Jambori Kadet Amal Banat 2011
Checkpoint terakhir dalam siri Explorace... Tugasan: Masakan Rimba. Berbakat jugak budak2 ni.. Tapi ada jugak yang macam blurr dan lambat nak bertindak... Bergaduh pun ade... budak2 ni, sabo je lah.
Read More......
"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"
Checkpoint terakhir dalam siri Explorace... Tugasan: Masakan Rimba. Berbakat jugak budak2 ni.. Tapi ada jugak yang macam blurr dan lambat nak bertindak... Bergaduh pun ade... budak2 ni, sabo je lah.
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Pengalaman
Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH
selatanonline
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
· 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
· 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?
Sebelum
· Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
· Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
· Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
· Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
· Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
· Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
· Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
· Tandakan arah qiblat.
Selepas.
· Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
· Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
· Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
WAllahu Ta’ala A’lam.
Read More......Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Seantero
Salam and good day!
SubhanaLlah.. betapa hebatnya ciptaan Allah. Betapa kerdilnya manusia walau sehebat manapun disisiNya. Ya Allah, berkatilah dan redhalah aku menjadi hambaMu yang senantiasa mentaatiMu tanpa mengira waktu dan ketika. Moga aku terpilih menghuni jannahMu yang kekal dan bahagia di sana di samping orang-orang yang aku sayangi..Ameen.
Kerajaan semut
oleh Ghoribah Di Zaman Ghorib (video)
5:24
Subhanalloh,, sungguh motivasi yg luar biasa, semut yg kecil bisa membuat kerajaan seperti ini...
15. Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman.
16. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.
17. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib.
18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari;
19. maka dia tersenyum dengan tertawa karena perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.
An Naml
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Motivasi / Tazkirah
Assalamualaikum.
The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.
The Calvary Convention Centre when completed will have a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational environment.
Saya pernah menonton satu dokumentari di Astro Oasis, Kembara Palestin kalau tak silaplah.. Kisahnya, selepas Khalifah Umar Al-Khatta menakluk Betlehem (tempat di mana Nabi Isa a.s dilahirkan), Saidina Umar telah menyampaikan khutbahnya di Masjid Umar (kalau tak silap), iaitu berdekatan dengan Gereja terbesar di sana Gereja Nativiti. Dalam khutbahnya, Saidana Umar telah menyeru pemimpin dan umat Islam agar tidak menyerang rumah ibadat orang kristian ketika itu. Sikap toleransi beragama ini membuatkan masyarakat Islam dan Kristian hidup aman dan damai. Mereka hidup rukun damai mengikut ajaran masing-masing dan tidak memusuhi atau mencela agama kaum lain. Saya memang amat kagum dengan kajian yang dijalankan. Benarlah, untuk Berjaya kita perlu belajar dari sejarah dan sirah Rasulullah dan para sahabat.. Mereka lah pencetus inspirasi perjuangan kepada kita..
Persahabatan ini dapat dilihat jelas ketika bermulanya Intifadha di Palestin. Hampir 50 orang pejuang Palestin yang diburu oleh tentera Zionis telah melarikan diri dan berlindung di Gereja Nativiti ini. Mereka mendapat perlindungan politik di sana hampir 2 bulan. Para pejuang di beri tempat tinggal, makan dan minum serta kebajikan dijaga sepanjang perlindungan. Para paderi di gereja itu melarang sebarang rundingan dan kemasukan tentera Zionis untuk menyerang para pejuang tersebut. SubhanaLlah.
Di Malaysia juga diamalkan toleransi beragama.. Lihat saja di Kelantan adanya Tokong Buddha Baring terbesar di Asia (malah kedua terbesar di dunia). Padahal Kelantan pemimpinnya adalah ulama. Kita tidak kisah jika rumah ibadat yang dibina itu banyak atau sedikit kerana itu adalah keperluan panganutnya. Terpulang lah juga bagi saya jika Kristian juga nak bina gereja besar atau kecil SELAGI tidak dikacau atau dijadikan markas untuk menyesatkan umat Islam. Memang sejak dulu lagi saya dah dengar Kristianisasi pada orang Islam ni dah dijalankan. Cuma mungkin saya tidak pernah berdepan secara langsung. Hanya mendapat khabar dan cerita sahaja.
Bagi saya, ini adalah cabaran kepada kita umat Islam terutamanya pemimpin Islam di Malaysia untuk memastikan pengaruh Islam dan menjaga kebajikan umat Islam sentiasa dijaga. Adakah pemimpin yang memimpin sekarang ni menitikberatkan dan memartabatkan Islam? Saya Tanya anda semua jawablah yee.. Saya takut dan bimbang Negara Malaysia yang kita cintai ini semakin goyah dan di bobrok kan dengan pelbagai tipu muslihat dajjal menyebabkan masyarakat Islam makin hanyut. Na’udzubiLlah.
Namun saya percaya, selagi mana adanya di kalangan kita yang sanggup berjuang demi memartabatkan Islam, juga para alim ulama yang tidak putus-putus menyebarkan Islam insyaAllah, Islam tidak akan pernah pudar di bumi tercinta ini. Saya menyeru pada anda semua (terutamanya saya), baiki lah iman dan amal kita. Jagalah saudara Islam kita (kerana sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara). Sentiasalah menyeru kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Percayalah, walau sehebat mana serangan dan perancangan musuh… Allah adalah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Selagi ada daya, ayuh jalankan amanah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini! Takbir!
Read More......
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Isu