"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Cahaya atas cahaya...

Salam and good day!



- Ya Allah, dengan cahayaMu aku berlindung bagi menerangi hidupku.. Bantulah aku Ya Allah!  -



Dipetik dari SINI


Perhatikan bagaimana sebuah lampu pelita menyala. Ia perlu sebuah kaca pelindung supaya tidak tertiup angin agar api kecilnya tetap menyala. Ia selalu minta diisi minyak oleh orang lain sebagai sumber bahan bakarnya.


Inilah gambaran orang baik yang memberi manfaat cahaya kepada sekitar, akan tetapi ia sesungguhnya lemah. Ia selalu memerlukan orang lain yang melindunginya. Ia selalu memerlukan minyak pujian, penghargaan, pengakuan, belas kasihan, dan perhatian orang lain. Ketika tidak ada minyak itu maka lampu pelitanya padam. 


Akan tetapi cahaya yang abadi adalah apabila minyaknya bukan dari Timur atau dari Barat, akan tetapi ia menyala dengan sendirinya. Karena sumber cahayanya bersumber dari Cahaya diatas Cahaya.


Itulah perbedaan antara orang yang berbuat baik tapi bergantung kepada manusia, dan orang yang berbuat baik tetapi bergantung pada Allah. Kita termasuk yang mana?


“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah misykat, yang di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam kaca, kaca itu bagaikan sebuah bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi. Yaitu pohon zaitun yang bukan dari timur atau dari barat, yang minyaknya menyala walaupun tidak disentuh api. Cahaya diatas cahaya, Allah membimbing kepada cahaya-Nya bagi siapa yang dikehendaki. Dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. Annur: 35)



Read More......

Cukuplah Allah sebagai pelindungku!

Salam and good day!


“Cukuplah Allah tempat aku berlindung, dan Allah sebaik-baik memberi perlindungan”





Ingin berkongsi kisah benar anak muridku, Amirul 9 tahun.. :)



Suatu malam yang hening…

Amirul: Bismillahirrahmaanirrahiim… (Mulutnya terkumat –kamit mengucap syahadah, membaca Al-Fatihah dan Ayat Kursi)

Saya ketika itu sibuk memeriksa seluruh kelas sebelum menutupnya untuk pulang. Dia dan adiknya masih belum balik. Pelajar yang lain semuanya dah pulang. Dalam hati terdetik, bagusnya budak ni.. Berzikir ingatkan Allah sementara menunggu ibu.. Agaknya kene hafal untuk tugasan kat sekolahnya kot..

Cikgu: Amirul, kenapa ibu tak mari lagi..? (Saya ‘mengganggu’ zikirnya…)
Amirul: Kita tak tahu cikgu… (Matanya berair sambil memandang saya)
Cikgu: Eh, awak menangis ke..? Kenapa?
Amirul: Kita takut cikgu.. (Suaranya tersekat-sekat)

Dalam hati… patutlah zikir banyak2.. Alhamdulillah. Sejuk hati cikgu.

Cikgu: Mai sini dekat cikgu… Takpe, cikgu telefon mak awak okey..? (Tersenyum)


“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.” (Al-Baqarah:152)


Read More......

Cintai Allah!




Dari Syeikh Ibnu Athaillah:
"Sebaik-baik akhlak seorang mukmin adalah orang yang sentiasa sibuk menunaikan hak-hak Allah, yang bermakna menjauhi semua laranganNya dan melaksanakan semua perintahNya, tanpa berangan-angan untuk mendapatkan pahala dari amalan yang dilakukannya itu.

Tugas seorang hamba hanyalah beribadah dan mengabdi diri padaNya bukan kerana adanya Syurga dan bukan pula takut pada Neraka. Tetapi adalah semata-mata kerana Allah SWT"





InsyaAllah, moga aku tergolong di dalam golongan orang yang beribadat padaNya hanya keranaNya.. Dikala senang mahupun sukar! Kerana aku tidak mampu berdikari tanpaNya walau sekelip mataku! Ya Allah...

