"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Minggu Yang Mencabar



Ada masalah...? No problem punyee..! huhu

-Gambar Hiasan-



Salam... Nampaknya bukan good day untuk saya beberapa hari ni...huhu..


Sibuk dengan kerja dan beberapa amanah yang perlu di settle kan tidak menjadi masalah kepada saya. Namun, fed up dengan masalah birokrasi dan masalah yang sepatutnya tidak terjadi...


Tengah kekalutan sepanjang 2 minggu ni...AlhamduliLlah adik lelaki dah selamat mendaftar di UiTM Segamat. Biarlah dia belajar mendalami kehidupan sebenar di dunia realiti tanpa keluarga di sisi... Tak sampai seminggu di kampus, dah sms saya untuk beli seluar baru saiz kecil...wah, seminggu dah turun berat badan...boleh tahan 'hebat' kehidupan baru di kampus...


Sabtu ni pulak, adik saya yang perempuan akan ke UPSI pulak. Malangnya saya tak dapat pergi.. Tak muat space...huhu.. Kereta kesayangan saya akan dibawa ke Perak... huhu sedih jugaklah berpisah sementara dengan kereta kesayangan. Hari ni siap servis kereta persediaan nak jalan jauh..Tapi, takpelah at least keluarga saya lebih selesa berjalan jauh ke sana.. Kira pengorbanan saya untuk family tercinta.. Saya jugak yang kesian... tak taulah nanti nak gi kerja macamana... Kereta ayah ada, tapi masalahnya manual. Saya dah 2 tahun tak bawak kereta manual.. Kereta ayah pulak macam 'ketat' je semua skru nak bawak...mencabar jugak lah.. huhu nak nangis rasanya...!


Sekarang tengah menaip ni pun tengah GERAM! Hampir seminggu 'menggodek' sistem ptptn untuk settle kan pinjaman adik. Dah lah tak user-friendly, banyak pop-up. Kononnya sistem terkini, canggih sangat...tapi yang nak gune bukan orang yang celik IT semua... bila salah sikit isi maklumat mulalah hang sistem... sape yang tak hot!.. laptop adik rosak tetiba, jadi kena pinjam laptop saya... Jadi saya yang banyak outstation ni kene pulak pergi cyber cafe...huhu.. (ujian itu medan sebenar untuk uji keimanan dan keikhlasan kita... marah-marah pun kene sekejap je lah.. tapi dalam masa yang sama kena redha...betul tak??)


bukannya saya anti pada kecanggihan ni... bagus ape.. cuma bagi saya tak kena pada tempat... Dah lah beberapa hari sistem tak leh bukak sebab jam ramai sangat guna... kesian-kesian... masa saya belajar kat U dulu..adalah belajar pasal sistem ni... antara perkara asas dalam pembinaan sistem.... pertama kena user-friendly (kena kenal siapa pengguna), kedua less complexity (canggih ada benda-benda berpusing..ada yang terbang ke...ada bunyi-bungi ke...it's ok...cume janganlah masuk banyak sangat page...hanya maklumat penting saja diperlukan...)..dll.. Kapasiti sistem pun kena check jugak... taklah bila kena serbu sekaligus hang tak tentu masa...


Hopefully hari ni jugak saya dapat settle kan pinjaman adik..insyaAllah. Adik saya pun tak berapa faham sistem ni, jadi saya kene uruskan semua. Takpelah, sebab adik saya yang sorang lagi uruskan kelengkapan barang adik. Mama dan abah pulak uruskan dokumen-dokumen dan urusan pos. Masing-masing punya tugas sendiri... Chaiyok!


oklah pada ptptn, maaf sangat sebab saya terpaksa jugak melepaskan kemarahan ni.. moga lain kali belajar dari kesilapan ya... (tuju pada diri sendiri sebenarnya).. moga Allah berikan kami kemudahan untuk mengharungi hari-hari mendatang... insyaAllah.. Oklah, jumpa lagi next posting.. Bagi saya masa nak belajar pemanduan manual pulak...huhu..




0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?