"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Marah Kerana Sayang


Salam and good day!


Siap 1 mukasurat latihan, terus tidur tak endahkan suruhan cikgu…
Lagi 'best' siap mintak kebenaran nak tidur..!



Beginilah salah satu aksi pelajar saya yang ‘MALAS’ atau kurang berminat nak belajar. Hari ni memang saya agak hot berbanding hari-hari lain. Macam-macam dugaan dan perangai pelajar yang perlu dihadapi setiap hari.




“Hello, kenapa tak mari lagi kelas? Cikgu tengah tunggu ni..”


“Aik..? Ada kelas ke cikgu? Bukan ke cikgu kate cuti hari ni?”


Saya senyap seketika…


“Bila pulak cikgu bagitau cuti? Memandai je…”


“Alaa… kemarin kan cikgu kate cuti hari ni..?”


“Cikgu bagi masa 2 minit awak siap-siap mari kelas sekarang jugak!” saya akhiri perbualan.




5 minit berlalu mereka pun datang… Seperti biasa, lenggang kangkung. Mari kelas cukup syarat saje, tak bawak alatulis. Rumah dekat dengan sekolah, tapi hampir setiap hari kene telefon suruh mari kelas… Ish ish pening betul. Hari ni mungkin kali pertama gunung berapi nak meletus. Walaupun bukan lahar panas yang keluar, tetapi debu panas dihamburkan menandakan gunung berapi tersebut hampir-hampir meledak. Begitulah perasaan saya hari ni.




Saya boleh terima seandainya seseorang pelajar saya ada kekurangan, seperti tidak pandai baca atau dalam akademik. Usaha dan semangat yang ditunjukkan mereka untuk belajar adalah sebagai ‘hadiah’ buat saya untuk terus bersemangat mendidik dan mengajar mereka sebaik mungkin. Tapi jika sebaliknya berlaku memang mencabar kesabaran saya. Pendek kata, harap pandai tapi perangai tak leh harap. AstaghfiruLlah! Walau marah atau geram sehebat mana sekalipun, saya takkan keluarkan perkataan tak elok pada pelajar saya. Saya sayang mereka!




Kata-kata guru ibarat doa kepada para pelajarnya. Saya lebih sukakan reverse psychology ketika menegur mereka. Sapelah yang 24 jam suke kena marah atau marah-marah pada orang? Jika kita marah, ibarat menambah stress pada diri kita. Sebab tu, jika ditimpa sesuatu masalah, think positive. Senyum dulu bila menerima sesuatu cabaran. Biarpun senyum kelat atau tawar. Itu yang saya selalu amalkan insyaAllah.




Berbalik pada kisah tadi… saya hampir-hampir menangis kecewa dengan sikap mereka. Saya tak mampu tersenyum. Hampir setiap hari ‘buat hal’.. tak mahu dengar nasihat, selalu bagi alasan, suka berbohong, malas buat latihan, asyik melawan cakap guru, meninggikan suara, baca al-Quran main-main, tidur dalam kelas, tak tahu hormat orang tua, mari lambat tapi nak balik awal, dll yang membuatkan saya ibarat gunung berapi yang hampir meletus. Siapa yang tak marah? Kalau lah saya ni takde perasaan marah, samada saya ni seorang wali ataupun ada masalah jiwa. Adakah silap saya mendidik mereka? Senang diperlekehkan? Mungkin bukan itu maksud mereka… Mungkin hanya tanggapan saya. Mungkin inilah perangai budak-budak… Nak main-main je dunia mereka.. Saya bukanlah tuhan yang boleh paksa dan memastikan semua orang menjadi baik dan mendengar kata. Saya hanya mampu berusaha mengikut kemampuan saya. Tapi harus diingat, kita marah bukan kerana nak sedapkan hati melepaskan geram…tapi marah kerana sayang, nak bagi kesedaran kepada mereka. Yakinlah, ucapan yang terhasil dari hati yang ikhlas pasti mampu menyentuh hati dan perasaan mereka insyaAllah.




“Cikgu kesian mama dan papa awak semua kerja siang malam cari duit… Hantar awak tuisyen sana sini nak suruh awak berjaya. Tapi awak semua ni nak mari kelas pun malas. Dah lah selalu lambat.. Tak minat belajar..Tak kesian ke mama dan papa awak hah..?” Tak tahulah kalau pekerja kat ofis sebelah tu terkejut dengar saya ‘mengaum’.




“Kalau lah awak semua tak suka cikgu mengajar.. awak boleh cari cikgu lain yang lagi best! Tak perlu lagi belajar ngan cikgu ni. Lagi senang dan aman perasaan cikgu!” suara saya tersekat-sekat. Mereka hanya diam.




