"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Keje Ape Awang wei..?

Salam. Good day.
Setelah seminggu lebih berehat update blog, almaklumlah sibuk dengan program dan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk berfikir dengan baik... insyaAllah ada sesuatu yang best untuk dikongsi bersama kali ini.

Alkisahnya begini... 3 orang pemuda iaitu Azizan, Badrul dan Chairil mengunjungi rumah seorang gadis yang sangat cantik. Entah macamana, 3 orang yang bukan bersahabat ini tiba-tiba seperti dirancang ke rumah gadis ini, Mek Siti dengan hasrat yang jitu untuk meminangnya. Masing-masing memandang ke arah diri masing-masing, ingin membandingkan siapa yang lebih hebat (bisik dalam hati). sudah tentulah yang lebih hebat dan tinggi jawatan dan pangkat yang bisa dipilih untuk menjadi menantu keluarga Mek Siti ini. Biarpun keluarga Mek Siti ini sederhana sahaja, ayahnya seorang imam surau kampung dan juga seorang pesawah, ibunya pula menjual kuih dari rumah manakala Mek Siti sendiri pun belajar setakat diploma sahaja dan belum mendapat pekerjaan. Mereka tidak kisah, yang penting Mek Siti yang cantik lagi jelita itu menjadi milik mereka.

Tibalah sesi soaljawab bersama ibu Mek Siti. "Jemputlah minum" pelawa Mak Minah. Masing-masing mengambil cawan dan menghirup air teh suam yang manis-manis buah gitu. "Woh, mokcik tengok anok-anok ni segok-segok belake. Mesti keje hebak-hebak nih. Dok penoh lagi orang beso-beso maghi rumoh mokcik hok buruk ni"sapa Mak Minah membuka cerita. Jejaka-jejaka tersebut tersenyum lebar bangga dipuji Mak Minah. "Takdelah makcik, biasa aje."sapa Azizan tersengih. "Haah makcik, biasa-biasa aje.. yang penting kene usaha" balas Chairil tidak mahu mengalah.

"Baguslah gitu.. Oghang mude kene usehe lebih. Nok-nok oghang laki. Kekgi nak kawin, kene jaga anok bini pulok. Kalu dok keje malah usehe memang dok patut laa.."ujar Mak Minah. "Doh, anok-anok ni keje mende belake? Mokcik nok kenal jugok. Mane tau, kalu berkenan boleh jadi laki Mek Siti. Mek Siti tu pemalu. Mokcik lah yang kene pilih...hik hik"gurau Mak Minah.

Badrul memulakan bicara,"Saya kerja sebagai Eksekutif Bank Negara. Memang mencabar kerjanya makcik. Walaupun kerja di bank sahaja, tapi bila melibatkan urusan pelaburan dan kewangan ni...mahunya kadang-kadang tu lewat malam baru dapat balik rumah. Gajinya memang lumayan, baru beberapa tahun kerja dah boleh simpan beribu-ribu ringgit...maklumlah nak guna untuk kawin nanti..hehe". Mak Minah mengangguk-angguk kepalanya.

"Saya ni anak Datuk Chairul. Walaupun saya anak Datuk, saya tidak pernah mempergunakan nama ayah saya untuk mendapat kerja yang hebat. Saya sekarang ni Pengurus di Syarikat Perkapalan Chairil & Sons. Biasalah, bisnes keluarga kena pertahankan." ujar Chairil penuh keyakinan.

