"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Berlumba-lumbalah

Salam. Good day!

“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari Kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al-Baqarah: 148)

“Fastabiqul khairaat”... ayat ini sentiasa terngiang-ngiang di telinga saya. Dan mulut saya sentiasa menyebutnya walaupun masih tidak mengetahui maksud ayat ini. “Berlumba-lumbalah mengerjakan kebaikan” itulah maksud firman Allah s.w.t dalam petikan ayat yang seperti di atas. Terasa diri ini begitu kekurangan apabila masih tidak mampu menguasai bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa al-quran, dan bahasa Arab lah yang akan dituturkan di Syurga kelak. Bahasa Arab bukan hak milik bangsa Arab, tetapi milik setiap umat Islam. Saya berasa begitu bertuah kerana mempunyai ramai sahabat yang mahir di dalam bidang agama, yang akan sudi membantu saya pada bila-bila masa sahaja.

Saya bukan mahu mengupas maksud ayat ini. Saya bukan yang terbaik dalam hal ini, Cuma ingin berkongsi pengalaman saya 2 hari di hujung minggu baru-baru ini. Sebenarnya saya sudah lama rindukan usrah dan program dalaman untuk mengukuhkan jiwa dan rohani. Selama ini kita asyik mentarbiyyah orang lain, tapi sampai terlupa diri sendiri juga perlukan santapan rohani. Iya, boleh sahaja beribadah dan ‘beruzlah’ tanpa mahu dikacau sesiapa. Tapi, percayalah keberkatan ukhuwwah Islamiyyah dengan bersilaturrahmi dan beribadah bersama-sama lagi penuh keberkatan dan kenikmatannya.

Kalau boleh saya tak mahu 2 hari berharga ni berlalu dengan pantasnya, lebih-lebih lagi luput dari memori ini. Petang Jumaat selepas solat Zuhur saya mengemas pakaian saya sebelum keluar. Saya ada 2 destinasi untuk ditujui. Sebelum keluar, saya terpaksa menempuh ‘saringan’ pertama... sesi soal-jawab bersama ibu. Mama seperti dah terbiasa dengan aktiviti hujung minggu anak sulungnya ini yang selalu ‘hilang dari rumah’..huhu. Saya juga seperti dah faham, walaupun mama nampak macam dingin tapi dalam hatinya berkata:”Pergilah along wei. Jaga diri kat tempat orang. Hati-hati kat luar tu.”.. mama, saya dah besar lah. insyaAllah pandailah saya menjaga diri. Allah akan jaga saya, destinasi saya tempat yang memang molek dah... jawab saya dalam hati..huhu

Program pertama berkaitan kursus untuk melengkapi diri dari segi komunikasi dan penampilan diri. Sedikit yang ingin saya kongsi, first impression tu amat penting dalam satu-satu komunikasi. Dan persepsi kita itu kadang-kadang betul, adakalanya tidak sama sekali! Sebab itu lah perlunya komunikasi selepas itu.. pendek kata, tak kenal maka tak cinta! Walaupun begitu, kita sebagai pendakwah (semua yang bergelar Muslim adalah pendakwah dan menjadi contoh kepada umat yang lain) perlulah sentiasa menjaga penampilan agar mad’u lebih yakin dan mudah menerima mesej yang ingin kita bawa.

Selepas itu, saya pun berkonvoi dengan sahabat-sahabat ke program seterusnya di suatu tempat di Kuala Nerus. Program itu anjuran seorang doktor yang Islamic Thinking nya hebat. Segala pekerjaan yang dibuat sentiasa berlandaskan kehendak dan pemikiran Islam. Budaya kerjanya Islam. Merawat pesakitnya dengan kaedah Islam. Pendek kata, jumpa doktor tu insyaAllah para pesakitnya akan sentiasa diberi tazkirah (peringatan) selain merawatnya. Kalau lah saya jadi sehebatnya...

Program ini anjuran doktor tersebut untuk mengumpulkan sahabat-sahabat doktornya dan para remaja. Pendek kata, semua peringkat umur dan profesion dikumpulkan sekali. Tidak ada sempadan dan penghalang untuk mengenali antara satu sama lain.

Sebelum ke rumah doktor tu, saya singgah ke rumah kawan saya. Dah beberapa bulan saya tidak menziarahi rumahnya, mungkin dah setahun kot. Sudah banyak perubahan yang dilakukan pada rumahnya. Iya lah, baru sahaja menerima ahli baru dalam keluarga mereka. Akad nikah adiknya saya tidak pergi (tidak dijemput kerana buat secara kecil-kecilan sahaja). Saya menunggu untuk kendurinya pulak nanti insyaAllah. Tetiba sahaja teringatkan arwah ibunya yang telah setahun lebih ke rahmatuLlah. Moga rohnya tenang di sisi Allah, Amiin.

