"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Siapakah Pemuda Itu...?

Salam and good day!

-Gambar Hiasan-




Suatu hari di dalam bas ekspres..








“Ok ada sapa-sape lagi nak turun kat mana-mana? Dungun dan Kemaman takde yee..” driver buat pemgumuman..













Saya tersentak dari tidur yang lena.. Macam mimpi je dengar suara pakcik driver tadi.. Dengan mata terkebil-kebil dan suara serak-serak gitu saya pun segera bertindak..













Pakcik, nak turun kat RISDA Marang nanti..” kata saya.













RISDA Marang? Kat jeti Marang tu ke..?” Tanya pakcik tu balik. Orang di sekeliling pulak tolong jawabkan. Pakcik driver tu macam confuse je kat mana lokasi yang saya bagitau tadi.. ape-ape jelah pakcik.













Orang India sekarang makin bagus dan maju…bla..bla..bla” terdengar suara seorang pemuda yang mungkin sebaya saya cuba memulakan perbualan. Saya tak berapa dengar butir percakapannya kerana masih lagi mengantuk. Kebetulan saya berada di tingkat atas bas, seat kedua dari depan berhampiran tangga naik.













Orang India yang masuk PAS tu.. tak yah lah..”jawab driver.









Hah..? Apa die..?”Tanya pemuda tu balik.









Orang India yang masuk PAS.. parti PAS tu. Tak yah lah. Buang masa je..”jawab driver tu mengesahkan jawapannya tadi.









Saya yang terdengar jawapan driver tu tiba-tiba menyirap darah, mata saya terbuka luas akibat tindakan reflex sesuatu perkara yang mengejutkan. Saya mengerutkan dahi.









Pakcik ni, mesti orang kuat kerajaan.. ataupun orang atas pagar yang tidak tahu perkembangan politik dan kepentingannya.. duga saya dalam hati.









Owh… ye ke..” jawab pemuda tu terpinga-pinga tak tau nak jawab apa dah. Takde modal dah nak jawab balik. Saya boleh rasakan pemuda ni mungkin penyokong PR dan cuba nak berbincang isu politik semasa dengan pakcik driver tu. Namun, apabila pakcik tu dah ‘cantas’ terus kesemuanya, suasana menjadi senyap seketika.









Jam ketika tu lebih kurang 2.15 pagi. Saya tak boleh lelapkan mata. Kak Da di sebelah saya nyenyak tidur.









Teruk betul gempa dan tsunami kat Jepun tu ye..” pakcik driver memulakan bicara.









Haah.. kesian betul tengok diorang tu.” Jawab pemuda (Anonymus=A).









Saya bernasib baik betul.. Patutnya kene pergi Jepun pada hari tsunami tu berlaku, tapi di tunda pulak. Beberapa hari lepas tu baru pergi ke Jepun. Masa nak sampai kat Tokyo tu, atas kapal terbang lagi… loji nuclear meletup.. dahsyat sungguh.” Jawab A.









Ye ke.. bahaya sungguh lah..Nasib baik dok gi masa tsunami tu berlaku..”jawab driver.









“Sebut pasal nuclear ni..memang Jepun berjaga-jaga sungguh.





Tapi kalau nak bandingkan nuclear dengan gas ni, nuclear lebih berat.





Tapi kalau gas meletup memang terbakar terus.





Tapi loji nuclear yang meletup tu, nuclear masih ada kat bawah lagi.





Tapi kebetulan sejam lepas letupan loji nuclear tu, hujan turun.





Jadi nuclear dari bawah yang nak naik ke atas permukaan tu pun turun balik ke bawah..





Jadi selamatlah…” jawab A.









Saya khusyuk mendengar explanation A dari tadi. Saya tersenyum sendirian. Bukan apa, ilmu yang disampaikan mudah difahami, Cuma kaedah penyampaian kurang memberangsangkan. Banyak tergagap dan banyak ‘tapi’.










Oh..gitu rupanya..” jawab driver seperti berminat.









Pokok-pokok sekitar loji memang mati belaka dah.. Memang masa gempa reactor-reaktor tu akan automatic shutdown (hot shutdown). Maknenye reactor tu masih beroperasi lagi dan membekalkan elektrik. Masa beroperasi tu reactor tu kene disejukkan.. Tapi masalah pulak sebab bekalan elektrik ke reactor tu terputus sebab tiang elektrik tumbang belaka.Letupan yang berlaku tu bukan letupan nuclear. Reaktor meletup akibat hydrogen reaction. Nuklear masih ada kat dalam loji tu lagi. Sebab tu kene gune helicopter angkut dan siram air laut sokmo loji tu untuk selamatkan loji tu. Tak mau bagi tekanan dalam reactor naik, bimbang nuclear akan keluar.” Jelas A.









SubhanaLlah.. hebat betul pemuda ni. Saya bertambah kagum.









