"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Rumah Kucing

Salam. Good day!
Lama rasanya tak jenguk blog sendiri. Mungkin kerana kesibukan dan masalah kesihatan menyebabkan saya seperti ‘abai’ kan sekejap blog ni. Namun, ada sahaja yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. insyaAllah.

Saya baru sahaja menerima ‘cucu’ baru..huhu. Dua ekor kucing saya beranak. Total anak kedua-dua ibu adalah 8 ekor. Campur 7 ekor kucing besar menjadikan rumah saya ‘meriah’ dengan kucing, 15 ekor kesemuanya. Saya mula berkira-kira macamana lah nak jaga kesemuanya. Saya mungkin tak kisah memiliki kucing yang banyak, namun macamana dengan ahli keluarga yang lain. Abah dan mama sudah mula membebel..huhu. Saya tidak sampai hati membuang kucing saya ke pasar atau mana-mana tempat. Begitu juga sesiapa yang ingin meminta kucing dari saya, saya ok je. Tapi saya akan tengok tuan punya diri tu dulu. Dia betul-betul sanggup bela kucing saya dengan baik atau tak.

Saya bukanlah jaga ‘beghadong’ kucing saya. Mandi pun tidak. Diorang je mandikan diri sendiri. Cuma kalau diorang sakit, saya akan rawat sendiri. Pernah kucing saya nama Puteh selepas ‘bersalin’ tetiba je tidak lalu makan. Berhari-hari tidak makan dan minum. Badannya yang tinggal tulang saja dan kotor membuatkan saya makin risau. Saya memberikan madu sekali sehari kepadanya. Petua ni saya ambik dari abah. Dari lima beradik, saya lah yang mungkin banyak mengikut banyak sifat abah. Sukakan perubatan tradisional. Seorang yang senyap dan ‘observer’. Bila marah, akan marah sungguh-sungguh, tapi lepas tu ok balik. Tegas dan tumpuan yang sangat baik, dan banyak lagi lah. Balik pada Puteh tadi. Selepas berhari-hari saya memberikannya madu, tetiba dia hilang dari rumah. Mungkin dia dah ‘tiada’ kot fikir saya. Dua tiga hari selepas tu, Puteh balik dengan keadaan sihat sekali. Walaupun agak kurus, tapi dia makin berselera makan dan minum. AlhamduliLlah, dah hampir 10 tahun saya membela Puteh. Memang dah pangkat moyang dah Puteh tu. Pendek kata, kesemua kucing saya yang sakit, cedera badan, patah tulang akan saya berikan madu. AlhamduliLlah, mereka baik-baik sahaja kesemuanya. Cuma baru-baru ni sahaja saya bawa Aben, pergi klinik haiwan sebab telinganya ada kurap. Dah bertahun bela kucing, baru lah terpaksa bawak mereka ke klinik. Rasanya lepas ni saya kene bawak jugak yang lain-lain sebab dah mula berjangkit kene kurap di telinga. Huh...

Bila fikir balik... bila 8 ekor anak-anak kucing tu besar nanti macamana lah nak jaga. Ramai kucing dari manusia dalam rumah..huhu. Mak sedara ada nak mintak kucing kaler putih jantan. Tapi dah mati. Baru-baru ni 3 ekor kucing mati serentak. Agaknya keracunan atau sakit apa ntah. Mati mengejut. Kucing kaler putih ada, tapi yang betina. Tak mau lah pulak die.

Satu solution yang saya fikir, baik buat rumah kucing je lah. Banyak macamana pun, boleh kurung dalam rumah kucing tu. Tak perlu semua ‘serbu’ dalam rumah. Saya sendiri sanggup keluarkan modal. Cuma nak suruh abah atau sapa-sapa buat rumah kucing tu. Tapi abah tak kasik. Membazir katanya. Buang je kucing, tak pun bagi orang ataupun jual...huhu.. saya pun tak reti nak bangkang. Tak reti juga nak menjawab. Apa-apa masalah saya suka mengadu pada mama. Tapi mama pun memanglah menyebelahi abah. Ye lah, takde pasal nak cari pasal. Baik buang aje, settle masalah.

