"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

PUTEH

Salam. Good day!

Secomel Puteh... Tapi mata Puteh biru.

Pertemuan dan perpisahan itu adalah lumrah..
Sama seperti adanya kehidupan dan kematian...
Kita adalah makhluk Allah, yang baharu (tidak Kekal selama-lamanya).. hanya Allah s.w.t yang Kekal sampai bila-bila..


7 Januari baru ni, banyak peristiwa yang berlaku.. tak perlu lah saya ulas panjang lebar kisahnya. Cuma saya sedih kerana kehilangan kucing saya, Puteh. Saya memang dari kecik dulu, kalau kucing mati memang saya akan berkurung dalam bilik menangis sorang-sorang. Tapi bila dah makin berusia ni...kucing pulak tu sangat banyak..sibuk ngan kerja dan program..takdelah menangis teresak-esak seperti dulu. Bukannya tak sayang kucing, mungkin sebab sudah terbiasa kot..




Tapi, berbeza dengan Puteh. Saya masih ingat sekitar tahun 2002-2003 ketika saya menjalani latihan industri di sebuah syarikat di Kerteh. Saya dan rakan-rakan serumah makan malam di sebuah restoran di pinggir Kerteh. Sedang kami enak menjamu selera, tiba-tiba datang seekor kucing berwarna putih mengiau meminta makanan. Sebenarnya, dalam 6 orang (termasuk saya) yang menyewa bersama, saya dan Nurul memang peminat kucing. Dari awal berjumpa kucing tu, dialah yang ‘gila’ minat pada kucing tu. Bulunya putih bersih, manja memang menarik perhatian ramai. Kami pun layanlah kucing tu sampai habis makan. Masih tak puas hati, Nurul yang sememangnya ‘hantu kucing’ sanggup pergi jumpa tuan kedai (juga tuan kucing putih tadi) untuk minta izin nak ambik bela kucing tu. Rupa-rupanya tuan kedai tu juga peminat kucing. Belakang kedainya ada disediakan kandang khas untuk dijadikan rumah kucingnya. Banyak lagi rupanya kucing yang tuan kedai tu ada. Selepas puas memujuk, akhirnya tuan kedai tu akur dengan kehendak kami. Dia merelakan kucing tu di bela oleh kami. Kami amat gembira!




Oleh kerana bulu kucing tersebut semuanya putih, maka kami namakannya Puteh. Minggu-minggu awal Puteh berada di rumah sewa kami memang agak memeningkan. Bayangkan, kami tiada sangkar nak kurung Puteh. Kami tak boleh tinggalkan Puteh berkeliaran di luar sebab dia masih baru, bimbang nanti lari pulak. Kami ambik keputusan untuk kurung Puteh di dalam rumah. Istimewanya Puteh, dia tak ‘membuang’ merata tempat. Dia ‘membuang’ dalam tandas tanpa perlu diajar. Bagusnye. Cume, lepas balik kerja tu memang kene ‘bersabar’ lah basuh tandas...



Selain itu, Puteh suka merayau-rayau sekeliling kawasan perumahan bermain-main. Kadang-kadang lewat petang baru balik. Ada suatu ketika, kami ingat Puteh dah melarikan diri. Biasalah kucing baru, tak biasa lagi tuan baru.. tetapi, sehari dua selepas tu Puteh masih ingat kami dan pulang ke rumah sewa kami. Memang istimewa sekali. Puteh jugalah penghibur kami di rumah. Di Kerteh dan Paka dulu amat berbeza dengan Kerteh dan Paka sekarang. Dulu takde yang best nak keluar. Keluar pun ke kedai makan je. Kami pun takde transport jugak. Duduk rumah je lah tengok tv. Rasa ‘beku’ jugak masa tu...



Setelah selesai 6 bulan berpraktikal, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Tetapi persoalannya, macamana Puteh? Nak tinggalkan ke? Akhir sekali saya pun dengan rela mengambil Puteh balik ke rumah di Marang. Bukan ape, rakan-rakan yang lain semuanya berasal luar Terengganu. Jadi, saya beralah untuk membela Puteh pulak. Mula-mula tu memang lah kene ‘sembur’ ngan family bawak balik kucing. Dah lah kat rumah masa tu ada dah kucing. Ni tambah lagi kucing lain..ish ish.. sabar aje laaa..



