"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

My Name is Khan


Shah Rukh Khan dan Kajol merupakan pelakon utama dalam filem ini..

PENANTIAN untuk menonton filem My Name Is Khan (MNIK) adalah sesuatu yang sukar difahami jika anda bukan peminat 'King Khan' atau Datuk Shah Rukh Khan.

Menonton dan menghayati setiap dialog yang diucapkan oleh Shah Rukh dalam filem MNIK, yang mengangkat martabat orang Islam di seluruh dunia ini, ibarat satu 'tanggung jawab' .

Atas beberapa sebab, filem ini tidak boleh dilihat dari perspektif filem Bollywood kerana penghasilan dan cara garapan filem ini jauh berbeza dari semua filem Hindustan yang pernah ditonton.

Tidak ada lagu merdu yang berjela-jela atau persalinan pakaian hingga durasi lima minit, tidak ada kesedihan yang klise seperti yang selalu ada dalam filem Bollywood dan tiada tarian. Anda mungkin kecewa tapi bagi peminat Shah Rukh, apa saja yang dihidangkan oleh bintang ternama ini adalah satu cenderahati. Bagi mereka yang berharap menyaksikan sebuah lagi filem Hindustan pasti akan sedikit kecewa kerana pengarah Karan Johar berjaya lari dari expectation peminat filem Hindi.

Tapi durasi filem MNIK sama seperti semua filem Hindustan yang pernah anda tonton iaitu hampir 3 jam. Filem ini hidup dari awal hingga akhir kerana babak-babak realistik yang cuba dipaparkan dari kaca mata seorang pengarah bukan beragama Islam, Karan Johar.

Karan sejujurnya cuba bercerita tentang dilema seorang Islam bernama Rizvan Khan, yang mempunyai penyakit Aspergers sindrom (sejenis penyakit Autistik) yang dicurigai oleh bangsa Amerika. Rizvan dicop sebagai pengganas hanya kerana dia orang Islam dan peristiwa ini berlaku selepas kejadian hitam 9/11.

Disebabkan penyakitnya, Rizvan mempunyai masalah sosial dan tidak mampu berinteraksi secara normal. Ibu Rizvan selalu menekankan bahawa tidak ada orang Islam baik dan orang Islam jahat, tidak ada orang Kristian baik dan orang Kristian jahat dan tidak ada orang Hindu baik dan orang Hindu jahat.

Kebaikan dan kejahatan ada pada manusia, tetapi itu tidak ada kaitannya dengan agama yang dianuti. Didikan ibu terpahat erat dalam benak Khan hingga Rizvan merasa didikan ibunya benar tetapi realiti yang dihadapinya sangat jauh berbeza. Setelah ibunya meninggal, Rizvan terpaksa tinggal dengan adik lelakinya (lakonan Shergill) di Amerika. Di sinilah dia berjumpa dan jatuh hati dengan pedandan rambut bernama Mandira (Kajol), seorang ibu tunggal yang baik hati, bebas laku dan tinggal bersama anaknya, Sam, 6.

Cerita cinta Rizvan-Mandira agak luar biasa kerana latar belakang kedua mereka yang berlainan agama dan gaya hidup.Perkahwinan mereka yang mulanya mendapat tentangan adiknya, berakhir dengan baik. Namun kisah cinta mereka yang baru bermula 'terputus' apabila peristiwa September 11 di New York City menjadi penyebab beberapa insiden.

Sam dibelasah teruk hingga mati di sekolahnya kerana namanya ditukar ke 'Khan' sempena nama ayah tirinya, Rizvan Khan. Disebabkan insiden tragis ini, Mandira menolak Rizvan dan menghalaunya. Segalanya berubah, kedua-duanya terpisah dan cerita cinta mereka bergilir mengharu birukan emosi penonton.

Hanya satu saja syarat diberikan untuk Rizvan kembali ke pangkuan Mandira. Dia harus berjumpa dengan Presiden Amerika dan memberitahunya, My Name Is Khan...And I Am Not A Terrorist.