Owh..gitu pulak yee..”jawab driver tu. Speechless kot..hehe.









Suasana diam seketika..









“Saya ni nasib baik lagi Allah bagi panjang umur.. Kaki saya ni, doctor tak sangka saya boleh berjalan sekarang lepas eksiden ari tu..”sambung A.









“Teruk sangat ke eksiden tu?”Tanya driver seperti berminat.









Hoo.. teruk sangat. Enjin kereta duk atas kaki saya ni. ”jawab A. Suasana diam lagi..









Saya ni orang kate tak dok nyawa dah dulu… memang ajaib lah sebab saya ni hidup lagi..”jawab A.









Saya mengerutkan dahi…









Kebetulan bomba yang bertugas kat tempat kejadian tu kenal saya.. Die dah check memang takde pernafasan dah. Tapi bomba tu nekad, hidup ke mati ke die tetap nak potong kereta saya tu, dan keluarkan saya..”sambung A.









Owh.. gitu”jawab driver.











“Pastu masa ambulans mari tu die check memang takde pernafasan jugak. Die nak bagi renjatan tapi tak boleh. Rupa-rupanya tulang rusuk patah, tertusuk jantung…”sambung A.









Meremang bulu roma saya mendengarnya. Nak percaya ke tak ni hah…?









Pastu boleh jugak lah die bagi renjatan, AlhamduliLlah saya masih hidup









“Saya masuk wad 3 bulan 10 hari.. Kaki saya yang patah ni patah kat 13 tempat.. Sebab tu doctor tak percaya saya boleh jalan. Cuma tak berapa cergas dah lah nak jalan. Dulu boleh lah main bola. Sekarang tak boleh dah..”











“Owh..gitu”









“Saya memang nekad dah bagi surat berenti pada bos saya.. Tapi die ambik surat tu die koyak-koyak masuk dalam tong sampah”









“Ye ke..?”









“Saya kabo doh ke majikan saya.. Sanggup ke nak ambik saya ni yang dah tak normal macam dulu..? Tapi majikan saya marah saya balik. Die kate, sape lagi yang nak ambik saya keje lagi kalau saya berhenti? Die tak kisah saya macam mana, asalkan saya mampu buat kerja dengan baik…”









“Waa.. bagus betul majikan awang tu yee..Doh awang keje mende? Kat mane?”









“Saya keje kat kompleks PETRONAS Kerteh tu..”









Alamak…orang minyak keee…? Lagi lah saya curious nak kenal sape A ni. Tapi tak nampak muka pun.. Die ada kat tingkat bawah tu..









Pastu perbualan disambung lagi seketika, makin kurang rancaknya. Mungkin dah tak tau apa lagi nak dibualkan. Saya pun cuba lelapkan mata lagi.









“Ok berhenti kat sini…”bagitau A pada driver.









“Kat bus stop ni ye… Dah ada orang nak ambik..?”









“Ada. Nanti sampailah tu.. ”









Alamak, nak balik dah ke..? Ingatkan die akan turun sama-sama saya nanti kat Jeti Marang.. Nak kenal sangat sape lah pemuda ni. Takde keje pulak nak pegi jenguk kat bawah tengok sape yang turun.. Takpelah, ada jodoh dan panjang umur boleh jumpa lagi akan datang. Saya memujuk hati..









-Gambar Hiasan-












Besar jugak api tu..” Tanya driver.









“Haah..biasalah. Tapi yang dibakar ni gas molek. Tapi nok buat guane, bila tangki dah penuh kene lepaskan lah. Tapi kene bakar gas tu. Lagi besar api, bermakna banyak gas yang dilepaskan. ”jawab A.









“Kalau tak bakar tak boleh ke?”









“Kalau tak bakar gas tu.. lama dah penduduk Kerteh ni mati semua..”jawab A sungguh-sungguh.





















p/s: Banyak betul ilmu yang saya dapat hari tu. Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda ada 2 perkara yang manusia akan kejar; iaitu harta dan ilmu. Bab harta tu memang lah manusia tak pernah cukup dengan apa yang ada. Tapi bab ilmu ni, makin digali makin tidak puas dan meluas nya ilmu Allah ni. Diibaratkan, ilmu yang manusia cari umpama setitis daripada seluas-luas air di lautan. Kalau setakat beberapa explanation ni kita dah berasa kagum dengan kehebatan Allah, apatah lagi orang yang mencari sendiri ilmu milikNya.

















Pelajar saya sendiri ada memberitahu kepada saya.. “CIkgu, mama saya beritahu harta kita yang sebenar adalah ilmu… Bila kita dah Berjaya nanti harta kekayaan itu akan mari dengan sendirinya..”. Wah, hebat betul budak ni. Kalau dari kecik dah tahu tanggungjawab dan kepentingan ilmu, senanglah nak didik. Saya tersenyum bangga.









0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?