Tambah tolak darab bahagi, 7 tahun saya bela Puteh sejak balik dari Kerteh dulu. Semua kucing kat rumah saya ni anak cucu Puteh lah semuanya. Semuanya baik-baik belaka, ikut perangai Puteh... walaupun dah tua, Puteh masih lagi kuat makan dan berselera sokmo. Puteh sentiasa sihat, jarang sekali sakit. Cuma akhir-akhir ni berjangkit kene kurap di telinganya. Dah pergi cucuk ubat di klinik aritu, dan makin sembuh. Bila dah tua ni, Puteh banyak bersendirian dan kurang diperhatikan. Kadang-kadang tu tak tau die menyorok kat mana, tapi bila panggil nak makan ada je die keluar dari tempat persembunyiannya. Tak kisahlah Puteh, asalkan deme bahagia.. Namun, saya masih sayang pasanya...



Sampailah suatu hari...hampir seminggu sebelum Puteh mati, saya nampak dia tidak sihat dan tidak menjamah makanan yang saya sediakan. Saya seperti biasa akan memberikannya madu. Paling tak pun, campur air dengan madu untuk diminum. Madu bagus untuk tenaga segera. Oleh kerana saya seorang yang beri Puteh ubat, maka susahlah nak jaga Puteh dengan baik. Saya pulak sibuk sepanjang minggu tersebut kerana uruskan pendaftaran pelajar baru. Kadang-kadang tu lupa nak beri ubat, letih sebab seharian kerja balik umah dah tak ingat. Sampailah hari Khamis baru ni die mati...



Hari tu khamis malam Jumaat, saya sampai umah kul 12 tengah malam, balik dari usrah di bandar KT. Sampai aje depan tangga, saya nampak Puteh terbaring depan tangga. Nampak macam pelik aje keadaanya.. Ahli keluarga yang lain tak perasan sebab asyik menonton tv. Setelah diperiksa, Puteh baru saja mati. Badannya masih baru lembut, tidak keras lagi seperti bangkai. Saya pun angkat dan bungkus badannya dengan surat khabar dengan jujuran airmata. Dia seolah-olah menunggu kepulangan saya di depan tangga rumah... saya tak sempat pun nak rawat dia hari tu.. kekesalan amat terasa... Saya sorang saja yang tahu Puteh mati malam tu...



Pagi esoknya, setelah solat Subuh pagi Jumaat saya pun keluar bilik. Di beranda luar rumah abah sedang berborak dengan bapa saudara yang kebetulan dia dan family bermalam di rumah kami. “Abah, kekgi tolong tanam Puteh?” kata saya. “Hah, mana Puteh? Mati dah ke?” tanya abah balik. “Tu, dalam bungkusan tu along balut dah...”.. “Patutlah cari Puteh tadi kat mane... mati dah rupanya..”



I will miss u Puteh... maybe orang lain tak faham perasan kita jika kita suka dan sayang pada kucing atau binatang lain. It’s ok! Maybe ada yang anggap remeh hal ini. Tapi harus kita ingat, kucing adalah makhluk Allah dan berhak untuk disayangi dan dipelihara. Mungkin inilah generasi terakhir kucing yang akan saya bela. Saya mungkin tidak mampu untuk bela dengan baik di masa akan datang. Cukuplah dengan kucing-kucing yang ada di rumah ni. Susah betul bila bermain dengan perasaan ni. Lepas ni tak mau dah sayang lebih-lebih... sayang biasa-biasa aje.



Bela haiwan ni memang banyak pahala, sebab kita berbuat baik pada makhluk Allah. Namun, besar tanggungjawabnya. Dari segi kebajikan makan, minum, kesihatan sampailah bab najis. Kalau tak jaga bab najis ni, nanti dapat dosa pulak sebab libatkan orang lain tak sah ibadat sebab terkena najis. Kalau tak mampu nak bela, jangan bela. Tapi kalau nak bela, kena jaga betul-betul supaya semuanya terjaga. Jangan sayang binatang je, tapi malas nak jaga kebersihan.



Life goes on.. tak salah sedih sebab kehilangan. Ada yang menangis kehilangan harta. Ada yang menangis kehilangan ahli keluarga atau kesayangan... ada yang menangis kehilangan kerja.. namun, semuanya dari Allah. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya dan setiap kehilangan atau kematian adalah sunnatuLlah. Wajib kita menerimanya dengan hati terbuka dan redha.


Oklah, jangan sedih-sedih lagi.. banyak lagi kerja yang perlu dilakukan dan yang menanti.. moga kita terus sukses dan sentiasa di dalam rahmatNya.. Ameen.

1 comments:

Sedih. πŸ˜ΏπŸ™€πŸ˜ΏπŸ™€πŸ˜ΏπŸ™€πŸ˜ΏπŸ™€

Post a Comment

Apa komen anda...?