"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Ibu Yang Sekuat Seribu Lelaki

Salam and good day!



Ibu yang Sekuat Seribu Lelaki



-Gambar Hiasan-



Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Quran. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.









Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Quran?









Ya, jawab anak itu singkat.









Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz Amma? pinta ustaz









Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,Adakah kamu hafal surah Tabaraka? (Al-Mulk)









Ya, jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar.









Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.









Dia pun cuba bertanya lebih jauh, kamu hafal surat An-Nahl?









Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang. Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?









Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, Anakku, adakah kamu menghafal Al-Quran ?









Ya, jawabnya dengan jujur.









Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah









Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya, Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya.









Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.









Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa sayaini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, sayamasih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Quran. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma.









Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu? tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.









Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Quran dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka, Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini, Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar siar nanti









Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Quran mereka, jelas si ayah memuji isterinya.









Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.









Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Quran. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan, Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.









Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.









Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.









Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.(HR.Bukhari & Muslim).









Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Quran semasa mereka masih janin.









Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Quran, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Quran, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara





Read More......

"Cikgu main motor...?!"

Salam and good day!




AlhamduliLlah hari ni dpt jugak update blog kesayanganku ini... Tu pun setelah mendapat permintaan peminat blog saye utk tahu perkembangan cerita saya ni..hehe. Saya suka kumpul cerita2 dan pengalaman2 saya supaya dapat dikongsi dan diambil pengajaran daripadanya.. InsyaAllah.






Kali ni saya agak 'buang tabiat' klu ikut istilah orang tua2.. yelah, buat mende2 yang pelik dan 'memalukan'..huhu. Saya ni boleh lah dikatekan org yang matang dan cool.. Takde lah nak main2 atau berperangai memeningkan orang.. InsyaAllah. Namun, kadangkala ada jugak tanpa kita sedari perangai kita ni (terutamanya orang perempuan) berubah mengikut mood dan perasaan... Same lah saya ni.. Ada masa stress, gembira, sedih,dll.. Sahabat2 terdekat saya memang dah masak dengan perangai saya ni.. Kalau tiba-tiba 'buat hal' mesti diorang (Kak Siha especially) perasan saya ni sedang menghadapi suatu masalah...










Budak yang tak bersalah ni telah dipaksa saya memberi pose istimewa (naik atas kerusi).. Bukan ape, nampak smart pulak die ni.. Dah lah pakai baju Shell.. Tapi die sangat sporting melayan kerenah cikgu die yang tengah bermasalah ni..







"Awak kan tahu cikgu ni suka tengok motor besar... Yang awak bawak tu kenapa..? " Sekali lagi kene posing pegang motor pulak die ni.. Ikut je lah cikgu suruh tu..huhu..







"Cikgu.. motor besar mahal tak..?" .. "Mestilah mahal.. ada yang harganya sebuah tu boleh beli 3 buah kereta cikgu tu..."




Harga sebuah motor mainan ni RM45.. terdapat di stesen minyak sahaja... bukan nak promote stesen minyak nih..





Tanpa disedari saya main lah motor diorang ni.. Tengah saya khusyuk main motor..


mereka yang ketika itu sedang bising tiba-tiba senyap seketika...


Saya pun terkejut sebab mereka terkejut..


Lalu kami pun ketawa terkejut bersama-sama..huhu..






Hari ni Ahad, 19 Jun saya tak cuti.. Pelik sokmo. Orang cuti tapi dok cuti..huhu. Terengganu dapat cuti peristiwa sempena meraikan kemenangan Terengganu menewaskan Kelantan 2-1 dalam Piala FA. Tahniah dan syabas buat skuad Peteh. Walaupun tak minat bola ni.. tapi sentimen kenegerian tu penting.. Lagipun, sapelah yang tak suka memang kan..? Walaupun bukan kita yang dapat piala tu, tapi hati kita suka dan gembira sebab pasukan yang kita sokong tu menang...


Ni lah antara anak-anak murid saya yang sangat saya sayang dan didik mereka seperti anak sendiri.. Walaupun takde anak lagi... Saya marah, puji dan didik mereka tanpa prejudis insyaAllah. Lagi saya sayang mereka, lagi lah saya akan tegas mendidik mereka. Biarlah orang kate saya ni garang.. Yang penting saya tahu batasan saya.. dan marah kerana sayang, bukan kerana nak lepaskan geram.. Saya mahu mereka jadi insan yang cemerlang dunia dan Akhirat suatu hari nanti.. InsyaAllah. Belajar baik-baik ya.. Cikgu sayang kamu semua...!



