Bagi Mandira, selagi namanya Khan, dia akan tetap dianggap sebagai pengganas. Dan di sinilah babak pertama filem ini bermula, di mana Rizvan 'Shah Rukh' Khan mengenggam tiga biji batu hitam sambil mulutnya berzikir 'Qul Huwallahu Ahad' sehingga menimbulkan curiga mata-mata yang memandang..... Perlakuan 'rasial' yang dialami Rizvan ada kalanya menyentuh perasaan, ada ketika membuat kita terfikir bagaimana buruk sangka dapat membuat manusia berubah dari baik ke sifat haiwan.

My name is Khan mendapat bantahan parti Hindu, Shiv Sena, di tanah airnya sendiri hanya kerana satu kenyataan Shah Rukh yang membela pemain kriket Pakistan agar diserapkan ke India Premier League (IPL). Kemarahan Shiv Sena tercetus kerana hubungan India-Pakistan yang hingga sekarang masih dilanda perang dingin. Akibat kenyataan Shah Rukh, Shiv Sena berusaha melarang filem My Name is Khan ditayang di India.

Kini, filem ini semakin dingin sambutannya di Mumbai, berbeza sekali dengan respon di Amerika dan Eropah. Sejauh mana, bangsa Amerika menerima filem ini masih terlalu awal untuk dibuat rumusan.

Sembilan tahun setelah tragedi peristiwa 9/11, paranoia atau sikap perkauman terhadap umat Islam yang ditindas akhirnya berjaya digambarkan secara menarik sekali melalui sebuah layar filem Bollwyood. MNIK berjaya menyingkap sikap rasis Amerika terhadap Islam. Lebih tepat, buruk sangka keterlaluan terhadap apa saja yang berbau Islam.

Diskriminasi barat terhadap Islam seperti yang ditunjukkan di dalam MNIK adalah satu fakta yang pernah terjadi terhadap Shah Rukh sendiri. Filem itu berkisar tentang hubungan Rizvan dan Mandira, antara seorang individu bernama Rizvan dan pengaruhnya di sebuah negara barat hingga menimbulkan kebangkitan semangat solidariti sesama orang Islam lantas menutup terus mulut bangsa barat tentang Islam.

Terdapat tiga isu penting yang dikupas dalam filem ini: Islam, Cinta Seorang Autistik dan Pengorbanan.

MNIK berbicara tentang Islam dan bagaiman pandangan dunia terhadap Islam. Agama bukanlah kriteria untuk menentukan orang itu baik atau jahat - itu adalah satu kenyataan yang diulang-ulang tanpa disedari sepanjang filem ini.

Selesai menonton filem ini, ada satu perkara yang anda akan ingat sampai bila-bila. Mungkin Shakespeare pernah berkata...What's In A Name? (Apa Ada Pada Nama?). Bagi mereka yang beragama Islam, jawapannya terdapat dalam filem ini. Akhir kata, 'Nama saya BUKAN Khan, dan saya bukan pengganas!'

p/s: saya pun x tengok filem ni. Tapi dalam paper ada siarkan bantahan orang Hindu (berkaitan masukkan pemain kriket Pakistan ke dalam Liga India). Manakala masyarakat Islam di sana meraikan kejayaan filem itu kerana dianggap telah memartabatkan Islam. Persepsi masing-masing terhadap sesuatu adalah berbeza. Oleh itu, pandanglah dengan iman bukan dengan mata kasar sahaja. Dan yang penting, tengok dulu baru ulas...hehe. Saya x tengok pun, cuma menyampaikan pandangan sahabat saya ini sahaja...

Read More......

Pembenci Masjid Masuk Islam

RENOWNED Swiss politician Daniel Streich, who rose to fame for his campaign against minarets of mosques, has embraced Islam.

