"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Keje Ape Awang wei..?

Salam. Good day.
Setelah seminggu lebih berehat update blog, almaklumlah sibuk dengan program dan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk berfikir dengan baik... insyaAllah ada sesuatu yang best untuk dikongsi bersama kali ini.

Alkisahnya begini... 3 orang pemuda iaitu Azizan, Badrul dan Chairil mengunjungi rumah seorang gadis yang sangat cantik. Entah macamana, 3 orang yang bukan bersahabat ini tiba-tiba seperti dirancang ke rumah gadis ini, Mek Siti dengan hasrat yang jitu untuk meminangnya. Masing-masing memandang ke arah diri masing-masing, ingin membandingkan siapa yang lebih hebat (bisik dalam hati). sudah tentulah yang lebih hebat dan tinggi jawatan dan pangkat yang bisa dipilih untuk menjadi menantu keluarga Mek Siti ini. Biarpun keluarga Mek Siti ini sederhana sahaja, ayahnya seorang imam surau kampung dan juga seorang pesawah, ibunya pula menjual kuih dari rumah manakala Mek Siti sendiri pun belajar setakat diploma sahaja dan belum mendapat pekerjaan. Mereka tidak kisah, yang penting Mek Siti yang cantik lagi jelita itu menjadi milik mereka.

Tibalah sesi soaljawab bersama ibu Mek Siti. "Jemputlah minum" pelawa Mak Minah. Masing-masing mengambil cawan dan menghirup air teh suam yang manis-manis buah gitu. "Woh, mokcik tengok anok-anok ni segok-segok belake. Mesti keje hebak-hebak nih. Dok penoh lagi orang beso-beso maghi rumoh mokcik hok buruk ni"sapa Mak Minah membuka cerita. Jejaka-jejaka tersebut tersenyum lebar bangga dipuji Mak Minah. "Takdelah makcik, biasa aje."sapa Azizan tersengih. "Haah makcik, biasa-biasa aje.. yang penting kene usaha" balas Chairil tidak mahu mengalah.

"Baguslah gitu.. Oghang mude kene usehe lebih. Nok-nok oghang laki. Kekgi nak kawin, kene jaga anok bini pulok. Kalu dok keje malah usehe memang dok patut laa.."ujar Mak Minah. "Doh, anok-anok ni keje mende belake? Mokcik nok kenal jugok. Mane tau, kalu berkenan boleh jadi laki Mek Siti. Mek Siti tu pemalu. Mokcik lah yang kene pilih...hik hik"gurau Mak Minah.

Badrul memulakan bicara,"Saya kerja sebagai Eksekutif Bank Negara. Memang mencabar kerjanya makcik. Walaupun kerja di bank sahaja, tapi bila melibatkan urusan pelaburan dan kewangan ni...mahunya kadang-kadang tu lewat malam baru dapat balik rumah. Gajinya memang lumayan, baru beberapa tahun kerja dah boleh simpan beribu-ribu ringgit...maklumlah nak guna untuk kawin nanti..hehe". Mak Minah mengangguk-angguk kepalanya.

"Saya ni anak Datuk Chairul. Walaupun saya anak Datuk, saya tidak pernah mempergunakan nama ayah saya untuk mendapat kerja yang hebat. Saya sekarang ni Pengurus di Syarikat Perkapalan Chairil & Sons. Biasalah, bisnes keluarga kena pertahankan." ujar Chairil penuh keyakinan.

