"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Hidayah Allah!


Salam and good day!


SubhanaLlah.. Moga kita sentiasa di dalam redhaNya. Hidayah itu milik Allah. Carilah ia moga kita bertemu dengannya.. Pintalah padaNya!



Read More......

Suatu hari di Surau Ladang...

Salam and good day!



AlhamduliLlah, hari ni dapat jgk mengadap laptop ni utk update skit2 cite.. Terasa lemah seluruh tubuh kepenatan menghadiri pelbagai program dan komitmen tidak menjadi masalah.. AlhamduliLlah, terima kasih ya Allah sebab memilihku untuk terus sibuk di jalanMu yang penuh rahmat dan keberkatan. Moga aku akan terus sibuk untuk berjuang di dalam agamaMu sampai akhir hayat ku.. Ameen..


Kelmarin, dalam sibuk berprogram sempat juga menghadiri kuliah Ustaz Azhar di Surau Ladang. First time pegi surau tu macam kelakar je sebab macam bukan orang Terengganu je dok kenal tempat! Seawal pukul 6 petang lagi saya dah sampai ke tempat tu.. Dalam mundar-mandir mencari tempatnye, sempat bertanya pada seorang pakcik.. "Pakcik, tumpang tanye.. kat mane ye Surau Ladang?".. "Tuuuuu... kat situ tu.." pakcik tu dengan bersungguhnye dan selambanye menunjukkan surau tu yang betul2 di depan mataku... "Ok, time kasih pakcik.." Malunye lah, bukan tak nampak surau 2 tingkat tu... cuma, tak tau nama surau tu ape! ape la nak jadi... ish ish...


Lebih kurang 6.30 ptg saya pun keluar dari kereta dan berjalan dengan yakinnye menuju ke surau tersebut... Ya Allah! Macam nampak seseorang laaa! Nak luruh je jantung ni.. Tak tau nak menyorok ke nak terus jalan... Saya terus kuatkan semangat meneruskan langkah perjalanan.. "Pakcik, tumpang tanye.. kat mane tempat muslimat?".. saya kuatkan semangat untuk bertanya seorang pakcik yang kebetulan keluar menaiki sebuah motosikal.. "Masuk kat tepi tu... naik atas.. kalau nak solat kat bawah pun boleh jugak..".. "Ok, time kaseh pakcik"..


Saya pun terus berjalan dengan 'gagahnya' menuju ke surau.. Betul2 melalui 'seseorang' tu... Ya Allah, Engkau gerakkan hatiku untuk mendengar kuliah dan ilmuMu.. bukan untuk berjumpa sape2.. Aku tidak mengetahui apa yang telah Engkau rancang untukku.. Namun, aku mengharapkan yang terbaik dariMu.. 'Orang itu' mungkin tidak mengenaliku... fikirku... Jadi aku buang segala andaian dan terus menuju ke ruang solat untuk terus menunggu masa panggilanMu..


AlhamduliLlah, saya betul2 di saf depan dan dapat lihat dengan jelas ustaz memberi kuliah.. Dalam ramai2 jemaah yang mendengar kuliah tersebut.. Saya sempat berbual sekejap dengan 2 orang mualaf dari Sarawak yang menghadiri seminar berkaitan saudara baru.. Alamak, ingat2 lupe la nama die... Lisa dan Zahra rasenye... Cuma yang sorang tu ade nama Qistina di belakangnye.. [Rupe2nye.. Zahra yang saya jumpa tu adalah 'kawan' kepada 'orang itu'.. kecik betul dunia ni.. ]"Maaf, boleh tau nama surau ni ape..?" tanye Hani.. "Sini orang panggil Surau Ladang".. "Ok, terima kasih.."


Manis2 muka 2 orang saudara baru ni... Bersyukurnya sebab dapat berjumpa dengan saudara baru yang begitu bersungguh-sungguh nak menuntut ilmu dan memperbaiki diri.. Moga Allah merahmati mereka keduanya.. Ameen... 


Ada program ape kat Terengganu ni...?


Kami ade konvensyen muallaf di hotel kat sini... Saya seorang mualaf, baru sebulan menganut Islam...


Ooo.. ye ke..? AlhamduliLlah.. Tahniah.. Bagus lah... Bagaimana blh tertarik dengan Islam..?


AlhamduliLlah.... saya dapat hidayah... (die pun tak explain bagaimana... saya pun tak tanye lebih lah..)


Bagaimana pengalaman awak sebagai Muslim..?


Keluarga saya tidak tahu pun saya menganut Islam... Dalam 2 minggu lepas baru saya beritahu mereka berkenaan ini.. Mereka marah2 saya..


Sabar ye... bukan mudah nak buat keputusan besar dalam hidup ni... Saya doakan awak sentiasa kuat semangat.. Satu lagi, kene selalu join komuniti dan persatuan untuk refresh dan tambahkan ilmu ya...


