"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Kenyataan rasmi Presiden Pas mengenai isu kalimah Allah




PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’

Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Untuk diteliti:-
AQIDAH–Penggunaan utk agama samawi sahaja – Yahudi dan Nasrani, ada pendapat ulama’ yang mengharamkan dan juga ada yang membenarkan. Jangan bergaduh disebabkan perbezaan pendapat ini. Kenyataan Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din dibuat pada waktu pagi sebelum mesyuarat PAS Pusat diadakan disebelah malam. Walaubagaimanapun, selepas kenya taan rasmi dikeluarkan, semua pihak dalam PAS perlulah mengikut apa yang diputuskan oleh jamaah. Perbezaan pandangan2 ulama dalam PAS, tidak ada masalah kerana mereka berpegang kpd sumber-sumber yang sahih dan hujah mereka sendiri.Asasnya, Allah sebagai Rububiyyah , Tuhan Yang Maha Mencipta tiada masalah untuk digunakan oleh mana-mana pihak tetapi tidak boleh digunakan secara Uluhiyyah – pengabdian dan ibadah oleh agama lain.


TUJUAN – penggunaan kalimah yang haq perlu pada yg haq. Menjadi kesalahan menggunakan kalimah Allah pada perkara yg batil, sepertimana kisah peperangan Siffin, Muawiyah meletakkan Al-Quran di hujung pedang. Sayyidina Ali berkata – haza kalimatul haq, wauridul batil ; inilah dia, kalimah haq, tetapi digunakan pada perkara yang batil. Bukan shj bagi oran g kristian, sekiranya mereka meletakkan tuhan bapa dll, bahkan lagi kpd ameno yg memperjuangkan kalimah Allah tetapi dengan cara yg batil utk mendapat sokongan, walhal dalam masa yg sama mereka menolak Al-Quran dan hukum-hukum Allah.

ISU – isunya, KDN melarang penggunaan Allah pada Herald Tribune, dan akhbar tersebut saman KDN, dan hakim mahkamah membuat keputusan supaya kalimah Allah berhak digunakan oleh semua pihak. Rayuan KDN, tidak membenarkan dgn alasan Allah hanya untuk oran g Islam. Di sini sebenarnya boleh jatuh syirik kerana menganggap Allah hanya utk oran g Islam dan seolah-olah membenarkan Tuhan2 yang lain bagi agama mereka, sedangkan Allah adalah tuhan bagi semua makhluk. Jadi kenya taan Tn. Guru Presiden bukanlah sebab atas keputusan mahkamah semata-mata, bahkan tidak mencampuri ur usan penghakiman tersebut kerana boleh menimbulkan kekeliruan yang lebih besar. Baca (Harakahdaily):


Kenyataan berdasarkan prinsip Islam bukan kerana keputusan mahkamah - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan medianya berkaitan isu penggunaan nama 'Allah' baru-baru ini tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat 'Allah’ untuk penerbitan Herald.



EMOSI – kita jangan terperangkap dengan isu yang dimainkan, sebaliknya kena faham dan jelas apa sebenarnya yang berlaku. Lupakah kita ameno lah yg mencadangkan perkataan islam di buang daripada PAS suatu ketika dahulu. kini mereka seolah-olah menjadi juara isu kalimah ini padahal dalam masa yang sama menentang hukum Allah. Bukan itu sahaja, kebimbangan ttg anak-anak yang mudah murtad sebenarnya adalah punca daripada mereka sendiri dengan sistem pendidikan sedia ada, sekatan kpd sekolah agama, hiburan yang melampau, dan pelbagai lagi perkara-perkara yang sepatutnya diperbetulkan untuk mengatasi kebimbangan terhadap aqidah anak-anak.

2 comments:

banyak info dalam blog ni..

Time kaseh... baru perasan komen ni... ilmu untuk disebar dan diamalkan... slmt membaca..

Post a Comment

Apa komen anda...?