"Hmm...hebak-hebak nye keje. Tinggal sorang lagi ni. Awang pulok keje mende?" tanya Mak Minah bersungguh. Azizan dari tadi yang mendengar penuh khusyuk tersentak kerana kini gilirannya pula. "Err...err... saya keje biasa saje makcik. Takdelah sehebat pemuda-pemuda ini. Sorang anak Datuk, sorang lagi keje bank. Tapi saya tidak pernah merasa malu dengan rezeki yang Allah bagi pada saya ni." Azizan berterus-terang. "Ye betul-betul. Dakpe, cerita aje ke mokcik."sampuk Mak Minah. "Saya keje nelayan..." Azizan kehabisan ayat. Badrul dan Chairil tercengang mendengar pengakuan Azizan. Tetapi masing-masing lega kerana sudah pasti Azizan bukan calon yang sesuai untuk Mek Siti. Mak Minah hanya membisu.
"Kamu suke keje kamu sekarang ni?"tanya Mak Minah. "AlhamduliLlah. Saya bukannya tiada pilihan kerja. Saya berasal dari keluarga nelayan. Saya juga ada ijazah, tetapi oleh kerana keadaan keluarga yang uzur saya lebih suka dekat dengan keluarga. Walaupun bermula agak dhaif, tetapi sekarang saya sudah mampu meneroka lautan dalam dan mempunyai syarikat sendiri. InsyaAllah, ada rezeki nanti saya nak teroka pasaran luar pula..." jelas Azizan tergagap-gagap.
Mak Minah menghela nafas panjang. Tiba-tiba dia membuka radio buruknya, lalu memasukkan kaset. Kedengaran suara H.M Tuah berkumandang;
"Kalau ada orang nak pilih menjadi jurukemas profesional apakah yang akan anda katakan kepadanya?" Engkau ni cita-cita kecik! Begitukah?
Habis yang besar tu apa? Ooo... yang bernama doktor, majistret, eksekutif. Itu baru dianggap besar? itu dianggap berjaya.?
Sebenarnya anggapan ini salah. Jika anda pernah tinggal di Eropah anda akan jumpa pelbagai bentuk profesional. Ada jurukimpal profesional, ada jurumasak profesional dan ada jurupotong profesional.
Berhentilah memperlekehkan dan mempertikai kerja-kerja yang anda anggap bawahan. Sapu sampah? Pantang keturunan aku berkahwin dengan jurusampah. Itu gaya mak nyonya apabila berdepan dengan P.Ramlee, seorang pemuzik yang bercinta dengan anaknya Sabariah.
Seorang kawan saya jadi tauke sampah sekarang ni dan nyata menjadi kaya. Dia lebih dulu pakai Mercedes Benz daripada saya padahal fokus kerjayanya adalah sampah. Dia pernah berbisik pada saya "Mat, tolonglah bagi aku kerja. Apa-apa kerja." Waktu itu dia baru berhenti daripada bekerja dengan sebuah syarikat pemaju. Saya tanya, "kerja apa?" "Apa-apa je lah. Sapu-sapu sampah ke. potong-potong rumput ke.."
Saya sangka dia bergurau, sebab dia ni lepasan universiti. Jawatan dia di syarikat pemaju tu pun tinggi juga. takkanlah nak kerja potong rumput?
beberapa tahun kemudian, saya dengar dia jadi tauke sampah. Dia ambil beberapa pekerja bekerja dengannya - selenggara pejabat, sapu sampah, potong rumput, cuci tandas, dll. Sekarang dia jadi kaya.
Apakah kita nak katakan orang macam tu gagal? Fokus bisnesnya sampah. Susah tentu tidak! Dia seorang yang berjaya sebab profesional dalam bidangnya. Gitulah hendaknya dengan kita. tak kira bidang apa yang kita pilih, pokoknya kita buat betul-betul dan kita betul-betul muncul terbagus dalam bidang itu.
Biar nampak kecik, tapi kalau tak ada, kita terencat projek. Yang penting, kita bersungguh-sungguh apabila kita mula involve dalam satu-satu bidang.
Azizan, Badrul dan Chairil khusyuk mendengar. Mak Minah pun tersenyum melihat mereka... Apakah kesudahan cerita ini? Siapakah yang dipilih oleh Mak Minah menjadi menantunya? Dapatkah anda teka? Teka lah sendiri. Saya tak larat nak karang panjang-panjang cerita ni...
PENGAJARAN:
1. Setiap kerja yang dilakukan walaupun kecil, tetapi profesional maka besarlah impak dan untungnya. Pendek kata, buat kerja mesti usaha 200%!
2. Jangan sesekali berasa malu dengan kerja atau rezeki anda, kerana yakinlah itu yang terbaik yang Allah kurniakan kepada kita. ANDA HANYA PERLU BERASA MALU JIKA TIDAK PERNAH BERUSAHA UNTUK MAJU!
3. Kena pandai marketing diri sendiri. Bukan untuk riak, tetapi maruah diri. Cth. macam Azizan, dia boleh sahaja mengatakan dia seorang peniaga, instead of nelayan. Taklah bakal ibu mertua terkejut..hehe.
4. Kerja sekarang susah nak dapat...so, ciptalah kerjaya sendiri untuk memajukan diri. Itulah yang terbaik. Jangan menunggu orang menyuapkan makanan untuk kita. Carilah makanan sendiri, supaya makanan yang masuk ke perut kita adalah yang terbaik dan sedap. Kerana makanan yang orang suapkan belum tentu sedap. Betui tak?
Moga kita sama-sama dapat manfaatkan ilmu ini. InsyaAllah.

