"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Aidil Adha

Salam and good day!

  • Nampak macam blog ni tak update lagi…tapi rupanya baru je update tajuk Hargai Sebuah Pengorbanan. Namun oleh kerana masalah teknikal yang tidak disangka-sangka.. lain pulak jadinya. Takpelah, yang penting dapat jugak masukkan post baru tu..

  • ALhamduliLlah, kelmarin seluruh umat Islam seluruh dunia terutamanya di Malaysia menyambut Hari Raya Qurban. Hati-hati ya dengan istilah…bukan Korban. Saya masih ingat lagi dalam satu ceramah seorang ustaz mengatakan kalau digunakan istilah Korban ni ‘kurang elok’ sikit. Biasanya ‘korban’ ni digunakan untuk sesuatu yang menyedihkan…seperti mangsa korban kemalangan, mangsa korban tanah runtuh, korban banjir,dll. Sebenarnya Aidil Adha atau Raya Qurban yang kita raikan saban tahun adalah untuk meraikan dan mempersembahkan pengorbanan kita kepada Allah Yang Dicintai.. Perayaan adalah untuk diraikan dan dihayati bukan untuk maksud kesedihan…gitulah ceritanya.. Mungkin ada yang tak kisah berkenaan istilah ini.. saya hanya menyampaikan, terpulang pada kehendak dan selera masing-masing.

  • Awal pagi sesudah mandi sunat Aidil Adha dan menyelesaikan segala tuntutanNya yang lain, saya, abah dan 2 adik lelaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha. Sebenarnya awal pagi saya dah siap..Cuma ye lah biasalah orang pompuan nak gosok baju, nak pakai tudung, nak buat macam-macamlah.. orang lelaki simple je sekejap je siapnye.. 2,3 kali jugak kene ‘hon’ sebab lambat sangat. Jam menunjukkan 7.45 pagi. Masuk je dalam kereta, mula lah kene ‘tazkirah’ dulu. Huhu..

  • Sampai je di Masjid Kijing, masih lengang lagi. Ingatkan kami dah terlewat, nasib baik. Setelah menunaikan solat-solat sunat, saya pun bertakbir bersama jemaah lain. masyaAllah, suatu perasaan yang sungguh indah yang tidak dapat digambarkan. Bagai dibuai seketika alunan takbir memuji Allah Tuhan Yang Esa.. tengah sibuk bertakbir, terdengar suara ‘sok-sek’ orang berbisik. Saya berpaling ke kanan Nampak 2 orang makcik sedang berborak. Tak tahulah apa yang diborakkan, tetapi agak mengganggu konsentrasi saya, maybe jugak beberapa orang berdekatan saya ni. Boleh nampak mereka mencari-cari suara berbisik itu.. Saya pun tak tahulah nak tegur macamana makcik-makcik tu, pada masa yang sama tak mahu menjatuhkan air muka mereka, walaupun orang lain mungkin faham maksud saya.. saya biarkan lagi.. tapi beberapa ketika makin rancak pulak bualan mereka tu. Aduh, sakit hati jugak. Orang lain tengah sibuk bertakbir, mereka pulak ‘takbir’ benda lain. Saya pandang mereka yang tengah berbual. Makcik yang menghadap saya perasan pandangan bermakna saya tu.. Nampak seperti menyorok sedikit dari pandangan saya. Berhenti sekejap bualan mereka. Aman rasanya…

  • ‘’sok sek sok sek”…. AstaghfiruLlah.. start balik rupanya. Kalau budak-budak rasanya dah lama saya bagi isyarat “KEEP QUIET!” tapi makcik ni… menguji sungguh keimanan saya..huhu. Setelah beberapa kali ‘bermain mata’ dengan makcik-makcik tu.. barulah mereka kembali bertakbir memuji Yang Esa.

  • Walaupun saya tak tahu apa yang dibualkan mereka, mungkin penting sehingga perlu dibualkan… tapi janganlah sampai mengganggu orang lain, dan mengganggu konsentrasi kita bertakbir memujiNya. Pada masa yang saya, mereka ini juga banyak dijadikan pengajaran buat saya. Saya mula terfikir, apabila budak kecil atau remaja saya boleh tegur..kenapa makcik-makcik saya tak berani tegur lisan? Kadang-kadang terfikir, makcik-makcik ni mesti banyak ilmu dan tahu apa yang mereka lakukan. Ataupun mereka bercakap sesuatu yang penting… Ataupun segan… Ataupun bimbang menjatuhkan airmuka mereka… dll lagilah alasannya. Adakah saya ni belum bersedia berkorban jiwa dan raga untuk –Nya? Sekuat-kuat iman adalah mencegah kemungkaran secara lisan dan perbuatan. Selemah-lemah iman adalah dengan membenci maksiat di dalam hati… bukan tiada perasaan langsung!

  • Memang saya kena asah lagi bakat dan ilmu yang berkarat ni. Bila kita berhadapan dengan suatu cabaran, baru lah kita akan belajar dan ada pengalaman untuk menanganinya. Sebab itu orang kata, pengalaman adalah guru terbaik. Sebab tu nak cari kerja sekarang, majikan nak yang ada pengalaman. Senang nak ‘lepas’ buat kerja sendiri, tak perlu banyak sangat pantauan dan latihan… tak gitu..?

  • Raya haji tahun ni kurang meriah sikit.. maklumlah tak buat qurban tahun ni. Tapi sekurang-kurangnya sepupu-sepupu saya ‘diimport’ dari KT tidur di rumah saya. Bising jugaklah budak-budak ni dengan kerenah masing-masing. Paling bestnya berebut dengan saya channel tv. Budak-budak nak tengok Halimah Jongang, saya pulak suka tv series penyiasatan. Macam budak-budak pulak jadinya Kak Long ni.. saya sempat ambik ‘keterangan’ dari Fatihah dan Dana makna raya bagi mereka… kebetulan borak-borak dengan mereka ni, ada idea nak record ‘statement’ diorang ni.hehe.

SALAM ‘IDUL ADHA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

BERUSAHALAH PERTINGKATKAN SEMANGAT JUANG DAN PENGORBANAN KITA UNTUK MENINGGIKAN AGAMA ALLAH. TAKBIR!

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?