"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Join Facebook


Salam and good day!


Setelah beberapa lama, dapat jugak saya mengadap molek komputer nak update emel, dll. Hari ni seharian program di Kuala Ibai. Walaupun kerja tak banyak bergerak, mengadap komputer je (sebab kene jaga komputer) memang agak meletihkan jugaklah. Tapi AlhamduliLlah lepas menghirup Kopi Radix secawan, lega rasanya. Walaupun airnya suam-suam macam nak sejuk dah gitu... takpelah. Asalkan boleh minum. Thanks Kak Siha yang begitu mengambil berat dan cakna dengan permintaan saya... Sekali-sekala nak bermanja apa salahnya kan...? hehe..


Beberapa hari lepas saya telah 'berjaya' mendaftarkan diri di Facebook.. Sebenarnya dah 'tua-tua' ni ..hehe agak kurang berminat dah nak bersosial ni. Tapi, demi untuk mendapat pelbagai manfaat darinya... apa salahnya join sekali. betul tak? Pandai-pandai lah jaga diri dan menjaga batasannya..


Bila dah ada FB ni... bimbang jugaklah blog kesayangan ini terabai... Kalau dulu ada macam-macam idea dan cerita nak dikongsi dalam blog ni. Nak kate takdok cerita.. banyak je nak diceritakan.. Memang masa begitu mencemburui.. Ataupun saya ni tak pandai jaga masa..huhu..


Petang tadi lepas program Muktamar DMPNT, terus ke Restoran Nasi Arab Al-Fateh di Batu Burok, K.Trg. batu Burok ni merupakan tempat saya membesar, selain di Kemaman. Saya mula berpindah ke Batu Burok ni sejak Darjah 3 sampailah masuk Universiti. Lepas tu baru pindah ke Marang. Dah 3 kali saya pegi restoran ni dalam masa tak sampai sebulan..hehe. Dah orang ajak, apa salahnya pergi kan..? Tapi segan gi sokmo kedai tu.. Saya ni pun bukannya jenis makan kat kedai..huhu..

Selesai parking kereta depan kedai ni, saya pun ambiklah gambar nak masuk dalam blog.. Boleh tolong promote sekali kedai ni.. :) Tapi tengok syok ambik gambar, tak sedar rupanya ada mata-mata yang memandang saya!


Lepas ambik gambar signboard ni, rasa nak pandang sebelah kanan saya.. betullah, kebetulan kereta semua berhenti lampu isyarat merah.. mereka pun memandang dengan khusyuknya aksi saya mengambil gambar.. dah lah tak tengok sekeliling lu.. (ataupun diorang tengok kedai kot.... "nak sedapkan hati")... saya pun cepat-cepat masuk ke dalam kedai...









Kali ni ada menu lain... Ada tambahan roti pita ayam/kambing dan biskut kurma.. sebelum ni saya mari ada nasi mandy ayam/daging je... saya pun try lah roti pita ni. Saya try ayam, Baity try daging kambing. Saya tak berani nak makan kambing..huhu. Lagipun, saya ni kan peminat ayam.. :)


Namun begitu agak malang... gambar ni saya ambik dah nak habis makan dah.. Tak ingat masa makanan sampai patut ambik gambar terus.. Excited sangat kot boleh makan..huhu.


Oklah, nak sambung keje lain pulak. InsyaAllah, ada cite best boleh lah saya kongsikan lagi.. :)

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?