Read More......

for all...

Salam. AlhamduliLah baru saja berakhir program besar (ijtima') di 'KL' petang tadi. Program seharian dari seawal pagi hingga ke akhir petang begitu seronok bagi saya. Banyak pengalaman yang saya peroleh, terutama dari aspek penerangan dan pameran.

Walaupun agak letih, saya kuatkan semangat untuk check email dan update blog ni sikit-sikit. Lagipun kene settle beberapa perkara sebab minggu hadapan satu lagi program besar akan diadakan. Wah, tak menang tangan dibuatnya. Mujurlah sahabat-sahabat yang setia bersama saya sudi menolong dan menunjuk ajar. Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak susah. Kalau ikutkan senang, lepas tangan aje semua kerja. Tapi ingat, amanah yang kita pikul akan disoal di Akhirat kelak.


Sebenarnya, takde idea sangat nak diluahkan dan dikongsi kali ni. Saya baru saje tengok blog sorang ni, tak kenal pun.. baity (my fren) suh surf blog ni utk search pasal kartunis. best jugak tulisan die, sempoi je. tp sarat dengan informasi terkini lagi sensasi.

kelakar rasenye bila baca satu post die tu... die dan wife pegi ke satu restoran menjamu selera, wifenye mmg peminat western food. die plak peminat sejati local food. bukan nak cerita die minat makan ape... tp tengah diorg sedang enak menikmati makanan, hilang plak selera diorang. nak tau knape...? jeng jeng jeng...

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..
..

..

..

..




hehe...tak perlu rase suspen. cuma, rase macam pernah dengar slogan ni..tapi di mana ya?


renungan: ada orang yang tak minat politik...tapi tahukah kita bahawa dalam islam itu adanya politik? islam itu syumul. ada yang tidak minat politik kerana bagi mereka 'politik itu kotor'. kawan2 semua, cube kite pikir. Adakah kerana pemimpin-pemimpin tertentu yang terlibat dengan rasuah dan samseng maka kita terus menghukum politik itu kotor? so, tak perlu ambil peduli pasal politik.? Sama juga dengan Islam. Adakah jika adanya umat Islam menjadi penjenayah dan membunuh maka Islam itu teruk? Na'udzubiLlah. Saya geram mendengar analogi buruk ini daripada beberapa orang yang saya kenali. Nampaknya berat sungguh tanggungjawab saya untuk berdakwah pada mereka ni. It's ok, bila kita mengajar orang sebenarnya kita juga dapat belajar. Saya kene cari sifu lah nak dalami bab siasah ni...hmm.

Read More......

Tentukan Hidup Anda!

Salam. AlhamduliLlah dapat lagi saya berkongsi pengalaman saya untuk tatapan semua. Sebelum tu, saya mahu pembaca semua bertanya diri masing-masing apakah cita-cita dan impian anda akan datang. Tidak perlu beritahu pada saya, simpan sahaja untuk diri sendiri. Saya bertanya kerana mahu menjawab pertanyaan dan persoalan sahabat-sahabat yang mengenali diri saya selama ini.

Untuk pengetahuan, saya graduan dari sebuah universiti swasta yang kaya di negeri Perak. Jurusan saya berkaitan IT sikit-sikit tapi banyak pada bisnes. Bila sebut nama universiti tu, pasti orang tertanya-tanya kenapa tidak kerja dengan syarikat PET...? Bukan sorang dua bertanya, majoriti mempersoalkan. Mula-mula tu memanglah sedih dan serabut, tapi lama-kelamaan dah lali jadinya.