Read More......

Aku wanita biasa..

Salam and good day!






Cinta akan datang pada hati yang tenang

-Gambar Hiasan-






Setiap kali ingin memulakan bicara artikel atau perbualan sudah pasti menjadi kewajipan bagi saya untuk memulakan dengan salam dan 'good day' sebagai perangsang untuk memulakan suatu perbualan yang bermanfaat dan penuh positif... Namun hari ni tak keterlaluan jika ucapan saya hanya di bibir sahaja... bukan dari hati yang ikhlas..





LETIH. Mungkin ini yang terbaik untuk saya gambarkan keadaan saya. Bukan letih dari segi fizikal.. tetapi LETIH dari segi EMOSI! Terasa bagai gunung berapi yang menunggu untuk meletus.. Hanya menunggu masanya sahaja. Lagi di tahan kan perasaan makin lah 'membengkak' dan membuak-buak.. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini yang memerlukan bimbingan dan kasih sayangMu untuk terus teguh dan istiqomah dengan kebaikan... insyaAllah !








Sebut pasal duit ni, semua orang yang cakna. Pendek kata, orang yang tengah mengantuk ni mesti cerah mata bila sebut pasal duit. Tak mahu ulas lah lebih-lebih pasal duit ni.. Kerana saya yakin, seburuk mana perancangan makhlukNya untuk menjatuhkan seorang hambaNya.. tidak mungkin akan terjadi tanpa izinNya.. Itu yang saya pegang selama ini. Yang penting.. jangan saya buat jahat pada orang lain sudah lah.. Sebagaimana kita tidak mahu orang buat jahat pada kita.. jadi janganlah sesekali cuba nak buat jahat pada orang lain.. Takutlah pada azabNya! Saya benci orang yang mungkir janji. Orang yang berjanji dan berpura-pura tidak ingat dan mengelak untuk menunaikan janji yang telah dikatakan adalah munafik. Berjanji tapi tidak menepati janji adalah ciri-ciri orang munafik. Bukan saya saja-saja menjatuhkan hukum...








Hari ni bermulanya sesi persekolahan setelah 2 minggu budak-budak sekolah bercuti. Kalau 2 minggu yang lepas, memang agak 'kosong' dan sunyi sebab ramai pelajar yang ambik cuti sempena cuti sekolah. Jadi hari ni AlhamduliLlah para pelajar sama sudah kembali untuk menyambung pelajaran di sekolah saya.. Tiba-tiba je suasana jadi kecoh dan bingit. Memang mengganggu emosi sungguh lah sebab budak-budak ni ada yang nakal tidak dengar nasihat kita.. Dah lah lama tak mari kelas, jadi banyak juga lah tak ingat pelajaran yang lalu.. Kene ajar balik sebijik-sebijik dari awal pelajaran.. Mengamuk jugalah saya hari ni.. Tapi kalau selalu mengamuk ni memang tak bagus... Syaitan memang suka kalau kita sentiasa marah.. Syaitan akan mudah menguasai kita ketika kita marah.. Na'udzubiLlah. Saya memerlukan kekuatan emosi dan spiritual untuk sentiasa positif dan bijak menangani setiap permasalahan. Ya Allah, bantulah aku!








Hari ni jugak saya diuji Allah nak berhadapan dengan masalah birokrasi dan bermuamalat dengan orang yang lebih senior dariku... Kita ni orang muda mestilah nak sesuatu kerja dibereskan cepat.. Tapi bila berhadapan dengan orang senior yang kurang celik teknologi memang agak membataskan.. Nak cari nombor telefon seorang ketua kawasan baru, tapi bukan main payah betul nak dapat.. Tu belum tau boleh ke tidak nak call nye.. Bayangkan saya terpaksa menunggu hampir 5 jam dan menelefon 7 orang individu untuk mendapatkan nombor telefon individu terbabit.. Tu tak termasuk orang bertukar nombor telefon.. Rase nak jadi macam Invisible Woman je boleh muncul dan cari orang yang dikehendaki bila-bila masa..huhu..












Saya amat menghormati orang tua dan menyayangi orang muda dari saya.. Saya ikut pesan Rasulullah kerana saya sayangkan Rasulullah.. Bila kita tahan perasaan itulah menyebabkan kita mudah stress.. Tapi, yakinlah apabila kita buat baik pada orang maka orang akan berbuat baik dan bersabar dengan kita. Tidak sia-sia kita berbuat baik, walaupun hasilnya bukan di dunia.. namun Akhirat pasti beroleh syafaat dan pahala dariNya..












