"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

PESONA & Konsert Aura Ungu



Salam and good day!


Sedar tak sedar dah nak masuk bulan April dah tahun 2010 ni. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Tak sedar diri makin tua...hehe.


InsyaAllah bulan April ni Nisa' Terengganu kembali lagi dengan program hebat dan menarik untuk orang muda. Nasib baik saya tak layak untuk bertanding..bukan sebab tua hehe..tapi kerana saya adalah salah seorang jk pelaksana program.. berminat jugak sebenonye nak testing suara soprano ni..

Pada 1 Mei ini pemudi berusia 15-40 tahun akan beradu suara di peringkat negeri. Program akan diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER). Pada sebelah pagi adalah program Pertandingan Suara Nisa' di mana hanya penonton PEREMPUAN sahaja dibenarkan masuk. Pertandingan akan bermula pada 9 pagi dan dijangka berakhir pada 4 petang.

Selepas itu, pada sebelah malam akan diadakan konsert Aura Ungu. Istimewanya konsert ini adalah konsert amal. sebahagian untung konsert akan diserahkan kepada seorang pesakit kanser. Pesakit tersebut memerlukan kira-kira RM20k untuk operasi kemoterapi dan perubatan lain. Itu sahaja yang dapat kami lakukan setakat ini untuk meringankan beban sahabat kami ini. konsert ini TERBUKA kepada muslimin dan muslimat. Best tak? InsyaAllah pelbagai persembahan akan diadakan pada malam itu. Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikannya!

Selain itu, jika ada yang berminat memberi sumbangan idea dan kewangan, amat kami alukan. Boleh ke blog rasmi Nisa' Terengganu untuk maklumat lanjut. InsyaAllah sama-samalah kita membantu.


0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?