Oh tidak! Cukuplah saya tengok kucing di luar sana terbiar dan terseksa. Biarlah saya susah dan seksa membela mereka. Sekali mereka hadir dalam hidup saya, saya akan jaga mereka sepenuh hati. Kecuali, mereka meninggalkan saya! Ish ish...macam putus cinta pulak! Kucing-kucing itu lah yang banyak ‘menghiburkan’ hati saya. Kala saya sedih dan gembira. Setiap kali kali saya bersiap-siap pakai cantik-cantik nak pergi kerja pagi-pagi, mereka akan ikut dan berlari-lari bersama saya. Walaupun bukannya mereka nak ikut pergi kerja, mereka tahu saya akan bagi mereka ‘biskut’. Jika tidak, saya tidak boleh keluar. Begitu juga setiap kali saya balik kerja, mereka akan berpusu-pusu keluar dan mengelilingi kereta saya. Bayangkan, selepas saya berhentikan kereta, memang dah tak boleh gerakkan kereta sesuka hati lepas tu. Sebab kucing dok main bawah tayarlah, baring atas jalan lah... macam-macam lagi. Ada yang lagi excited, panjat duk depan cermin kereta. Kalau nak keluar balik, kene lah bagi ‘biskut’ sebagai umpan untuk lari. Pernah abah kata, kucing-kucing main luar rumah tapi bila along (saya) balik.. semua kumpul dalam rumah pulak. Nak pegi basuh baju dan sidai baju pun semua kucing ikut. Pernah saya masuk tandas, tapi tiba-tiba rasa macam ada ‘orang’ lain. Bila tengok kat kaki, kucing tengah tengok saya! Mahunya tak menjerit terkejut. Pendek kata, ke mana saya pergi memang ada ‘bodyguard’ sekeliling..huh..kadang-kadang rimas jugak!

Ada banyak peristiwa melucukan bila tetamu mari rumah. Ada yang excited dengan kucing, takut, tak suka pun ada. Yang kelakarnya, ada seorang kawan adik saya ni jenis melatah. Tengah dia duk syok bercakap dengan kami sekeluarga, tetiba kucing saya panjat sofa dan duduk sebelah die. MasyaAllah, macam-macam benda keluar dari mulut die melatah. Ada pulak ketika kucing saya lalu aje tepi die, tapi die pulak keluar rumah ‘melarikan’ diri bimbang kucing tu dekat padanya. Riuh serumah dia melatah dan menjerit. Kami sekeluarga terkejut pun ada tengok die gitu, but for sure memang kelakarlah..saya kalau budak tu mari rumah memang selalu tersenyum sendirian fikirkan kisah die dengan kucing-kucing saya.

Ada jugak kadang-kadang budak-budak yang excited jumpa kucing dan main-main ngan kucing saya. Biasalah budak-budak, ada kalanya nak gurau tapi main cekik kucing, tarik ekor lah, cubit-cubit lah.kucing saya memang ‘sporting’, tapi bila banyak kali kene kacau memang ‘hot’ jugak lah. Kucing saya baik-baik belaka. Tak pernah cakar orang... cakar atau gigit main-main tu adalah. Tapi cakar untuk cederakan orang takdelah. Saya dah puas marah dan larang budak-budak tu jangan main-mainkan kucing saya. Tapi degil jugak. Takpelah, tengok kucing saya nak wat guane nanti. Memang sah! kucing saya naik angin. Salah seekor kucing saya ‘lempang’ muka budak tu dengan ‘tangannya’. Tak guna kuku pun, Cuma acah kaki ke muka je. Budak tu menangis semahu-mahunya terkejut dan ketakutan. Yang dahsyatnya, saya ‘tersenyum’ kelakar dengan kejadian tu. Kelakar rasanya kene tampar dengan kucing. Tapi takdelah senyum depan orang..hehe. Cuma untuk redakan keadaan, saya terpaksa keluar rumah bawak kucing main-main luar rumah. Ish ish...tu lah degil sangat tak mau dengar cakap orang tua..hehe.

Hopefully, lepas ni abah setujulah dengan cadangan saya nak buat rumah kucing. Buat biasa-biasa aje rumah tu. Untuk kebaikan semua orang. Tak perlulah kucing-kucing main dalam rumah. Bimbang kotor, najis pulak nanti. Biarlah saya sorang-sorang jaga rumah kucing tu, bagi makan kat kucing-kucing tu. Kan bagus kalau aman gitu.. i’ll never give up. Saya yakin setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya InsyaAllah. Cuma lepas ni kene buat budget nak buat rumah tu..huhu. dahlah poket tengah ‘kempis’ nih. Takpe, niatkan sedekah. Keberkatan sedekah dan berbuat baik pada makhluk Allah akan dibalasnya dengan kebaikan yang tak pernah kita fikirkan dan duga. Harta yang sedikit, tapi terasa banyaknya kerana berkat. insyaAllah.

Jumpa lagi dan moga kita sentiasa di dalam rahmatNya...Amiin.

1 comments:

😻😻😻😻😻😻😻😻😻😻♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥😻😻😻😻😻😻😻😻😻😻😻😻😻😻😻😻💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Post a Comment

Apa komen anda...?