Hanya Allah sebagai tempat kita meminta dan berlindung... InsyaAllah gunung berapi yang hampir meletus akan tiba-tiba terpadam jika dilimpahi dengan zikir dan iman kepadaNya.. InsyaAllah. Memang bukan senang nak pujuk diri.. Tapi cubalah. Apabila kita sentiasa mencuba, pasti akan berjaya. Kejayaan tidak datang bergolek, betul tak..?








Oklah, rasa macam dah tenang kembali ni.. AlhamduliLlah. Bolehlah nak sambung kerja lain pulak.. Kalau fikiran berserabut janganlah nak sibuk-sibuk buat kerja lain.. Biar diri bertenang dulu.. Baru segalanya ok.. InsyaAllah :)
















Read More......

Mendaki Bukit Kluang


Salam and good day!



AlhamduliLlah.. Khamis 9hb Jun baru ni saya dan 3 orang lagi sahabat telah ke Besut untuk menyertai program "Menuju Puncak bersama Nisa' Besut".. Misinya adalah untuk mendaki Bukit Kluang di sana.. Sebenarnya dah bertahun-tahun tak buat aktiviti lasak nih.. Kali terakhir panjat bukit masa Tingkatan 5.. masa tu saya join Persatuan St. John sekolah.


Pada mulanya agak ragu-ragu nak pergi program ni.. Tapi pikir2 balik.. apa salahnya pegi dan mencuba. Lagipun dah lama tak beriadah. Walaupun bimbang stamina tak cukup mantap.. tapi semangat yang berkobar-kobar amat penting untuk meneruskan misi pendakian ini..

Sebenarnya saya tersalah upload gambar ni..huhu. Tapi dah tak larat nak baiki.. maaflah. patutnye kalau nak start cerita mesti dari awal sampai akhir.. ni cerita saya dari akhir pastu terus ke awal cerita.. nasiblah ek.. ye lah, kene update facebook dan blog ni bukan keje senang bagi saya... orang lain boleh 5-6 jam duk depan komputer.. saya ni bukan tak mau menghadap komputer.. tapi masa amat mencemburui...



Menjamu selera setelah selesai dan penat misi mendaki.




Ni lah hadiah yang kami dapat sebagai penghargaan Nisa' Besut atas kehadiran kami
ke program ini... Terima kasih.








Bendera PAS ni takde pun yang berani nak cabut.. baguslah.
Bendera ni menandakan telah sampainya kami ke puncak bukit ini.. Takbir!





Saujana mata memandang.. Indahnya ciptaan Allah.. SubhanaLlah..



Bergambar kenangan di pondok atas puncak bukit..












Kak Zuraida (Timbalan Nisa' Negeri) menyampaikan tazkiran dan
penerangan berkaitan Nisa' kepada para peserta..




Menjamu selera dan berehat sebentar...




Unit Amal Besut yang setia dan berdedikasi..
















Walaupun jauh ditinggalkan.. sempat jugak posing dalam hutan ni.. hehe..























AlhamduliLlah.. misi pendakian telah berjaya dijalani.. walaupun betapa seksanya perjalanan untuk menamatkan pendakian ini.. hanya Allah sahaja yang tahu.. walaupun ada ketikanya ingin surrender dan mengambil jalan pintas untuk menamatkan pendakian ini... kami tetap tabah dan berkeras untuk meneruskan perjalanan ini. Yang kelakarnya.. ada sahabat yang rasa dah tak larat dan terpikir nak tinggalkan wasiat sebab tiba-tiba mengalami 'gelap mata' akibat tekanan darah rendah..

Begitulah hidup di dalam jemaah ni.. Matlamat perjuangan kita adalah untuk memartabatkan Islam dan mendaulatkan khilafah Islamiyyah.. Di dalam menempuhi sunnah perjuangan.. sudah pasti kita akan menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan.. Adakalanya cabaran dan dugaan tersebut bagi kita amat dahsyat dan menakutkan kita.. Ada kalanya kita mahu berundur dari perjuangan akibat tidak mampu untuk berdepan dengan cabaran tersebut.. Namun, dengan semangat dan azam yang tinggi dari kita.. dan juga pertolongan Allah maka akan hadirlah kekuatan pada diri kita..