Read More......

Maher Zain -- Muhammad PBUH ( lyrics)

Salam and good day!


ALhamdulillah, saya dah beli CD terbaru Maher Zain "Forgive Me" . Memang berbaloi membelinya :)
Ni antara lagu favourite saya, Muhammad. Bila tengok liriknya, SubhanaLlah.. bisa menitis airmata rindu kepada kekasih Allah ini! Waheshna ya Rasulullah!

Read More......

"Awak, apa hubungan kita??"

Salam and good day!

Suke la baca artikel ni.. Really inspiring me, insyaAllah. "Cinta akan mencari manusia. Jangan manusia yang mencari cinta" (Dr Yusuf Al Qardhawi) .. Maksudnya, jangan terhegeh-hegeh sangat laaa.. Kalau dah jodoh takkan ke mananya.. Ye tak..? Ok, jom buat keje semangat skit! :)

---------------------------------------------------------------------------------


Di jalan dakwah aku menikah....


 -Gambar Hiasan-



"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F".

Mesej ukhti Ira tiba-tiba muncul di ruangan chatting Facebook. Agak berderau darah jantan aku apabila insan yang semakin aku pendam perasaan kepadanya menegur aku.

"Hehe....saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi presiden Kelab Bidadari Syurga UKM. Tak silap saya awak pun dapat anugerah tokoh muslimah harapan ummah sempena Bulan Dakwah kan?"

Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambak depan mata. Sungguh bersemangat aku chatting dengan ukhti Ira sehingga tidak sedar sudah larut malam. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul 12 tengah malam. Itupun aku langgar.

Kerana apa?

Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?

"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?" tanya ukhti Ira kelmarin membuatkan tidur semalamanku menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah.

"Awak, awak...kenapa awak panggil kita Ira je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan muslimat yang lain?"

Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini?

Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai 2 identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan sufi yang bertapa. Kala nafsu melonjak, ghairah aku untuk kembali jahil.

Naik gila aku fikir. Aku benar-benar rasa bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan.

Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia.

Ya, pada asalnya niat aku dan ukhti Ira berukhwah kerana Allah. Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula membogelkan niat suci tadi.

Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhawah muslimin muslimat. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.

"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego.

"................"

Tiada jawapan.

"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara seislam bertunjangkan rasa takut takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka"


"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti" (al-Hujurat: 13)

TAKWA.

Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?

Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu? Perlukah?

Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!

Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.

Copy dari SINI.

Read More......

Tell Me Why (with Lyrics) - By Declan Galbraith

 Salam and good day!


Suke tengok budak ni.. comeyyyy.. Suara pun best.. mesej lagu pun mantap! Pendek kate semua okeyyy..hehe..


JOM kite hayati mesej dan lagu indah ini.. :))


p/s: walaupun hari ni bukan good day buat saye, LANTAK laaa.. Biar la takde orang hargai saye.. ALLAH Maha Mengetahui segala yang terbaik buat saya.. Ya Allah, ampuniku!





Read More......

Syria... Allah bersamamu!

Rasulullah s.a.w. bersabda: " Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh). Barang siapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu dari kesusahannya di hari kiamat. Barang siapa yang menutupi aib (keburukan) seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Moga Allah selamatkan saudara kita di Syria, Palestin dan seluruh dunia.. Amiin..


Read More......

The Creator-Sami Yusuf سامى يوسف

Salam and good day!



“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” 
(QS. Ali Imran: 7)


Ya Allah, tuhan yang tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNya.. Ya Allah, jangan Engkau serahkan pada kami urusan kami walau sekelip mata.. Kerana akan hancurlah kami.. Hanya dengan kasih sayangMu kami bahagia di dunia dan Akhirat..



Read More......

Benjamin Wallfisch - Conquest 1453 (Fetih 1453) OST - My Life For My Flag

Salam and good day!


