"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Pesta Fesyen Islam Rosmah.. Islamik ke?



Salam and good day!

NGO Islam digesa kaji pesta fesyen Rosmah
20 Okt, 10 4:39pm




Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam disaran mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yangdisifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Pesta FesyenIslam atau Islamic Fashion Festival (IFF), lapor Harakahdaily.



Menurut ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada seorang daripada peraga fesyen yang tidak menutup aurat.



"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.



Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Katanya, walaupun dilabelkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaianyang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu."Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" soal Lo' Lo'.





















































































p/s: dulu Islam Hadhari Pak Lah pendekatan lain.. sekarang pendekatan Islam 1Malaysia ke...? Na'udzubiLlah.. Islam itu Indah. Islam adalah Islam. Hanya Allah yang akan selamatkan agamaNya. InsyaAllah.

Read More......

Binatang Kurang Upaya

Salam and good day!



Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih hidupkan kita dan merahmati kita. Moga rahmatNya sentiasa bersama kita, dunia dan Akhirat..Ameen.



Kali ni saya amat berminat nak kongsi satu artikel menarik. Dah lama nak post kan, tapi ada je yang kene didahulukan.. Saya memang peminat dan menyayangi kucing. Kucing adalah binatang kesukaan Rasulullah s.a.w. Semua makhluk Allah berhak untuk disayangi dan dilindungi, hatta seekor anjing. Anjing dan babi Allah ciptakan haram untuk kita makan, iaitu dari segi zatnya sahaja, dari segi hukum jika kita tersentuh binatang tu, maka perlulah di samak (kecuali jika diyakini bulunya dan tangan kita kering). Islam sama sekali melarang kita menzalimi binatang, apatah lagi manusia..


Inilah die Comel.. Comel tak..?

Kucing istimewa ni dipanggil Comel. Bukan saya yang membelanya.. ‘Orang pejabat’ yang membelanya. Al kisahnya, sejarahnya mula-mula ibu si Somel ni, Che Tam dibela di pejabat jadi bodyguard waktu malam. Maklumlah dapur open air yang unik di bahagian belakang selalu menjadi sasaran anasir-anasir luar yang menjengkelkan. Beberapa bulan selepas itu maka lahirlah Comel di pejabat..


Pada mulanya Comel dikenali sebagai Si Capek.. Kasihan pulak dengar nama ni. Walaupun hanya sekadar binatang, kita tiada hak untuk menghinanya. Maka lahirlah nama Comel. Se comel Si Comel ni... Kenapa ya nama Si Capek..?

Perasan tak sesuatu...?

Kuku kaki depannya ada 2 sahaja..

Mintak maaflah gambar-gambar yang diambil kurang berkualiti.. Comel ni susah betul nak di control. Memang kene pegang baru boleh ambik gambar die.. Masa dipegang pun meronta-ronta lagi, suke gigit tangan orang pulak tu...!


Ini gambar kakinya secara dekat.. unik kan? Maha Besar Maha Berkuasa Allah ciptakan makhlukNya. Comel ni kurang stabil sikit bila jalan. Paling takut kalau die nak lompat dari tempat tinggi.. yelah, bimbang cedera pulak sebab takde cengkaman nak mendarat..macam gitulah. Tapi Comel ni redah je, tahan lasak jugaklah. Kite pulak terlebih bimbang.


Sekarang ni tinggal Comel je.. Ibunye Che Tam dah hilang entah ke mana. Maybe dah 'tiada' kot.. Sebelum Che Tam hilang, tuan die bawak ke klinik untuk operate. Rupenye beberapa minggu sebelum tu Che Tam yang disangka mengandung rupaya mengalami bengkak pundi kencing. Memang jarang terjadi kes begini. Jadi terpaksalah Che Tam tu dibedah. Selepas pembedahan berjaya dilakukan, Che Tam pulak menghilang sampai sekarang. Kesian pulak ye.. Comel sekarang tinggal sorang-sorang jaga pejabat. Jadi ‘anak emas’ di pejabat..hehe.


