"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Madrasah Di Pinggir Syurga





Promo: Akhbar Metro

Jejak Fedtri

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN 2010/08/22

Ahmad Fedtri Yahya


DIA antara personaliti TV paling menyerlah. Kepetahan berbicara dan lontaran idea bernas membuatkannya unik pada mata ramai pengikut setia TV3. Enam tahun berusaha gigih sebagai wartawan penyiaran, hos dan kini penerbit rancangan, Ahmad Fedtri Yahya, berjaya mencapai kedudukan selesa.






Pun begitu, tidak sesekali dia mendabik dada bahkan dengan rendah diri meletakkan dirinya masih dalam proses pembelajaran. Jejaka berusia 29 tahun ini sentiasa menggali idea-idea baru bagi memastikan persembahannya sentiasa segar dan berkualiti. Selepas tampil cemerlang dalam beberapa program termasuk Malaysia Hari Ini, Motivasi Pagi dan Di Sebalik Malam, Fedtri sekali lagi mencuri perhatian menerusi program kerohanian, Dari Masjid Ke Masjid yang menyingkap keunikan dan kisah menarik rumah Allah. Bersiaran enam episod setiap Ahad bermula 1 Ogos lalu, jam 5.30 petang, program ini secara tidak langsung membuka mata masyarakat supaya memandang fungsi masjid dalam konteks yang lebih meluas.




Sejak zaman Rasulullah SAW, masjid menjadi institusi penting dalam membangunkan masyarakat di mana ia bukan hanya tempat menunaikan solat malah meriah dengan pelbagai aktiviti sosial yang menjana ukhuwah dan memperkasakan ekonomi umat Islam. Mengulas lanjut program kendalian terbarunya ini, Fedtri berkata Dari Masjid Ke Masjid adalah hasil cetusan ideanya selepas menerima banyak undangan masyarakat untuk sama-sama memeriahkan rumah Allah. “Banyak cerita menarik yang saya dengar apabila bergaul dengan masyarakat masjid, sayang jika tidak dikupas dan dikongsi. Justeru itu, saya ketengahkan idea ini kepada pengurusan TV3 dan apabila mendengar tajuknya mereka terus bersetuju. “Menerusi program ini, saya tidak melihat masjid dari aspek seni bina semata-mata tetapi banyak aspek lain yang diambil kira seperti kisah orang penting rumah ibadah berkenaan, sukaneka dan aktiviti masyarakat setempat. “Ada juga bahan yang diperoleh secara spontan ketika membuat liputan. Misalnya, ketika berkunjung ke Masjid Bandar Baru Senawang, saya dimaklumkan mengenai seorang bekas penagih dadah yang hampir dihukum gantung kini bergelar siak. Dia dibuang daerah dan tinggal berdekatan masjid. Laungan azan berjaya melembutkan hatinya untuk mendekati Allah. Cerita ini cukup menarik untuk dikongsi dengan masyarakat,” kata Fedtri.






Tambahnya, antara pengalaman unik yang membuatkan jiwanya cukup teruja apabila berpeluang berkunjung ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) di Putrajaya yang pada ketika itu berlangsungnya program khatam al-Quran yang membabitkan sekumpulan muslimah dari Selangor. Masjid itu dibina tanpa dinding sebaliknya dilengkapi sistem ultrasonik yang menghalang burung masuk ke ruang solat. Masjid Al Hidayah di Taiping pula terkenal dengan tanah perkuburan yang bersih, batu nisan tersusun elok dan persekitarannya yang menghijau. Masjid ini banyak kali memenangi pertandingan kubur terbersih peringkat negeri Perak. Lazimnya orang ramai suka berkunjung ke tanah perkuburan ini pada waktu malam kerana suasananya lebih tenang dan mendamaikan. “Saya juga berkesempatan terbang ke Sandakan, Sabah untuk melawat sebuah masjid lama yang pernah diserang tentera Jepun. Ajaibnya, tidak satu pun di antara bom yang digugurkan oleh tentera Jepun itu merosakkan masjid berkenaan. Apa yang ada hanyalah kesan peluru saja di dinding masjid. “Satu lagi kisah yang harus direnungkan bersama, insiden khatib Masjid Tok Lebai Hashim di Bukit Mertajam, Basiri Jamaduin, meninggal dunia akibat serangan jantung di atas mimbar ketika membaca khutbah Jumaat. Difahamkan sebelum kematiannya, arwah menyediakan kain putih, wang urus jenazah, buku hutang dan segala perkara yang perlu diketahui anak-anaknya,” katanya yang merancang mengembangkan program itu dengan membuat liputan masjid di luar negara.









Selain Dari Masjid Ke Masjid, Fedtri turut menerbitkan program berjudul Madrasah di Pinggir Syurga untuk tayangan Hari Raya kedua, jam 7 malam yang menyingkap ketulusan hati wanita bernama Azizah Khatib Mat yang membelanjakan harta bendanya bagi membina madrasah di Maran, Pahang. “Program yang bersiaran selama sejam ini menyingkap tiga kisah menarik. Fokus utama kami adalah Azizah yang sanggup berkorban apa saja demi menubuhkan madrasah. Hasil pendapatan restorannya digunakan untuk membiayai pusat ilmu ini. Madrasah ini dihuni kira-kira 40 pelajar termasuk fakir miskin dan anak yatim piatu. “Hati penonton pasti pilu mengikuti program kami yang mendedahkan kisah empat beradik berusia enam hingga 11 tahun yang ditinggalkan ibu mendapat perlindungan Azizah. Ketika wanita berjiwa kental ini bertemu empat beradik itu, mereka tidak boleh mengucap dan tidak tahu membaca. Mereka kini menetap di madrasah yang diusahakan Azizah.








