"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Ingin menolong...tetapi menyusahkan orang...?

Salam.

Hari ini bermula agak ‘lembab’ bagi ku. Suasana yang agak suram dan kurang semangat. Kenapa ya...? Adakah kerana sakit yang berlarutan membuatkan diri ini agak kurang bersemangat? Atau ada masalah lain yang terlalu difikirkan...? Wallahua’lam. Hari ini mungkin hari bersejarah bagi saya. Sejarah ‘hitam’ yang insyaAllah akan membuatkan diri ini lebih berjaga-jaga. Berjaga bukan sahaja dari segi fizikal malahan spiritual.

Petang tadi dimulakan dengan panggilan telefon dari ibu dan adik yang meminta kunci rumah. Saya agak keberatan kerana sedang mengajar ketika itu, walaupun masa hampir tamat kelas. Memang tension kerana ditelefon berkali-kali. Dalam hati mula memberontak...”kenapa on the way dari bandar dok singgoh ambik kunci kat sekolah?... kan susah nak kene balik untuk hantar kunci jee...kelas pung dok abih lagi...nok kene nih..” takpelah, kesian punye pasal (diorang tunggu luar rumah sebab takde kunci. Biasanya balik dengan abah, tapi abah pegi Kuantan. Mak sedara yang hantar pulak). Pukul 6.15petang saya tamatkan kelas dan keluar. Tinggal 2 pelajar saya yang belum balik. Pelajar kelas lain ada dalam kelas masing-masing lagi, tamat kelas pukul 6.30 petang. Sebelum balik, saya sempat pesan pada 2 orang pelajar saya (saya namakan A dan B) supaya jaga-jaga jangan main jauh-jauh...

Mungkin antara kita yang pernah melihat kemalangan, samada semasa/ketika kemalangan atau selepas kemalangan. Perasaan ‘semacam’ atau dikatakan lemah semangat tu hanya Allah yang tahu betapa yang dirasai kita ketika itu. Selepas panaskan enjin, saya sempat melihat lagi 2 orang pelajar saya yang menunggu di luar sekolah. Saya pun baru sahaja ingin keluar simpang dari sekolah saya, terjadilah satu ‘drama’. Dalam hati Allah sahaja yang tahu perasaan ini nak ‘ganyang’ pakcik tua yang menunggang motosikal tetapi melawan arus. Sudahlah dia melawan arus, dia hon pada kereta lain supaya memberi laluan padanya. BANYAK CANTIK... Sepatutnya dialah yang memberi laluan pada kereta lain dan pastikan betul-betul selamat sebelum menyeberang jalan. Tidak cukup dengan itu, oleh kerana kedegilan pakcik tua ini (pada masa yang sama membawa anak dan isteri) yang meneruskan perjalanan tanpa memberi laluan pada kenderaan lain hampir-hampir sahaja dilanggar pula oleh kereta lain yang ingin memasuki simpang. Nasib baik kereta tersebut sempat emergency brek. Kalau tidak, innaliLlah... Kasihan kereta tu, nasib baik tidak dilanggar pula oleh kenderaan dan motor yang dibelakangnya. Melihatkan hal itu, saya pun membebel sorang-sorang dalam kereta... Bayangkan kerana geram, saya membebel sepanjang perjalanan sampailah sampai ke rumah....

Baru sahaja tukar pakaian, lebih kurang 10 minit sampai rumah saya dapat satu panggilan telefon. “Cikgu, mana anak saya...? Saya dah cari sekeliling ni tak jumpa anak saya...mana anak saya...???!!!” Gulp! Terkesima saya seketika. “err...kak, nanti kejap saya nak call mak budak sorang lagi ni. Bertenang ya, saya nak call dia..”jawab saya. “cikgu...cikgu..mana anak saya (pelajar B)” desak kakak itu sambil meraung-raung. Tanpa berlengah saya pun menukar balik baju dan terus memecut ke sekolah saya.

