"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Weekend yang penuh cabaran!


Salam and good day!





- PAS Ganti UMNO-



InsyaAllah setelah sekian lama dirancang dan beberapa kali ditunda, memang kali ni tiada kompromi lagi untuk melengahkan program besar yang amat dinanti-nantikan. Program PAS Ganti UMNO pada mulanya hanyalah program kecil yang dicadangkan oleh Lajnah Penerangan PAS TRG. Namun, setelah dikaji dan diteliti aspek perlaksanaannya, maka jadilah ianya program mega dan melibatkan seluruh negeri Terengganu.


PAS kali ini amat bersungguh dan nekad untuk kembali memerintah Terengganu. Sudah tentu kata-kata tidak cukup.. Sudah tentulah perlunya diadakan program2 dan pemantauan secara berterusan. Untuk PGU ini, 3 zon perlu dilaksanakan. Zon 1 di Besut, Zon 2 di Kemaman dan Zon 3 di Kuala Terengganu dan kemuncak PGU sebelum berlangsungnya PRU ke-13 nanti. Sebenarnya, PGU di zon 1 dan zon 2 saya tidak terpilih olehNya untuk menghadirinya. Ingat lagi ketika PGU 1 saya terpaksa ke KL kerana menjalani latihan yang diadakan oleh Ameerah pusat. Ketika di zon 2 pula, saya mengalami masalah kesihatan. Hampir sebulan jugak saya terlantar di rumah demam+batuk+selesema. Saya ni mudah sakit dan lambat pula sembuhnya. Kurang antibodi kot.. Sekarang, saya mengamalkan madu dan herba setiap hari untuk memastikan tubuh saya sentiasa sihat dan bertenaga. Semua itu perlu supaya segala amanah dan kerja kita sebagai khalifahNya dapat dilakukan sebaiknya. Allah lebih sukakan hambaNya yang sihat, berbanding yang sakit.


Saya menangis ketika PGU kali ke-3 yang dicadangkan pada tarikh-tarikh sebelum ini kesemuanya saya tidak hadiri kerana komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Namun AlhamduliLlah, Allah Maha Mengetahui dan Maha Perancang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Moga peluang yang Allah beri pada saya kali ini dapat saya gunakan sebaiknya dan mendapat keredhaanNya..Ameen.


Untuk PGU kali ni, saya dan 2 orang lagi sahabat diamanahkan bidang tugas IT yang berkaitan muslimat. Banyak jugaklah yang perlu dibuat dan diuruskan. Namun, insyaAllah ada sahaja kemudahan dan pertolongan dariNya. SubhanaLlah!


Kebetulan weekend ni juga, ibu dan adik perempuan saya ke KL untuk menemani mama ambil ubat di IJN. Biasanya, semua akan ke KL. Ye lah, alang kepalang gi KL boleh lah shopping dan jalan-jalan di sana. Tinggallah saya sorang-sorang kat umah beberapa hari. Saya tak kisah pun, sebab kucing2 yang ramai sebagai peneman. Lagipun, saya dah biasa duk sorang2.. buat keje sorang2.. Namun kali ni, abah tidak ikut serta. Ade urusan kot yang penting weekend ni..


Bila abah ade ni, maknenye saya kene masak lah. Takkan nak suruh abah masak atau beli makanan sokmo.. Kalau saya tinggal sorang, makan pun ikut suka hati je.. Dah lah weekend ni sibuk dan tak lekat kat umah... memanglah kene masak. Tadi, sampai je umah waktu Maghrib terus siapkan diri dan solat. Lepas tu masak ala2 master chef..hehe.. dalam setengah jam je dah siap masak. Bukan ape, saya pun lapar jugak. Dah lah tak makan tengahari tadi.. Mase tengah masak2 tadi menggeletar badan sebab lapar..huhu..






Ni lah air tangan saya untuk malam ni.. Tumis sayur, ikan goreng dan sambal belacan.. semua secukup rasa..

Simple tapi saya suke!




Saya ni memang suka mknan tumis dan masak merah.. gulai mmg kurang.. Saya masak untuk 2 orang makan. Alhamdulillah, habis licin! Ayah saya sampai hirup kuah sayur dan tambah nasi..hehe.. Sedap ke abah? Saya jenis tak kisah lauk ape, asalkan kena dengan selera ok lah...






Ni selipar saya beli sebelum balik umah petang tadi.




Program besar 2 hari ni memang perlu banyak bergerak dan lasak. Jadi sayang kalau pakai sandal yang cantik.. Nanti mudah rosak. Dah lah susah nak cari kasut/sandal yang sesuai dengan selera saya ni. Jadi saya belilah selipar ni yang sangat selesa dan murah khusus untuk memudahkan urusan dan pergerakan saya untuk program nanti. Tak cantik? Biarlah dok cantik pun, asalkan saya suka dan selesa.. Kalau saya dah sukakan sesuatu, saya tak kisah dah mcmana rupanya... insyaAllah.


0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?