Setiap orang diuji berlainan kerana mengikut kemampuan dan amanah yang ditanggungnya.. Celakalah jika orang tersebut berundur dari perjuangan kerana takut dengan bayang-bayang sendiri.. Namun, ada juga yang terpaksa mengehadkan pergerakan kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.. Bagi saya, dalam peperangan pasti ada strategi.. Berundur bukan bererti mengalah.. kerana berundur adalah untuk memasang strategi yang lebih baik dan mara setelah cukup bekalan dan persiapan.. Oleh sebab itu, tepuk dada tanya lah iman kita. Kita berjuang bukannya atas dasar semangat semata.. Tapi atas dasar ilmu dan kebenaran. Tanpa ilmu, tiada gunanya semangat semata-mata kerana kita mudah goyah apabila diuji..


Ya Allah... Moga Engkau tetap merahmati dan tetapkan hati kami serta istiqomah di dalam perjuangan menegakkan agamaMu.. TanpaMu Ya Allah, tiadalah gunanya hidup kami ini.. Hanya padaMu kami berharap, meminta pertolongan dan berlindung.. Ameen..



Read More......

Salam and good day!




Hmm... jom hayati halwa telinga ni. Moga hari anda indah dan sentiasa bahagia.. InsyaAllah.





Read More......

"Saya gembira dengan kabinet pilihanraya ini.." : TGHH

Salam and good day!




Antara quote yang menarik...



"Dasar PAS tetap sama.. hanya strategi yang berubah.."



"Yang penting perwakilan sukakan ucapan dasar saya.. kalau musuh tak sukakan ucapan saya.. AlhamduliLlah.."



"Kita bekerja secara kolektif.. bukan atas keputusan individu.."



"Saya bukan seorang diktator... kita akan bermesyuarat dan timbang segala pandangan dari ahli mesyuarat.."



SubhanaLlah.. setiap yang berlaku adalah percaturanNya yang hanya Dia sahaja yang tahu. Yang penting, sebagai ahli gerakan Islam.. kita semua tanpa mengira pangkat dan status bekerja bersama-sama.. tiada agenda terselindung untuk menghancurkan parti Islam ini. Kita wajib yakin.. Allah pasti bersama-sama orang yang benar dan ikhlas memperjuangkan Islam. Sejarah telah membuktikan betapa ramai yang telah tersungkur dan futur dari perjuangan akibat kelemahan dan ketamakan diri. Maka, kita tidak perlu banyak membuat pelbagai spekulasi yang akan memeningkan diri sendiri.. menyusahkan perkara yang mudah..



Sebagai seorang Muslim yang beriman.. kita yakin Allah pasti bersama-sama orang yang ikhlas memperjuangkan agamaNya.. Sukar dan susah..? Syurga itu indah dan manis.. Sudah pasti perjalanan menempuh ke syurga itu pahit dan penuh getir.. Ujian adalah hadiah dan rahmat dari Allah bagi orang-orang yang bersabar.. Perjuangan tidak dihampari dengan permaidani merah.. Rasulullah s.a.w sendiri berdakwah selama 23 tahun di Mekah dan Madinah untuk menyebarkan syiar Islam. Kota Konstantinople mengambil masa hampir 800 tahun untuk ditawan oleh umat Islam setelah ianya diucapkan sendiri oleh baginda RasuluLlah..



InsyaAllah PAS amat yakin untuk menghadapi PRU kelak dan berganding bahu dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN zalim.. InsyaAllah.. Allah bersama-sama kita.. Hanya Allah tempat berlindung dan hanya Allah lah yang layak memberi perlindungan.. TAKBIR!






Read More......

Muktamar PAS ke-57

Salam and good day!

AlhamduliLlah kelmarin saya berpeluang menghadiri Muktamar PAS ke-57 ini di Gombak, KL. Walaupun sedih kerana terpaksa balik awal... namun, insyaAllah berita terkini lagi sensasi boleh didapati menerusi media cetak dan elektronik. Cuma, peluang bersemuka dan pengalaman 'live' tu takdelah. Harapnya muktamar akan datang saya dapat mengikuti hingga ke akhirnya..InsyaAllah. Muktamar kali ini sangat penting kerana adanya pemilihan kepimpinan baru. Walaupun parti-parti politik lain banyak menangguhkan pemilihan baru kerana menjangkakan PRU yang semakin dekat.. Namun, PAS percaya pemilihan kepimpinan yang baru ini... tidak kisah muka baru atau lama.. semuanya dapat memikul amanah bersama-sama.. tidak mengira pangkat dan jawatan.. Muka baru atau lama.. semuanya berganding bahu dan setia bekerjasama demi untuk memenangkan Islam.. bukan untuk kepentingan peribadi dan nama.. Itulah keistimewaan PAS yang Allah kurniakan selama ini. Ya Allah, peliharalah parti Islam ini yang sentiasa berjuang untuk menegakkan agamaMu. Tanpa rahmat dan kasihMu... tidak mungkin parti ini dapat membina kekuatan dan semangat untuk terus memperjuangkan agamaMu hingga ke titisan darah terakhir. Takbir!










































