"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Hiburan Jiwa

Salam. Saya baru menonton trailer filem "Emak Ingin Naik Haji". Filem ini baru keluar di Indonesia. Walaupun kita 'rimas' dengan kebanjiran sinetron-sinetron di setiap channel tv kita, namun tidak salah untuk kita menghargai karya yang baik untuk diteladani. Sebelum ini glamour dengan filem Islamik kontemporari Ayat-Ayat Cinta dan Ketika CInta Bertasbih. Ok jugak fiem-filem ni, banyak kupasan agama yang membuka mata kita. Contohnya erti pengorbanan, cinta kepada Ilahi,dll. Namun filem berunsurkan jiwang sudah agak boring bagi saya..
Filem seperti Children of Heaven walaupun banyak kali dah menonton masih lagi best. Begitu juga satu filem penyiasatan dari Iran...dah hampir 10 tahun kot filem tu saya lupa nama filem tp masih terngiang-ngiang lagi kisah filem tu..dimana watak utamanya perempuan berjubah dan tudung serba hitam menjadi pegawai penyiasat. Banyak kes yang berjaya diselesaikan. Betapa hebatnya wanita muslimah yang ditonjolkan dalam filem ini. Berjubah tapi mampu mengejar musuh, berlari dengan pantasnya. Ada satu kes tu, die melompat menerkam penjahat dengan ganasnya. Memang dahsyat! Ternganga tengok aksi 'berani mati' muslimah tu...hehe.
Moga lepas ni, Malaysia akan mengeluarkan filem Islamik sendiri. Kalau drama Nur Kasih tu, best jugaklah.. saya tak pernah ketinggalan menontonnya. Tapi kalau boleh lepas ni, tak perlulah cliche semua drama atau filem Islamik. Kalau tak boring je nengoknye... alih2 kene kesat airmata.ish ish
filem terbaru;

Arif Husaini:
"Sekarang wang emak ada lima juta, sudah nabung lima tahun. Kalau sekarang naik haji, ongkosnya 30 juta, berapa tahun lagi ya, Zein?" Tanya si emak kepada anaknya dalam filem Emak Ingin Naik Haji hasil produksi Mizan Productions.
Filem yang sedang popular ini memaparkan kisah yang sekali pandang kelihatan agak biasa dan dialami banyak orang yang bercita-cita mengerjakan haji di Tanah Suci.Tetapi filem ini membawa satu kisah yang walaupun sudah biasa diketahui oleh mana-mana masyarakat Muslim, paparannya membawa mesej yang lebih mendalam, dengan menunjukkan juga kisah seorang lagi yang bercita-cita mengerjakan haji. Yang seorang lagi itu seorang yang jauh lebih kaya, dan menyimpan cita-cita yang tidak sesederhana si emak tadi. Dia mahukan gelaran Haji pada namanya untuk tujuan politik.
Di sinilah filem ini membawakan satu kritik sosial yang jarang diperkatakan.Dalam kategori filem bertema agama di negara kita, jarang sekali tema haji dijadikan cerita, tidak seperti Aidil Fitri yang sentiasa tidak putus dan dengan cerita yang lebih banyak berkisar pada kesedihan.Di Indonesia, semakin banyak filem bertema agama (yang adakalanya nampak dipenuhi elemen Islam pop seperti Ayat-Ayat Cinta) dihasilkan, memberikan sekurang-kurangnya pilihan lain kepada khalayak, di tengah-tengah lambakan filem yang tidak sehaluan dengan budaya dan agama masyarakat kita.Sebelum ini, filem Laskar Pelangi yang jga diusahakan Mizan, menjadi tumpuan meluas banyak pihak termasuk di Malaysia, menunjukkan pasaran yang besar untuk filem-filem bertema agama.Ini menunjukkan masyarakat Muslim negara kita dahagakan produk berbumbu Islami seperti yang banyak dihasilkan di Indonesia.
Hasil-hasil karya sebegini tentunya lebih baik disajikan daripada sinetron yang tidak membawa sebarang manfaat dan hanya mengkhayalkan.Ketika rakyat Malaysia marah dengan lambakan sinetron murahan Indonesia di televisyen kita, kita juga perlu melihat ke Indonesia untuk mencontohi penghasil filem-filem seperti Emak Ingin Naik Haji. Satu ketika dahulu, kumpulan-kumpulan nasyid bercambah di arena seni negara kita, dan diterima dengan baik oleh masyarakat. Ini menunjukkan masyarakat negara kita sangat dahagakan hiburan bersumberkan Islam.Apa yang perlu dilakukan ialah menghasilkan karya-karya seperti ini, untuk memberi ruang kepada mereka yang mahu menyampaikan mesej-mesej yang berbeza daripada apa yang kita perolehi daripada industri hiburan kita dewasa ini.Filem-filem dengan unsur maksiat dan sia-sia semakin banyak ditayangkan di pawagan dan hatta di televisyen kita pada masa ini.
Eloklah sekiranya dihasilkan pula filem-filem yang memberi kita pilihan yang berbeza.Mungkin kerajaan, sama ada pusat dan juga kerajaan negeri yang prihatin, boleh bekerjasama dalam hal ini, bermula dengan memberi dorongan dan sokongan kepada hiburan yang lebih Islami.

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?