TGNA Dilantik semula sebagai Mursyidul Am PAS
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN
PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS
• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.
• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.
• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.
• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.
• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.
Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 29 Mac 2010
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Perjuangan
Kisah But-but
Lama tak post artikel berkenaan tazkirah.. Ada je berita-berita lain yang nak disampaikan terlebih dahulu. Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang tak ramai mengetahuinya.
Sebelum saya bercerita lebih lanjut berkenaan burung But But ni, saya suka memperkenalkan burung ini terlebih dahulu. Susah jugak nak cari info burung ni, bolehlah tau sikit-sikit pasal burung ni..
Kali pertama saya mendengar nama But-But dari novel H.M Tuah, tak silap Pelangi Membeku nama novel tu. Novel tu mengisahkan seorang janda, Marfuzah meneruskan kehidupan membina kehidupan setelah mengalami pengalaman silam yang buruk dan keruntuhan rumahtangga. Dia membina jenama perubatan sendiri, hasil rahsia alam yang dicungkil dari seorang nenek tua, Nek Wok yang tinggal bersamanya. Dipendekkan cerita, dari situ saya mengetahui kehebatan burung But-But ini.
Saya merupakan pengguna setia HPA insyaAllah. Walau tak semua produk HPA saya gunakan, saya akan pastikan diri saya istiqomah setiap bulan membeli barangan HPA. Antara yang WAJIB ada di rumah dan di tempat kerja saya adalah minyak But-But. SubhanaLlah begitu banyak khasiat minyak ini.
Minyak but-but sangat mujarab untuk cirit-birit. Caranya dengan mencampurkan satu sudu makan minyak But-But ke dalam secawan air suam/hangat dan minum. Ulangi minum air campuran minyak but-but ini dalam tempoh setengah jam selepas itu, jika masih belum sembuh maka ulangi lagi.
Tak percaya? Saya pernah minum minyak but-but, campur dengan air suam. Memang loya tekak sebab minyak ni agak berbau. Saya minum untuk mengubat batuk saya. AlhamduliLlah, selepas tu saya sembuh... sehingga sekarang saya sudah tidak lagi mengalami batuk-batuk yang panjang. AlhamduliLlah. DOC (direction of cure) akan muncul semasa pengubatan. Memang seksa rasanya semasa saya mengamalkan minum minyak ni. Sebab kaedah perubatan herba akan ‘mengeluarkan’ segala bisa penyakit, barulah akan memulihkan kembali penyakit. Kesabaran amat diperlukan jika menggunakan ubat herba. Kalau tak sabar, susah lah nak sembuh. Kesan dari kesabaran, kesembuhan dan kesihatan selepasnya, insyaAllah.
Minyak but-but mengandungi arang (charcoal) yang dapat meneutralkan keracunan dalam perut. Biasanya minyak urutan tidak boleh diminum kerana adanya bahan kimia seperti pewarna dan minyak hasil petroleum. Ini berbeza dengan minyak but-but kerana minyak ini diperbuat daripada minyak tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang pewarna kimia. Ianya selamat untuk diminum... testimoninya sayalah yang masih selamat selepas minum minyak ni hampir 2 minggu rasanya...huhu.
Minyak But-But Menghitamkan Rambut
Minyak ini boleh dijadikan sebagai minyak penumbuh rambut khususnya pada bayi. Rambut akan jadi lebat dan hitam. Begitu juga dapat menghitamkan uban pada orang dewasa disamping menguatkan akar rambut agar tidak gugur. Caranya senang je, Cuma sapukan minyak ini pada rambut. Make sure kena kulit kepala.
Kali pertama saya guna minyak ini dan dilumurkan ke kulit kepala saya, ‘angin’ satu badan. Dicampur dengan sakit kepala. Memang biasa lah DOC akan berlaku pada mulanya. Saya amalkan minyak ni sebelum tidur. Kali kedua dan seterusnya tidak lagi sakit kepala... Cuma pesan saya, lumurkan minyak ini beberapa jam sebelum tidur. Minyak ini berfungsi untuk menyegarkan juga. Sebabnya, jika dilumur sebelum tidur, jawabnya ‘keras’ mata tak boleh nak tidur...huhu. buktinya, saya dah ‘kena’!
Suatu masa dahulu, orang mengatakan minyak but-but ini sebagai minyak MALI iaitu minyak untuk rawatan kebotakan. Minyak yang digunakan sebagai base minyak but-but bukan dari minyak petroleum yang panas tetapi dari jenis minyak tumbuh-tumbuhan yang menyejukkan kepala. Herba yang terdapat dalam minyak but-but dikatakan sebagai baja (tonik) bagi pertumbuhan rambut yang sihat. Anda boleh lihat kesannya selepas sebulan menggunakannya, insyaAllah. Yang penting kena istiqomah guna. Jangan ikut suka je nak guna..
Mata Merah
Sapukan minyak but-but di atas pelupuk mata merupakan kaedah pengubatan untuk masalah mata merah (sakit mata). Kaedah ini didapati lebih cepat berbanding pengambilan ubat titis mata yang diberikan doktor. Saya tak pernah cuba lagi... baru aje tahu. Sebelum ni pun pernah alami sakit mata ni, guna ubat titis mata sahaja. Lepas ni, anda semua boleh cube ya!
Pendek kata, banyak lagi khasiat minyak but-but ni. Anda semua mungkin lebih banyak mengetahui dari saya. Sebab itu saya WAJIB kan minyak ini ada di rumah dan pejabat. Kalau kat pejabat, kadang-kadang ada student saya yang luka, terseliuh dan ada masalah allergy pada kulit akan saya sapukan minyak but-but. AlhamdulliLlah dengan izinNya mereka cepat sembuh.