Hidayah milik Allah... moga kita yang telah diberi cahaya akan terus disinari cahayaNya, Ameen..dan juga kepada saudara baru kita di seluruh dunia diberi kekuatan untuk menempuhi kehidupan baru sebagai Muslim sejati insyaAllah..


Monday, 1 February 2010
SWITZERLAND -Hidayah ALLAH Pembenci Masjid Masuk Islam!

A member of the Swiss People’s Party (SVP) and a well-known politician, Daniel Streich was the first man who had launched a drive for imposition of ban on mosques minarets, and to lock the mosques in Switzerland. The proclamation of Streich’s conversion to Islam has created furore in Swiss politics, besides causing a tremor for those who supported ban on construction of mosques minarets. Streich propagated his anti-Islamic movement far and wide in the country, sowed seeds of indignation and scorn for Islam among the people, and paved way for public opinion against pulpits and minarets of mosques.

But now Streich has become a soldier of Islam. His anti-Islam thoughts finally brought him so close to this religion that he embraced Islam. He is ashamed of his doings now and desires to construct the most beautiful mosque of Europe in Switzerland.

The most interesting thing in this regard is that at present there are four mosques in Switzerland and Streich wants to lay the foundation for the fifth one. He wishes to seek absolution of his sin of proliferating venom against Islam. He is thinking of a movement contrary to his previous one to promote religious tolerance and peaceful cooperative living, in spite of the fact that ban on mosques minarets has gained a legal status.

This is the greatest quality of Islam that it comes up with even greater vigour, when it is faced with confrontation.

Abdul Majeed Aldai, the president of OPI, an NGO, working for the welfare of Muslims, says that Europeans have a great desire to know about Islam. Some of them want to know about the relationship between Islam and terrorism; same was the case with Streich.

During his confrontation, Streich studied the Holy Quran and started understanding Islam. He wished to be hard to Islam, but the outcome was otherwise. Aldai further says.

Recently the question of ban on minarets was put to voting in Switzerland, wherein the Swiss nationals gave the issue a legal status.

As per voting results 42.5 per cent people voted in favour of the minarets and 57.5 per cent supported the ban, while the Muslim population in Switzerland is only 6 per cent. The most wondrous thing in this regard, therefore, is the support of 42.5 per cent of population for only six per cent Muslims. The analysts claim that ban on minarets and Islamic rituals has attracted the people towards Islam.

Streich was an important member of the Swiss People’s Party (SVP). His importance could be estimated from his influence on party’s policy making, in which he always had a prominent role. His movement against minarets was aimed at gaining political attention and interest. He won the slot of military instructor in the Swiss Army due to his popularity.

Born in a Christian family, Streich had a comprehensive study of Islam merely to malign and confront, but Islamic teachings had a deep impact on him. Eventually he de-linked himself from political activities and he embraced Islam. Streich has termed the SVO activities against the Muslims as satanic.

He says that he used to read the Bible and often went to chapel, but now he recites the Holy Quran and offers his prayers five times a day. He further says that he cancelled his party membership and made public his conversion. Streich says that he has found the truth of life in Islam, which he could not find in Christianity.

On the other hand the Swiss military authorities have feared that Streich, who was once a military instructor, might reveal army secrets to the Muslims.

An SVP National Council member says that Streich as military instructor could be dangerous. However, a spokesman of Swiss Army while rejecting this impression said that the performance of our military was more important than that who instructed it.

However, from within their own ranks, a man is now working for the promotion of Islam and its teachings. The law of a country can ban minarets but not minds and hearts. - Newsdesk



Ini pula versi BM...untuk pencinta BM :)
Daniel Streich, ahli politik Swiss, yang terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tanpa disangka-sangka memeluk agama Islam.

Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.
Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Dia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemudian disebut oleh SVO sebagai syaitan.

Dulu, dia mengatakan bahwa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang keIslamannya. Streich mengatakan dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

Read More......

Kucing Bercakap

Salam and good day!


