"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Marah Kerana Sayang


Salam and good day!


Siap 1 mukasurat latihan, terus tidur tak endahkan suruhan cikgu…
Lagi 'best' siap mintak kebenaran nak tidur..!



Beginilah salah satu aksi pelajar saya yang ‘MALAS’ atau kurang berminat nak belajar. Hari ni memang saya agak hot berbanding hari-hari lain. Macam-macam dugaan dan perangai pelajar yang perlu dihadapi setiap hari.




“Hello, kenapa tak mari lagi kelas? Cikgu tengah tunggu ni..”


“Aik..? Ada kelas ke cikgu? Bukan ke cikgu kate cuti hari ni?”


Saya senyap seketika…


“Bila pulak cikgu bagitau cuti? Memandai je…”


“Alaa… kemarin kan cikgu kate cuti hari ni..?”


“Cikgu bagi masa 2 minit awak siap-siap mari kelas sekarang jugak!” saya akhiri perbualan.




5 minit berlalu mereka pun datang… Seperti biasa, lenggang kangkung. Mari kelas cukup syarat saje, tak bawak alatulis. Rumah dekat dengan sekolah, tapi hampir setiap hari kene telefon suruh mari kelas… Ish ish pening betul. Hari ni mungkin kali pertama gunung berapi nak meletus. Walaupun bukan lahar panas yang keluar, tetapi debu panas dihamburkan menandakan gunung berapi tersebut hampir-hampir meledak. Begitulah perasaan saya hari ni.




Saya boleh terima seandainya seseorang pelajar saya ada kekurangan, seperti tidak pandai baca atau dalam akademik. Usaha dan semangat yang ditunjukkan mereka untuk belajar adalah sebagai ‘hadiah’ buat saya untuk terus bersemangat mendidik dan mengajar mereka sebaik mungkin. Tapi jika sebaliknya berlaku memang mencabar kesabaran saya. Pendek kata, harap pandai tapi perangai tak leh harap. AstaghfiruLlah! Walau marah atau geram sehebat mana sekalipun, saya takkan keluarkan perkataan tak elok pada pelajar saya. Saya sayang mereka!




Kata-kata guru ibarat doa kepada para pelajarnya. Saya lebih sukakan reverse psychology ketika menegur mereka. Sapelah yang 24 jam suke kena marah atau marah-marah pada orang? Jika kita marah, ibarat menambah stress pada diri kita. Sebab tu, jika ditimpa sesuatu masalah, think positive. Senyum dulu bila menerima sesuatu cabaran. Biarpun senyum kelat atau tawar. Itu yang saya selalu amalkan insyaAllah.




Berbalik pada kisah tadi… saya hampir-hampir menangis kecewa dengan sikap mereka. Saya tak mampu tersenyum. Hampir setiap hari ‘buat hal’.. tak mahu dengar nasihat, selalu bagi alasan, suka berbohong, malas buat latihan, asyik melawan cakap guru, meninggikan suara, baca al-Quran main-main, tidur dalam kelas, tak tahu hormat orang tua, mari lambat tapi nak balik awal, dll yang membuatkan saya ibarat gunung berapi yang hampir meletus. Siapa yang tak marah? Kalau lah saya ni takde perasaan marah, samada saya ni seorang wali ataupun ada masalah jiwa. Adakah silap saya mendidik mereka? Senang diperlekehkan? Mungkin bukan itu maksud mereka… Mungkin hanya tanggapan saya. Mungkin inilah perangai budak-budak… Nak main-main je dunia mereka.. Saya bukanlah tuhan yang boleh paksa dan memastikan semua orang menjadi baik dan mendengar kata. Saya hanya mampu berusaha mengikut kemampuan saya. Tapi harus diingat, kita marah bukan kerana nak sedapkan hati melepaskan geram…tapi marah kerana sayang, nak bagi kesedaran kepada mereka. Yakinlah, ucapan yang terhasil dari hati yang ikhlas pasti mampu menyentuh hati dan perasaan mereka insyaAllah.




“Cikgu kesian mama dan papa awak semua kerja siang malam cari duit… Hantar awak tuisyen sana sini nak suruh awak berjaya. Tapi awak semua ni nak mari kelas pun malas. Dah lah selalu lambat.. Tak minat belajar..Tak kesian ke mama dan papa awak hah..?” Tak tahulah kalau pekerja kat ofis sebelah tu terkejut dengar saya ‘mengaum’.




“Kalau lah awak semua tak suka cikgu mengajar.. awak boleh cari cikgu lain yang lagi best! Tak perlu lagi belajar ngan cikgu ni. Lagi senang dan aman perasaan cikgu!” suara saya tersekat-sekat. Mereka hanya diam.




“Mana pensil?Pemadam? Mari kelas nak belajar kan? Nak menuntut ilmu.. Tiap-tiap hari nak kene marah sokmo.. awak suke ke hah..? Nak cikgu buat macamana lagi nak suruh awak dengar kate ni? Macamana nak berkat belajar nak pandai kalau tak hormat cikgu..? Cikgu bagi masa 2 minit pergi balik ambik pensel dan pemadam sekarang jugak!” memang dahsyat jugaklah hari ni saya mengamuk…huh!




Gitu lah hari ni berlalu… tak tau lah esok macamana.. insyaAllah moga hari-hari mendatang lebih baik dari hari ini..bukan lebih buruk. Pendek kata, mendung hanya seketika. Nanti cerah lah kembali.. Nak berjaya perlukan usaha, kesabaran dan doa. Ujian dan dugaan ni membuatkan saya lebih kuat dan bersemangat untuk mencari jalan terbaik mendidik anak-anak ini dan yang lain insyaAllah. Sebagai pendidik, DOA adalah senjata. Hanya Allah yang Berkuasa memastikan kejayaan dan kemampuan kita membentuk akhlak, peribadi dan akademik mereka. Guru hanyalah sebagai perantara. Jika kita ikhlas mendidik anak-anak orang lain, insyaAllah Allah akan tolong kita nak mendidik anak-anak kita sendiri kelak insyaAllah. So, fighting! Tak perlu sedih lama-lama, kejap je sedihnye. Nanti ada lagi kelas nak diajar… saya kene baiki mood baik-baik.. saya tak mahu rosakkan plan saya, hanya kerana tak pandai menguruskan stress sendiri!




p/s: ambik masa rehat tengahari nak siapkan posting ni. Rasa lega sikit sebab dapat curahkan perasaan. Dugaan dan cabaran seorang guru adalah lumrah. Kena ada persiapan fizikal dan mental yang baik untuk berhadapan semua itu. Memang betullah, orang yang banyak bersabar sesuai jadi guru, terutamanya perempuan. Satu lagi, mulut jangan cepat sangat mengata pelajar. Guru mengajar dan mendidik, bukan lesen untuk menghina dan mengutuk mereka seandainya mereka silap. Seburuk mana pun mereka, mereka tetap anak didik kita! Tersenyum pulak fikir sebab dah meningkat usia ni, saya agak banyak bersabar. Masa muda-muda dulu, kurang sikit tahap kesabarannya… kira ok lah sikit. Tapi bengkeng dalam diam tetap ada…huhu. Marah perlu ada kerana itu fitrah manusia, kita bukan robot. Tapi menguruskan marah itu yang paling utama.. :)


0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?