"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Weekend Yang Menarik

Salam and good day!







Allah Maha Mengetahui isi hati dan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Saya tak tahulah nak explain macamana... Hanya orang yang pernah alami bisa untuk memahami ayat saya ni.







Cuti sekolah telah seminggu berlalu. Sudah menjadi tradisi setiap kali cuti sekolah, sekolah saya akan sibuk. Pelbagai pakej istimewa tuisyen sempena cuti sekolah ditawarkan. Para ibu bapa berlumba-lumba untuk mendaftar demi melihat anak-anak mereka berjaya, dan yang penting masa cuti panjang diisi sebaiknya.







Seminggu ni memang agak letih kerana jadual kelas yang padat, hal pengurusan kelas (beli buku, tempah buku, susun jadual,dll). Rasa sehari-hari berlalu agak perlahan. Tak dinafikan memang tension, letih, sedih, gembira, dll lah. Terdetik jugak dalam hati, weekend ni nak buat sesuatu hiburkan hati! Tiba-tiba handset saya berbunyi. Ada panggilan masuk.




"Assalamualaikum...ye Baity"




"Ida... nak pergi tak Ekspo Cheng Ho..? Hari Jumaat ni kite tolak"




"Nak!" tak sabar-sabar saya menjawab. Sebenarnya dah lama tahu pasal ekspo ni, rasa macam menarik jugak fikir saya. Cuma takde 'hidayah' lagi nak pergi...hehe. Tapi bila ada teman nak gi sama-sama baru lah best..!







Kebetulan pagi Jumaat ada jamuan mengutip dana. Penat jugak walau sepagi bertugas sebab ramai orang mari menjamu selera, lagipun banyak tugasan yang emergency. Lepas tu, baru bertolak ke Kota Bharu.







Banyaaak sangat pameran, jualan dan ekspo yang diadakan. Tempat berlainan setiap event, tetapi berdekatan antara satu sama lain. Memang lenguh satu badan dan kaki round sakan. Macam-macam ada. Cuma saya terkilan kerana tidak sempat menonton persembahan khas dari China, akrobatik dan Adili. Saya pergi malam terakhir ekspo, persembahan terakhir malam sebelumnya. Huhu...







Tak banyak pun membeli, cuci mata je. Antara barangan yang paling istimewa yang dibeli adalah alat urut elektronik. Tekan je pada badan, alat tu akan bergetar mengurut badan kita. Harganya cuma RM10. Bolehlah bawak alat ni ke sekolah saya. Kalau letih boleh suruh pelajar urut belakang...hehe.



Electric massager... Ada banyak pilhan warna. Saya pilih purple!










Gambaran Laksamana Zheng He (Cheng Ho) yang hensem.. :)






Contoh kapal digunakan dalam pelayaran beliau..
Ada banyak jenis kapal, antaranya Kapal Tempur, Kapal Makanan, Kapal Kuda
dan lain-lain lagi. Beratus-ratus kapal dalam satu pelayaran, dan
melibatkan 28,000 anak kapal kesemuanya... hebat kan..?







Contoh suasana di pasar rempah antarabangsa...
Gambar tak ok..sori..








Laksamana Cheng Ho bukan sahaja hebat dalam pelayaran, beliau
juga berbakat mencipta dan bermain muzik...






Pada mulanya nampak biasa aje kualiti yang dipamerkan. Ni merupakan sebahagian ayat al-Quran terpanjang di dunia yang dipamerkan. Saya renung dekat-dekat tulisan ayat-ayat suci ni, subhanaLlah saya tergamam seketika. Ni bukan sebarang tulisan! Ayat suci al-Quran dihasilkan menerusi paper-cutting di atas kertas hitam. Warna kuning adalah kain alas sahaja. Sungguh menarik dan teliti penghasilannya.









Hasil seni ini dihasilkan di China, sepanjang 200 meter ayat-ayat al-Quran, serta lebar 1 meter ++. 2 tahun lamanya untuk menghasilkan hasil seni istimewa ini...






Maaf kualiti gambar tidak ok. Ramai sangat orang berkerumun sini, menyelit
di celah-celah orang nak ambik gambar ni. 4 surah terpilih untuk menghasilkan
ayat Quran yang diperbuat dari emas ini...








Simulasi pelayaran dan susunan armada Cheng Ho..










AlhamduliLlah, kami semua selamat sampai ke Terengganu hampir pukul 2 pagi. Setelah beberapa jam berehat, ada 2 program pulak menanti hari ni, Sabtu. Menarik jugak dapat menghadiri konvensyen berkaitan IT walaupun sekejap je terlibat. Banyak info dan input yang diperoleh. Dunia Hujung jari, Global Village dll beberapa lagi istilah yang sentiasa didengari dan baru didengari diteliti betul-betul. Rugi benar orang yang tak pergi ke program ni.






