Gereja Terbesar di Asia
Assalamualaikum.
The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.
These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation’s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.
The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.
The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.
The Calvary Convention Centre when completed will have a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational environment.
The Calvary Convention Centre is located on a 4.9 acre piece of land within the identified International Zone at Bukit Jalil, in the southern part of Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . It is surrounded by parks and established institutions and is accessible by an excellent network of highways.
Saya pernah menonton satu dokumentari di Astro Oasis, Kembara Palestin kalau tak silaplah.. Kisahnya, selepas Khalifah Umar Al-Khatta menakluk Betlehem (tempat di mana Nabi Isa a.s dilahirkan), Saidina Umar telah menyampaikan khutbahnya di Masjid Umar (kalau tak silap), iaitu berdekatan dengan Gereja terbesar di sana Gereja Nativiti. Dalam khutbahnya, Saidana Umar telah menyeru pemimpin dan umat Islam agar tidak menyerang rumah ibadat orang kristian ketika itu. Sikap toleransi beragama ini membuatkan masyarakat Islam dan Kristian hidup aman dan damai. Mereka hidup rukun damai mengikut ajaran masing-masing dan tidak memusuhi atau mencela agama kaum lain. Saya memang amat kagum dengan kajian yang dijalankan. Benarlah, untuk Berjaya kita perlu belajar dari sejarah dan sirah Rasulullah dan para sahabat.. Mereka lah pencetus inspirasi perjuangan kepada kita..
Persahabatan ini dapat dilihat jelas ketika bermulanya Intifadha di Palestin. Hampir 50 orang pejuang Palestin yang diburu oleh tentera Zionis telah melarikan diri dan berlindung di Gereja Nativiti ini. Mereka mendapat perlindungan politik di sana hampir 2 bulan. Para pejuang di beri tempat tinggal, makan dan minum serta kebajikan dijaga sepanjang perlindungan. Para paderi di gereja itu melarang sebarang rundingan dan kemasukan tentera Zionis untuk menyerang para pejuang tersebut. SubhanaLlah.
Di Malaysia juga diamalkan toleransi beragama.. Lihat saja di Kelantan adanya Tokong Buddha Baring terbesar di Asia (malah kedua terbesar di dunia). Padahal Kelantan pemimpinnya adalah ulama. Kita tidak kisah jika rumah ibadat yang dibina itu banyak atau sedikit kerana itu adalah keperluan panganutnya. Terpulang lah juga bagi saya jika Kristian juga nak bina gereja besar atau kecil SELAGI tidak dikacau atau dijadikan markas untuk menyesatkan umat Islam. Memang sejak dulu lagi saya dah dengar Kristianisasi pada orang Islam ni dah dijalankan. Cuma mungkin saya tidak pernah berdepan secara langsung. Hanya mendapat khabar dan cerita sahaja.
Bagi saya, ini adalah cabaran kepada kita umat Islam terutamanya pemimpin Islam di Malaysia untuk memastikan pengaruh Islam dan menjaga kebajikan umat Islam sentiasa dijaga. Adakah pemimpin yang memimpin sekarang ni menitikberatkan dan memartabatkan Islam? Saya Tanya anda semua jawablah yee.. Saya takut dan bimbang Negara Malaysia yang kita cintai ini semakin goyah dan di bobrok kan dengan pelbagai tipu muslihat dajjal menyebabkan masyarakat Islam makin hanyut. Na’udzubiLlah.
Namun saya percaya, selagi mana adanya di kalangan kita yang sanggup berjuang demi memartabatkan Islam, juga para alim ulama yang tidak putus-putus menyebarkan Islam insyaAllah, Islam tidak akan pernah pudar di bumi tercinta ini. Saya menyeru pada anda semua (terutamanya saya), baiki lah iman dan amal kita. Jagalah saudara Islam kita (kerana sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara). Sentiasalah menyeru kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Percayalah, walau sehebat mana serangan dan perancangan musuh… Allah adalah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Selagi ada daya, ayuh jalankan amanah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini! Takbir!
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?