"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Emas



Salam and good day!







Inflasi sifar dengan penggunaan emas

-Gambar Hiasan-


Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan haba dan elektrik dengan amat baik, tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen, tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan dan tahan hakisan. Oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.




Kegunaan emas termasuklah dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain, pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik, bahan pengisi gigi, kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat), pengecatan pada seramik sebelum seramik dibakar, dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak, rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot, rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit, bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan, pingat emas dan lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.




Emas, selain perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia. Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor kambing berharga 1 dinar ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor kambing masih berharga 1 dinar di kebanyakan tempat di seluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga kambing runcit semasa sekaligus menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.






Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas masih dikekalkan. Selain itu, emas tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.




Nilai emas tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak. Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.




Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan. Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya. Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan. Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.




Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula. Dolar Amerika diterima di kebanyakan negara terutama di negara-negara sedang membangunan tetapi harga pasarannya tidak menentu dan berubah-ubah dengan cepat. Ada dakwaan mengatakan mata wang ini dicetak dengan jumlah yang banyak di luar negara Amerika tetapi tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara Amerika sendiri.






Abdullah Abas
Junior Halal Food Consultant


@ Etiqa Takaful Consultant (Junior)




p/s: Saya pun sedang dalam proses nak melabur dalam dinar emas ni. Bukan tak tau kebaikan dinar emas ni, tapi kurangnya dorongan dan info menyebabkan saya lambat betul nak ambik tindakan. Ape lah nak jadi ni.. ish ish. Meh sama-sama kumpul duit beli emas!




0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?