Pernahkah anda berjumpa kucing yang mempunyai beberapa kelebihan yang istimewa? Tiada yang mustahil di dunia ini, dengan izin Allah... Saya pernah terbaca paper kucing suka makan buah durian, suka makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Ada macam-macamlah lagi... Kucing saya ada jugak yang istimewa, namanya Ricky. Pada mulanya saya tak perasan kelebihan dia ni, yang saya tahu Ricky suka cicak. Maklumlah kucing jantan suka memburu dan ganas. Oleh kerana rumah takde tikus, jadi cicak lah yang jadi sasarannya. Kalau tak pun, biasa jugak dia bawak balik burung, mengkarung dan anak ular pun pernah. Takde masalah dia nak buru ape pun, tapi masalahnya dia suka bawak masuk rumah. Pernah sekali, bulu burung penuh atas lantai die heret. Mungkin dia nak tunjuk 'kehebatan' dia memburu pada tuannya, tapi kene marah pulak...huhu. Ye lah, sape tak naik angin kene basuh sokmo darah atau bulu binatang setiap kali dia bawak masuk bangkai-bangkai tu...


Ok, berbalik pada cerita Ricky tadi... Oleh kerana dia sukakan cicak saya selalu 'berkomunikasi' dengan dia. Saya pelik jugak setiap kali saya cakap, die akan dongokkan kepala tengok siling. "oo..nak cicak yeee.."kata saya. Sekali lagi die akan tengok siling. Rupanya dia faham perkataan 'cicak' dan akan terus tengok atas siling. Jadi setiap kali saya nampak cicak, saya akan teriak "cicak".. dia akan terus tengok atas dan terkam cicak tu! SubhanaLlah.. saya kagum seketika. Kalau dia takleh nak tangkap cicak saya akan 'bekerjasama' dengan melastik cicak dengan getah kasar supaya ia jatuh ke lantai lalu menjadi santapan Ricky. Itu dulu lah, sekarang Ricky dah takde...


Kucing bercakap? Takde yang mustahil... kucing saya pun pernah jugak 'menyahut' dan 'mengiyakan' percakapan saya. Mungkin itu satu kebetulan aje.. Tapi tak sempat nak rakamlah...hehe. Enjoy yourself!


Ada satu 'dialog' antara Chessie dan tuannya..
Tuan: what do you think i am chessie?
Chessie: slave (hamba)
Tuan nya kaget, terkejut di gelar slave oleh kucingnya..
Akhirnya Chessie minta maaf dan mengucapkan 'Thanks' kepada tuannya.
Digelar rude (kurang ajar), tapi mungkin salah didikan kot, tak pun pengaruh luaran..hehe.

video

video

Tambahan...hehe

video

video

Read More......

Bicara Wanita Bersama Ustaz Azhar

Salam and God day!





AlhamduliLlah dan insyaAllah Nisa' Negeri Terengganu akan mengadakan program Sepagi bersama Ustaz Azhar. Bukan senang nak dapat jadual ustaz ni. Kira Nisa' sangat beruntung sebab akhirnya dapat jugak bekerjasama dengan ustaz. Saya tak pernah pun lagi dengar live ceramah ustaz, kalau dalam cd dan internet tu memang sokmo lah... Pernah terserempak ngan ustaz Azhar, excited pulak jadinya. Tapi takde lah nak ambik autograph. Yang penting kita minat sebab ilmu dan kebaikan yang dibawa, bukan sebab atas diri ustaz sendiri.. Sesiapa yang masih ragu-ragu, boleh tengok sekilas ceramah ustaz, insyaAllah tak rugi hadir program ilmu ni. Ilmu bertambah, pahala pun bertambah. Segala macam permasalahan berkaitan wanita boleh kita tanya. Kalau malu bertanya takde masalah... boleh tulis je soalan dan ustaz akan baca kan dan jawab. So apa lagi.. jom kita pakat-pakat gi program ni!

