Gosok jangan tak gosok...GIGI
Salam. Good day!
Nabi s.a.w bersabda; “Sekiranya tidak menyusahkan umatku, nescaya akan ku perintahkan mereka menggosok gigi setiap kali solat”. Hadis ini selalu saya lihat di kaca tv setiap kali masuk waktu solat. Saya lupa sapa perawi hadis ni, matannya lebih kurang begini lah.
Saya pun terfikir, sudah tentu banyak kebaikannya apabila nabi kita suruh sesuatu benda itu. Contohnya dari segi kesihatan mulut kita supaya gigi cantik dan mulut tidak berbau. Saya pernah mengalami situasi yang ‘sukar’ berhadapan dengan orang yang mengalami nafas berbau. Oleh kerana tidak tahan dengan bau yang kurang menyenangkan, saya termuntah dan pening seharian dibuatnya. Kebetulan waktu itu perut kosong, hanya Allah saja yang tahu betapa seksanya saya ketika itu. Bukan ingin mengumpat, Cuma supaya kita lepas ni berjaga-jaga dan alert dengan kesihatan dan kebersihan kita. Mana tau orang tidak senang dengan kita, tapi sukar ingin menegur kita kerana ingin menjaga maruah kita.
Lagi menarik pasal gosok gigi ni, ketika saya membelek-belek sebuah majalah yang memuatkan beberapa petua ni saya terjumpa satu artikel berkaitan gosok gigi. SubhanaLlah, Islam itu indah. Setiap suruhan Allah dan Nabi itu sentiasa untuk kebaikan kita. Hanya kita yang tidak ambil peduli sunnah Nabi ini.;
KAITAN GOSOK GIGI DAN DIABETES
Masih ingat lagi ibu kita akan terjerit-jerit dari luar bilik mandi mengingatkan kita agar memberus gigi. Jika ingkar dengan arahannya, pasti telinga memerah akibat ditarik ibu agar memberus gigi dengan sempurna.
Namun, apakah sebenarnya tujuan kita memberus gigi. Jawapan lazim yang akan diberikan pasti untuk memastikan gigi putih, bersih dan jauh dari kuman yang boleh mengakibatkan kerosakan gigi. Tetapi, sedarkah kita dengan amalan memberus gigi ini sebenarnya dapat menyelamatkan anda daripada komplikasi penyakit diabetes.
Sebuah kajian dijalankan di Sepanyol melibatkan orang dewasa penghidap diabetes, menunjukkan bahawa perawatan gigi standard yang meliputi memberus gigi, menggunakan floss, dan membersihkan karang gigi mampu menurunkan kadar gula darah sebanyak 20 peratus. Penurunan kadar gula darah ini akan bertahan selama tiga bulan dan seterusnya.
Dengan penurunan kadar gula darah ini juga sebenarnya akan menurunkan risiko komplikasi penyakit lain seperti penyakit jantung, strok dan kegagalan fungsi ginjal di kalangan penderita diabetes. Menurut para pengkaji juga, hal ini terjadi kerana bakteria penyebab radang gusi juga berperanan meningkatkan kadar gula darah. Kerana itu, jangan anggap remeh jika anda mengalami masalah gusi merah, bengkak atau mulai berdarah.
- Mingguan Wanita, September 2007.
Berikut tips-tips yang saya amalkan untuk kesihatan gigi.. Untuk kesihatan zahir dan batin.
1. Berus gigi- make sure berus gigi halal. Gunalah berus gigi HPA.
2. Ubat gigi herba yang diyakini halal. Boleh sahaja guna Halagel ataupun HPA.
3. Floss gigi sebulan sekali – kalau tak pun dua bulan sekali.
4. Untuk memutihkan gigi – guna arang. Masa kecik-kecik dulu saya sanggup tumbuk arang sampai lumat dan kelihatan seperti serbuk. Serbuk arang itu akan saya lumur pada gigi dan gunakan berus untuk gosok gigi. Kiranya arang tu seperti ubat gigi lah. Lepas tu, kalau nak guna ubat gigi pulak takpe jugak, ambik rasa berangin pudina ubat gigi pulak. Cuba dalam masa sebulan dua, insyaAllah putih gigi, tak perlu pergi kedai atau beli ubat yang mahal-mahal untuk putihkan gigi. Sekarang dah tak buat dah, MALAS..hehe.
5. Niat gosok gigi, bersugi kerana Allah. Ni yang arwah nenek selalu pesan. Nak buat apa-apa kerja, kecik ke besar ke...kene niat kerana Allah. Baru ada keberkatan.
6. Check pernafasan – dekatkan kedua-dua tangan kita dan hembus nafas. Cube bau nafas ok ke tak. Kalau ok, barulah confident bercakap dan jumpa orang. Kalau nafas berbau, cepat-cepat gosok gigi. Kalau tak pun, kemam gula-gula menthol. Kalau tidak, jangan jumpa orang! Saya dah serik ‘terkena’ sumpahan ni..hehe.
7. Kerap gosok gigi – terutama selepas makan, dan sebelum solat. Tapi, tak jugak sokmo gosok gigi, tengok keadaan. MALAS pun ade jugak..ish ish.
8. Cuci gigi di klinik gigi- 6 bulan sekali. Saya sempat buat 3-4 kali, lepas tu tak buat dah. Sakit, gerun pun ade, dan yang sakitnye gusi akan berdarah dan pedih. Lagipun doktor tu kate, kalau selalu cuci gigi akan mengakibatkan gigi menipis..akibatnya gigi akan jadi sensitif dan ‘ngilu’.
9. Dan beberapa lagi..tapi yang pastinya anda semua lagi banyak petua yang diamalkan dari saya ni..huhu.
Saya bukan suruh dan paksa anda semua amalkan petua saya ni, tapi kalau nak ambik mana yang mampu diamalkan dan dirasakan baik ambiklah... “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Kebersihan itu meliputi penjagaan tubuh badan kita, persekitaran, pemakanan, rumahtangga, spiritual,dll. InsyaAllah kita cuba mana yang mampu untuk dilaksanakan. Allah tidak melihat pada kuantiti, tetapi kualiti. Allah sukakan istiqomah, bukan hangat-hangat t*** ayam...hehe. So, lepas ni rajin-rajinlah gosok gigi. Especially ketika bangun solat Subuh. Kalau nak jumpa orang kita sanggup ‘tuang’ minyak wangi seluruh badan supaya wangi...inikan lagi lah nak menghadap Allah pencipta kita. Moga kita diberi kekuatan dan kemudahan untuk mengamalkan sunnah baginda s.a.w. InsyaAllah.
1 comments:
Thanks kak ?? Cik?? Byk pengajaran dlm bloc + bloc ni cntik and kemas!! Hijau2 gitu���
Post a Comment
Apa komen anda...?