Macam-macam kerenah binatang ni. Percayalah, bila kita bela haiwan kesayangan (terutamanya kucing) kita akan lebih penyayang, banyak sabar, awet muda, release tension, dll. Ada beberapa kajian saintifik yang mengesahkannya. Kene carilah, saya pun dah lupe kene study balik. Apepun, yang penting pahala dan ganjaran dariNya kerana berbuat baik kepada binatang, insyaAllah. Jadi bila kita dah bersedia untuk membela haiwan ni, kene bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan mereka, makan minum, kebersihan, kesihatan,dll. Bukannya nak seronok semata-mata. Peringatan untuk diri sendiri jugak.. :)

Read More......

Adam Lambert vs Maher Zain



Salam and good day!


Adam Lambert




Maher Zain

Esok, 14 Oktober bakal ‘bertembung’ dua budaya dan ikon muzik dunia. Pendek kata, seorang bawa budaya Timur, sorang lagi budaya Barat. Mana satu yang anda pilih? Nak pegi Dewan MBSA atau Stadium Putra Bukit Jalil? Saya antara orang yang frust sebab tak dapat pegi konsert... Konsert mana ya...? Sudah tentulah konsert Maher Zain. Tapi takpe, frust saya bukan frust ‘menonggeng’...(betul ke istilah ni..?)huhu..

Walaupun rasanya konsert Adam Lambert lagi banyak tajaan dan peminat, namun bagi saya penerimaan masyarakat Malaysia terhadap pendatang baru Maher Zain tidak boleh dilekehkan. Pendek kata, fenomena Maher Zain melanda Malaysia ketika ini. Ada beberapa feedback dari blog saya dan beberapa rujukan...ramai mat rock atau peminat muzik ‘hu-ha’ minat Maher Zain..dan bertukar selera halwa telinga mereka. Ini satu perubahan yang baik. Syarikat korporat, radio dan stesen tv pun begitu teruja menerima Maher sebagai tetamu dan model mereka.. Bertuah sungguh die ni..

Bila dengar lagu-lagu Maher Zain ni, memang penuh penghayatan dan perasaan kan..? First time saya diperkenalkan muzik die ni, beberapa bulan lepas dengan lagu Open Your Eyes. Menitis airmata ni sebab kite paham dan sedar semua yang kite miliki ni milik mutlak Allah. Tak perlu pergi jauh-jauh sampai angkasa nak kenal diri kita..cukuplah kita pikir dan faham anugerah yang Allah pinjamkan kepada kita di sekeliling kita,dll. Maher sendiri pernah alami zaman gelap suatu ketika dulu.. gaya hidup bebas, clubbing memang dah terbiasa.. Sampaikan tak ingat macamana nak baca Al-Fatihah.. Sedih betul. Namun, hidayah itu milik Allah. Orang yang diberi hidayah selepas kegelapan insyaAllah akan lebih merasai manisnya iman. Kalau dengar lagu Thank You Allah pasti terasa mesejnya.. Sebab tu Maher sangat tekankan betapa keluarga dan sahabat sekeliling banyak membantu kita untuk menjadi lebih baik dan istiqomah di jalan kebenaran insyaAllah.


Kenapa masih ada lagi artis liar luar negara bolos buat persembahan di negara kita..? Penguatkuasaan tidak tegas? Rasuah berleluasa? Dok rok cetong nak lawan golongan elit tertentu yang inginkan kebebasan...? ops, tak perlu lah cakap banyak.. saya pun bukannye reti sangat pun politik ni.. Tapi sedang mendalami politik..hehe.

Saya paste sekali artikel dari Ketua DPPP, sama-sama kita muhasabah insyaAllah.


Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan
1. Kecewa ! Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru , Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .

2. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat .


3. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan . Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.



4.Persoalannya , kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]

5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .


6. Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi ?


7. Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi . Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka .


8. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar segera membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang timur .


9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .



10. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .

Read More......

Kemalangan Ngeri

12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.
-BERNAMA































Moral:
1- Malang tidak berbau
2- Berhati-hatilah ketika memandu. Jangan kerana kecuaian kita, maka orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa.
3- Bagaimana nak didik pemandu (apa jua jenis kenderaan) supaya berhemah di jalan raya? Hanya Iman dan taqwa mampu mendidik jiwa manusia lebih tenang dan sejahtera.

Gerun rasanya sebab saya baru je balik dari Shah Alam naik bas. Sentiasa berdoa dan mohon perlindunganNya ketika perjalanan agar selamat menuju ke destinasi pergi dan balik InsyaAllah.

Read More......

Tergamak Buang Mayat Suami Tepi Longkang

Salam and good day!


Melaka: Pencarian punca bau busuk yang disangka bangkai tikus oleh seorang penduduk di Kampung Batu 4, Solok Pantai, Batu Berendam, dekat sini, semalam membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas dalam keadaan dibungkus dengan plastik sampah.



Gambar: ANGKAT...mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.



Lebih mengejutkan, mayat mangsa, Abdul Halim Manan, 70, yang juga seorang pembantu kedai makan di Taman Melaka Baru itu, ditemui kira-kira jam 7.30 pagi di kawasan pokok pisang di tepi longkang yang ditutup dengan pelepah kelapa dipercayai diletakkan di situ sejak malam Sabtu lalu.



Penduduk, Mohd Azahari Mohd Zin, 13, berkata dia terkejut dengan penemuan mayat lelaki warga emas berkenaan, tetapi mendakwa ada melihat seseorang meletakkan plastik sampah terbabit di kawasan itu tanpa mengesyaki sesuatu.



Menurutnya, ketika kejadian dia berada di dapur rumahnya dan mendengar bunyi orang berjalan di belakang rumah.



"Saya dengar bunyi orang berjalan di belakang rumah dan mengintai dari belakang pintu. Saya nampak seorang perempuan sedang mengheret satu bungkusan plastik hitam dan meletakkannya di pangkal pokok pisang di tepi longkang.



“Berikutan itu, saya menegurnya dan orang itu hanya jawab dia mahu buang sampah sebelum beredar,” katanya.



Menurutnya, disebabkan rasa ingin tahu, selepas hujan lebat keesokan harinya dia pergi melihat ke tempat wanita itu membuang sampah berkenaan dan melihat ada satu bungkusan plastik hitam ditutupi dengan pelepah kelapa.



“Pagi Ahad lalu saya pergi ke tempat itu dan melihat terdapat satu bungkusan hitam. Saya tidak syak apa-apa ataupun mengusik plastik berkenaan yang kelihatan seperti sampah biasa.



“Pagi tadi (semalam), saya dan datuk (Hamzah Baba, 60) tercium bau yang amat busuk. Datuk arahkan saya mencari sama ada bangkai tikus atau haiwan mati. Saya beritahu datuk bau busuk itu mungkin datang dari bungkusan sampah itu.



“Datuk memeriksa bungkusan plastik itu sebelum mengoyak sebahagiannya menggunakan sabit sebelum dia terperanjat melihat benda seperti kepala manusia,” katanya.



Katanya, datuknya kemudian memberitahu penemuan itu kepada beberapa penduduk kampung sebelum memeriksa dan mendapati ada mayat manusia di dalam plastik terbabit sebelum seorang jiran menghubungi polis.



Sementara itu, Hamzah berkata, beberapa hari sebelum ini dia tidak perasan perkara pelik ataupun terhidu bau busuk mayat mangsa yang dipercayai sudah mati.



“Pagi tadi (semalam) masa keluar rumah kira-kira jam 7.15 pagi untuk menghantar cucu ke sekolah, saya tercium bau amat busuk dan menyangkakan bangkai tikus tetapi tidak sempat mencarinya.