Ini adalah sedutan siri kuliah ustaz...

video

p/s: jika berminat boleh telefon urusetia seperti nombor di atas tu, atau boleh mintak ngan saya.. ada banyak lagi..:)

Read More......

PERTEMUAN SUNGAI DAN LAUT

Salam and Good day!

Sebelum ini saya terfikir-fikir dan mencari kajian berkaitan pertemuan sungai dan laut. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu sentiasa fikir benda-benda yang logik. Selagi tak puas hati dan merasa logik saya akan tanya sampai puas hati.. Sebab tu, masa kecik dulu family dah tak larat layan persoalan saya. Pernah suatu ketika dulu, saya yang lebih kurang umur tadika bertolak dari Kelantan menaiki kereta bersama abah. Dari Kelantan sampai lah Terengganu saya bertanya macam-macam soalan. Sampaikan kerana jemu menjawab soalan, abah suruh saya tidur... Adik saya pulak kata, kalau saya jadi Inspektor sure penjenayah akan 'surrender' bagitau semua maklumat sebab tak sanggup nak jawab soalan saya..huhu. Sekarang dah besar terbalik pulak jadinya! Tapi yang pasti, diam-diam saya ada maklumat..hehe. Diam sebab pikir banyak sangat kot...! Btw, thanks to my fren forward kan emel berkaitan pertemuan sungai dan laut ini. Hope kita semua mendapat manfaat dan memanfaatkannya insyaAllah.

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .

Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20.

Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.













Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Read More......

3H 2M

Salam and Good day!

A Trip to KL

AlhamduliLlah... saya telah selamat menjalani kursus kepimpinan di KL baru-baru ini. Pada mulanya memang agak keberatan untuk pergi, maybe sebab tidak tahu kepentingan dan pengisian nya macamana. At the same time, tak ramai sahabat yang dapat pergi.. tak best lah sebab rasa macam keseorangan. Tapi bagi saya lepas ni kena buang sifat begitu.. bila ada kawan baru semangat nak wat keje. Bila sorang tak mau wat keje. Saya pergi bukan sorang-sorang, Cuma belum biasa bermusafir dengan orang yang kita jarang-jarang jumpa ni.. but it’s ok, asalkan kita tahu orang yang kita nak bermusafir ni orang yang baik.. jangan ragu-ragu untuk bermuamalat dan bersilaturrahmi insyaAllah.

Banyak sebenarnya nak dikongsi bersama semua, tapi rasanya ada yang patut dirahsiakan...hehe. Pertamanya saya nak sentuh kehidupan di kota.. saya bukannya anti-pemodenan. Saya sukakan kemajuan, moden kerana kita ingin mencapai wawasan negara maju suatu hari nanti. Bagi saya, kemajuan duniawi patut sangat diiringi dengan kemajuan ukhrawi. Pendek kata, makin maju negara maka makin zuhud dan beriman lah rakyatnya dan pemerintahnya baru lah aman dan sentosa sesebuah negara itu.

Saya bersyukur sebab saya masih di Terengganu. Walaupun Terengganu ni masih mundur dan antara negeri termiskin di Malaysia, saya masih merasa tenteram. Keluar ke mana sahaja berseorangan masih merasa selamat, berhati-hati sudah pasti. Ibu dan bapa saya tidak perlu risau jika saya keluar dan pukul 12 tengah malam belum balik rumah. Tapi, menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan keluarga keberadaan saya kepada mereka untuk tidak merisaukan mereka. Tambahan pula, untuk menjaga ‘reputasi’ supaya lain kali boleh keluar lagi dengan mudah...hehe.

Berada walau sekejap di kota amat ‘menyesakkan’ saya. Dengan kesibukan trafik, ramai orang, jalan bersimpang-siur dan pelbagai ragam manusia membuatkan saya hampir ‘migrain’. Jumpa orang pelik yang membuatkan saya ‘terperanjat beruk’ yang menyapa saya, kedai berhantu dll membuatkan saya tak sabar-sabar nak balik rumah. Sungguh menakutkan! Mujur saya tidak berseorangan, senantiasa bekalkan diri dengan pelindung diri dari kejahatan manusia dan jin. Namun, insyaAllah saya tidak akan serik untuk ke kota ini seandainya ada kewajipan yang perlu saya uruskan. Namun, untuk saja-saja pergi MUNGKIN TIDAK! Tidak perlulah saya huraikan satu persatu hal yang menakutkan ini. Kalau boleh nak lupakan terus...huhu..