Pada sebelah petang diadakan program Sepetang Bersama Nora anjuran Nisa' Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER). Saya agak lambat ke tempat program maklumlah kene ambik orang dan kebetulan hujan agak lebat pada mulanya. Jadi terpaksa turun lambat sikit sebelum hujan reda.






Hari ni 2 kali saya nyaris-nyaris eksiden..huhu. Hujan lebat menyebabkan tumpuan pemanduan saya agak terganggu (tergesa-gesa ke tempat program jugak...). Saya sempat brek sebelum hampir-hampir terkena sebuah motosikal ketika membuat pusingan U. Kasihan abang tu, nampak dia agak terkejut. Muka die memang bengis sangat nak marahkan saya..huhu. Maafkan saya. Selepas itu, saya memandu lebih bertenang untuk ke tempat program.






Hampir sampai ke dewan TER, dari jauh saya nampak sekumpulan budak lelaki bermain basikal. Saya juga perasan mereka menoleh ke belakang untuk melihat kenderaan saya yang berada di belakang mereka. Saya memandu berhati-hati... Tiba-tiba, salah seorang kawan mereka main tolak-tolak menyebabkan basikal mereka ke tengah jalan. Saya yang sememangnya dari awal berhati-hati terkejut dibuatnya tindakan 'bodoh' mereka ni. Saya sempat brek dan ke tepi jalan. Nasib baik tiada kereta lain ketika itu... 2,3 kali saya bunyikan hon ke arah mereka. Nasib baik saya tak keluar kereta dan 'sekeh' mereka cukup-cukup lepaskan geram. Lepas tu saya fikir balik... Agaknya inilah perasaan abang motosikal yang saya hampir-hampir 'langgar' tu... MasyaAllah. Saya terima 'cash' pengajaran akibat kelalaian saya hari ni. Terima kasih Ya Allah kerana menegurku... Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak mementingkan diri lagi... insyaAllah. Saya hanya manusia biasa. Kita akan menjadi manusia hebat jika kita belajar dan mengambil iktibar dari pengalaman. insyaAllah.








Begitu jugak pengalaman yang dikongsi oleh penyanyi Nora hari ni. Saya amat tertarik dengan pengalaman yang diceritakan beliau. Ada seorang kawan bertanya, "Nora, you pernah ke hadapi pengalaman perit atau dahsyat sampai you nak berubah begini..?"







Nora dengan yakinnya menjawab, "Takde! I nak beritahu you... Kita manusia ni tak perlu nak kena ditimpa musibah baru nak berubah. Nak berubah kene ada kesedaran, jangan tunggu balasan dari Allah". Gitulah lebih kurang.









Bagi saya Nora memang bertuah kerana dikurniakan suami dan keluarga yang bahagia. Anak-anak beliau semuanya dihantar ke sekolah tahfiz atau agama. Ketika Nora bertekad nak pakai tudung, beliau menyatakan hasratnya kepada suami. Mendengar keinginan isteri, si suami mengalirkan airmata! Begitu juga ketika Nora bertanyakan anak-anaknya... Si anak menjawab tulus... "Kami sayang mama... kami tak mahu mama masuk neraka!". MasyaAllah, alangkah beruntungnya dikelilingi orang-orang yang sentiasa sayangkan dan prihatin kepada kita.








Selepas itu, ringkasnya Nora bertekad untuk berubah walaupun tahu risiko yang akan dihadapi dan beliau amat bersedia menghadapinya. Disisih? Baginya, setelah bertudung rezekinya makin bertambah dan makin ramai orang yang dikenalinya yang sebelum ini beliau tiada peluang begini.









Kesimpulannya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap musibah dan kesenangan adalah ujian. Hanya insan yang beriman mampu untuk menghadapi ujianNya. Kita juga perlu sentiasa harapkan redha dan rahmatNya. Tanpa rahmat Allah, kosonglah hidup kita!







Nora betul-betul berada di depan saya ketika menyanyikan lagu . Kak Siti (Ketua Nisa' Dungun bertuah dipilih Nora untuk nyanyi sama-sama. Tak sumbang, cuma pitching lari sikit...hehe..)









Oleh kerana audien kesemuanya perempuan, saya berani lah
bergerak bebas ambik gambar dan video. Sempat jugak
bersalam dengan Nora..hehe. Ambik peluang, ambik aura..








Berikut sedutan video Nora bermesra bersama peminat. Saya sengaja tak rakam semasa beliau menyanyi... Cukup je lah yang ni :)








0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?