Kisah But-but
Burung But-but
Minyak But-but
Salam and good day!
Lama tak post artikel berkenaan tazkirah.. Ada je berita-berita lain yang nak disampaikan terlebih dahulu. Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang tak ramai mengetahuinya.
Sebelum saya bercerita lebih lanjut berkenaan burung But But ni, saya suka memperkenalkan burung ini terlebih dahulu. Susah jugak nak cari info burung ni, bolehlah tau sikit-sikit pasal burung ni..
Burung But-but Carik Anak ialah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Burung But-but Cari Anak merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Centropus sinensis.
Burung But-but Carik Anak ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung.
Burung But-but Carik Anak ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang diliputi bulu pelepah. Paruh Burung But-but Carik Anak tidak bergigi. Jantung Burung But-but Cari Anak terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel. Burung But-but Carik Anak membiak dengan bertelur. Telur Burung But-but Carik Anak bercangkerang keras.
Kali pertama saya mendengar nama But-But dari novel H.M Tuah, tak silap Pelangi Membeku nama novel tu. Novel tu mengisahkan seorang janda, Marfuzah meneruskan kehidupan membina kehidupan setelah mengalami pengalaman silam yang buruk dan keruntuhan rumahtangga. Dia membina jenama perubatan sendiri, hasil rahsia alam yang dicungkil dari seorang nenek tua, Nek Wok yang tinggal bersamanya. Dipendekkan cerita, dari situ saya mengetahui kehebatan burung But-But ini.
Saya merupakan pengguna setia HPA insyaAllah. Walau tak semua produk HPA saya gunakan, saya akan pastikan diri saya istiqomah setiap bulan membeli barangan HPA. Antara yang WAJIB ada di rumah dan di tempat kerja saya adalah minyak But-But. SubhanaLlah begitu banyak khasiat minyak ini.
Minyak but-but sangat mujarab untuk cirit-birit. Caranya dengan mencampurkan satu sudu makan minyak But-But ke dalam secawan air suam/hangat dan minum. Ulangi minum air campuran minyak but-but ini dalam tempoh setengah jam selepas itu, jika masih belum sembuh maka ulangi lagi.
Tak percaya? Saya pernah minum minyak but-but, campur dengan air suam. Memang loya tekak sebab minyak ni agak berbau. Saya minum untuk mengubat batuk saya. AlhamduliLlah, selepas tu saya sembuh... sehingga sekarang saya sudah tidak lagi mengalami batuk-batuk yang panjang. AlhamduliLlah. DOC (direction of cure) akan muncul semasa pengubatan. Memang seksa rasanya semasa saya mengamalkan minum minyak ni. Sebab kaedah perubatan herba akan ‘mengeluarkan’ segala bisa penyakit, barulah akan memulihkan kembali penyakit. Kesabaran amat diperlukan jika menggunakan ubat herba. Kalau tak sabar, susah lah nak sembuh. Kesan dari kesabaran, kesembuhan dan kesihatan selepasnya, insyaAllah.
Minyak but-but mengandungi arang (charcoal) yang dapat meneutralkan keracunan dalam perut. Biasanya minyak urutan tidak boleh diminum kerana adanya bahan kimia seperti pewarna dan minyak hasil petroleum. Ini berbeza dengan minyak but-but kerana minyak ini diperbuat daripada minyak tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang pewarna kimia. Ianya selamat untuk diminum... testimoninya sayalah yang masih selamat selepas minum minyak ni hampir 2 minggu rasanya...huhu.
Minyak But-But Menghitamkan Rambut
Minyak ini boleh dijadikan sebagai minyak penumbuh rambut khususnya pada bayi. Rambut akan jadi lebat dan hitam. Begitu juga dapat menghitamkan uban pada orang dewasa disamping menguatkan akar rambut agar tidak gugur. Caranya senang je, Cuma sapukan minyak ini pada rambut. Make sure kena kulit kepala.
Kali pertama saya guna minyak ini dan dilumurkan ke kulit kepala saya, ‘angin’ satu badan. Dicampur dengan sakit kepala. Memang biasa lah DOC akan berlaku pada mulanya. Saya amalkan minyak ni sebelum tidur. Kali kedua dan seterusnya tidak lagi sakit kepala... Cuma pesan saya, lumurkan minyak ini beberapa jam sebelum tidur. Minyak ini berfungsi untuk menyegarkan juga. Sebabnya, jika dilumur sebelum tidur, jawabnya ‘keras’ mata tak boleh nak tidur...huhu. buktinya, saya dah ‘kena’!
Suatu masa dahulu, orang mengatakan minyak but-but ini sebagai minyak MALI iaitu minyak untuk rawatan kebotakan. Minyak yang digunakan sebagai base minyak but-but bukan dari minyak petroleum yang panas tetapi dari jenis minyak tumbuh-tumbuhan yang menyejukkan kepala. Herba yang terdapat dalam minyak but-but dikatakan sebagai baja (tonik) bagi pertumbuhan rambut yang sihat. Anda boleh lihat kesannya selepas sebulan menggunakannya, insyaAllah. Yang penting kena istiqomah guna. Jangan ikut suka je nak guna..
Mata Merah
Sapukan minyak but-but di atas pelupuk mata merupakan kaedah pengubatan untuk masalah mata merah (sakit mata). Kaedah ini didapati lebih cepat berbanding pengambilan ubat titis mata yang diberikan doktor. Saya tak pernah cuba lagi... baru aje tahu. Sebelum ni pun pernah alami sakit mata ni, guna ubat titis mata sahaja. Lepas ni, anda semua boleh cube ya!
Pendek kata, banyak lagi khasiat minyak but-but ni. Anda semua mungkin lebih banyak mengetahui dari saya. Sebab itu saya WAJIB kan minyak ini ada di rumah dan pejabat. Kalau kat pejabat, kadang-kadang ada student saya yang luka, terseliuh dan ada masalah allergy pada kulit akan saya sapukan minyak but-but. AlhamdulliLlah dengan izinNya mereka cepat sembuh.
Sumber:
1. Jawi Medicinal Herbs- Tn. Hj. Ismail Hj Ahmad
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_But-but_Cari_Anak
p/s: saya keluarkan artikel ni bukan saja-saja nak promote HPA (walaupun indirect promotion..hehe), saya suka berkongsi sesuatu yang amat saya hargai dan kagumi. Tuan Hj Ismail xde bayar royalti pun...hehe. Tak rugi mencuba minyak but-but ini. Lagi beruntung mencuba HPA, kerana yang penting kita dapat menyokong produk Bumiputera Muslim yang banyak membantu umat Islam serantau dan dunia Islam insyaAllah.
p/p/s: saya tak sabar nak tunggu RFC di Terengganu! Boleh hari-hari makan ayam..hehe.
2 comments:
Dah lama entri ni ye.. rupanya ianya ditulis utk sy bc pd 2013. Bygkn kalau awak dah xde. Pastinya sedang mengalir ganjaran utk awak Skrg nii kan.. waaaah. Xrugi sebar sesuatu yg bermanfaat. Oh sy sampai sini krn but but hihi.
Ada yg mengandungi biji habatus..baik untuk menghilangkan batuk..titis sebanyak 3 titis dalam mulut dan telan..boleh diamalkan untuk knk2 yg xsuka minum ubat dr klnk atau hospital..sapu pada perut yg sakit pun boleh..semoga bermanfaat..sebaiknya jangan dilangkah myk ini..
Post a Comment
Apa komen anda...?