Satu video dari program tersebut yang ingin saya kongsikan dengan anda semua....

video


Pertama kali saya tengok video ini terus MENGALIR air mata saya mencurah-curah tanpa mempedulikan orang sekeliling melihat saya, malah penceramah tu pun nampak saya menangis! Sampaikan ketika saya minta presentation dan video dia dah tau saya nak kan video ini... menangis di khalayak amat saya elakkan. Walau sedih manapun, walau marah manapun saya akan menangis sorang-sorang. Saya tidak mahu tunjukkan kelemahan saya di hadapan orang.. Tapi kali ini memang tak dapat nak elak, nasib baik junior di sebelah saya ada tisu untuk saya gunakan...huhu.

Saya amat tersentuh dengan kasih-sayang yang terjalin antara mereka. Bolehkah anda bayangkan bagaimana setelah setahun berlalu singa itu masih mampu mengingati tuannya? Singa yang ganas, Raja Rimba tetapi mampu ‘bergurau senda’ dengan tuannya. Binatang pun mampu menghargai dan menyayangi tuannya. Pernahkah anda mendengar kisah binatang yang pulang ke pangkuan tuannya setelah berbulan malah bertahun berpisah dari tuannya? Pernah saya terbaca keratan akhbar bagaimana seekor kucing di salah sebuah negeri di USA berjalan dan meredah lebuhraya dan lembah beratus-ratus kilometer jauhnya untuk mencari jalan pulang. Setelah hampir setahun akhirnya kucing tersebut berjaya menemui tuannya. Sebelum itu tuannya juga puas mencari kucingnya itu yang hilang. Walaupun mengalami kecederaan dan dalam keadaan lemah, itu menunjukkan ‘miracle’ dariNya. Begitu setianya kucing tersebut mencari tuannya. Bagaimana dengan manusia yang sanggup membuang anak, membunuh sesama sendiri, saling benci-membenci? Saya amat sedih dengan keadaan sekarang. Siapa yang patut dipersalahkan? Adakah kerana manusia telah jauh dari Allah?

Setiap kali kita memberi pasti akan menerima balasan atau ganjaran. Jika tidak di dunia insyaAllah di Akhirat kelak. Lagi berkat seandainya pemberian baik kita itu adalah ikhlas, maka nantikanlah ganjaran hebat dariNya. Tetapi jika memberi perkara yang buruk, maka bersedialah untuk menerima balasanNya kelak. Setiap makhluk Allah samada manusia ataupun haiwan mempunyai hak-haknya daripada kita.

Begitu juga dengan perjuangan Islam. Janganlah kita ‘kedekut’ untuk memberi semampu yang kita mampu untuk menerima hadiah dari Allah kelak iaitu rahmat dariNya. Yang penting janganlah kita memberi untuk menerima. Faham tak? Maknanya memberi tetapi pada masa yang sama mengharapkan orang membalas kebaikan kita dengan setimpal. Balas atau tidak itu lain hal. Yang penting dalam kerja Islam ini kena banyak datangnya dari kita. Hanya Allah yang mampu membalasnya...

Oklah, banyak saya berceloteh ni. Sambil menaip sambil mengalir airmata teringatkan kisah singa dan kucing tadi...huhu. Moga kita semua dalam rahmatNya. Pesan saya pada semua, kasihilah dan hargailah setiap insan dan makhlukNya yang berada di sisi kita. Supaya kita tidak menyesal andai kehilangan mereka suatu ketika nanti. InsyaAllah.

Read More......