“Mana pensil?Pemadam? Mari kelas nak belajar kan? Nak menuntut ilmu.. Tiap-tiap hari nak kene marah sokmo.. awak suke ke hah..? Nak cikgu buat macamana lagi nak suruh awak dengar kate ni? Macamana nak berkat belajar nak pandai kalau tak hormat cikgu..? Cikgu bagi masa 2 minit pergi balik ambik pensel dan pemadam sekarang jugak!” memang dahsyat jugaklah hari ni saya mengamuk…huh!




Gitu lah hari ni berlalu… tak tau lah esok macamana.. insyaAllah moga hari-hari mendatang lebih baik dari hari ini..bukan lebih buruk. Pendek kata, mendung hanya seketika. Nanti cerah lah kembali.. Nak berjaya perlukan usaha, kesabaran dan doa. Ujian dan dugaan ni membuatkan saya lebih kuat dan bersemangat untuk mencari jalan terbaik mendidik anak-anak ini dan yang lain insyaAllah. Sebagai pendidik, DOA adalah senjata. Hanya Allah yang Berkuasa memastikan kejayaan dan kemampuan kita membentuk akhlak, peribadi dan akademik mereka. Guru hanyalah sebagai perantara. Jika kita ikhlas mendidik anak-anak orang lain, insyaAllah Allah akan tolong kita nak mendidik anak-anak kita sendiri kelak insyaAllah. So, fighting! Tak perlu sedih lama-lama, kejap je sedihnye. Nanti ada lagi kelas nak diajar… saya kene baiki mood baik-baik.. saya tak mahu rosakkan plan saya, hanya kerana tak pandai menguruskan stress sendiri!




p/s: ambik masa rehat tengahari nak siapkan posting ni. Rasa lega sikit sebab dapat curahkan perasaan. Dugaan dan cabaran seorang guru adalah lumrah. Kena ada persiapan fizikal dan mental yang baik untuk berhadapan semua itu. Memang betullah, orang yang banyak bersabar sesuai jadi guru, terutamanya perempuan. Satu lagi, mulut jangan cepat sangat mengata pelajar. Guru mengajar dan mendidik, bukan lesen untuk menghina dan mengutuk mereka seandainya mereka silap. Seburuk mana pun mereka, mereka tetap anak didik kita! Tersenyum pulak fikir sebab dah meningkat usia ni, saya agak banyak bersabar. Masa muda-muda dulu, kurang sikit tahap kesabarannya… kira ok lah sikit. Tapi bengkeng dalam diam tetap ada…huhu. Marah perlu ada kerana itu fitrah manusia, kita bukan robot. Tapi menguruskan marah itu yang paling utama.. :)


Read More......

Weekend Yang Menarik

Salam and good day!







Allah Maha Mengetahui isi hati dan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Saya tak tahulah nak explain macamana... Hanya orang yang pernah alami bisa untuk memahami ayat saya ni.







Cuti sekolah telah seminggu berlalu. Sudah menjadi tradisi setiap kali cuti sekolah, sekolah saya akan sibuk. Pelbagai pakej istimewa tuisyen sempena cuti sekolah ditawarkan. Para ibu bapa berlumba-lumba untuk mendaftar demi melihat anak-anak mereka berjaya, dan yang penting masa cuti panjang diisi sebaiknya.







Seminggu ni memang agak letih kerana jadual kelas yang padat, hal pengurusan kelas (beli buku, tempah buku, susun jadual,dll). Rasa sehari-hari berlalu agak perlahan. Tak dinafikan memang tension, letih, sedih, gembira, dll lah. Terdetik jugak dalam hati, weekend ni nak buat sesuatu hiburkan hati! Tiba-tiba handset saya berbunyi. Ada panggilan masuk.




"Assalamualaikum...ye Baity"




"Ida... nak pergi tak Ekspo Cheng Ho..? Hari Jumaat ni kite tolak"




"Nak!" tak sabar-sabar saya menjawab. Sebenarnya dah lama tahu pasal ekspo ni, rasa macam menarik jugak fikir saya. Cuma takde 'hidayah' lagi nak pergi...hehe. Tapi bila ada teman nak gi sama-sama baru lah best..!







Kebetulan pagi Jumaat ada jamuan mengutip dana. Penat jugak walau sepagi bertugas sebab ramai orang mari menjamu selera, lagipun banyak tugasan yang emergency. Lepas tu, baru bertolak ke Kota Bharu.







Banyaaak sangat pameran, jualan dan ekspo yang diadakan. Tempat berlainan setiap event, tetapi berdekatan antara satu sama lain. Memang lenguh satu badan dan kaki round sakan. Macam-macam ada. Cuma saya terkilan kerana tidak sempat menonton persembahan khas dari China, akrobatik dan Adili. Saya pergi malam terakhir ekspo, persembahan terakhir malam sebelumnya. Huhu...