Ramai sedang berkumpul di depan sekolah saya untuk mendengar dan menyaksikan keadaan ketika itu. Dalam hati berkata...”Ya Allah, tak sampai 20 minit aku tinggalkan tempat ini tadi. Aku bermimpi ke ni...?Tolonglah aku Ya Allah.” Ibu budak yang ‘hilang’ itu meraung-raung umpama histeria di tepi jalan. Aku melihat dari jauh terketar-ketar bisu tidak mampu berbicara. Mujurlah Kak Ina dan Fateha ketika itu yang menenangkan ibu budak itu. tapi, sia-sia sahaja. Aku masih ingat, 2 orang pelajar aku yang kutinggalkan sebentar tadi. Sorang di suspek hilang, yang sorang lagi dah balik. Aku dengan pantasnya menelefon ibu pelajarku seorang lagi (suspek utama) yang mungkin tahu di mana pelajar yang hilang itu. TIDAK DIANGKAT. Aku tidak putus asa, terus menelefon lagi. Akhirnya, berbelas kali aku menelefon, tapi tidak juga diangkat. Tanganku menggeletar memegang handset... Aku melihat pada ibu pelajar itu, masih meraung-raung. Aku ‘gerun’. Aku pun nekad untuk terus ke rumah pelajar A. Nasib baik aku kenal rumahnya. Sebelum pergi aku sempat memesan pada 2 orang guru sekolah ku destinasiku dan tolong jaga keadaan di situ.

Aku dengan segala kepakaran, memecut kereta ku ke rumah pelajar A. Waktu sudah Maghrib. Aku di dalam ketakutan dan keresahan hanya mampu berdoa pada Allah supaya segala kebuntuan ini ditemukan jalan penyelesaiannya.... Ya Allah, ampunilah aku. Tolonglah hambaMu ini... Jangan lah Kau uji aku sebegini berat. Aku tidak mampu untuk hadapinya...Ya Allah...!

“Kak, boleh tunjukkan saya rumah Kak XX (ibu pelajar A) ?” sapa saya terketar-ketar. Kakak itu, tanpa berlengah mengajakku untuk menunjukkan rumah Kak XX. Sebelum sempat sampai, tiba-tiba telefon berdering.. “Assalamulaikum, cikgu dah jumpa pelajar tu.. Ada orang tolong hantar budak tu. Mak budak A yang hantarkan.. ” kata Kak Ina yang kuanggap seperti kakak ku sendiri. MasyaAllah...SubhanaLlah. Terima kasih Ya Allah. Walaupun macam nak ‘gila’ tadi, rasa lega seketika bila dapat berita tu..Dalam hati ku memang menganggap Kak XX (mak pelajar A) ni yang di suspek tahu keadaan pelajar B. memang tidak salah anggapanku. Kebetulan mak pelajar A dan mak pelajar B saling mengenali. Tapi aku geram sekali lagi:KENAPA TIDAK MAKLUM PADA AKU, ATAU MAK BUDAK TU NAK TOLONG HANTARKAN ANAK DIE...? KENAPA TAK ANGKAT TELEFON...? KALAU ANGKAT TELEFON BOLEH SETTLE MASALAH...TAK RASE KE PERASAAN ORANG LAIN BIMBANG KE...TAKUT KE...? KENAPA TAK FIKIR...HAH?

astaghfiruLlah... semua yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin ini dugaan Allah atas dosa-dosaku selama ini. Mungkin ini juga dugaan Allah untuk menguji keikhlasan dan keimanan ku padaNya. Ya Allah, ampunilah aku. Macamana aku nak hadapi hari esok...? insyaAllah aku tidak akan mudah mengalah. Aku akan lebih hati-hati selepas ini.. Mungkin ada kekurangan sebelum ini yang aku tidak nampak..perlukan perubahan supaya lebih mantap dan maju. Aku akan jumpa ibu pelajar B untuk selesaikan masalah bersama. Moga-moga Allah tenangkan hatinya dan sudi maafkan aku (walaupun bukan salahku sepenuhnya). Pada ibu pelajar A, tolonglah jangan buat begitu lagi. Niatnya baik nak tolong hantarkan. Tapi, TOLONG maklum! Moga Allah bagi kekuatan padaku untuk maafkan dan tenang bersua dengannnya nanti.

Begitulah alkisahnya... rasa macam nak menangis, tapi ‘tak sempat’ lagi nak menangis. Aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan, daripada melayan perasaan sedih ini. Siapa nak memujukku? Bagiku, hanya Allah jua tempat aku mengadu dan memujuk hatiku ini... terima kasih Allah, Kau ‘berbicara’ padaku yang selama ini lalai dan bergelumang dengan dosa...lupa untuk mengadu padaMu. Leka dengan kesibukan dunia... Moga hari-hari ku yang mendatang penuh dengan keceriaan dan diberkati Allah, insyaAllah.. Ya Allah, Kasihanilah dan rahmatilah hidupku di dunia dan di Akhirat..Ameen...

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?