Ha'ah... insyaAllah...



Perbualan kami pun terhenti di situ... Azan dah pun berkumandang.. Lepas solat saya pun mendengar dengan khusyuk kuliah yang disampaikan ustaz.. Pengalaman yang agak 'ngeri' sbb dengar seorang yang melatah bila ustaz sebut 'JKK'.. Ya Allah, takut ade, terkejut pun ade.. nak gelak pun ade.. Sabo je la, bukan die sengaja pun, mmg jenis melatah... cuma kelakarnye sebab die melatah bile ustaz sebut JKK..haha.. AlhamduliLlah, terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah sampaikan hajatku untuk sampai juga ke surau ini.. Moga perjalanan, masa dan tenaga yang aku luangkan ini adalah ikhlas semata-mata keranaMu.. bukan kerana sesiapa..



InsyaAllah, lepas ni boleh lah saya nak istiqomahkan diri ni mencari kuliah2 lain... Sebenarnya, setiap bulan memang saya wajibkan diri pergi ke usrah. Namun, pengisian lebih kepada penggerak jemaah.. Jadi, untuk ilmu fardhu ain.. memang kene cari kuliah2 agama yang AlhamduliLlah sangat banyak di Terengganu ni.. Setiap Jumaat memang saya wajibkan diri pergi ke Rusila... Namun, selalu sahaja bertembung dengan komitmen jemaah yang perlu diutamakan terlebih dahulu.. Jadi, saya mesti mencari sebanyak mungkin kuliah lain yang tidak bertembung dengan komitmen jemaah.. 

"Allah pasti bersamamu... Jika kau membantu agamaNya" Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk terus istiqomah di jalan yang Engkau redha! Ameen...

Read More......

Istikharah dan Jodoh - UAI

Salam and good day!



Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)


"Dan Kami menciptakan kalian berpasang-pasangan." (QS. An-Naba’ [78] : 8)



Sama-sama kita hayati... Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya, apatah lagi hamba yang dikasihiNya... Percayalah!




Read More......

This Time - هذا الزمان


Salam and good day!


Lama tak update blog ni.. Dok sempat nak menaip dan bercerita lebih.. Kesibukan dunia membuatku hanyut seketika..hehe.. Dok hanyut lagi, insyaAllah. Kalau setakat share video atau artikel yang menarik semua orang boleh.. saya lebih suka bercerita dan berkongsi pengalaman dan idea sendiri. Namun, apepun tak kisah lah sebab yang penting ilmu dan kebaikan untuk disebarkan. Dok kire lah copy paste pun! Sepertimana sabda Junjungan Besar Nabi s.a.w "Sampaikan dariku olehmu walau satu ayat"..


Jadi, untuk sharing, maka saya pun share lah satu video yang menarik ni.. Sedih tgk seorang ibu ditinggalkan oleh anak kesayangan sendiri kerana tidak sanggup menerima ibu yg 'menyusahkan' diri dan keluarganya.. Teringat saya kisah Si Tanggang dan sahabat Nabi s.a.w iaitu Alqamah.. Ya Allah, cube bayangkan jika perempuan itu adalah kita.. Atau perempuan itu adalah ibu kita?! Na'udzubiLlah! Biarlah seburuk atau tidak perfect, ibu dan bapa lah tempat kita mengadu dan mengerti kesusahan dan kehendak kita.. Kepada lelaki, carilah perempuan yang penyayang dan memahami dirimu... bukan pilih hok come lote je! Kerana perempuan dan isteri yang baik adalah yang akan sentiasa memahami dan support kebaikan suaminya.. insyaAllah..


Moga ianya jadi panduan dan iktibar buat kita semua.. Moga Allah melindungi kita dan menjauhkan kita  dari derhaka pada kedua ibubapa kita.. insyaAllah. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Dosa yang paling besar ialah mensyirikkan Allah, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang" Hadis riwayat Anas Bin Malik.



Abah dan mama... uhibbukum fiLlah!



Read More......

Oley!!



Salam and good day!


Semenjak dua menjak ni, heboh pasal video "Sembang Rakyat" yang mempertikaikan malah memperlecehkan hukum hudud. Orang Islam sendiri menghina hukum Allah! Astaghfirullah..


Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di atas inisiatif untuk menghasilkan video ini sebagai pencerahan terhadap hukum hudud. Moga Allah dapat membuka mata hati kita dan yang lain untuk memahami perlunya hudud dijalankan.. Bukan ikut membabi buta, tetapi FAHAM tuntutan Islam itu sendiri.. Video yang cukup santai, kreatif dan inovatif merupakan pertaruhan DPPP untuk berdakwah di medan masyarakat yang pelbagai agar tiada yang tersinggung. Kepada yang menempelak, saya hanya mampu ucapkan "ambik kau!"