Tak banyak pun membeli, cuci mata je. Antara barangan yang paling istimewa yang dibeli adalah alat urut elektronik. Tekan je pada badan, alat tu akan bergetar mengurut badan kita. Harganya cuma RM10. Bolehlah bawak alat ni ke sekolah saya. Kalau letih boleh suruh pelajar urut belakang...hehe.



Electric massager... Ada banyak pilhan warna. Saya pilih purple!










Gambaran Laksamana Zheng He (Cheng Ho) yang hensem.. :)






Contoh kapal digunakan dalam pelayaran beliau..
Ada banyak jenis kapal, antaranya Kapal Tempur, Kapal Makanan, Kapal Kuda
dan lain-lain lagi. Beratus-ratus kapal dalam satu pelayaran, dan
melibatkan 28,000 anak kapal kesemuanya... hebat kan..?







Contoh suasana di pasar rempah antarabangsa...
Gambar tak ok..sori..








Laksamana Cheng Ho bukan sahaja hebat dalam pelayaran, beliau
juga berbakat mencipta dan bermain muzik...






Pada mulanya nampak biasa aje kualiti yang dipamerkan. Ni merupakan sebahagian ayat al-Quran terpanjang di dunia yang dipamerkan. Saya renung dekat-dekat tulisan ayat-ayat suci ni, subhanaLlah saya tergamam seketika. Ni bukan sebarang tulisan! Ayat suci al-Quran dihasilkan menerusi paper-cutting di atas kertas hitam. Warna kuning adalah kain alas sahaja. Sungguh menarik dan teliti penghasilannya.









Hasil seni ini dihasilkan di China, sepanjang 200 meter ayat-ayat al-Quran, serta lebar 1 meter ++. 2 tahun lamanya untuk menghasilkan hasil seni istimewa ini...






Maaf kualiti gambar tidak ok. Ramai sangat orang berkerumun sini, menyelit
di celah-celah orang nak ambik gambar ni. 4 surah terpilih untuk menghasilkan
ayat Quran yang diperbuat dari emas ini...






video

Simulasi pelayaran dan susunan armada Cheng Ho..










AlhamduliLlah, kami semua selamat sampai ke Terengganu hampir pukul 2 pagi. Setelah beberapa jam berehat, ada 2 program pulak menanti hari ni, Sabtu. Menarik jugak dapat menghadiri konvensyen berkaitan IT walaupun sekejap je terlibat. Banyak info dan input yang diperoleh. Dunia Hujung jari, Global Village dll beberapa lagi istilah yang sentiasa didengari dan baru didengari diteliti betul-betul. Rugi benar orang yang tak pergi ke program ni.






Pada sebelah petang diadakan program Sepetang Bersama Nora anjuran Nisa' Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER). Saya agak lambat ke tempat program maklumlah kene ambik orang dan kebetulan hujan agak lebat pada mulanya. Jadi terpaksa turun lambat sikit sebelum hujan reda.






Hari ni 2 kali saya nyaris-nyaris eksiden..huhu. Hujan lebat menyebabkan tumpuan pemanduan saya agak terganggu (tergesa-gesa ke tempat program jugak...). Saya sempat brek sebelum hampir-hampir terkena sebuah motosikal ketika membuat pusingan U. Kasihan abang tu, nampak dia agak terkejut. Muka die memang bengis sangat nak marahkan saya..huhu. Maafkan saya. Selepas itu, saya memandu lebih bertenang untuk ke tempat program.






Hampir sampai ke dewan TER, dari jauh saya nampak sekumpulan budak lelaki bermain basikal. Saya juga perasan mereka menoleh ke belakang untuk melihat kenderaan saya yang berada di belakang mereka. Saya memandu berhati-hati... Tiba-tiba, salah seorang kawan mereka main tolak-tolak menyebabkan basikal mereka ke tengah jalan. Saya yang sememangnya dari awal berhati-hati terkejut dibuatnya tindakan 'bodoh' mereka ni. Saya sempat brek dan ke tepi jalan. Nasib baik tiada kereta lain ketika itu... 2,3 kali saya bunyikan hon ke arah mereka. Nasib baik saya tak keluar kereta dan 'sekeh' mereka cukup-cukup lepaskan geram. Lepas tu saya fikir balik... Agaknya inilah perasaan abang motosikal yang saya hampir-hampir 'langgar' tu... MasyaAllah. Saya terima 'cash' pengajaran akibat kelalaian saya hari ni. Terima kasih Ya Allah kerana menegurku... Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak mementingkan diri lagi... insyaAllah. Saya hanya manusia biasa. Kita akan menjadi manusia hebat jika kita belajar dan mengambil iktibar dari pengalaman. insyaAllah.








Begitu jugak pengalaman yang dikongsi oleh penyanyi Nora hari ni. Saya amat tertarik dengan pengalaman yang diceritakan beliau. Ada seorang kawan bertanya, "Nora, you pernah ke hadapi pengalaman perit atau dahsyat sampai you nak berubah begini..?"