Sebenarnya saya mempunyai impian sendiri yang tidak ramai yang mungkin memahami. Begitu juga untuk menjelaskan kepada keluarga. Tidak perlulah saya ceritakan kisah yang mendalam, cukuplah sekadar yang tertulis ini. Bagi saya, rezeki Allah itu Maha Luas. Tidak terkejar oleh kita untuk mengutip kesemuanya. Jadi sebab itu, setiap kita perlu ada matlamat dan impian dalam hidup. Tanpa matlamat, maka ke mana halatuju yang akan kita lalui...? Kita tidak boleh mengharapkan keajaiban dan pertolongan Allah begitu sahaja. Kita perlulah berusaha untuk mencapai matlamat, barulah Allah akan tunjukkan jalanNya.

Sekarang ni, saya lebih bebas dan gembira dengan dunia bisnes pendidikan saya. Hanya Allah yang mengerti bahagia hidup ini. Saya boleh bersama family, sahabat-sahabat yang setia serta yang penting dapat menyumbang untuk agama tercinta. Tidak perlu tunggu kaya untuk bahagia, tapi bukan bermakna saya tidak mahu kaya... Saya percaya bidang perniagaan itu adalah 9/10 dari sumber rezeki dan kekayaan asalkan BERUSAHA DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH. Doakan lah kejayaan saya ini, supaya saya dapat menyumbang untuk agama dan bangsa..insyaAllah.

Sepanjang 5 tahun berkecimpung dan berdikit-dikit dalam bidang bisnes ni, macam-macam pengalaman dialami yang amat saya hargai. Tak perlulah saya ‘highlight’ pasal bisnes, saya ingin berkongsi pengalaman mendidik anak-anak kecil yang saya sempat ‘tarbiah’ sepanjang bergelar pelajar saya. Bila berdepan budak kecil ni, menuntut banyak kesabaran dan teknik yang betul. Kalau silap, mahunya budak-budak akan lari..hmm. Pelajar di 'sekolah' saya bila dengar aje nama Cikgu Hidayah pasti 'control baik'. Cikgu Hidayah ni garang, tapi penyayang...ye ke...? Tapi ada kalanya saya 'kalah' dengan mereka ni.. Biasalah budak-budak.

Berikut adalah video pelajar-pelajar yang sempat saya rakam semasa kelas. Kadang-kadang tension, boring atau ada situasi yang menarik akan saya rakam. Bukan saja-saja rakam, untuk tujuan lain jugak lah... Enjoy viewing!

Ni video pelajar 5 tahun yang sangat pandai. Sebut aje perkataan BM or BI die boleh tulis. Kan senang hidup kalau semua student macam ni.. Namanya Ilham, ramai yang ingat anak saya even i’m not married yet. Muka ada iras kot...ye ke..?





Video ni Ilham tengah mengantuk. Selalu aje mengantuk dalam kelas. Bila tidur susah pulak nak kejut. Kadang-kadang kena angkat bawak terus balik rumah. Nasib baik rumah sebelah sekolah je. Hari tu saya kurang sihat, tak larat sangat nak mengajar. But at least, 'terubat' jugak dengan telatah budak ni..



Ni video Danish Ilham. Umur 5 tahun jugak. Boleh lh tahan bacaannye, kene praktis selalu. Seorang yg hyperaktif dan ‘banyak mulut’. Ada je nak menyampuk mase cikgunye tengah mengajar. Setiap kali lepas die baca memang telinga saya berdesing. Rasenye gegendang telinga ni 'terkejut' dengar suara budak ni.



