"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Salam and good day!

Saya menerima emel dari sahabat... Saya selalu mengelak membaca berita yang mengerikan, ye lah fobia bila fikir benda-benda yang mengerikan ni. Bila saya tengok gambar-gambar di bawah ni, memang ada kematian yang difikirkan. memang dahsyat apabila sebuah kren yang terbabas lalu merempuh kereta yang melalui jalan terbabit, juga kereta yang berhenti di lampu isyarat.

Tak boleh nak imagine mcmana kren seberat ni boleh terbabas... ni mesti bawak laju gila. Sebab seandainya berlaku kerosakan teknikal pada kenderaan, sekiranya di bawa mengikut kelajuan yang betul tak akan terjadi sebegini dahsyat.


Dikhabarkan 5 buah kereta yang terlibat dalam perlanggaran...




Sebuah kereta Wira terperosok ke bawah kren ni... Saya beranikan diri scroll ke bawah menatap lagi gambar-gambar kejadian...huhu

Dihempap di tempat pemandu... seorang ibu yang sedang sarat mengandung memandu kereta ini. Bagaimanalah keadaannya...













Sambil meninjau-ninjau keadaan kereta...tetiba ada suara meminta tolong ibu terbabit...usaha meyelamatkan dilakukan serta-merta...







SubhanaLlah... berpantang maut sebelum ajalnya. Allah Maha Berkuasa menentukan nasib hamba-hambaNya..



















Usaha mengeluarkan ibu tersebut amat sukar...













AlhamduliLlah...ibu tersebut berjaya dikeluarkan dan dirawat segera...







Melihat kedaan kereta ini...tiada siapa menyangka pemandunya terselamat...

Bila tengok balik, nasib baik kereta ini masuk ke dalam longkang. Hentakan dari kren itu 'menenggelamkan' kereta terbabit, sekaligus menyelamatkan ibu mengandung itu.

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?