"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Tanpa-Mu Ya Allah, siapalah aku!





Tanpamu,

Aku masih bernafas,

Ditinggalkanmu,

Pasti ada ganti...




Tanpa-Mu,

Siapalah aku,

Ditinggalkan-Mu,

Sampai bila - bila pun tidak terganti




Allahurabbi

Untuk-Mu tiada wujud perkataan "ganti"

Engkau Maha Kekal Yang Hakiki.

Yang Abadi.

Tiada Ganti.

Itu yang pasti !





-merpatiputih-

Read More......

Masak lagi...

Salam and good day!


Rajin pulak saya nak meng-update blog hari ni... hehe.. Lepas zohor nanti nak bertolak ke program.. Balik tengah malam nanti laa jawabnye.. Jadi sebelum keluar kene masak dulu! Dengan gaya ala master chef masak je lah ape yang ade kat dapur tu...


Sardin!


Tengah siapkan barang-barang nak masak, tetiba baru perasan cili takde! Alamak mcmana ni ye... Takpelah, tumis je dulu bawang+sos+air asam jawa+garam dan gula... pastu masukkan sardin... warna nampak mcm pucat je... Haaa... jadi saya pun tambah lah kicap pecat ke dalam masakan ni... Sedap la jugak..hehe... bab nak reka masakan ni memang lah kesukaan saya.. ikut suka hati je..!



Sayur kubis goreng+tomato+soo hoon berperisa sup..hehe


Saya memang suka soo hoon.. sebab tu kalau saya masak memang kene ade benda ni.. Nasib la sape yang makan masakan saya sokmo..huhu..

Oklah, nak siap2 solat dan bersiap ke tempat program. Kene ade kat tapak untuk rehearsal pukul 3 petang sharp! Doakan agar program berjalan lancar dan dipermudahkanNya.. insyaAllah. Moga Islam mekar di bumi Terengganu Darul Iman ini... Takbir!


Read More......

Weekend yang penuh cabaran!


Salam and good day!





- PAS Ganti UMNO-



InsyaAllah setelah sekian lama dirancang dan beberapa kali ditunda, memang kali ni tiada kompromi lagi untuk melengahkan program besar yang amat dinanti-nantikan. Program PAS Ganti UMNO pada mulanya hanyalah program kecil yang dicadangkan oleh Lajnah Penerangan PAS TRG. Namun, setelah dikaji dan diteliti aspek perlaksanaannya, maka jadilah ianya program mega dan melibatkan seluruh negeri Terengganu.


PAS kali ini amat bersungguh dan nekad untuk kembali memerintah Terengganu. Sudah tentu kata-kata tidak cukup.. Sudah tentulah perlunya diadakan program2 dan pemantauan secara berterusan. Untuk PGU ini, 3 zon perlu dilaksanakan. Zon 1 di Besut, Zon 2 di Kemaman dan Zon 3 di Kuala Terengganu dan kemuncak PGU sebelum berlangsungnya PRU ke-13 nanti. Sebenarnya, PGU di zon 1 dan zon 2 saya tidak terpilih olehNya untuk menghadirinya. Ingat lagi ketika PGU 1 saya terpaksa ke KL kerana menjalani latihan yang diadakan oleh Ameerah pusat. Ketika di zon 2 pula, saya mengalami masalah kesihatan. Hampir sebulan jugak saya terlantar di rumah demam+batuk+selesema. Saya ni mudah sakit dan lambat pula sembuhnya. Kurang antibodi kot.. Sekarang, saya mengamalkan madu dan herba setiap hari untuk memastikan tubuh saya sentiasa sihat dan bertenaga. Semua itu perlu supaya segala amanah dan kerja kita sebagai khalifahNya dapat dilakukan sebaiknya. Allah lebih sukakan hambaNya yang sihat, berbanding yang sakit.


Saya menangis ketika PGU kali ke-3 yang dicadangkan pada tarikh-tarikh sebelum ini kesemuanya saya tidak hadiri kerana komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Namun AlhamduliLlah, Allah Maha Mengetahui dan Maha Perancang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Moga peluang yang Allah beri pada saya kali ini dapat saya gunakan sebaiknya dan mendapat keredhaanNya..Ameen.


Untuk PGU kali ni, saya dan 2 orang lagi sahabat diamanahkan bidang tugas IT yang berkaitan muslimat. Banyak jugaklah yang perlu dibuat dan diuruskan. Namun, insyaAllah ada sahaja kemudahan dan pertolongan dariNya. SubhanaLlah!


