Kacang Hijau Tiruan
Antara kacang asli dan kacang tiruan.. Nampak perbezaan?
Bagi mereka yang suka makan makanan ringan ataupun jajan atau yang mempunyai kebiasaan untuk membeli jajan untuk anak-anak anda, harap ambil perhatian dari analisa seorang ahli makmal di USM berkenaan kacang hijau.
Seperti yang terdapat di pasaran, makanan ringan kacang hijau terdapat beberapa jenis dari pelbagai jenama. Antaranya kacang hijau manis sahaja dan kacang hijau bersalut tepung dan sebagainya.
Kacang hijau mengandungi dua kali ganda protein dari sayur-sayuran, malah boleh jadi pengganti daging.Tiga suku cawan kacang memberikan 6 gram protein,tiamin plus , riboflavin, niacin, kalsium, besi, fosforus, kalium dan 645 unit vitamin A.
Malangnya sebahagian besar industri makanan ringan di negara-negara membangun berlaku penipuan dengan kacang hijau palsu yang terdiri dari racun bahan kimia (pewarna). Industri-industri ini menyediakan kacang seperti kacang rebus yang berwarna coklat (lebih murah) kemudian merendamnya dalam larutan pewarna semalaman.
Pengenalan kacang hijau palsu:
1. Masukkan kacang hijau dalam air mendidih selama 30 saat, ternyata air bertukar kepada warna hijau.
Gejala
1. Sakit perut.
Kajian kes:
Paket berikut ini dibeli oleh seorang pakar dalam kajian dadah USM daripada T**** , Pulau Pinang pada tarikh 4 Julai 2010.
p/s: saya kurang sikit makanan jenis kekacang ni...bukan takut jerawat! Tapi memang jenis kurang makan jajan ni..AlhamduliLlah. Zaman sekarang ni macam-macam jenis manusia lakukan untuk kaut untung berlebihan.
Pengalaman berniaga dalam bulan Ramadhan ni memang mengajar saya betapa susahnya untuk menjaga amanah sebagai peniaga yang jujur dan baik. Segala jenis hukum kene tahu dan jaga. Jika tiada ilmu dan iman memang manusia mudah hanyut dengan kekayaan dunia yang sementara ini. Banyak lah yang kita kena sabar. DUNIA IBARAT PENJARA BAGI MUKMIN, SYURGA BAGI ORANG KAFIR. Itulah saya pegang, kerana Syurga itu mahal..maka tuntutannya sudah tentulah hanya orang yang beriman dan menjaga syariatNya sahaja yang dapat menjaganya...
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?