Nora dengan yakinnya menjawab, "Takde! I nak beritahu you... Kita manusia ni tak perlu nak kena ditimpa musibah baru nak berubah. Nak berubah kene ada kesedaran, jangan tunggu balasan dari Allah". Gitulah lebih kurang.









Bagi saya Nora memang bertuah kerana dikurniakan suami dan keluarga yang bahagia. Anak-anak beliau semuanya dihantar ke sekolah tahfiz atau agama. Ketika Nora bertekad nak pakai tudung, beliau menyatakan hasratnya kepada suami. Mendengar keinginan isteri, si suami mengalirkan airmata! Begitu juga ketika Nora bertanyakan anak-anaknya... Si anak menjawab tulus... "Kami sayang mama... kami tak mahu mama masuk neraka!". MasyaAllah, alangkah beruntungnya dikelilingi orang-orang yang sentiasa sayangkan dan prihatin kepada kita.








Selepas itu, ringkasnya Nora bertekad untuk berubah walaupun tahu risiko yang akan dihadapi dan beliau amat bersedia menghadapinya. Disisih? Baginya, setelah bertudung rezekinya makin bertambah dan makin ramai orang yang dikenalinya yang sebelum ini beliau tiada peluang begini.









Kesimpulannya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap musibah dan kesenangan adalah ujian. Hanya insan yang beriman mampu untuk menghadapi ujianNya. Kita juga perlu sentiasa harapkan redha dan rahmatNya. Tanpa rahmat Allah, kosonglah hidup kita!







Nora betul-betul berada di depan saya ketika menyanyikan lagu . Kak Siti (Ketua Nisa' Dungun bertuah dipilih Nora untuk nyanyi sama-sama. Tak sumbang, cuma pitching lari sikit...hehe..)









Oleh kerana audien kesemuanya perempuan, saya berani lah
bergerak bebas ambik gambar dan video. Sempat jugak
bersalam dengan Nora..hehe. Ambik peluang, ambik aura..








Berikut sedutan video Nora bermesra bersama peminat. Saya sengaja tak rakam semasa beliau menyanyi... Cukup je lah yang ni :)




video





Read More......

Rachel Aliene Corrie

Salam and good day!

Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie yang akan belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza...

Ni cerita asal usul nama kapal berkenaan....

Perjuangan Sedunia untuk Palestin


Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).



Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.



Kapal itu dinamakan
Rachel Corrie.



Siapakah Rachel Corrie?



Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).





Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Sam ir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.




Sebelum dilanggar


Selepas dilanggar

Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.


Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya KEMALANGAN.



Read More......

Aidil Adha

Salam and good day!

  • Nampak macam blog ni tak update lagi…tapi rupanya baru je update tajuk Hargai Sebuah Pengorbanan. Namun oleh kerana masalah teknikal yang tidak disangka-sangka.. lain pulak jadinya. Takpelah, yang penting dapat jugak masukkan post baru tu..

  • ALhamduliLlah, kelmarin seluruh umat Islam seluruh dunia terutamanya di Malaysia menyambut Hari Raya Qurban. Hati-hati ya dengan istilah…bukan Korban. Saya masih ingat lagi dalam satu ceramah seorang ustaz mengatakan kalau digunakan istilah Korban ni ‘kurang elok’ sikit. Biasanya ‘korban’ ni digunakan untuk sesuatu yang menyedihkan…seperti mangsa korban kemalangan, mangsa korban tanah runtuh, korban banjir,dll. Sebenarnya Aidil Adha atau Raya Qurban yang kita raikan saban tahun adalah untuk meraikan dan mempersembahkan pengorbanan kita kepada Allah Yang Dicintai.. Perayaan adalah untuk diraikan dan dihayati bukan untuk maksud kesedihan…gitulah ceritanya.. Mungkin ada yang tak kisah berkenaan istilah ini.. saya hanya menyampaikan, terpulang pada kehendak dan selera masing-masing.

  • Awal pagi sesudah mandi sunat Aidil Adha dan menyelesaikan segala tuntutanNya yang lain, saya, abah dan 2 adik lelaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha. Sebenarnya awal pagi saya dah siap..Cuma ye lah biasalah orang pompuan nak gosok baju, nak pakai tudung, nak buat macam-macamlah.. orang lelaki simple je sekejap je siapnye.. 2,3 kali jugak kene ‘hon’ sebab lambat sangat. Jam menunjukkan 7.45 pagi. Masuk je dalam kereta, mula lah kene ‘tazkirah’ dulu. Huhu..