Tak lupa juga penampilan istimewa, Matluthfi yang terkenal tu.. Bagus anak muda ni, moga Allah sentiasa memeliharanya dan istiqomah untuk terus menyebarkan dakwah dan kebaikan. "mencuri gitar adalah haram... curi hati takpe..." hehehe... die ni kalau tak buat 'ngada2' mmg tak sah lah...


‎"...maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri jika kamu tidak mengetahui."
(Al-Anbiya (21):7)



Kepada semua... selamat menonton dan hayati mesejnya!




Read More......

Maher Zain - Open Your Eyes


SubhanAllah... Maha Hebat ciptaan Allah.. Tuhan semesta alam.. Open our eyes, our hearts and minds!



Read More......

Saya Tahu Saya Tak Cantik!

Salam and good day!


Semenjak dua menjak ni, saya tak mampu nak menulis dengan baik... Bila tgk blog2 orang lain, kagum sangat dengan petikan dan karya yang dihasilkan. Setakat ni saya hanya mampu copy paste atau share saje mane2 yg saya berkenan.. Ade je kisah yang nak saya share, tapi tak mampu nak menulis... masa amat mencemburui ku.. Kali ni saya nak share satu kisah yang boleh kita ambik pengajaran dan fikir sebaiknya. Sumber SINI.


SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.


"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.


KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?

Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?


Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.


Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.


Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.


Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.


Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.


Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?


Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?


SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..


Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.


Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.


Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..


ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI

Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.


Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.


Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).


Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.


Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.


Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.


Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?


Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.


Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.


Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.


Read More......

Ibrah Seekor Burung

Salam and good day!



Burung terbang bebas di udara
-Gambar Hiasan-


Dua sifat penting yang harus ada pada seorang hamba yang bernama mukmin ialah 'khauf'(perasaan takut) dan 'rajaa' (pengharapan).


Sepertimana seekor burung yang terbang tinggi memerlukan dua sayapnya untuk merentasi langit biru, begitulah juga halnya dengan kita. Memerlukan kedua-dua sifat tadi untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran dan ujian.


Adakalanya,mungkin kita terlupa.


Kita terlalu bangga dengan apa yang kita telah capai dan perolehi.Sangkaan kita, dek kerna usaha yang sehabis baik itulah, kita akan memperolehi apa yang dihajati. Kita sebenarnya terlalu 'mengagung-agungkan' usaha kita tadi. Lantas apabila, natijah yang diharapkan tidak seindah yang diimpikan, kita mula lemah,longlai,hampa dan seterusnya berasa putus asa.


Lupakah kita? Bilamana Allah sendiri menyebut bahawa sesungguhnya segala yang berlaku terhadap seorang hamba itu adalah mengikut kepada sangkaannya kepada Allah?


"Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."-Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A


Wahai hamba,andai buruknya sangkaan kita kepada Allah maka buruklah natijahnya. Tetapi,andai baiknya sangkaan kita kepada Allah maka baiklah natijahnya.

Lihatlah burung!Untuk ia terbang tinggi ke udara, ia akan mengepakkan kedua sayapnya dengan saksama.Sama laju, sama kuat. Namun, tatkala ia ingin membelok ke kanan atau ke kiri, nescaya salah satu dari dua sayapnya tadi memerlukan kekuatan yang lebih berbanding sebelah sayap yang perlu direhatkan sementara bagi memandu ia ke arah yang dituju.


Begitulah juga halnya dengan kita.


Bayangkan sahaja, 2 sayap burung tadi merupakan sayap kita.Sebelahnya,merupakan sayap'usaha seorang hamba yang daif' dan sebelahnya lagi merupakan sayap 'rahmat Allah swt yang amat luas'. Ada masanya, kita perlu mengerah sepenuhnya sayap 'usaha' tadi dengan sekuat yang boleh. Lantas, selepas itu rehatkanlah ia dan gunakan pula sayap yang sebelah lagi sebaik mungkin iaitu sayap 'doa dan tawakkal'.


Mari kita muhasabah.Mungkin selama ini kita hanya bergantung kepada sayap 'usaha' tadi, tanpa kita manfaatkan sayap yang kedua. Ataupun,sebaliknya, kita terlalu bergantung kepada sayap 'doa dan tawakkal' tadi tanpa dimulai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sepertimana burung yang tidak akan mampu terbang dengan sebelah sayap, begitulah juga keadaannya dengan kita.


Oleh yang demikian, jangan biarkan sayap itu patah mahupun tercedera.Kelak, akan jatuhlah burung tadi menyembah bumi.Hargai dan manfaatkan kedua sayap tadi agar kita juga mampu terbang tinggi seperti burung tadi.


Seandainya satu saat kita merasa lelah,letih dan berasa putus asa.Maka,ucapkanlah


'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'

''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung''


Sumber dari SINI.


Read More......