KUALA LUMPUR- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan tetap meneruskan kerjasama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dalam titik persamaan iaitu merealisasikan Negara Berkebajikan.


"Antara kesepakatan yang dicapai dalam membentuk Negara Berkebajikan adalah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, tanpa meminggirkan hak kaum bumiputera.Layanan yang adil tetap akan diberikan kepada kaum lain yang juga miskin," ujarnya dalam sidang media sejurus menyampaikan Ucapan Dasar pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad,Taman Melewar, Gombak hari ini.



Pakatan Rakyat ujarnya, bersepakat bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menerima sepenuhnya sistem Raja Berpelembagaan seperti sediakala tanpa sebarang isu jika ada pihak mahu merubahnya.



“Apa yang penting adalah pelaksanaan Negara Berkebajikan oleh PAS. Jika letak jenama saja tanpa pelaksanaan, maka tiada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan berdasarkan apa termaktub di dalam Al-Quran yang tidak menyebut negara Islam, tetapi disebut Negara Berkebajikan yang menunjukkan ianya diiktiraf dalam Islam,"



Oleh itu katanya, PAS lebih mementingkan perlaksanaan terlebih dahulu berbanding Negara Berkebajikan.


Menjawab persoalan mengenai kerjsama dengan Umno, beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam soal politik walaupun beberapa kali ditawarkan.



Menurutnya, PAS hanya bekerjasama dengan Umno dalam menghantar misi bantuan Palestin melalui kapal Marvi Marmara, menangani isu nuklear serta isu ekonomi dalam negara.



"Perpecahan tidak menjadi isu dalam PAS kerana kumpulan ulama dan bukan ulama telah ada sejak PAS ditubuhkan sejak dahulu lagi. Kewujudan kumpulan-kumpulan ini bukan bermaksud perpecahan telah berlaku tetapi sebenarnya kepelbagaian latarbelakang pengkhususan pimpinan PAS secara kolektif," tegasnya dalam menjawab soalan isu perpecahan dalam PAS.



Ketika mengulas isu kenaikan harga barang, Ustaz Hadi menyifatkan tarif elektrik yang meningkat baru-baru ini telah menyebabkan penderitaan rakyat kerana elektrik, air bersih, pendidikan, dan kesihatan yang baik merupakan keperluan asas yang amat diperlukan rakyat.



"Kerajaan sepatutnya menanggung perbelanjaan bagi membekalkan keperluan asas ini kepada rakyat dan bukannya membebankan rakyat," katanya lagi.



Menyentuh isu persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 pula, PAS ujarnya sedang berusaha sedaya upaya mahu memenangi undi orang melayu mahupun bukan melayu.



Terdahulu, dalam beberapa pilihanraya kecil yang melibatkan kawasan yang terdiri daripada pengundi bermaklumat samada melayu atau bukan melayu menunjukkan undian mereka memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat berbanding kawasan luar bandar yang mana sumber maklumatnya terhad.



Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mengakui pengundi melayu yang tinggal di luar bandar masih belum mendapat maklumat sebenar mengenai PAS dan Pakatan Rakyat, sehingga menyebabkan mereka masih mengundi BN.



Justeru ujarnya, PAS akan bekerja dengan lebih giat bagi mengatasi masalah tersebut.



"Maklumat sebenar tentang PAS dan Pakatan Rakyat serta perjuangannya mesti sampai kepada rakyat di semua peringkat sama ada di bandar mahupun luar bandar. Jentera keseluruhannya kini akan lebih menumpukan kepada kaedah agar maklumat dapat disampaikan secara menyeluruh kepada rakyat dan menjadikan penduduk luar bandar sebagai sasaran terutamanya pengundi Melayu," ujarnya lagi. - Laman Rasmi Muktamar


Sumber: Buletin Online

Read More......