  • Sampai je di Masjid Kijing, masih lengang lagi. Ingatkan kami dah terlewat, nasib baik. Setelah menunaikan solat-solat sunat, saya pun bertakbir bersama jemaah lain. masyaAllah, suatu perasaan yang sungguh indah yang tidak dapat digambarkan. Bagai dibuai seketika alunan takbir memuji Allah Tuhan Yang Esa.. tengah sibuk bertakbir, terdengar suara ‘sok-sek’ orang berbisik. Saya berpaling ke kanan Nampak 2 orang makcik sedang berborak. Tak tahulah apa yang diborakkan, tetapi agak mengganggu konsentrasi saya, maybe jugak beberapa orang berdekatan saya ni. Boleh nampak mereka mencari-cari suara berbisik itu.. Saya pun tak tahulah nak tegur macamana makcik-makcik tu, pada masa yang sama tak mahu menjatuhkan air muka mereka, walaupun orang lain mungkin faham maksud saya.. saya biarkan lagi.. tapi beberapa ketika makin rancak pulak bualan mereka tu. Aduh, sakit hati jugak. Orang lain tengah sibuk bertakbir, mereka pulak ‘takbir’ benda lain. Saya pandang mereka yang tengah berbual. Makcik yang menghadap saya perasan pandangan bermakna saya tu.. Nampak seperti menyorok sedikit dari pandangan saya. Berhenti sekejap bualan mereka. Aman rasanya…

  • ‘’sok sek sok sek”…. AstaghfiruLlah.. start balik rupanya. Kalau budak-budak rasanya dah lama saya bagi isyarat “KEEP QUIET!” tapi makcik ni… menguji sungguh keimanan saya..huhu. Setelah beberapa kali ‘bermain mata’ dengan makcik-makcik tu.. barulah mereka kembali bertakbir memuji Yang Esa.

  • Walaupun saya tak tahu apa yang dibualkan mereka, mungkin penting sehingga perlu dibualkan… tapi janganlah sampai mengganggu orang lain, dan mengganggu konsentrasi kita bertakbir memujiNya. Pada masa yang saya, mereka ini juga banyak dijadikan pengajaran buat saya. Saya mula terfikir, apabila budak kecil atau remaja saya boleh tegur..kenapa makcik-makcik saya tak berani tegur lisan? Kadang-kadang terfikir, makcik-makcik ni mesti banyak ilmu dan tahu apa yang mereka lakukan. Ataupun mereka bercakap sesuatu yang penting… Ataupun segan… Ataupun bimbang menjatuhkan airmuka mereka… dll lagilah alasannya. Adakah saya ni belum bersedia berkorban jiwa dan raga untuk –Nya? Sekuat-kuat iman adalah mencegah kemungkaran secara lisan dan perbuatan. Selemah-lemah iman adalah dengan membenci maksiat di dalam hati… bukan tiada perasaan langsung!

  • Memang saya kena asah lagi bakat dan ilmu yang berkarat ni. Bila kita berhadapan dengan suatu cabaran, baru lah kita akan belajar dan ada pengalaman untuk menanganinya. Sebab itu orang kata, pengalaman adalah guru terbaik. Sebab tu nak cari kerja sekarang, majikan nak yang ada pengalaman. Senang nak ‘lepas’ buat kerja sendiri, tak perlu banyak sangat pantauan dan latihan… tak gitu..?

  • Raya haji tahun ni kurang meriah sikit.. maklumlah tak buat qurban tahun ni. Tapi sekurang-kurangnya sepupu-sepupu saya ‘diimport’ dari KT tidur di rumah saya. Bising jugaklah budak-budak ni dengan kerenah masing-masing. Paling bestnya berebut dengan saya channel tv. Budak-budak nak tengok Halimah Jongang, saya pulak suka tv series penyiasatan. Macam budak-budak pulak jadinya Kak Long ni.. saya sempat ambik ‘keterangan’ dari Fatihah dan Dana makna raya bagi mereka… kebetulan borak-borak dengan mereka ni, ada idea nak record ‘statement’ diorang ni.hehe.

SALAM ‘IDUL ADHA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

BERUSAHALAH PERTINGKATKAN SEMANGAT JUANG DAN PENGORBANAN KITA UNTUK MENINGGIKAN AGAMA ALLAH. TAKBIR!

video

video

Read More......

Dah 'sihat'



Salam and good day!





AlhamduliLlah segala puji bagi Allah yang sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada kita. Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah, musnahlah hidup kita!

Laptop dah ok.. AlhamduliLlah :)






Lega rasanya hari ni sebab setelah genap 8 hari 'berpisah' dari laptop ku... Akhirnya dapat kembali memberikan khidmat.. AlhamduliLlah laptop saya dah sembuh sepenuhnya. Waa... time kasih lah 'doktor' yang 'merawat' laptop saya sebaiknya. RM40 dikeluarkan tidak dihiraukan, asalkan dapat bersama laptop tersayang..hehe.