Kalau lah jadi filem Fetih 1453 ditayangkan di Malaysia, memang saya nak tengok sangat! Ke ade sape2 nak hadiahkan saya CD original dan CD soundtrack lagu2 filem ni..? Teringin sangat nak miliki semua koleksi ni.. Nak kumpul duit banyak2 gitu..hehe.. Klu upload kat youtube main sekerat2 je, tak best! hmmmm... 


Read More......

"Erti Hidup Pada Memberi"

 Salam and good day! 
 
"Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan PERASAANnya.."


Alhamdulillah, masih ada kekuatan untuk terus menulis dan menyampaikan kebaikan untuk dijadikan pengajaran bersama. Saya bukan seorang yang mudah untuk berkongsi perasaan dan 'rahsia' saya.. Namun, makin lama saya mulai belajar bahawa kadang-kala ada perkara yang kita alami atau peroleh itu perlu untuk dikongsi bersama. Mana tau, dari situ orang mula tertarik dengan kebaikan dan Islam.. Wallahua'lam.


Erti hidup pada memberi.. Itu tag line Ustaz Hasrizal a.k.a Saifulislam. Namun, di sebalik kata2 itu, ada makna tersendiri buat saya..  Kata2 yang bisa membuat saya tersenyum, dan termotivasi untuk terus gagah melangkah meneruskan kehidupan ini.. Namun, kata2 itu juga bisa membuatkan saya mengalirkan airmata kerana sesuatu yang saya sendiri tak dapat jelaskan dengan kata-kata.


Sebenarnya banyak yang ingin saya berkongsi cerita dan pengalaman.. Namun, oleh kerana 'tewas' dengan perasaan saya bantutkan usaha untuk menulis. Buat apa nak bercerita kisah suka, jika hati sedang sedih..? Bagi saya, tiada keikhlasan dapat diungkapkan!


Ya, saya sekarang berperang dengan perasaan... Bagaimana perasaan jika kita rasa dipermainkan dan tidak dihargai..? Kalau orang tersebut tidak penting dalam hidup kita, LANTAK lah nak buat ape pun.. Saya tak peduli. Tapi, bagaimana jika orang tersebut yang memang kita harap 'DIA' lah yang terbaik pernah hadir dalam hidup kita..?


Ketika inilah.. ALLAH hadir sebagai pelindung dan harapan kita.. Ya Allah, aku yakin Engkau takkan pernah sia2kan hambaMu yang ingin menjadi baik dan menjaga agamaMu sebaiknya.. Pasti ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi. Mcm2 jenis manusia hadir di dalam hidup kita.. Dari mereka pelbagai ujian dan kebaikan yang kita dapat pelajari. Dan dari mereka jugalah kita boleh jadi dekat/jauh dari Pencipta kita. Keputusan di tangan kita, untuk jadi yang terbaik atau kecundang dengan kehidupan. Iman dan ilmu sebagai panduan kita meneruskan hidup ini.


Saya pun malas nak ambik pusing dengan kerenah manusia yang 'menyusahkan' dan selalu 'mencederakan' perasaan saya. Saya serahkan mereka kepada Allah. Jika seseorang itu benar2 ikhlas ingin hidup di dalam dunia saya, maka adalah ruang untuknya yang Allah sediakan baginya.. Jika dia seorang yang 'jahat', maka Allah jualah yang akan 'menendangnya' keluar dari hidup saya.. Hanya Allah sebaik-baik Penilai dan Penjaga saya. Saya tekad untuk menjadi hambaNya yang baik, maka sudah tentu DIA akan menjaga saya sebaiknya. Allah takkan pernah kecewakan saya..!


Ya, saya seorang yang TEGAS dengan prinsip saya.. Walaupun kasar, tapi itulah yang saya perlu buat untuk menjaga hati Pencipta saya.. DIA tidak pernah kecewakan saya, mengapa perlu saya korbankan kasih sayang dan kepercayaan Pencipta saya demi manusia yang tak mampu menjaga diri sendiri melainkan dengan pertolonganNya jua..?


Moga anda semua doakan yang terbaik buat saya.. InsyaAllah. Allah sebaik-baik Pelindungku... Amiin.


Read More......