Kebetulan weekend ni juga, ibu dan adik perempuan saya ke KL untuk menemani mama ambil ubat di IJN. Biasanya, semua akan ke KL. Ye lah, alang kepalang gi KL boleh lah shopping dan jalan-jalan di sana. Tinggallah saya sorang-sorang kat umah beberapa hari. Saya tak kisah pun, sebab kucing2 yang ramai sebagai peneman. Lagipun, saya dah biasa duk sorang2.. buat keje sorang2.. Namun kali ni, abah tidak ikut serta. Ade urusan kot yang penting weekend ni..


Bila abah ade ni, maknenye saya kene masak lah. Takkan nak suruh abah masak atau beli makanan sokmo.. Kalau saya tinggal sorang, makan pun ikut suka hati je.. Dah lah weekend ni sibuk dan tak lekat kat umah... memanglah kene masak. Tadi, sampai je umah waktu Maghrib terus siapkan diri dan solat. Lepas tu masak ala2 master chef..hehe.. dalam setengah jam je dah siap masak. Bukan ape, saya pun lapar jugak. Dah lah tak makan tengahari tadi.. Mase tengah masak2 tadi menggeletar badan sebab lapar..huhu..






Ni lah air tangan saya untuk malam ni.. Tumis sayur, ikan goreng dan sambal belacan.. semua secukup rasa..

Simple tapi saya suke!




Saya ni memang suka mknan tumis dan masak merah.. gulai mmg kurang.. Saya masak untuk 2 orang makan. Alhamdulillah, habis licin! Ayah saya sampai hirup kuah sayur dan tambah nasi..hehe.. Sedap ke abah? Saya jenis tak kisah lauk ape, asalkan kena dengan selera ok lah...






Ni selipar saya beli sebelum balik umah petang tadi.




Program besar 2 hari ni memang perlu banyak bergerak dan lasak. Jadi sayang kalau pakai sandal yang cantik.. Nanti mudah rosak. Dah lah susah nak cari kasut/sandal yang sesuai dengan selera saya ni. Jadi saya belilah selipar ni yang sangat selesa dan murah khusus untuk memudahkan urusan dan pergerakan saya untuk program nanti. Tak cantik? Biarlah dok cantik pun, asalkan saya suka dan selesa.. Kalau saya dah sukakan sesuatu, saya tak kisah dah mcmana rupanya... insyaAllah.


Read More......

Besarnya Keampunan Allah Kepada MakhlukNya...

Salam and good day!

- Gambar Hiasan -


Diriwayatkan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w, Umar Ibnu Khattab salah seorang sahabat terdekat Rasullulah s.a.w menangis di depan pintu salah seorang isteri Rasullulah, yang didalamnya ada Rasulullah s.a.w. Mendengar suara Umar Ibnu Khattab berada di luar, maka Rasulullah s.a.w segera keluar dan bertanya kepada Umar Ibnu Khattab, “Hai Umar kenapa engkau menangis?”


Kemudian Umar menjawab: “Wahai Rasulullah, bersamaku ada seorang pemuda yang telah membuat hatiku sedih dengan tangisnya.”


Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Umar agar membawa masuk anak muda tersebut ke dalam. Atas perintah tersebut, Umar Ibnu Khattab lalu mengajak pemuda yang datang bersamanya sambil keduanya tetap menangis.


Pemuda itu disuruh duduk di depan Rasulullah s.a.w dan Umar Ibnu Khattab duduk di sebelahnya. Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: “Hai pemuda, kenapa engkau menangis?”


Pemuda itu menjawab sambil tetap menangis: “Wahai Rasulullah, dosaku sangat besar dan aku takut Allah memurkaiku…”


“Apakah engkau telah menyekutukan Allah dengan sesuatu?” tanya baginda s.a.w.


“Tidak, ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil tetap menangis.


“Apakah engkau telah membunuh seseorang dengan alasan yang tidak benar?” Rasulullah s.a.w kembali bertanya.


“Tidak ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil terus menangis.


Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh, dosamu sebesar apa pun, Allah akan mengampuninya, sekalipun memenuhi langit dan bumi.”


“Sungguh dosaku lebih besar dari itu, ya Rasul,” sahut pemuda itu.


“Apakah besar dosamu melebihi Arasy? Besar mana dengan Arasy?” tanya baginda s.a.w lagi.


“Dosaku sangat besar, ya Rasulullah.”


“Lalu besar mana dosamu dengan keagungan, ampunan, dan rahmat Allah?” tanya Rasulullah s.a.w.