“Sebaik pulang, saya menyuruh cucu pergi mencari dari mana datangnya bau busuk itu sebelum memeriksa bungkusan plastik sampah di kawasan kebun di belakang rumah saya dan mendapati ada mayat di dalamnya,” katanya.



Sementara itu, suasana di kampung terbabit gempar dengan berita penemuan mayat lelaki itu yang tersebar menyebabkan kawasan tempat kejadian dipenuhi orang ramai.



Beberapa jiran mangsa termasuk pemilik rumah sewa nyata terkejut dengan penemuan mayat lelaki itu.



Peniaga kedai runcit, Norlin Alias, 31, berkata tiga hari sebelum penemuan mayat itu, isteri mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kelihatan pelik apabila dilihat mundar-mandir di kawasan tempat kejadian. –hmetro
link SINI.
p/s: Macam-macam berlaku dunia akhir zaman ni. Adakah pompuan tu tak tahu nak kebumi macamana lelaki itu? Atau 'mati akal' nak tutup mayat lelaki itu..? Wallahua'lam.


Read More......

Tarbiyyah Islamiyyah

Salam and good day!





Sumber: Harakahdaily






YB Al Fadhil Ust. Nasarudin Mat Isa ketika memberi
ulasan tajuk Pembentangan 1: PAS dan Tarbiyyah Islamiyah di Masjid Rusila pagi tadi..




MARANG, 2 Okt: Pemuda dan pemudi PAS harus menjadi agen parti untuk menyanggah tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS sebuah gerakan tanpa tarbiah, sebaliknya parti politik semata-mata.


Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara yang membezakan pemuda PAS dengan orang lain ialah tarbiah yang menjadi salah satu sebab orang bukan Islam tertarik dengan parti ini sehingga wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Hasil daripada tarbiah dalaman sehingga menghasilkan ahli yang istiqamah dengan perjuangan parti menyebabkan orang bukan Islam tertarik dengan PAS.


"Sebab itulah daripada kelab penyokong, kini parti mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang menghimpunkan orang bukan Islam yang yakin dengan keikhlasan perjuangan kita," kata beliau ketika menyampaikan ulasan 'Pengukuhan PAS Melalui Tarbiah' di Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda di Masjid Rusila.



Sebelum itu, veteran PAS, Datuk Yahya Othman membentangkan kertas kerja pertama bertajuk 'PAS dan Tarbiah Islamiah'.


Kertas kerja itu menekankan tiga tonggak utama kekuatan pemuda iaitu iman, ilmu dan akhlak.



Nasharudin yang juga ahli Parlimen Bachok juga berkata, sebuah gerakan Islam di luar negara, Hamas turut mengagumi kejayaan PAS menarik orang bukan Islam untuk dekat dengan PAS.



"Sewaktu perjumpaan dengan gerakan-gerakan Islam di peringkat antarabangsa, pimpinan Hamas pernah memberitahu bahawa mereka akan belajar daripada PAS bagaimana untuk menarik orang bukan Islam," katanya.



Justeru pemuda dan pemudi, ujarnya perlu mengekalkan persepsi baik orang bukan Islam terhadap PAS.



"Orang bukan Islam memang meletakkan kepercayaan kepada PAS sehingga tidak takut untuk memberikan derma kepada parti kerana mereka yakin pemimpin PAS tidak menggunakan wang itu untuk kepentingan diri sebaliknya menggunakannya untuk kerja-kerja kebajikan," katanya.


Selain itu katanya, pemuda dan pemudi harus mementingkan ilmu pengetahuan agar perjuangan yang didokong tidak bertunjangkan semangat dan ikut-ikutan semata-mata.



Hari kedua ijtima' pagi tadi dimulakan dengan tafsir surah al-Hujurat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Saya sertakan tentatif penuh program untuk rujukan..

p/s: Ramai sangat orang kat program ni.. Kene mari awal kalau tak memang tak dapat cari parking.. Kene parking jauh nun dari masjid. Terbantut usaha nak pergi daftar kelmarin..

Read More......