Perasmian Bangunan Tertinggi Di Dunia
DUBAI: Mula dibina ketika ekonomi melambung oleh lebih 12,000 pekerja buruh, bangunan tertinggi di dunia ini mula dibuka semalam, ketika mana negeri itu sedang memulihkan keyakinan berhubung krisis kewangan yang dihadapi dewasa ini.
Burj Dubai, yang mana majlis pembukaannya telah ditunda dua kali sejak pembinaan bermula tahun 2004, mencipta satu rekod sejarah bagi sebuah negeri yang terbelit dengan hutang yang banyak.
Dubai, salah satu wilayah dalam Emiriyah Arab Bersatu, mencipta reputasi sebagai pembazir wang dengan mewujudkan pulau-pulau buatan manusia berbentuk pokok kurma dan lurah ski tertutup di padang pasir.
Dengan keyakinan pelabur semakin luntur ekoran pengumuman Dubai World pada bulan November untuk menangguhkan bayaran balik hutang berjumlah US$26 bilion (RM90 bilion) maka Burj Dubai dianggap permulaan yang baik bagi tahun 2010, selepas melalui masa suram tahun lalu.
Projek ini telah diteliti oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, yang menentang layanan terhadap buruh, termasuk tentangan dari para pencinta alam sekitar yang menganggap projek ini menambah burukkan lagi pencemaran karbon.
Walaupun dikritik, ramai yang menyifatkan bangunan yang menelan belanja sebanyak US$1.5 bilion (RM5.25 bilion) itu sebagai satu keindahan arkitek. – Reuters
p/s: banyak lagi info berkenaan Burj Dubai ni di SINI. Memang nampak gah, memang asyik. Rasa macam nak pergi jugak (kalau ada orang support..hehe). Nak gi sana at least kena bawak beribu-ribu. Tengok dari jauh je lah, 'cuci mata' je dah cukup... Orang lain nampak hebatkan...tapi yang menanggung hutang sape ya..? ish ish..
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?