Ni video Ilham masa mula-mula belajar dengan saya. Kelas waktu pagi, macam tak semangat je...saya pun mengantuk dengar die baca mase tu..huhu





Pelajar ni umur 5 tahun jugak, Nik namanya. Antara ramai-ramai pelajar saya die antara yang unik. Saya x tau die pelat pada mulanya. Kebetulan hari tu belajar sebut ‘s’. Saya geram sebab dah ajar banyak kali selalu je salah sebutannya. Suara pulak perlahan. Tapi bila saya dengar betul-betul baru lah perasan die pelat. Huhu...sian die kene marah. Tapi lepas tu ok je, cikgu die pandai pujuk.


p/s: bolehkah anda bayangkan kehidupan saya sehari-hari berjumpa budak-budak ini? Tension, pening kepala, migrain,dll. Ni baru satu kelas, tak masuk lagi kelas malam dan pagi..huhu. Sebenarnya...saya tak kisah, merekalah yang mewarnai kehidupan saya setiap hari. Inilah cabaran setiap orang bergelar pendidik akan hadapi untuk mentarbiah anak bangsa demi kejayaan agama dan bangsa. Moga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk terus memikul amanah mendidik mereka. Moga mereka inilah satu hari nanti yang akan membela ISLAM dan tanahair tercinta ini...Ameen.









Read More......

Kalau Tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Salam. Baru tadi check emel, saya perasan satu topik yang menarik untuk dikongsi bersama. Simple je kisahnya, tapi mendalam pengajarannya. Moga kita senantiasa dilindungiNya. InsyaAllah.

Diterima oleh seorang sahabat. Satu pedoman yang menarik dan baik-.

Kalo Tuhan tu baik,kenapa buat neraka? Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak da. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz. "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?" Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Read More......

Asma' Allah - Sami Yusuf

Salam..

Sedikit ilmu dan entertainment nak dikongsi dengan semua. Pertama kali dengar nasyid ni, subhanaLlah, saya 'tenggelam' dengan keindahan alunan muzik dan liriknya. Tidak dinafikan juga kagum dengan kejernihan aura model2 klip video ni, terutamanya sang penyanyi..huhu..

ayuh, hayati nasyid indah ini.. Dari album terbaru beliau Without You.


Read More......

Waktu Gempa sama dengan maksud ayat al-Quran

Salam. Pandangan ini mungkin bagi kita kebetulan. Tetapi tidak salah untuk kita mengambil iktibar dari 'teguran' yang telah Allah berikan kepada saudara kita di Padang, Sumatera Indonesia baru-baru ini. Ini adalah qadha' dan qadarNya. Jangan kerana kita tidak pernah merasa gempa maka kita berasa selesa dan aman. Ingatlah, ujian Allah itu tidak disangka-sangka oleh kita. Tiada yang mustahil bagi Allah! Ingatan kepada diri sendiri untuk sentiasa beriman dan bertaqwa kepadaNya.


“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Read More......

Sejuta Bersolat Terawih di Mesir

Sembahyang tarawih di Bandar Iskandariah (sebuah pantai terkenal di Mesir), Mesir.
gambar yang mengejutkan dunia..
tempat: iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat
Gambar ini mengejutkan U.S Marine






































p/s: alangkah hebatnya jika solat subuh juga sebegini ramai... antara petanda kebangkitan Islam ialah dengan melihat ramainya umat Islam bersolat berjemaah subuh. SubhanaLlah. Moga diri ini terpilih untuk sama-sama mendapat rahmatNya...Amin.

Read More......

Rezeki Milik Allah!

Assalamualaikum w.b.t.. Good things to learn about iman and 'rezeki'. Moga kita sama-sama mendapat manfaat dan hidayahNya..InsyaAllah.

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.

Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!IMAN MANUSIA??Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: ""ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Read More......

BAN blog ni!

Assalamualaikum...~~

Mintak tolong sumer ban blog ini kerana menyebarkan fitnah dan berita tidak benar tentang Syed Qutb, Hassan Al-Banna dan PAS sendiri.

HTTP://PASVSPAS.BLOGSPOT.COM

Seperti biasa untuk ban blogspot, ikut langkah2 berikut:

1. Klik FLAG BLOG (atas sekali kat toolbar warna biru)
2. Report a Terms of Service Violation (pilih HATE OR VIOLENCE)
3. Ikuti langkah seterusnya sehingga habis (Continue>>Submit)

Sekian. Wassalam...

p/s: ilmu perlu disertai iman dan taqwa. tidak sikit org cerdik pandai yang menghina agama. kerana apa? ini semua kerana tiadanya benteng agama dan iman yang mampu memimpin ke jalan yang lurus. ikut hati mati, ikut nafsu lesu... fikirkanlah..!

Read More......