Sumber:
1. Jawi Medicinal Herbs- Tn. Hj. Ismail Hj Ahmad
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_But-but_Cari_Anak
p/s: saya keluarkan artikel ni bukan saja-saja nak promote HPA (walaupun indirect promotion..hehe), saya suka berkongsi sesuatu yang amat saya hargai dan kagumi. Tuan Hj Ismail xde bayar royalti pun...hehe. Tak rugi mencuba minyak but-but ini. Lagi beruntung mencuba HPA, kerana yang penting kita dapat menyokong produk Bumiputera Muslim yang banyak membantu umat Islam serantau dan dunia Islam insyaAllah.
p/p/s: saya tak sabar nak tunggu RFC di Terengganu! Boleh hari-hari makan ayam..hehe. Read More......
Posted by hidayah | Permalink | 2 comments
Labels: Info / Tips
Solat Sunat Istisqa'
Salam and good day!
Friday, March 12, 2010
Solat Minta Hujan Bersama Tok Guru, HujanTerus Turun..
Posted by Ibnu Hasyim at 5:24 PM

Nik Aziz mengetuai solat sunat Istisqa' di Kota Baru pagi tadi
KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan. Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah. Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.
Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat. Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT. “Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.
“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.
Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam". Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.
(The Malaysian Insider)
p/s: saya sangat terharu dan kagum... terharu dengan kata-kata TGNA yang halus dan menusuk jiwa. Kata-kata beliau ringkas tapi mendalam maknanya.. Saya kagum dengan semangat zuhud dan sepakat rakyat Kelantan bersama-sama apabila menghadapi sesuatu musibah. Pendek kata, i'm so touched!
Read More......
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Copy / Paste
Murahnya!
Salam and good day!
Murahnye kereta kita kat Saudi... Kenapa kat Malaysia mahal 'sikit' ekk?
Harga Persona kat Saudi = SR 36,100 = RM33,934
Harga Gen-2 kat Saudi = SR 33,600 = RM32,256
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950 = RM35,673
1 Saudi Riyal = RM0.94
p/s: kalau berita yang saya dapat ni tipu maka tipulah... tapi jika berita ini benar dan amat benar...maka PERCAYALAH!..
Read More......Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Menakjubkan
Berpantang Maut Sebelum Ajal
Salam and good day!
Saya menerima emel dari sahabat... Saya selalu mengelak membaca berita yang mengerikan, ye lah fobia bila fikir benda-benda yang mengerikan ni. Bila saya tengok gambar-gambar di bawah ni, memang ada kematian yang difikirkan. memang dahsyat apabila sebuah kren yang terbabas lalu merempuh kereta yang melalui jalan terbabit, juga kereta yang berhenti di lampu isyarat.
Dikhabarkan 5 buah kereta yang terlibat dalam perlanggaran...
Melihat kedaan kereta ini...tiada siapa menyangka pemandunya terselamat...
Bila tengok balik, nasib baik kereta ini masuk ke dalam longkang. Hentakan dari kren itu 'menenggelamkan' kereta terbabit, sekaligus menyelamatkan ibu mengandung itu.
Read More......Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Info / Tips
Jubli Perak PAS Marang
Salam and good day!
AlhamduliLlah, berakhir sudah program besar dan penting selama 2 hari kelmarin. Segala penat lelah berbaloi..apalah sangat penat yang sedikit dibandingkan pengorbanan dan perjuangan para pejuang Islam yang lain.
Saya dan rakan-rakan yang lain berpeluang membuka pameran dan jualan sempena program Jubli Perak ini. Program pada 12-13 Mac 2010 bertempat di Perkarangan Masjid Rusila memang amat berjaya bagi saya kerana berjaya menarik ribuan pengunjung tanpa mengira masa. Pelbagai program dan pertandingan diadakan, meliputi pelbagai golongan kanak-kanak, remaja dan belia begitu menyeronokkan, di samping hadiah yang ditawarkan amat menarik. Saya bukan tak mahu masuk, tapi sibuk sangat jadi 'tauke' gerai jualan. Nanti kan, tengah syok bertanding takde orang nak jaga kedai..huhu.
Dalam banyak-banyak aktiviti, yang menarik dan kelakar pertandingan main bola dengan motosikal. Ye lah, diorang main depan khemah saya, boleh lah jenguk-jenguk diorang bermain. Memang kelakar lah, walau sekejap je tengoknye. Bukan senang nak main bola sambil menunggang motosikal... kene ade skill yang tinggi, selain kene hati-hati. Bimbng silap haribulan langgar motor orang pulak, tak pun jatuh tergolek-golek...huhu.
Banyak lah nak ulas.... pendek kata sangat best. Walaupun sambutan jubli ini peringkat kawasan Marang sahaja... meriahnya macam program negeri! Ada beberapa keping gambar sempat saya rakam untuk tatapan semua, tapi tak banyak lah. sayang sangat gambar motor konvoi ARC dalam kamera orang lain...kene mintak jugak nih.. ada sebuah motor yang sangat saya berkenan, bukan tuan motor yee... minat motor tu.. sangat eksklusif dan bergaya. Rasanya kalau saya bawak pun nampak 'bergaya'...huhu. Mau tak bergaya, harga sebuah hampir beratus ribu ringgit. Boleh bayar cash pinjaman saya...hehe. Oklah, selamat menjamu mata.
TGHH sudi berkunjung ke gerai kami...
CIkgu Hussin sempat berseloroh.."Mintak maaf lah, Ayah Chik dok leh salam lagi hari ni, esok lah salam.."
Ye lah, khemah kami semua pompuan... biasanya Ayah Chik akan salam dengan 'peminat' yang menanti beliau..
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Pengalaman











































