"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Jadilah Anak Kunci Kebaikan


Salam. Good day!



Eh, wat ape tu sayang-sayang semua...?




Oh, tengah menjamu selera. Makan berjemaah J



Ikut arah jam, start kucing oren besar; Choren, Diddy, Comel, Manees, Comel, Ricky, Mimi, Aben, Puteh, Raffy... Ada 2 ekor nama Comel sebab dah tak tau nak bagi nama ape.. Comel aje lah, biar nampak Comel sokmo.


Kali ni nak cerita pasal kucing. Hari Isnin yang lepas hujan agak lebat. Waktu menghampiri 6 petang. Tapi suasana agak gelap, macam dah nak Maghrib. Saya pun baru selesai kelas. Tinggal satu kelas lain lagi yang akan tamat pukul 6.30 petang. Saya pun terasa nak keluar meninjau-ninjau suasana di luar sekolah saya. Hujan tadi renyai-renyai kembali lebat. Ketika saya ingin masuk kembali ke dalam pejabat, tiba-tiba saya terpandang satu ‘benda bergerak’ di bawah pokok di tepi jalan. “Eh, kucing lah.. ” kata saya. Tapi saya agak hairan, kenapa kucing tu tak lari...kan hujan lebat ni. Cari lah tempat berlindung.. Beberapa ketika tengok kucing tu masih tak bergerak, saya pun ambik payung terus pegi tengok kucing tu. “Hei, kenapa dok lari?” marah saya, macamlah kucing tu paham. Kucing tu mengiau dengan kuat. Eh, kucing ni mengiau ke marah kat aku? Takut jugak nak pegang kucing ni, kang die cakar kang. Saya pun sentuh kucing tu dengan kaki. Ok je reaksi die, takde nak marah-marah pun. Agaknya suara die memang gitu kot.. Saya pun memberanikan diri angkat kucing tu ke beranda sekolah saya. Tengah saya periksa kucing tu..”Kenapa cikgu..?” Tiba-tiba sekumpulan pelajar kelas Fateha mengerumuni saya. Maunya mereka tak terkejut sebab bunyi suara kucing tu kuat sangat.. “Ish ish awak ni... tak dok mende. Kucing ni lapar. Gi masuk kelas sambung belajo, cikgu nok bagi die makang..”


Kucing tu masih mengiau dengan kuat. “Senyap lah! Makan keropok ni..” Saya menyua beberapa keping keropok untuk dimakan. Tak dipedulikannya.. Kenapa kucing ni? Sejuk ke? Tak puas hati, saya periksa keadaan kucing tu. MasyaAllah, besarnya luka die! Ada luka di bahagian kaki dan dada die. Berjalan pun terhinjut-hinjut. Kesiannya die. Rasanya luka bergaduh ni. Kucing ni kecik lagi, mesti kene buli dengan kucing jantan jahat nih.. teka saya. Sedih pulak tengok kucing ni. Saya pun bergegas ambil ubat. Masalahnya, macam mana nak balut luka kucing tu? Die kesakitan takleh nak pegang molek die. Saya pun ambik minyak dan sapu pada luka sikit-sikit supaya die tak sakit sangat. Itu je yang mampu saya buat...

Dah pukul 6.30 petang, semua pelajar pun balik. Saya pun bersiap nak balik. Saya dah tempatkan kucing tu di beranda yang terlindung sikit dari tempias hujan. Dan sedikit makanan, cukuplah bekalan die malam ni. Pagi esok boleh lah saya bawak bekal untuk die makan pulak....

Beberapa hari kemudian...

Hari ni hari Sabtu. Saya mari awal pagi ke pejabat saya. Saya dah siapkan bekal kucing tu dari rumah. Kelmarin kucing tu makan sampai habis nasi yang saya bawak. AlhamduliLlah, kenyang die.. Keluar dari kereta terus pergi ke tempat kucing tu..”Eh, dah takde? Mane pulak die pegi..” Sedihnye. Macam mana nasib die sekarang entahlah.. Harapnya die dah balik rumah tuan die. Tak pun di tempat yang lebih selamat. insyaAllah.

Saya pun fikir kembali.. Begitulah nasib binatang. Ada yang disayangi, ada yang diabaikan, ada yang diseksa, dll. Nama pun binatang, takde akal. Kalau lapar, makan.. kalau mengantuk, tidur. Itu aje yang diorang tau.. Kita sebagai manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Kita diberi akal dan nafsu oleh Allah. Kita bernasib baik, sebab bila kita lapar kita tahu cari makan..masak makanan kita. Kalau nak selesa, boleh cari rumah yang besar..ada tempat tidur yang selesa. Tetapi bagaimana pulak binatang? Pernahkah kita bersyukur dengan nikmat Allah kepada kita selama ini?