“Tentu keagungan, ampunan, dan rahmat Allah lebih besar. Tetapi dosaku sangat besar, ya Rasulullah” jawabnya diantara esakan tangisan.


Kerana kurang mengerti maksud pengakuan dari pemuda itu, akhirnya Rasulullah s.a.w mendesaknya, “Cuba katakan dosa apa yang pernah kau perbuat?”


“Aku malu menyebutnya, ya Rasulullah…” kata si pemuda itu.


Kerana Rasulullah s.a.w terus mendesak pemuda itu untuk mengatakan dosanya secara jujur. Maka dengan perasaan malu dan takut, pemuda itupun menceritakan dosa yang dilakukannya.


“Wahai Rasulullah, aku ini seorang penggali kubur, sejak tujuh tahun lalu. Hingga meninggalnya puteri dari seorang sahabat Ansar. Melihat kecantikan dan kemontokan tubuhnya, nafsu berahiku memuncak. Setelah kuburan sepi, ku bongkar kuburnya dan ku telanjangi mayat gadis itu. Setelah ku cumbui, nafsu berahiku tak dapat ku tahan, lalu ku setubuhi. Ketika itu mayat gadis itu (diizinkan Allah) berkata, “Tidakkah kau malu kepada Allah, pada hari Allah menghukumi orang-orang berbuat zalim, sementara engkau menelanjangiku dan menyetubuhiku diantara orang-orang yang telah mati. Engkau membuatku dalam keadaan junub dihadapan Allah!”


Mendengar pengakuan dari si pemuda itu, Rasulullah s.a.w segera bangkit berdiri dan meninggalkannya, seraya berseru: “Hai pemuda fasik, pergilah! Jangan engkau dekati aku! Nerakalah tempatmu kelak!”


Pemuda itu pun segera keluar meninggalkan rumah Rasulullah s.a.w seraya menangis. Dia berjalan dengan arah tak menentu keluar kampung. Sampailah dia di padang pasir yang luas lagi panas. Tujuh hari lamanya ia tidak makan dan minum kerana penyesalan dan kesedihan yang sangat mendalam hingga lemahlah keadaan tubuhnya tak kuasa lagi berjalan, lalu kemudian jatuh tersungkur di tempat itu. Di atas pasir ia bersujud kepada Allah, lalu berdoa dan memohon ampunanNya dalam tangisnya.


“Ya Allah, aku adalah hambaMu yang telah berbuat dosa besar. Sekarang aku datang ke pintuMu, agar Engkau berkenan menjadi penolongku disisi kekasihMu. Sungguh Engkau Maha Pemurah kepada hamba-hambaMu dan tiada tersisa harapanku kecuali kepadaMu. Ya Allah Tuhanku, sudilah menerima kehadiranku, kalau tidak datangkanlah apiMu dari sisiMu, dan bakarlah tubuhku dengan apiMu di dunia ini, daripada Kau bakar tubuhku di akhirat nanti.”


Setelah itu Malaikat Jibril a.s datang kepada Rasulullah s.a.w. Usai menyampaikan salam dari Allah, Jibril a.s berkata: “Wahai Muhammad, Allah s.w.t bertanya kepadamu, “Apakah engkau yang menciptakan makhluk?”


“Bahkan Dialah yang menciptakan diriku dan mereka,” jawab Rasulullah s.a.w.


“Apakah engkau memberi rezeki kepada mereka?” tanya Jibril a.s.


Rasulullah s.a.w menjawab: “Bahkan Dia memberi rezeki padaku dan mereka.”


“Apakah engkau menerima taubat mereka?” tanya Jibril a.s untuk kali yang sekiannya.


“Bahkan Dia yang berhak menerima taubat dan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya” ujar Rasulullah s.a.w.


Jibril a.s lalu berkata, Allah berfirman kepadamu; “Telah datang kepadamu seorang hambaKu dan dia menerangkan satu dosa dari beberapa dosanya, maka kamu berpaling (marah) kepadanya daripada dosanya, maka bagaimana keadaan orang-orang mukmin kelak, apabila mereka datang dengan dosa yang banyak lagi besar ibarat gunung yang besar? Engkau adalah utusanKu yang Aku utus sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka jadilah kamu orang yang sayang menyayangi pada semua orang yang beriman, menjadi penolong bagi orang-orang yang telah berdosa dan memaafkan ketelanjuran dan kesalahan mereka (hambaKu); kerana sesungguhnya Aku telah mengampunkannya (menerima taubatnya) dan dosanya.”


Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus beberapa orang sahabat, maka mereka temui pemuda tersebut lalu memberikan khabar gembira kepadanya dengan maaf dan ampunanNya. Lalu mereka membawa pemuda tersebut berjumpa Rasulullah yang mana ketika itu beliau (Rasulullah) sedang menunaikan sembahyang Maghrib, dan merekapun bermakmum di belakangnya.


Ketika Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Fatihah yang dilanjutkan dengan surah At-Takaatsur (Al Haakumuttakaatsur), sesampai baginda membaca ‘Hattaa Zurtumul Maqaabir’ (Kamu telah dilalaikan sehingga kamu masuk kubur), maka berteriaklah pemuda itu dengan keras sekali langsung jatuh. Ketika mereka selesai sembahyang, mereka dapati pemuda itu telah meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah Taala membelas kasihaninya.


Dipetik dari kitab Misykatul Anwar

Di copy dari SINI.

Read More......

Nasihat pada orang boleh... tapi untuk diri sendiri...?

Salam and good day!





Bile bace komik ni, what can I say iss..... It's sooo true..hehehe.. Teringat mase pelancaran blog kelmarin, perasmi yang merasmikan program tu ade menyebutkan peranan IT, terutamanya facebook sangat kuat. Dari fb dan internet pelbagai maklumat dan perkembangan terkini yang dapat diperoleh.. Dari fb jugak ada yang bertemu jodoh. Jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah. Kita tidak dapat mengelaknya. Namun yang penting, carilah jodoh yang baik dan diredhai Allah..Moga jodohku nanti adalah yang terbaik dariNya dan diriku juga terbaik buatnya... insyaAllah. InsyaAllah, Allah sentiasa bersamaan persangkaan hambaNya.. Dan DIA Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita..


Ambik dari SINI.

Read More......

Alunan Syahdu Azan Dalam Gereja

Salam and good day!


Indahnya alunan azan... jika dihayati dan dialun dengan sebaiknya. Ketika pemuda Islam ini mengalunkan azan, kesemua hadirin yang terdiri daripada non-Muslim khusyuk mendengar. Tak tau lah mereka faham atau tak, tapi mereka menghormati azan dan tidak membuat bising atau bercakap-cakap.


Panggilan Azan ini dialunkan oleh Abdelwahab Ben Youcef di Gereja Marble Collegiate yang terletak di 275, Fifth Avenue, Manhattan, New York City, Amerika Syarikat telah dibuat semasa dialog kepercayaan antara Kristian, orang-orang Yahudi dan umat Islam yang hidup di sana. Islam, Yahudi dan Kristian merupakan agama wahyu/langit. Namun, oleh kerana kerosakan dan pecah amanah para pengikut Yahudi dan Nasrani mengubah kitab-kitab mereka mengikut acuan dan kehendak mereka sendiri. Islam diturunkan oleh Allah kepada rasul akhir zaman, Muhammad s.a.w merupakan agama terakhir dan hanya diredhaiNya. Islam dan ajarannya tetap dipelihara oleh Allah hingga kiamat, suci daripada penyelewengan.


Kita sebagai umat Islam, wajib memberikan contoh terbaik dan sebagai model kepada ajaran Islam yang kita anuti dan yakini. Jangan kerana kejahilan dan kejahatan kita menyebabkan musuh dan orang bukan Islam memandang serong kepada Islam. Islam Itu Indah.


Moga Allah beri kekuatan dan kelebihan kepada pemuda tersebut untuk terus menyebarkan sinar Islam yang suci kepada semua. Buat kita pula, baiki lah diri dan sebarkanlah kebaikanNya selagi terdaya supaya Allah membukakan pintu hidayahNya kepada yang lain. Pahala dan rahmat berterusan kita perolehi selagi orang lain membuat kebaikan dan insaf dengan kebaikan yang kita sebarkan insyaAllah.



I Am A Muslim, and I Am Proud of it!





Read More......

Anjing jawab azan

Salam and good day!


Allahuakbar! Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Banyak keajaiban dan kekuasaanNya yang ditunjukkanNya kepada kita. Hanya yang mahu berfikir dan beriman sahaja yang mahu mengikutiNya.


Ya Allah, jadikanlah cintaku padaMu melebihi segala-galanya cintaku pada dunia ini.. Dunia ini hanya persinggahanku demi untuk persiapanku bertemuMu di syurgaMu nanti.. Ya Allah, bantulah dan lindungilah aku dari segala ketakutan dan kekufuran padaMu..




Read More......