Saya pun sebenarnya sudah lama tidak bertandang ke rumah sahabat, kecuali raya. Masa takde kereta dulu, selalu lah jadi ‘anak angkat’ orang. Pernah lah merasa tidur umah Baity, umah Kak Siha, umah Na dan umah YB..hehe. betul ni, tak tipu. Saya sangat beruntung YB tu kenal saya, dan anggap saya ‘anak saudara’nya..hehe. Saya ibarat musafir suatu ketika dulu. Setiap hujung minggu apabila ada program bermalam begitulah jadinya... mama pernah marah pada saya, sebab tidur rumah orang sesuka hati je. Bimbang mengganggu keluarga kawan katanya. Tapi mama, sekali-sekala tidak mengapa, bukan sokmo. Kalau mama nak tahu, dalam berukhuwwah ni.. nak kenal sahabat bukan sahaja bermusafir dengan mereka. Malah ziarah dan tidur di rumah sahabat pun salah satu cara berukhuwwah. Dengan itu barulah adanya roh ukhuwwah tu.. insyaAllah. Nak adanya roh tu, perlu kenal dengan lebih mendalam peribadi sahabat dan keluarganya sekali. Saya memang rindu dengan kenangan lalu.. bila lah agaknya sahabat-sahabat lain nak tido umah saya yaa..

Selepas solat Maghrib saya pun bertolak ke rumah doktor tersebut. Fuhh..! mencabar betul jalan ke rumah doktor tu. Jalan sempit dan jauh ke dalam, semak samun sekeliling macam dalam hutan rimba, suasana gelap malam, ditambah kene melalui kuburan memang agak mengerikan. Nasib baik saya tidak memandu keseorangan. Namun, disebalik kesukaran dan cabaran tersebut tidak saya sangka banglo indah dan mewah tersergam di hadapan saya. Hilang terus ketakutan, excited pulak jadinya! Saya lebih excited apabila berjumpa doktor-doktor yang ada pernah merawat saya dan pernah saya jumpa di hospital mahupun klinik. Patutlah, saya merasakan adanya aura positif ketika berjumpa doktor-doktor ini dahulu. Rupa-rupanya satu ‘geng’...hehe. AlhamduliLlah. Ustaz Kamaruzzaman dijemput untuk memberikan tazkirah. Tajuk kuliahnya “Adakah Duniaku untuk Akhiratku?..satu muhasabah”. Saya akan kongsikan pengisian ustaz ni untuk artikel akan datang..tungguuuuu

Kami bermalam dan berqiamullail di rumah doktor tu. AlhamduliLlah semuanya berjalan lancar. Keesokannya kami pun bertolak pulang walaupun berat hati berpisah dengan doktor itu. masih ada lagi program yang perlu diikuti selepas ni, jawabku dalam hati...

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman weekend saya. Simple sahaja perjalanannya, tapi oleh kerana jiwa ini begitu dahagakan pengisian dan ukhuwwah, maka Allah sampaikan jua hajat saya. Ketika berjumpa yang sekejap itulah saya dapat mengetahui dan memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh sahabat-sahabat. Kami bermuhasabah dan berbincang untuk kebaikan bersama. Sebelum ini kami berjumpa untuk menghabiskan tugasan program semata, tidak sempat pun untuk berbicara panjang lebar. Memang indahnya ukhuwwah apabila disulami iman dan taqwa. Kita tidak mampu hidup sorang-sorang di dunia ini! Kita perlukan pendamping di sisi iaitu keluarga dan sahabat yang baik yang dapat membantu kita menuju jalan yang lurus.

Kadang-kadang apabila difikirkan, buat apa pergi program qiamullail? Program biasa aje, dengar kuliah sikit-sikit pastu borak-borak dengan kawan-kawan, pastu tidur. Baik duduk rumah tengok tv. Biasanya weekend ade movie best-best. Pastu boleh surf internet, update blog, bla bla bla. Boleh aje qiamullail sorang-sorang kat umah. Telefon kawan, emel kawan kalau rase rindu nak cakap ngan diorang. Ataupun, malaslah nak pegi, kan selalu jumpe kawan-kawan? Next week ade program lagi.. Kenapa..kenapa? baru lah saya teringat... fastabiqul khairaat. Berlumba-lumbalah ke arah mengerjakan kebaikan. Kenapa perlu bersusah-susah? Kerana syurga itu mahal. Jika syurga itu free, buat apa susah-susah bangun malam untuk qiam, infak harta banyak-banyak pada orang lain, dll lagi lah... kita boleh buat apa sahaja yang kita mahu tak kira baik atau buruk kerana syurga itu free! Tetapi, bukan itu yang dikehendakiNya..

Setiap manusia pastinya menempuh cabaran yang pelbagai. Semua manusia sama sahaja disisi Allah, kecuali yang bertaqwa kepadaNya. Saya bercerita ini jauh sekali untuk mencari publisiti diri. Tapi, saya suka mengaitkan diri saya untuk bercerita dan bermuhasabah. Maybe ada orang yang tidak biasa. Bimbang riak. Na’udzubiLlah! Mungkin itu lah sifat saya INFJ! Salah satu sifatnya suka merenung diri dan mengamati keadaan sekeliling. Kadang-kadang orang tengok saya senyap atau ‘merenung jauh’ memikirkan sesuatu. Bukan sebarang renung ya! Awaslah kalau saya merenung anda selepas ini..hehe.

Oklah, that’s all untuk kali ini. Moga bermanfaat dan dapat dimanfaatkan insyaAllah.


Ustaz Kamaruzzaman sedang memberi kuliah.


Sesi Taaruf selepas solat Subuh.






Jom makan! Ada ayam goreng...hehe


Sesi kuliah..


Akmal ibu yang tabah dan gigih!

p/s: maaf gambar kecik sgt. template nih sangat sensitif dan ade mslh coding plak! sy xsmpat nak baiki. rase nak tukar background terus lepas ni. jadi nantikan lah wajah baru blog ni, tp xtau lah bile. i'm buzzzzy...huhu.

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?