“Kisah ketiga pula mengenai seorang mualaf wanita yang ditinggalkan kekasih mendalami agama di madrasah sama. Program ini menyajikan pengajaran dan suntikan kesedaran yang boleh menjadi panduan kita. Diharap ia dapat dijadikan contoh dan iktibar ramai,” katanya.

















Sesiapa yg berhajat untuk mengadakan tahlil buat keluarga, bolehlah hubungi Ustazah Hjh Azizah Khatib Mat (ex-Ketua DMPP) yg juga membuka Maahad Tahfiz Darul Hijrah & Rumah Anak2 Yatim di Chenor, Pahang.






Sekiranya ingin memberi sumbangan kewangan utk anak2 yatim & pelajar2 tahfiz ini, boleh juga berbuat demikian di :
CIMB: 0607-0000097107
Bank Simpanan Nasional: 0610729863834007






Atau sumbangan barang2 lain seperti kelengkapan pakaian, makanan, buku-buku, boleh terus hubungi Ustazah Azizah sendiri.






InsyaAllah, sekiranya tiada aral-melintang di pihak TV3, pada Hari Raya Kedua nanti, jemput menonton "Madrasah Di Pinggir Syurga" yg baru saja habis penggambaran di maahad ini bulan lalu. Boleh melihat dengan lebih dekat aktiviti adik2 pelajar & anak2 yatim di sini.






Semoga Allah memberkati.

7 comments:

Boleh tak berikan saya alamat penuh madrasah tu...tolong email kan ke alamat email saya ..rzl_nazir@yahoo.com

assalamualaikum..
saya pn norsiah.dari sandakan sabah. saya merancang dan berminat hendak menyekolah kan anak lelaki saya di madrasah ustazah, bila anak saya besar nanti. berapa umur yang boleh di terima masuk kedalam madrasah ustazah?
e-mail saya norfain@streamyx.com
nombor telefon 016 824 7062
rumah 089 617062

Assalamualaikum..Ustazah,stelah menonton rancangan'Madrasah Di Pinggir Shurga'TV3,saya puan Salmia serta suami amat berminat untk menghantar anak lelaki kami ke Madrasah Ustazah pada tahun depan..umur anak saya 12thn yg masih blum pandai mengaji dan yg lain2nye saya amat sangat melihat anak saya supaya dapat mengatam AlQuran..Saya berharap sangt jika Ustazah dapat menghubungi saya sbelum akhir tahun ini supaya saya dapat menguruskn sambungan persekolahan anak saya di JB.Ustazah boleh menghubungi saya ke Email saya,shamea2009@live.com atau ke no.hp60127877830.

Salam.. AlhamduliLlah banyak sungguh respon positif dari artikel ni. Namun, harap jangan silap faham.. saya hanya membuat hebahan berkenaan rancangan ini...serta madrasah ni. Saya tidak terlibat secara langsung pun dengan madrasah ni.

Namun, tak mengapa... saya sertakan nombor Puan Azizah atau Mak Zah (pengasas madrasah) untuk dihubungi..;
09-4855115
019-9119900

Moga dapat dimanfaatkan. InsyaAllah. Mana tau satu hari nanti saya ada anak...boleh lah hantar pulak ke madrasah ni..insyaAllah.

salam, saya merupakn salah seorang plajr di madrasah 2, walaupun saya tdak lma d madrasah 2 ttpi sya thu pa yg brlaku di dlm madrasah 2. jngan kta lihat dri luaran shaja, sepatutnya kta mnyiasat dahulu keadaan di sna, x smestinya pa yg kta lihat 2 bnar smuanya. snggup kah kta melihat ank kita menjadi mngsa dera, mngkin anda smua trkejut pa yg bru sya ktakn ni tpi 2 la hakikat yg hrus anda trima sbnarnya. walaupun sya tdk brada lma d si2 ttpi dngan kehadiran sya kesana, sya dpt mmbebas kn aisyah 4 bradik dari trus mnjdi mangsa dra puan azizah skeluarga. mereka DIHINA, DIPUKUL, atas ksalah yg bgi2 kcik kalu kta lhat, apakah patut i2 smua trjadi kpada aisyah dan adk2nya. bayang kn smua krja rmuah puan azizah, patutkah????? dan dapat kah kta byangkn seorang mualaf cina yg mnetap di sna selma 3 thun hanya tahu mmbca al- fatihah. sepatutnya slama 3 thun dia di sana dia sdah pndai mmbaca al-quran ttpi khadiran k. fatimah(mualaf) hnya tuk mmbuat krja rumah, di hina, dimaki, disepak trajang. pattkah i2 smua brlaku. dkt tmpat mcm ni kah kta nk antar ank2 kta. snggup kah kta mlihat ank kta di prlakukan sebegi2 rupa. fikir2kan lah

Adik saya pun hantar belajat di sana. Tapi masuk kalini dah 2 kali dia lari dari madrasah. Tak tahu mana yang silap . Samada dari pihak dia atau ada dari pihak madrasah. Wallahua'alam.

Adik saya pun hantar belajat di sana. Tapi masuk kalini dah 2 kali dia lari dari madrasah. Tak tahu mana yang silap . Samada dari pihak dia atau ada dari pihak madrasah. Wallahua'alam.

Post a Comment

Apa komen anda...?