"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Tentukan Hidup Anda!

Salam. AlhamduliLlah dapat lagi saya berkongsi pengalaman saya untuk tatapan semua. Sebelum tu, saya mahu pembaca semua bertanya diri masing-masing apakah cita-cita dan impian anda akan datang. Tidak perlu beritahu pada saya, simpan sahaja untuk diri sendiri. Saya bertanya kerana mahu menjawab pertanyaan dan persoalan sahabat-sahabat yang mengenali diri saya selama ini.

Untuk pengetahuan, saya graduan dari sebuah universiti swasta yang kaya di negeri Perak. Jurusan saya berkaitan IT sikit-sikit tapi banyak pada bisnes. Bila sebut nama universiti tu, pasti orang tertanya-tanya kenapa tidak kerja dengan syarikat PET...? Bukan sorang dua bertanya, majoriti mempersoalkan. Mula-mula tu memanglah sedih dan serabut, tapi lama-kelamaan dah lali jadinya.

Sebenarnya saya mempunyai impian sendiri yang tidak ramai yang mungkin memahami. Begitu juga untuk menjelaskan kepada keluarga. Tidak perlulah saya ceritakan kisah yang mendalam, cukuplah sekadar yang tertulis ini. Bagi saya, rezeki Allah itu Maha Luas. Tidak terkejar oleh kita untuk mengutip kesemuanya. Jadi sebab itu, setiap kita perlu ada matlamat dan impian dalam hidup. Tanpa matlamat, maka ke mana halatuju yang akan kita lalui...? Kita tidak boleh mengharapkan keajaiban dan pertolongan Allah begitu sahaja. Kita perlulah berusaha untuk mencapai matlamat, barulah Allah akan tunjukkan jalanNya.

Sekarang ni, saya lebih bebas dan gembira dengan dunia bisnes pendidikan saya. Hanya Allah yang mengerti bahagia hidup ini. Saya boleh bersama family, sahabat-sahabat yang setia serta yang penting dapat menyumbang untuk agama tercinta. Tidak perlu tunggu kaya untuk bahagia, tapi bukan bermakna saya tidak mahu kaya... Saya percaya bidang perniagaan itu adalah 9/10 dari sumber rezeki dan kekayaan asalkan BERUSAHA DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH. Doakan lah kejayaan saya ini, supaya saya dapat menyumbang untuk agama dan bangsa..insyaAllah.

Sepanjang 5 tahun berkecimpung dan berdikit-dikit dalam bidang bisnes ni, macam-macam pengalaman dialami yang amat saya hargai. Tak perlulah saya ‘highlight’ pasal bisnes, saya ingin berkongsi pengalaman mendidik anak-anak kecil yang saya sempat ‘tarbiah’ sepanjang bergelar pelajar saya. Bila berdepan budak kecil ni, menuntut banyak kesabaran dan teknik yang betul. Kalau silap, mahunya budak-budak akan lari..hmm. Pelajar di 'sekolah' saya bila dengar aje nama Cikgu Hidayah pasti 'control baik'. Cikgu Hidayah ni garang, tapi penyayang...ye ke...? Tapi ada kalanya saya 'kalah' dengan mereka ni.. Biasalah budak-budak.

Berikut adalah video pelajar-pelajar yang sempat saya rakam semasa kelas. Kadang-kadang tension, boring atau ada situasi yang menarik akan saya rakam. Bukan saja-saja rakam, untuk tujuan lain jugak lah... Enjoy viewing!

Ni video pelajar 5 tahun yang sangat pandai. Sebut aje perkataan BM or BI die boleh tulis. Kan senang hidup kalau semua student macam ni.. Namanya Ilham, ramai yang ingat anak saya even i’m not married yet. Muka ada iras kot...ye ke..?





Video ni Ilham tengah mengantuk. Selalu aje mengantuk dalam kelas. Bila tidur susah pulak nak kejut. Kadang-kadang kena angkat bawak terus balik rumah. Nasib baik rumah sebelah sekolah je. Hari tu saya kurang sihat, tak larat sangat nak mengajar. But at least, 'terubat' jugak dengan telatah budak ni..



Ni video Danish Ilham. Umur 5 tahun jugak. Boleh lh tahan bacaannye, kene praktis selalu. Seorang yg hyperaktif dan ‘banyak mulut’. Ada je nak menyampuk mase cikgunye tengah mengajar. Setiap kali lepas die baca memang telinga saya berdesing. Rasenye gegendang telinga ni 'terkejut' dengar suara budak ni.



Ni video Ilham masa mula-mula belajar dengan saya. Kelas waktu pagi, macam tak semangat je...saya pun mengantuk dengar die baca mase tu..huhu





Pelajar ni umur 5 tahun jugak, Nik namanya. Antara ramai-ramai pelajar saya die antara yang unik. Saya x tau die pelat pada mulanya. Kebetulan hari tu belajar sebut ‘s’. Saya geram sebab dah ajar banyak kali selalu je salah sebutannya. Suara pulak perlahan. Tapi bila saya dengar betul-betul baru lah perasan die pelat. Huhu...sian die kene marah. Tapi lepas tu ok je, cikgu die pandai pujuk.


p/s: bolehkah anda bayangkan kehidupan saya sehari-hari berjumpa budak-budak ini? Tension, pening kepala, migrain,dll. Ni baru satu kelas, tak masuk lagi kelas malam dan pagi..huhu. Sebenarnya...saya tak kisah, merekalah yang mewarnai kehidupan saya setiap hari. Inilah cabaran setiap orang bergelar pendidik akan hadapi untuk mentarbiah anak bangsa demi kejayaan agama dan bangsa. Moga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk terus memikul amanah mendidik mereka. Moga mereka inilah satu hari nanti yang akan membela ISLAM dan tanahair tercinta ini...Ameen.









0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?