5 Hari Bujang...
Kuetiaw Bandung Special...
Yang special sebab masak sendiri..:)
Salam and good day!
Hari ni hari kedua saya ditinggalkan keseorangan..huhu. Kelmarin saya hantar abah, mama dan adik naik bas pergi KL untuk rawatan susulan mama di IJN. Sebelum ni, ada adik lain yang tinggal tapi semua dah melanjutkan pelajaran. Kali ni takde mood nak menumpang rumah mak sedara. Entah lah..ada sebab-sebab tertentu kot yang membuatkan saya lebih suka menyendiri kali ini.
Begini lah keadaan saya...apabila menghadapi sesuatu masalah, saya lebih suka menyendiri dan memikirkan jalan penyelesaiannya. Apabila menumpang rumah orang ni, walaupun rumah saudara sendiri lain situasinya..Lagipun, bila duduk rumah orang ni macam-macam kene entertain.. makin serabut kepala pulak jadinya.. Sebab itulah ada masanya kita memerlukan masa untuk bersendirian. Maaf lah pada sesiapa yang berasa tersisih atau tersinggung dengan perbuatan saya ini...
Bila duk sorang ni, kene pikir nak masak makanan la pulak... Saya bukan jenis suka makan di luar.. Saya sanggup bersusah payah masak di rumah, bawa bekal nak pergi kerja.. Bagi saya semua itu satu kepuasan (satisfaction). Lagipun tidak ekonomi selalu berbelanja di luar.. Saya suka berjimat-cermat.. sebab banyak lagi keperluan duit kita untuk disalurkan ke tempat yang lebih berfaedah dan bermanfaat. Semalam tak makan nasi pun, masak kuetiaw bandung special untuk makan malam... hari ni pulak, sarapan kuetiaw bandung semalam, petang makan roti dan malam makan nasi lauk telur dadar campur.. AlhamduliLlah, simple-simple pun yang penting kenyang!
Dalam 2 hari ni banyak jugak kerja-kerja dapat di settle kan..AlhamduliLlah. Saya memang fully-utilised masa yang ada untuk mengisi masa senggang... Tak terasa sangat masa berlalu begitu sahaja...
Moga Allah permudahkan urusan keluarga saya sepanjang berada di KL InsyaAllah. Moga mereka selamat pergi dan selamat pulang.. Moga Allah sejahterakan juga urusan dan keselamatan saya di sini...InsyaAllah. Banyak lagi amanah dan kerja menanti esok dan seterusnya. Gunakan masa yang ada untuk mendekatiNya.. Sesungguhnya segala masalah dan bebanan yang kita terima menandakan Allah sayang pada kita...dan peringatan serta teguran lembut kepada kita supaya tidak lalai padaNya.. insyaAllah akan saya ingat selamanya...Fighting!
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?