"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

To all Who Hate muslims Must Watch

Salam and good day!



Mat Salleh yang baca berita ni jadi pelik bagaimana seorang Muslim yang nak dirompak masih lagi ade belas ihsan pada perompak. Dan lagi pelik apabila boleh memaafkan dan bersalaman dengan orang yang ingin merompak kedainya.


Saya pernah melihat satu video sekumpulan remaja yang ingin bergurau dan buat ala-ala Bang Bang Boom gitu.. Sorang budak lelaki masuk lah dalam peti surat pos. Die menyorok dalam tu menanti untuk mengenakan orang-orang yang menggunakan peti tu. Beberapa orang yang masukkan surat ke dalam peti tu jadi terkejut dan pelik sebab surat yang dimasukkan tadi terkeluar balik. Dimasukkan lagi, keluar semula.. Nampak kelakarlah sebab akhirnya mereka tahu telah 'dipermainkan'.


Tiba ade seorang lelaki nampak seperti orang biasa yang bersifat kebapaan ingin mengepos suratnya.. tiba-tiba suratnya itu ter'keluar' semula. Die yang hairan menjenguk ke dalam lubang pos tu.. Tahulah die ada orang di dalam peti tu, dan ingin 'bergurau' dengannya. Tanpa diduga, lelaki tersebut mengeluarkan pistol dari poketnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke dalam peti tu. Matilah pemuda yang berada di dalam tong tersebut... Sadis.. Memang tak patut bergurau mengenakan orang.. Namun, adakah patut dan wajar bertindak sedemikian demi untuk melepaskan geram dan amarah?


Moga video ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita untuk belajar dan mendekati Islam. Islam itu indah. Tiada yang lebih indah kecuali mengingatiNya dan dikasihiNya.. SubhanaLlah. Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali-kali.. Kita kena selalu berwaspada kerana malang memang tidak berbau. Namun, setiap perkara mestilah dipertimbangkan mengikut akal kita yang waras.. Jadilah Muslim yang sejati!




0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?