"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Jelajah Orang Mude..

Salam and good day!




Yeaa... hari Ahad ni cuti, 1 Mei. Bukan senang saya nak bercuti. Maklumlah kerja sendiri ni tak tetap masa kerja dan cuti. Cuma, jarang sangat saya 'mencutikan' diri dari kerja. Ye lah, kalau cuti emergency, kene ganti jugak kelas nya.. Baik takyah cuti kan..? Takpelah, itulah dugaan dan cabaran kerja sendiri. Baru je tadi sempat menonton tv slot agama, Adik & AL-Quran. Dalam surah Al-Baqarah:155-157, Allah dah nyatakan jelas-jelas.. selagimana seorang manusia itu hidup di atas Bumi Allah ini, maka mereka akan diuji. Ujian itu tidak semestinya dalam bentuk kesusahan dan kesakitan. Kesenangan juga adalah ujian. Oleh sebab itu, apabila diuji/diberi kesenangan, ucaplah AlhamduliLlah. Jika diuji kesusahan kene lah redha dan muhasabah sentiasa... Kesusahan dan kesakitan yang Allah beri pada manusia adalah ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran manusia yang mengatakan mereka beriman kepada Allah. Bukan kerana Allah benci kepada mereka. Kadang-kadang, bila ditimpa musibah.. ada je yang kate.."Kenapalah aku ni malang sangat?", "Apalah dosaku...?", "Adakah aku ni pembawa sial...?"..ish ish.



Belum masuk bulan Mei, tarikh bulan Mei planner saya dah hampir penuh untuk diisi dengan pelbagai program dan perancangan. Biasanya sebagai guru, bulan Mei biasa dinantikan kerana Hari Guru akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Namun, kali ni tarikh 15 Mei juga menjadi perhatian. Hari Belia Negara disambut pada tarikh tersebut setiap tahun. Selama ni, saya tak ambik pusing pun sambutan ni.. Tapi kali ini, saya sangat teruja dengan program yang bakal dibuat ni.. Jom kite tengok sat..




Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan
[JOM UBAH]



Projek : Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan [ JOM UBAH ] siri 1


Tapak projek : Seluruh Negara [ 8 check point ] kecuali 3 negeri


Anjuran : Lajnah Politik DPPM dengan kerjasama DACS Pusat dan DPP Negeri.



Tarikh : 19, 20, 21 dan 22 hb Mei 2011


Hari : khamis - ahad


Masa : 4.30 pm [ khamis ] - 7.00 pm [ ahad ]



Matlamat :



Menyemarak kebangkitan anak muda ke arah menuntut perubahan dan menolak kerajaan korupsi demi masa depan rakyat serta negara yang sejahtera.



Objektif :



1. Menggerakkan jentera DPP dIpelbagai peringkat [ kawasan dan negeri ] bagi menghadapi gelombang kebangkitan anak muda dan siap menghadapi pilihanraya.



2. Mengembeling tenaga "pemacu gelombang" kebangkitan anak muda Malaysia untuk mengurus dan memimpin kebangkitan mereka. [ exco DPP kawasan dan negeri ]



3. Menyemarak gelombang kebangkitan anak muda agar bersama dengan DPP menggerakkan agenda perubahan.



4. Membekalkan motivasi dan amanah perjuangan serta bimbingan maklumat dari pucuk pimpinan.



5. Memasyarakatkan DPP serta membawanya dekat dengan sentimen dan aspirasi anak muda masakini.



Tentatif :



[ Khamis. 19 hb Mei 2011 - khamis ]



02.30 pm - Pelancaran JOM UBAH di Pantai Teluk Chempedak


[ Hi tea bersama DPP Negeri Pahang ]


Pelancaran Oleh : Ybhg. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


Naib Presiden PAS. - 04.30 pm



05.10 pm - Jelajah Orang Muda bergerak ke Check Point 1 -


Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.



09.00 pm - Solat, Makan malam dan Himpunan JOM UBAH 1 :


BBQ dan edar Risalah Tawaran PAS kepada Anak Muda


Amanah Perjuangan oleh :


Ybhg Ketua DPP Malaysia.


