"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Mendaki Bukit Kluang


Salam and good day!



AlhamduliLlah.. Khamis 9hb Jun baru ni saya dan 3 orang lagi sahabat telah ke Besut untuk menyertai program "Menuju Puncak bersama Nisa' Besut".. Misinya adalah untuk mendaki Bukit Kluang di sana.. Sebenarnya dah bertahun-tahun tak buat aktiviti lasak nih.. Kali terakhir panjat bukit masa Tingkatan 5.. masa tu saya join Persatuan St. John sekolah.


Pada mulanya agak ragu-ragu nak pergi program ni.. Tapi pikir2 balik.. apa salahnya pegi dan mencuba. Lagipun dah lama tak beriadah. Walaupun bimbang stamina tak cukup mantap.. tapi semangat yang berkobar-kobar amat penting untuk meneruskan misi pendakian ini..

Sebenarnya saya tersalah upload gambar ni..huhu. Tapi dah tak larat nak baiki.. maaflah. patutnye kalau nak start cerita mesti dari awal sampai akhir.. ni cerita saya dari akhir pastu terus ke awal cerita.. nasiblah ek.. ye lah, kene update facebook dan blog ni bukan keje senang bagi saya... orang lain boleh 5-6 jam duk depan komputer.. saya ni bukan tak mau menghadap komputer.. tapi masa amat mencemburui...



Menjamu selera setelah selesai dan penat misi mendaki.




Ni lah hadiah yang kami dapat sebagai penghargaan Nisa' Besut atas kehadiran kami
ke program ini... Terima kasih.








Bendera PAS ni takde pun yang berani nak cabut.. baguslah.
Bendera ni menandakan telah sampainya kami ke puncak bukit ini.. Takbir!





Saujana mata memandang.. Indahnya ciptaan Allah.. SubhanaLlah..



Bergambar kenangan di pondok atas puncak bukit..












Kak Zuraida (Timbalan Nisa' Negeri) menyampaikan tazkiran dan
penerangan berkaitan Nisa' kepada para peserta..




Menjamu selera dan berehat sebentar...




Unit Amal Besut yang setia dan berdedikasi..
















Walaupun jauh ditinggalkan.. sempat jugak posing dalam hutan ni.. hehe..























AlhamduliLlah.. misi pendakian telah berjaya dijalani.. walaupun betapa seksanya perjalanan untuk menamatkan pendakian ini.. hanya Allah sahaja yang tahu.. walaupun ada ketikanya ingin surrender dan mengambil jalan pintas untuk menamatkan pendakian ini... kami tetap tabah dan berkeras untuk meneruskan perjalanan ini. Yang kelakarnya.. ada sahabat yang rasa dah tak larat dan terpikir nak tinggalkan wasiat sebab tiba-tiba mengalami 'gelap mata' akibat tekanan darah rendah..

Begitulah hidup di dalam jemaah ni.. Matlamat perjuangan kita adalah untuk memartabatkan Islam dan mendaulatkan khilafah Islamiyyah.. Di dalam menempuhi sunnah perjuangan.. sudah pasti kita akan menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan.. Adakalanya cabaran dan dugaan tersebut bagi kita amat dahsyat dan menakutkan kita.. Ada kalanya kita mahu berundur dari perjuangan akibat tidak mampu untuk berdepan dengan cabaran tersebut.. Namun, dengan semangat dan azam yang tinggi dari kita.. dan juga pertolongan Allah maka akan hadirlah kekuatan pada diri kita..


Setiap orang diuji berlainan kerana mengikut kemampuan dan amanah yang ditanggungnya.. Celakalah jika orang tersebut berundur dari perjuangan kerana takut dengan bayang-bayang sendiri.. Namun, ada juga yang terpaksa mengehadkan pergerakan kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.. Bagi saya, dalam peperangan pasti ada strategi.. Berundur bukan bererti mengalah.. kerana berundur adalah untuk memasang strategi yang lebih baik dan mara setelah cukup bekalan dan persiapan.. Oleh sebab itu, tepuk dada tanya lah iman kita. Kita berjuang bukannya atas dasar semangat semata.. Tapi atas dasar ilmu dan kebenaran. Tanpa ilmu, tiada gunanya semangat semata-mata kerana kita mudah goyah apabila diuji..


Ya Allah... Moga Engkau tetap merahmati dan tetapkan hati kami serta istiqomah di dalam perjuangan menegakkan agamaMu.. TanpaMu Ya Allah, tiadalah gunanya hidup kami ini.. Hanya padaMu kami berharap, meminta pertolongan dan berlindung.. Ameen..



0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?