Aku wanita biasa..
Salam and good day!
Cinta akan datang pada hati yang tenang
-Gambar Hiasan-
Setiap kali ingin memulakan bicara artikel atau perbualan sudah pasti menjadi kewajipan bagi saya untuk memulakan dengan salam dan 'good day' sebagai perangsang untuk memulakan suatu perbualan yang bermanfaat dan penuh positif... Namun hari ni tak keterlaluan jika ucapan saya hanya di bibir sahaja... bukan dari hati yang ikhlas..
LETIH. Mungkin ini yang terbaik untuk saya gambarkan keadaan saya. Bukan letih dari segi fizikal.. tetapi LETIH dari segi EMOSI! Terasa bagai gunung berapi yang menunggu untuk meletus.. Hanya menunggu masanya sahaja. Lagi di tahan kan perasaan makin lah 'membengkak' dan membuak-buak.. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini yang memerlukan bimbingan dan kasih sayangMu untuk terus teguh dan istiqomah dengan kebaikan... insyaAllah !
Sebut pasal duit ni, semua orang yang cakna. Pendek kata, orang yang tengah mengantuk ni mesti cerah mata bila sebut pasal duit. Tak mahu ulas lah lebih-lebih pasal duit ni.. Kerana saya yakin, seburuk mana perancangan makhlukNya untuk menjatuhkan seorang hambaNya.. tidak mungkin akan terjadi tanpa izinNya.. Itu yang saya pegang selama ini. Yang penting.. jangan saya buat jahat pada orang lain sudah lah.. Sebagaimana kita tidak mahu orang buat jahat pada kita.. jadi janganlah sesekali cuba nak buat jahat pada orang lain.. Takutlah pada azabNya! Saya benci orang yang mungkir janji. Orang yang berjanji dan berpura-pura tidak ingat dan mengelak untuk menunaikan janji yang telah dikatakan adalah munafik. Berjanji tapi tidak menepati janji adalah ciri-ciri orang munafik. Bukan saya saja-saja menjatuhkan hukum...
Hari ni bermulanya sesi persekolahan setelah 2 minggu budak-budak sekolah bercuti. Kalau 2 minggu yang lepas, memang agak 'kosong' dan sunyi sebab ramai pelajar yang ambik cuti sempena cuti sekolah. Jadi hari ni AlhamduliLlah para pelajar sama sudah kembali untuk menyambung pelajaran di sekolah saya.. Tiba-tiba je suasana jadi kecoh dan bingit. Memang mengganggu emosi sungguh lah sebab budak-budak ni ada yang nakal tidak dengar nasihat kita.. Dah lah lama tak mari kelas, jadi banyak juga lah tak ingat pelajaran yang lalu.. Kene ajar balik sebijik-sebijik dari awal pelajaran.. Mengamuk jugalah saya hari ni.. Tapi kalau selalu mengamuk ni memang tak bagus... Syaitan memang suka kalau kita sentiasa marah.. Syaitan akan mudah menguasai kita ketika kita marah.. Na'udzubiLlah. Saya memerlukan kekuatan emosi dan spiritual untuk sentiasa positif dan bijak menangani setiap permasalahan. Ya Allah, bantulah aku!
Hari ni jugak saya diuji Allah nak berhadapan dengan masalah birokrasi dan bermuamalat dengan orang yang lebih senior dariku... Kita ni orang muda mestilah nak sesuatu kerja dibereskan cepat.. Tapi bila berhadapan dengan orang senior yang kurang celik teknologi memang agak membataskan.. Nak cari nombor telefon seorang ketua kawasan baru, tapi bukan main payah betul nak dapat.. Tu belum tau boleh ke tidak nak call nye.. Bayangkan saya terpaksa menunggu hampir 5 jam dan menelefon 7 orang individu untuk mendapatkan nombor telefon individu terbabit.. Tu tak termasuk orang bertukar nombor telefon.. Rase nak jadi macam Invisible Woman je boleh muncul dan cari orang yang dikehendaki bila-bila masa..huhu..
Saya amat menghormati orang tua dan menyayangi orang muda dari saya.. Saya ikut pesan Rasulullah kerana saya sayangkan Rasulullah.. Bila kita tahan perasaan itulah menyebabkan kita mudah stress.. Tapi, yakinlah apabila kita buat baik pada orang maka orang akan berbuat baik dan bersabar dengan kita. Tidak sia-sia kita berbuat baik, walaupun hasilnya bukan di dunia.. namun Akhirat pasti beroleh syafaat dan pahala dariNya..
Hanya Allah sebagai tempat kita meminta dan berlindung... InsyaAllah gunung berapi yang hampir meletus akan tiba-tiba terpadam jika dilimpahi dengan zikir dan iman kepadaNya.. InsyaAllah. Memang bukan senang nak pujuk diri.. Tapi cubalah. Apabila kita sentiasa mencuba, pasti akan berjaya. Kejayaan tidak datang bergolek, betul tak..?
Oklah, rasa macam dah tenang kembali ni.. AlhamduliLlah. Bolehlah nak sambung kerja lain pulak.. Kalau fikiran berserabut janganlah nak sibuk-sibuk buat kerja lain.. Biar diri bertenang dulu.. Baru segalanya ok.. InsyaAllah :)
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?