQETN2


Read More......

Jumaat yang mulia

Salam and good day!





Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.
(HR Muslim)


Antara amalan yang sunat dilakukan hari JUMAAT adalah:

1) Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat

2) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran surah-surah yang digalakkan untuk dibaca;

    - Malam Jumaat: Surah Yaasin dan Al-Kahfi
    - Waktu Subuh: Surah As-Sajdah dan Al-Insan
    - Selesai solat Jumaat: Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas

3) Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi sunat hari Jumaat.

4) Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.

5) Bersiwak

6) Memakai bau-bau yang  wangi

7) Memakai pakaian serba putih

8) Menyegerakan pergi ke masjid. Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid. Apabila masuk masjid hendaklah solat sunat Tahiyatul Masjid.

9) Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh khatib.

10) Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan sesudah solat Jumaat.

11) Memperbanyakkan amalan sedekah.



InsyaAllah hari ni nak pegi kuliah UAI di Surau Ladang. Moga Allah mempermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Ya Allah, hanya padaMu aku serahkan segala urusanku kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat diriku. Allahu Akbar!



Read More......

The Stranger of My Heart






It's sad when people you know become people you knew, 

When you can walk right past 
someone like they were
never a big part of your life,

How you used to be able to talk for hours
And how now, you can barely even look at them


credit to bestquotes :)

Read More......

Kucing Pregnant :)

Salam and good day!


Saya sukakan kucing... Ade jugak kawan2 gelar saya Ummu Hurairah..hehe.. Kali ni nak share antara 2 ekor kucing kesayangan saya Mimi dan Diddy. Diorg ni kalau pregnant memang pelik2 gaya tidurnye.. Saya pulak kadang2 suke usik.. ye la, saje nak gurau ngan kucing.. Dah kat umah takde budak kecik.. Main dengan kucing je la nampaknye... :)


Diddy...!


video
My Diddy :)


video
My Mimi :)
Dah lah tido atas timbunan baju yang nak dibasuh!

Read More......

Berjuanglah!

Salam and good day!


Ku tujukan khas buat adik2 UPSI dan seluruh mahasiswa yang sanggup membuang segala ketakutan dan cemuhan semata-mata demi menegakkan keadilan dan cintakan keamanan... Ya Allah, bantu lah kami dan menangkanlah agamaMu!




Read More......

Warkah buat anggota polis

Salam and good day!


Tugas polis adalah mulia jika benar-benar
dihayati dan mengikut syariatNya.
-Gambar Hiasan-


Semalam baru je seronok dan bersyukur kerana sambutan yang amat luar biasa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Kehadiran mencecah 80 ribu orang, dan majoriti adalah orang muda. SubhanaLlah! Moga ini merupakan petanda kebangkitan umat Islam dan Melayu khususnya untuk terus bersama-sama menyokong dan mendokong perjuangan Islam. Takbir!


Pagi ni bila saya buka facebook, dikejutkan pula dengan berita mahasiswa dibelasah di UPSI. Adik ke-4 saya (kami 5 beradik kesemuanya, dan saya adalah Kak Long) menuntut di sana juga. Terkedu, terkejut dan hairan bagaimana polis boleh melakukan tindakan sedemikian kepada para mahasiswa yang inginkan keadilan dan kebebasan. Yang pasti, mereka tidak bertindak ganas dan merosakkan harta benda awam. Mereka berkumpul secara aman bagi menyuarakan bantahan dan pandangan mereka. Adakah itu salah? Mereka tidak membawa senjata tajam, apatah lagi untuk 'mencederakan' polis!


Arwah tokki saya (sebelah ibu) adalah seorang polis. Beliau merupakan antara tokoh yang saya kagumi. Arwah tokki amat sayangkan saya (saya dari kecil tinggal bersama tok dan nenek di Kemaman sehinggalah Darjah 3). Saya dididik dengan penuh kasih sayang dan ketegasan. Saya tidak dimanja-manjakan sehingga melampaui batas. Arwah tok jugaklah yang menamakan saya ketika kelahiran saya. Arwah tok seorang polis berpangkat biasa. Namun, seorang yang tegas dan dihormati serta disegani oleh rakan-rakan setugas, malah bos sendiri. Arwah tok berani berdebat dengan bos jika sesuatu keputusan atau tindakan menyalahi etika kepolisan. 


Pernah arwah tok berdebat dan menjawab persoalan bos nya. Bos atuk mempersendakan hukum agama semasa berdebat dengan atuk ketika tu.. Atuk naik angin dan berdebat kembali dengan bos nya. Bos nya yang rasa tercabar kerana dicabar oleh anak buah sendiri mula bertindak di luar kewarasan. Bayangkan, bos atuk mengeluarkan senjata untuk mencederakan atuk! Tak perlulah saya menceritakan selanjutnya... Cuma, saya terkejut dengan tindakan bos nya yang tidak dapat menerima teguran. Pada masa yang sama, meremang bulu roma saya bangga dengan tindakan berani atuk yang bersedia menghadapi ancaman semata-mata tidak rela Islam dihina! Atuk, Along rindu dan sayangkan Atuk!!!! Moga Atuk, nenek dan kesemua orang yang Along sayang yang telah meninggalkan Along berbahagia di salah satu taman syurga..Ameen.. Along juga bakal menyusul walaupun tidak tahu bila, moga kita semua bertemu di syurgaNya kelak.. Ameen..


Saya ingin share satu artikel menarik tugas seorang polis (penguatkuasa undang-undang) yang sebenarnya.. Saya doakan moga polis2 yang bertugas sekarang ni diberikan hidayah agar mereka semua kembali ke pangkal jalan insyaAllah. Hanya Allah yang berkuasa dan mampu membolak-balikkan hati manusia. Semoga, kita semua tetap istiqomah di dalam perjuangan Islam. Biarlah mati di dalam iman dan Islam. insyaAllah. Takbir!




Read More......

Ketika Cinta Bertasbih :)

Salam and good day!


Khamis baru ni, telah diadakan program Countdown 2012 bersama UAI, Sham Kamikaze dan Iwan Syahman. AlhamduliLlah, ramai anak2 muda join program ceramah ilmu ni. Program ni juga memberi peluang kita mendengar penghijrahan Bro Sham dan Iwan bagaimana perjalanan hidup mereka sebelum ini, dan bagaimana mereka boleh berubah demi mencapai redhaNya..


Walaupun diadakan terlebih awal, namun yang penting pengisian program yang penting. InsyaAllah, nanti Islam menang di Terengganu maka lebih banyak program ilmiah dan bermanfaat boleh diadakan sebanyak mungkin. Doakan Islam terus subur di bumi Terengganu Darul Iman. Takbir!


Sedikit perkongsian dari program ni, petikan gitar daripada Bro Sham Kamikaze "Ketika Cinta Bertasbih".. bestnye.. :)







Read More......