Yb. Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS.



11.30 pm - isterehat [ 20 hb Mei 2011 - Jumaat ]



05.00 am - Bergerak ke Kota Bharu



05.30 am - Solat subuh berjamaah, sarapan dan bergerak ke


Check Point 2 . KB Mall di Kota Bharu



11.00 am - Amanah Perjuangan di KB Mall oleh :


YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Mursyidul Am PAS


[ edar risalah sinopsis Buku Jingga ]



12.00 pm - Makan tengahari dan solat jumaat



02.00 pm - JOM UBAH Bergerak ke Check Point 3 - Alor Star



[ singgah di Baling Kedah : ziarah maqam syuhada' Memali ]



08.30 pm - Solat Isyak - jamak Ta'khir - dan bergerak ke Alor Star



[ BBQ dan Cit Cat JOM UBAH bersama Pak Long dan beberapa selebiriti di Alor Star ]



12.00 pm - isterehat [ 21 hb Mei 2011 - sabtu ]



05.30 am - Solat Subuh berjamaah, kuliah subuh, sarapan dan bergerak


Ke Check Point 4. - Perlis.



[ ziarah maqam Al Marhum Dato' Tuan Guru Hj Fadhil Mohd Noor ]



09.30 am - Himpunan JOM UBAH 2 di Markaz Tarbiyah PAS Perlis



[ sukan ilmiah : pertandingan kuiz dan debat spontan ]



12.00 pm - Makan Tengahari, solat Jama' Taqdim dan bergerak ke


Check Point 5. - Penang



02.30 pm - Santai JOM UBAH di Pantai BERSIH Penang



[ Hi tea, Teater Musical Alternatif, Islamic Boria Pulau Pinang, pidato kanak - kanak, taaruf santai, sessi foto dll ]



05.30 pm - Bergerak ke Check Point 6 . Perak



08.30 pm - Solat Isyak jama' Ta'khir dan makan malam



09.30 pm - Malam Kebudayaan JOM UBAH


Di Pantai Lumut.


[ cit cat, artis undangan, nasyid, sajak perjuangan,


Pentomin, BBQ dan Mat Sabu ]



12.00 am - Isterehat [ 22 hb Mei 2011 - ahad ]



05.30 am - Solat subuh, kuliah subuh, senaman dan sarapan



08.00 am - Bergerak ke Check Point 7. Selangor



09.30 am - Karnival JOM UBAH di Sabak Bernam



[ bersama Bob Lokman. Pertandingan Paint Ball, Memanah, Carrom, Guli, Motor lambat, Motor Cantik, Yb Salahudin Ayub dsbnya. ]



01.20 pm - Makan Tengahari, solat zuhur Jamak Taqdim dan bergerak ke


Check Point 8. Wilayah Persekutuan.



03.30 pm - Labuh Tirai JOM UBAH



[ Hi tea, ramah mesra bersama anak muda, sessi beri dan terima pandangan dan Taujihat penutup oleh Yb Timbalan Presiden Ust Nasharudin ]



07.00 pm - Bersurai



nota :



[ Jelajah Orang Muda untuk Perubahan - JOM UBAH ]



JOM UBAH siri 2


Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor pada 30 dan 31 Julai 2011 ]



JOM UBAH siri 3


Negeri Sabah pada 26, 27 dan 28 August 2011



JOM UBAH siri 4


Negeri Sarawak pada 23, 24 dan 25 September 2011



Daftar segera melalui DPP Negeri masing - masing atau terus ke lokasi untuk penyertaan anda. Terbuka kepada semua.



Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan



Khairul Faizi Ahmad Kamil


Pengarah JOM UBAH









p/s: Mesti best kan bawak motor besar? Bukan nak menunjuk.. sape kate masuk PAS jadi tertutup dan 'konservatif'? Selagi tidak menyalahi syariat, buatlah apa saja perancangan pun. Jangan patah kaki tangan sudah lah..hehe.. saya doakan moga segala perancangan akan dipermudahkan-Nya. Moga mereka semua yang terlibat dalam jelajah ni selamat dan sejahtera sepanjang perjalanan. InsyaAllah. Ameen.




0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?