"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Alunan Syahdu Azan Dalam Gereja

Salam and good day!


Indahnya alunan azan... jika dihayati dan dialun dengan sebaiknya. Ketika pemuda Islam ini mengalunkan azan, kesemua hadirin yang terdiri daripada non-Muslim khusyuk mendengar. Tak tau lah mereka faham atau tak, tapi mereka menghormati azan dan tidak membuat bising atau bercakap-cakap.


Panggilan Azan ini dialunkan oleh Abdelwahab Ben Youcef di Gereja Marble Collegiate yang terletak di 275, Fifth Avenue, Manhattan, New York City, Amerika Syarikat telah dibuat semasa dialog kepercayaan antara Kristian, orang-orang Yahudi dan umat Islam yang hidup di sana. Islam, Yahudi dan Kristian merupakan agama wahyu/langit. Namun, oleh kerana kerosakan dan pecah amanah para pengikut Yahudi dan Nasrani mengubah kitab-kitab mereka mengikut acuan dan kehendak mereka sendiri. Islam diturunkan oleh Allah kepada rasul akhir zaman, Muhammad s.a.w merupakan agama terakhir dan hanya diredhaiNya. Islam dan ajarannya tetap dipelihara oleh Allah hingga kiamat, suci daripada penyelewengan.


Kita sebagai umat Islam, wajib memberikan contoh terbaik dan sebagai model kepada ajaran Islam yang kita anuti dan yakini. Jangan kerana kejahilan dan kejahatan kita menyebabkan musuh dan orang bukan Islam memandang serong kepada Islam. Islam Itu Indah.


Moga Allah beri kekuatan dan kelebihan kepada pemuda tersebut untuk terus menyebarkan sinar Islam yang suci kepada semua. Buat kita pula, baiki lah diri dan sebarkanlah kebaikanNya selagi terdaya supaya Allah membukakan pintu hidayahNya kepada yang lain. Pahala dan rahmat berterusan kita perolehi selagi orang lain membuat kebaikan dan insaf dengan kebaikan yang kita sebarkan insyaAllah.



I Am A Muslim, and I Am Proud of it!





0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?