Banyak fail saya hilang, almaklumlah tak sempat nak backup. Semua dokumen dan fail, even artikel blog saya pun hilang! Takpelah, sikit je 'kehilangan'... boleh cari lagi. InsyaAllah lebih baik lagi dari sebelumnya... Yang bestnye, fail Nasyid dan Al-Quran sempat 'diselamatkan'.


Banyak kerja saya tergendala seketika semenjak ketiadaan laptop ni... Masa tu boleh lah rehat jap. Ni bila laptop dah baik, mula dah nak sibuk..huhu. Kene 'qadha' balik lah rehat-rehat sebelum ni.


InsyaAllah, tidak kira sibuk atau kekeringan idea...pasti ada saja akan dikongsi untuk renungan dan pengajaran bersama. Cuma, sabaq la no tunggu artikel nak keluar lagi... nak memerah idea buat ayat ni bukan senang.. TUNGGU..

Read More......

Hargailah Sebuah Pengorbanan

Salam and good day!


Belajarlah menghargai orang-orang di sekeliling kita.. Bukan
untuk mengampu.. Hanya ekspresi diri untuk membalas
kebaikan mereka..
-Gambar Hiasan-



(Story of Appreciation)



One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.

He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision.


The director discovered from the CV, that the youth's academic result is excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never has a year he did not score.


The director asked, "Did you obtain any scholarship in school?" and the youth answered "none".


The director asked, " Is it your father pay for your school fees?" the youth answered, my father passed away when I was one year old, it is my mother who paid for my school fees.


The director asked, " Where did your mother worked?" the youth answered, my mother worked as cloth cleaner. The director requested the youth to show his hand, the youth showed a pair of hand that is smooth and perfect to the director.


The director asked, " Did you ever help your mother washed the cloth before?" The youth answered, never, my mother always wanted me to study and read more books, furthermore, my mother can wash cloths faster than me.


The director said, I had a request, when you go back today, go and help to clean your mother's hand, and then see me tomorrow morning.


The youth felt that its chance of landing the job is high, when he went back, he happily wanted to clean his mother's hand, his mother feel strange, happy but mixed with fear, she showed her hand to the kid.


The youth cleaned his mother's hand slowly, his tear drop down as he did that. It is first time he found his mother's hand is so wrinkled, and there are so many bruises in her hand. Some bruises incites pains so strong that shiver her mother's body when cleaned with water.


This is the first time the youth realized and experienced that it is this pair of hand that washed the cloth everyday to earn him the school fees, the bruises in the mother's hand is the price that the mother paid for his graduation and academic excellence and probably his future.


After finishing the cleaning of his mother hand, the youth quietly cleaned all remaining clothes for his mother.


That night, mother and sons talked for a very long time.


Next morning, the youth went to the director's office.


The director noticed the tear in the youth's eye, asked: " Can you tell you what have you done and learned yesterday in your house?"


The youth answered, " I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes' .


The director asked, " please tell me your feeling."


The youth said;
Number 1, I knew what is appreciation, without my mother, there would not the successful me today.

Number 2, I knew how to work together with my mother, then only I can realize how difficult and tough to get something done.

Number 3, I knew the importance and value of family relationship.



The director said, " This is what I am asking, I want to recruit a person that can appreciate the help of other, a person that knew the suffering of others to get thing done, and a person that would not put money as his only goal in life to be my manager. You are hired.



Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates, every employees worked diligently and in a team, the company's result improved tremendously.


A child who has been protected and habitually given whatever he did, he developed "entitlement mentality" and always put himself first. He is ignorant of his parent's effort. When he started work, he assumed every people must listen to him, and when he became a manager, he would never know how suffering his employee and always blame others. For this kind of people, he can have good result, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement, he will grumble and full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parent, did we love the kid or destroy the kid?


You can let your kid lived in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experienced it. After a meal, let them washed their plate and bowl together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parent are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learn how to appreciate the effort and experience the difficulty and learn the ability to work with others to get thing done.

Read More......

Sayangi Dia

Salam and good day!


Bagus sangat artikel ni saya ambik dari emel. Nice try pendekatan seorang ibu explain pada anak-anak benda yang mereka tak nampak supaya mereka lebih jelas dan faham, esp berkaitan aqidah.


22 March 2010

ANAKKU, SAYANGI DIA..

“Ummi, kenapa Allah beri kita sakit?” soal Kak Long perlahan ketika saya sedang memicit-micit kepalanya. Kebelakangan ini, agak kerap dia mengadu sakit kepala. Mungkin, keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kesihatannya sedikit terganggu.



Saya menatap wajahnya yang berkerut menahan kesakitan. Sesekali dia menutup mata yang sedikit berair. Memahami ketidakselesaannya, saya mengalihkan sedikit kepala Kak Long di atas ribaan untuk mengelakkan cahaya lampu mengenai lansung ke anak matanya.



