"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Bau ape ni...?

Salam and Good day!

Ikan pekasam memang sedap..bau pun 'boleh tahan'...
- Gambar Hiasan -




"Assalamualaikum.." Aizat (bukan nama sebenar) memberi salam sebelum masuk kelas. Memang diwajibkan setiap pelajar memberi salam sebelum masuk kelas, jika tidak kena 'keluar' balik dan bagi salam jika nak masuk. Itu peraturan yang telah ditetapkan.

"Waalaikumussalam... Masuk lah. Cepat skit, kita nak start belajar dah ni.." jawabku agak serius tapi masih mengukir senyuman pada pelajar..

Alamak...bau ape ni haa? Tanya saya dalam hati. Tiba-tiba je ada bau yang agak kurang enak. Nak kate bau keropok pun boleh...ikan kering pun boleh... aduh, loya nye tekak, dah lah tak makan lagi..huhu

"Bau ape ni cikgu?" tanya Che Ku. Alamak...budak ni dah 'public' kan masalah ni... "Bau keropok rasanya...?" jawab ku nak tenangkan permasalahan. "Bau ikan ni cikgu...eei, busuk..uwekk!" tetiba jawab pelajar yang lain..


Alamak, saya bukannya tak mau ambik tau bimbang nanti pelajar saya tersinggung dengan 'bau' yang telah dibawanya... Tapi kene 'layan' jugak sebab amat mengganggu tumpuan pelajar lain nak mulakan kelas. Ada yang tutup hidung, ada yang kene 'ambik angin' kat luar kelas lah... Aduh, terbantut nak mulakan belajar...

Saya dengan nada selamba bertanyakan Aizat..."Awak makan keropok ke?"


"Dok pung cikgu..." jawabnya ringkas agak malu-malu. "Abis tadi awak makan ape kat rumah?" saya terpaksa tanya...


"Makan ikan kukus... sedappp.." jawabnya balik..


"Mmm... sedapnya die makan." jawabku me'neutralkan' keadaan.

"Ok, dengar sini cikgu nak pesan awak semua..." saya memulakan sesi 'tazkirah' saya untuk menasihati pelajar secara umum. Jika ada pelajar melakukan kesilapan, saya suka menasihati secara umum supaya setiap pelajar dapat tahu salah silap dan cara mengatasi masalah secara baik. Selain itu, saya tidak mahu pelajar tersinggung walaupun mereka silap. Pendek kata, tidak mahu jatuhkan air muka mereka!


"Setiap kali selepas makan... awak semua kene gosok gigi. Tak kira lah sape-sape pun lepas ni sebelum masuk kelas cikgu ni kene wangi semua."pelajarku khusyuk mendengar.


"Se lagi.. kalau awak makan benda-benda yang ada bau kuat, kene basuh tangan dan gigi bersih-bersih...faham?" tanyaku. "Faham cikgu.." jawab mereka serentak. Semua merasakan tanggungjawab menjaga kebersihan diri... Bukannya individu tertentu..

Pendek cerita, saya pun menyuruh Aizat basuh tangan dengan sabun sebelum kelas dimulakan. Bayangkan, sepanjang laluan yang dilaluinya semerbak bau ikan... Aduh, loyanya..


Memang kelakar gelagat pelajar-pelajar saya ni... Sebelum ni pun dah macam-macam bau yang mereka bawak setiap kali masuk kelas. Malah setiap kali terbau bau-bau tersebut dari jauh, saya dah tau siapa yang mari.... ada yang bau macam sabun mandi, malah ada yang pakai perfume tapi berbau 'manis' dan agak pelik bagi saya... Saya ni tak suka perfume yang ada bau bunga-bunga atau agak ladies... saya suka perfume untuk lelaki... ada yang pelik dengan pilihan saya ni, tapi saya ok je..


Tu belum masuk perangai dan fesyen yang diperagakan ke kelas... apepun, saya amat hargai kebaikan yang dibawa. Pakai cantik-cantik macam nak bertunang, kalah model takpe je, asalkan tutup aurat dan bersih. Bila dah cantik selesa, barulah confident dan semangat nak belajar.. prestasi pun bagusss... kadang-kadang tu, saya rasa saya pulak tak cantik dan paling selekeh berbanding pelajar saya..huhu..


Saya semakin lama mula mendalami psikologi kanak-kanak. Bukan mudah nak memahami pelajar.. terutamanya yang kecil. Jika besar kita boleh bawak bincang dan anggap sebagai kawan untuk tangani masalah... kalau yang kecik-kecik ni... kene 'berlakon' seperti 'mak' die..huhu. tapi saya suka keadaan neutral, dan selayaknya guru supaya mereka biasa untuk berbincang dan meluahkan perasaan kepada orang lain yang boleh mereka percayai... pendek kata, masih ada yang sayang dan sudi untuk mendidik mereka untuk berjaya dunia dan akhirat..insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?