Baru-baru ni seorang kawan saya hampir-hampir eksiden kerana ingin mengelak lembu. Ni pun satu hal. Lembu mane lah tau jalanraya tu selamat ke tidak. Yang die tahu, merayau ke hulu ke hilir mencari makanan. Saya memang kesian kalau tengok binatang kene langgar di jalan. Kadang-kadang tu memang salah binatang tiba-tiba melintas. Kadang-kadang tu salah manusia jugak kalau bawak kereta laju tahap gaban. Tak sempat nak brek emergency. Tapi bagi saya, PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Tuan lembu tu yang patut dipersalahkan. Kenapa lah gi lepaskan lembu tu. Kalau nak bela, bela lah molek-molek. Buat kandang. Ni lepaskan gitu aje. Entah lembu-lembu die tu makan tanaman orang, disumpah seranah oleh orang lain.. tak ke tuan lembu tu yang dapat dosa ‘free’?

Ada seorang makcik yang saya kenali memang cukup menjaga bab ternakannya. Dia bela lembu dan ayam. Memang siap ‘beghadong’ lah reban dan kandang untuk ternakannya tu. Tapi jika dia nampak ada ayam yang keluar cari makan keluar dari kawasan rumahnya dia akan sembelih terus ayam tu.. nak ajar ayam-ayam die yang degil. Memang ‘didikannya’ berhasil. Jika ayam dilepaskan di halaman rumahnya, memang ayam die takkan keluar merayau melebihi pagar rumahnya. Ajaib kan? Binatang pun tahu dan patuh pada tuannya. Tapi kalau tuannya ‘dok rok cetong’ memang dok rok sungguh lah nak jaga.. Pernah sorang kawan saya bagitau, lembu-lembu yang merayau di tepi jalan ada yang ditangkap oleh jabatan haiwan. Tapi, tak sampai sehari tuan lembu bawak beratus-ratus ringgit nak ambik balik lembunya. Lepas tu biar lembu berkeliaran lagi. Lepas tu kene tangkap. Lepas tu bayar lagi.. tak serik-serik. Memang ada orang macam ni, tak kisah hukum agama. Yang die tau, jual lembu dapat duit. Kenyang perut boroi..

Banyak saya membebel kali ni.. kalau orang tak nak dengar sudahlah. “Sampaikan olehmu walau satu ayat”, itu pesan Rasulullah s.a.w. Bila disebut manusia sebagai khalifah (pemimpin) bumi, bukan perlu menjadi pemimpin parti politik atau persatuan. Pemimpin perlulah yang menjadikan bumi ini makmur untuk diduduki. Pemimpin yang menjaga ‘anak buahnya’ dan keadaan sekeliling. Pemimpin yang tidak korup, dll. Yang mampu melindungi dan boleh diharapkan oleh makhluk Allah yang lain. Kerana apa? Manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Dikurniakan susuk tubuh yang sempurna, ada akal dan fikiran, ada nafsu dan emosi..melebihi semua makhluk Allah yang lain. Manusia yang tidak bersyukur dan tidak menghargai kurniaan Allah lah yang melakukan kerosakan di muka bumi ini. Menjadikan dunia ini tunggang-langgang. Jadikanlah diri kita sebagai anak kunci kebaikan.. Amat malang bagi sesuatu masyarakat yang dihuni oleh manusia yang sentiasa menjadi anak kunci kepada kejahatan.

Sahal bin Saad berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“bermula sesuatu yang baik (khair) ibarat peti besi (khazanah) dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya, makan berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebaikan dan penyelak (penghalang) kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka (neraka) bagi seseorang yang menjadi kunci kepada kejahatan dan penyelak (penghalang) kepada kebaikan”. (H.R Ibnu Majah).

Wallahua’lam.


p/s: tahniah kpd adik2 yg berjaya dalam UPSR. My cousin dpt 5A. tgh pk nak bagi hadiah ape lah nnt... Selamat Berjuang juga pada adik2 SPM dan STPM. Moga kejayaan sentiasa mengiringimu... Adik2 saya pun periksa jugak. Tp nampak rileks je..kakak die pulak terlebih bimbang :)

2 comments:

Preview
Edit pena_cyber said... Memang Allah jadikan manusia dengan akal, tapi binatang tanpa akal. akan tetapi, kadang-kadang, manusia lebih teruk dari binatang.

setiap yang dijadikan Allah berpasang-pasang, sesuatu yang dijadikan Allah, ada baik ada buruk. manusia pandai berkata, dia tahu mana baik mana buruk, akan tetapi, zaman sekarang ramai yang memilih sesuatu yang buruknya lebih banyak dari yang baik.

segala yang tidak memihak kepada kepentingan mereka, ditolak malah diburuk-burukkan pula...

salam...syukran pena_cyber atas komen. sangat bermakna dan 'pedas' gitu. sesuatu yang baik tu memang mahal harganya. kerana syurga itu mahal. hanya org yang terpilih sahaja yang mendapat tempat di sana. Moga kita tergolong di dlm org2 yang beruntung di dunia dan Akhirat. Ameen..

Post a Comment

Apa komen anda...?