[MTV] Shahir - Pendam
Salam and good day!
First time dengar lagu ni tetiba mood saya berubah.. huh! Kenapalah ade lagu mcm ni..? Habis spoil mood saye sedih la konon..huhu..
Satu komen pernah saya baca sebuah kisah seorang lelaki membeli cd di sebuah kedai cd.. Jurujual nya adalah seorang gadis yang cantik. Lelaki ni setiap hari pegi kedai cd utk beli cd dari kedai tu.. Padahal die bukannye nak tgk sangat cd yang die beli tu, tapi rupa2nya sebab nak tengok gadis tu je dari dekat...
Namun, tanpa disedari lelaki tu, gadis tu meletakkan surat cinta di dalam cd yang dibeli oleh lelaki tu... Begitu, setelah beberapa lama lelaki itu tak datang ke kedainya lagi, gadis tersebut pegi rumah lelaki tu.. rupa2nya lelaki tersebut telah meninggal.. tak tau la ade penyakit kronik or ape.. dan yang tragiknye, lelaki tu tak pernah pun buka cd tu (maksudnye tak pernah baca la surat gadis tu...!)
Jangan salah sangka, saya bukannya nak jiwang2.. cuma, it makes me think deeply.. Semuanya kuasa Allah Yang Maha Merancang. Allah tidak pernah zalim. Kita sebagai Muslim yang mengaku beriman padaNya wajib yakin dan redha atas segala ketentuanNya. Pada masa kita yakin ketika mana Allah membuat perancanganNya adalah demi untuk kebaikan kita, sudah tentu marilah ribut atau petir pun... pasti kita dapat menerimanya...
Sebuah kisah makcik yang menjual tempe.. Hidupnya adalah dari hasil jualan tempe.. Pada suatu hari, didapatinya tempe2 yang ingin dijual masih belum siap (mentah).. Walaupun die harus juga ke pasar dengan tempe yg masih mentah itu, die tetap berharap dan berdoa agar ketika die sampai ke pasar untuk memulakan perniagaannya, tempe2 tersebut telah masak. Namun begitu, setelah sampai di pasar dan mula membuka perniagaannya, tempe2 tersebut masih mentah.. Makcik tersebut sedikit kecewa dan sedih bagaimana tuhan tidak mendengar rintihan dan harapannya..
Selang beberapa ketika, ada seorang wanita datang bertanya makcik tersebut.. "Maaf nak tanya, adakah makcik menjual tempe yang masih mentah? Sudah merata saya mencarinya...".. Pada ketika itu, makcik tersebut yang pada mulanya kecewa dengan tempenya yang mentah, tiba2 berdoa dan berharap agar tempe2 nya tersebut masih mentah.. Setelah dibuka bungkusan tempe, makcik tersebut bersyukur kerana tempe2nya masih mentah! Makcik tersebut amat gembira kerana wanita tersebut memborong kesemua tempe2nya...
Sebelum wanita itu beredar, makcik itu bertanya.. "Kenapa puan membeli tempe yang masih mentah? Biasanya orang hanya membeli tempe yang sudah masak..".. "Oh, sebenarnya anak saya belajar di luar negara.. dia memesan tempe. oleh sebab lama masa yang akan diambil untuk sampai ke destinasinya... saya perlukan tempe yang masih mentah.. agar apabila tiba di sana tempe itu masih elok.. jika saya beli yang sudah masak, kualiti tempe tersebut sudah tidak berapa elok..."
Begitulah kehidupan... Ya Allah, sebab itu Engkau berikan manusia itu akal fikiran agar mereka berfikir dan iman sebagai driver nya... Banyak lagi kisah yang boleh kita jadikan iktibar dan panduan.. Saya sendiri pun punya kisah yang agak serupa... Namun, life goes on.. tak mau la sedih2... kene kuat semangat!
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?