"Hmm...hebak-hebak nye keje. Tinggal sorang lagi ni. Awang pulok keje mende?" tanya Mak Minah bersungguh. Azizan dari tadi yang mendengar penuh khusyuk tersentak kerana kini gilirannya pula. "Err...err... saya keje biasa saje makcik. Takdelah sehebat pemuda-pemuda ini. Sorang anak Datuk, sorang lagi keje bank. Tapi saya tidak pernah merasa malu dengan rezeki yang Allah bagi pada saya ni." Azizan berterus-terang. "Ye betul-betul. Dakpe, cerita aje ke mokcik."sampuk Mak Minah. "Saya keje nelayan..." Azizan kehabisan ayat. Badrul dan Chairil tercengang mendengar pengakuan Azizan. Tetapi masing-masing lega kerana sudah pasti Azizan bukan calon yang sesuai untuk Mek Siti. Mak Minah hanya membisu.
"Kamu suke keje kamu sekarang ni?"tanya Mak Minah. "AlhamduliLlah. Saya bukannya tiada pilihan kerja. Saya berasal dari keluarga nelayan. Saya juga ada ijazah, tetapi oleh kerana keadaan keluarga yang uzur saya lebih suka dekat dengan keluarga. Walaupun bermula agak dhaif, tetapi sekarang saya sudah mampu meneroka lautan dalam dan mempunyai syarikat sendiri. InsyaAllah, ada rezeki nanti saya nak teroka pasaran luar pula..." jelas Azizan tergagap-gagap.
Mak Minah menghela nafas panjang. Tiba-tiba dia membuka radio buruknya, lalu memasukkan kaset. Kedengaran suara H.M Tuah berkumandang;
"Kalau ada orang nak pilih menjadi jurukemas profesional apakah yang akan anda katakan kepadanya?" Engkau ni cita-cita kecik! Begitukah?
Habis yang besar tu apa? Ooo... yang bernama doktor, majistret, eksekutif. Itu baru dianggap besar? itu dianggap berjaya.?
Sebenarnya anggapan ini salah. Jika anda pernah tinggal di Eropah anda akan jumpa pelbagai bentuk profesional. Ada jurukimpal profesional, ada jurumasak profesional dan ada jurupotong profesional.
Berhentilah memperlekehkan dan mempertikai kerja-kerja yang anda anggap bawahan. Sapu sampah? Pantang keturunan aku berkahwin dengan jurusampah. Itu gaya mak nyonya apabila berdepan dengan P.Ramlee, seorang pemuzik yang bercinta dengan anaknya Sabariah.
Seorang kawan saya jadi tauke sampah sekarang ni dan nyata menjadi kaya. Dia lebih dulu pakai Mercedes Benz daripada saya padahal fokus kerjayanya adalah sampah. Dia pernah berbisik pada saya "Mat, tolonglah bagi aku kerja. Apa-apa kerja." Waktu itu dia baru berhenti daripada bekerja dengan sebuah syarikat pemaju. Saya tanya, "kerja apa?" "Apa-apa je lah. Sapu-sapu sampah ke. potong-potong rumput ke.."
Saya sangka dia bergurau, sebab dia ni lepasan universiti. Jawatan dia di syarikat pemaju tu pun tinggi juga. takkanlah nak kerja potong rumput?
beberapa tahun kemudian, saya dengar dia jadi tauke sampah. Dia ambil beberapa pekerja bekerja dengannya - selenggara pejabat, sapu sampah, potong rumput, cuci tandas, dll. Sekarang dia jadi kaya.
Apakah kita nak katakan orang macam tu gagal? Fokus bisnesnya sampah. Susah tentu tidak! Dia seorang yang berjaya sebab profesional dalam bidangnya. Gitulah hendaknya dengan kita. tak kira bidang apa yang kita pilih, pokoknya kita buat betul-betul dan kita betul-betul muncul terbagus dalam bidang itu.
Biar nampak kecik, tapi kalau tak ada, kita terencat projek. Yang penting, kita bersungguh-sungguh apabila kita mula involve dalam satu-satu bidang.
Azizan, Badrul dan Chairil khusyuk mendengar. Mak Minah pun tersenyum melihat mereka... Apakah kesudahan cerita ini? Siapakah yang dipilih oleh Mak Minah menjadi menantunya? Dapatkah anda teka? Teka lah sendiri. Saya tak larat nak karang panjang-panjang cerita ni...
PENGAJARAN:
1. Setiap kerja yang dilakukan walaupun kecil, tetapi profesional maka besarlah impak dan untungnya. Pendek kata, buat kerja mesti usaha 200%!
2. Jangan sesekali berasa malu dengan kerja atau rezeki anda, kerana yakinlah itu yang terbaik yang Allah kurniakan kepada kita. ANDA HANYA PERLU BERASA MALU JIKA TIDAK PERNAH BERUSAHA UNTUK MAJU!
3. Kena pandai marketing diri sendiri. Bukan untuk riak, tetapi maruah diri. Cth. macam Azizan, dia boleh sahaja mengatakan dia seorang peniaga, instead of nelayan. Taklah bakal ibu mertua terkejut..hehe.
4. Kerja sekarang susah nak dapat...so, ciptalah kerjaya sendiri untuk memajukan diri. Itulah yang terbaik. Jangan menunggu orang menyuapkan makanan untuk kita. Carilah makanan sendiri, supaya makanan yang masuk ke perut kita adalah yang terbaik dan sedap. Kerana makanan yang orang suapkan belum tentu sedap. Betui tak?
Moga kita sama-sama dapat manfaatkan ilmu ini. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?