“Kenapa ya Ummi?” Kak Long membuka mata dan kembali bertanya. Saya membasahkan hujung jari dengan sedikit lagi minyak angin sambil terus memicit lembut sekitar dahi dan keningnya.

“Sebab sakit merupakan ujian. Allah nak lihat kita sabar atau tidak bila diuji dengan kesakitan,”ringkas saya memberikan jawapan.



“Kalau sabar, maksudnya kita berjayalah ye, Ummi?” Kak Long bertanya. Saya menganggukkan kepala. Jelas, dia memahami bahawa setiap yang bernama ujian merupakan penentu kepada dua kemungkinan. Berjaya atau kecundang di pengakhiran.



PELBAGAI
Saya menyudahkan urutan bila melihat Kak Long semakin tenang. Syukur, sakit di kepalanya kian menghilang.



Masih banyak tugasan lain yang perlu dibereskan. Pinggan di dapur belum dicuci. Kain di ampaian sedang menunggu untuk dilipat dan disimpan.
Juga, artikel untuk pengisian di blog yang asyik tertangguh untuk disiapkan.



“Tapi..kan bagus kalau kita tak pernah sakit?” tiba-tiba Kak Long bertanya. Langkah saya terhenti mendengar soalannya kali ini. Nampaknya dia belum berpuas hati dengan penjelasan ringkas saya tadi. Saya memandang wajahnya dan kembali duduk mengambil tempat di sisi.



“Kak Long, sakit bukanlah satu-satunya ujian. Ada banyak lagi ujian yang Allah sediakan. Cuma, sebagai manusia, kita mudah memandang apa-apa yang buruk dan tidak menyenangkan sebagai ujian. Manakala setiap yang baik dan menggembirakan, kita pandang sebagai nikmat dan kebahagiaan,” saya memulakan penjelasan.



“Kak Long tak faham..” tulus dia memberi pengakuan. Mendengar itu, saya menarik nafas panjang dan dalam. Memikir-mikir perkataan yang lebih mudah. Mencongak-congak ayat sebelum diluah. Biar mudah difaham. Jelas untuk dihadam.



BENTUK-BENTUK UJIAN


Memang benar, di dalam
al Quran Allah ada menyebut tentang bermacam-macam ujian ke atas manusia. Baik ianya disebut sebagai nikmat seperti pangkat, harta bertingkat, badan yang sihat dan rupa paras yang memikat; atau ianya berupa kesusahan dan musibah seperti sakit, kehilangan harta, kematian dan seumpamanya.



Semua itu adalah ujian bagi menentukan sama ada seseorang itu beriman atau sebaliknya.
ALLAH SWT sebagai Pencipta semua makhluk di dunia, Maha Mengetahui keadaan manusia yang selalu lalai dan leka. Lalu, Allah menghendaki agar kita tidak tertipu dan terpengaruh dengan kenikmatan dunia serta kesenangan yang ada di dalamnya.

Kerana itu, akan ada yang lulus dari ujian ini, dan akan ada mereka yang gagal melepasinya.



Firman Allah SWT yang bermaksud :


”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada kamilah kamu dikembalikan.” ( Surah Al Anbiya’ ayat 35 )



Secara umumnya, ada empat ujian yang diberikan Allah kepada kita :

1)
Ujian mentaati perintah-Nya : Solat, puasa, membayar zakat, mengerjakan haji, menutup aurat, berkata baik dan lain-lain lagi. Setiap ibadah yang diperintahkan oleh Allah mengandungi hikmah, manfaat dan kebaikan. Akan tetapi hikmah tersebut tidak banyak disebut melainkan sedikit sahaja, sebagai ujian bagi melihat ketaatan manusia melaksanakan perintah dari-Nya. Dengan ini, akan terbukti siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasulullah, dan siapa pula yang derhaka dan mengingkarinya.


2)
Ujian menjauhi larangan-Nya : minum arak, mencuri, mengumpat, berbohong dan seumpamanya. Sebagaimana ibadah yang merupakan perintah Allah, setiap larangan-Nya juga mengandungi hikmah, manfaat dan kebaikan untuk manusia. Oleh kerana manusia diberikan pilihan di dalam hidupnya, maka sudah tentu sesuatu yang disenangi oleh nafsu akan menjadi pilihan utama. Tinggal lagi, keimanan di dalam jiwa membatasi manusia dari melepasi batas sempadan dan had yang ditentukan syari’at. Justeru, inilah ujian yang mesti dihadapi agar manusia tidak ditunggangi nafsu yang menipu.



3)
Ujian kebaikan : anak-anak, isteri, kekayaan, sihat. Firman Allah SWT :

”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara Isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Surah At-Thagobun ayat 14 )




4)
Ujian keburukan : miskin, sakit, kematian dan sebagainya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud :

”Dan sesungguhnya Kami akan memberikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" ( Surah Al Baqarah ayat 155-157 ).




KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


“Sama ada sakit atau sihat, kedua-duanya adalah ujian. Miskin atau kaya, kedua-duanya juga adalah ujian. Ringkasnya, keburukan ataupun kebaikan, dua-duanya merupakan ujian dari Tuhan. Untuk masuk ke dalam syurga Allah, kita perlu lulus semua ujian-ujian berkenaan,” berhati-hati saya menerangkan.



“Kebaikan pun ujian juga..Ummi?” Kak Long bertanya dengan kerut di dahi. Saya menganggukkan kepala sambil tersenyum melihat wajahnya. “Jangan pening lagi lepas ni, sudahlah..” saya berbisik sendiri.



“Kalau macam tu susahlah..”Kak Long berkeluh kesah.



Senang atau susah, berat atau ringan ujian yang kita hadapi bergantung kepada bagaimana kita menghadapinya. Cuba Kak Long ingat kisah-kisah di dalam
al Quran. Nabi Ibrahim yang diuji dengan perintah agar menyembelih anaknya Ismail, lulus. Rasulullah dan orang-orang Islam yang diuji dengan ejekan, pemulauan sehingga ada yang mati kelaparan juga lulus. Sebaliknya, Firaun yang diuji dengan harta dan kekuasaan, gagal. Qarun yang diuji dengan harta juga gagal,”panjang lebar saya menjelaskan.



“Kak Long kena selalu ingat, Allah beri kita bermacam-macam ujian ini bukan untuk menyusahkan. Tapi semuanya ada sebab. Antaranya, untuk melihat keimanan kita, untuk mengampun dosa, dan juga sebagai tanda Allah sayang pada kita,” ujar saya bersahaja. Kak Long diam mendengar kata-kata saya.



Sebagai manusia kita selalu lupa. Biasanya orang yang ada banyak harta, ada kuasa, orang yang cantik jelita, orang yang sihat, tidak akan merasa bahawa mereka sedang diuji, sehingga akhirnya mereka lalai, lupa untuk bersyukur, bangga diri dan sebagainya. Kerana itu, Allah datangkan sakit atau keburukan-keburukan lain, supaya manusia kembali ingat kepada-Nya. Allah nak kita sentiasa ingat Allah baik ketika senang atau pun susah,” saya menambah sambil bangun dan berlalu ke tingkat bawah.




ANAKKU, SAYANGI DIA..


Pagi ini, sambil memasak
sarapan pagi ingatan saya laju mengimbas kembali perbualan bersama Kak Long malam tadi. Saya menginsafi, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan rasa cinta anak-anak kepada Yang Maha Esa.



Penjelasan yang telah diberi harus disusuli peneguhan agar apa yang disampaikan tidak hilang dari ingatan. Tidak perlu melakukan yang sukar dan rumit. Cukup dengan sesuatu yang mudah tetapi bersifat meransang seterusnya mampu dikenang.



Lantaran itu, sebaik selesai menyiapkan sarapan dan bekal anak-anak, saya segera membuka laptop di atas meja kerja. Saya mencari laman sesawang yang menunjukkan cara-cara membuat origami.



Setelah berjaya memperolehinya, saya mengambil dua helai kertas berwarna merah muda. Saya gunting kedua-duanya menjadi bentuk segiempat sama.



Seterusnya saya mengikuti langkah demi langkah sehingga dua helai kertas berbentuk empat segi itu akhirnya membentuk dua keping hati.


Sebagai penamat, saya tuliskan di dalam ‘hati’ itu kata-kata ingatan buat renungan puteri kesayangan :



“Assalamualaikum Kak Long,
Alhamdulillah..Allah beri kita makanan, Allah beri kita kesihatan,
Allah juga menguji kita dengan kesakitan sebagai tanda Allah sayang,
Sayang Allah ye nak…ucapkan Alhamdulillah.”



Saya masukkan ‘hati’ itu bersama-sama bekalan makanan tengahari anak-anak di sekolah. Harapan dan doa saya panjatkan ke hadrat-Nya agar usaha itu mampu memutikkan rasa cinta mereka kepada Allah Yang Maha Esa, InsyaAllah.


p/s: bagus betul didikan ibu ni.. betul bak kate orang, tangan yang menghayun buaian bisa menggegar dunia! didikan ibu yang lembut dan penuh hikmah insyaAllah dapat membuatkan anak-anak lebih faham dan dapat menerima pengajaran sebaiknya. Saya pulak, tak pernah jadi ibu lagi. tapi ramai sangat anak-anak didik. insyaAllah segala ilmu dan pengalaman saya gunakan untuk menjadikan mereka ditarbiah dengan sebaiknya sepanjang mereka bersama saya insyaAllah.


Read More......