"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Adam Lambert vs Maher Zain



Salam and good day!


Adam Lambert




Maher Zain

Esok, 14 Oktober bakal ‘bertembung’ dua budaya dan ikon muzik dunia. Pendek kata, seorang bawa budaya Timur, sorang lagi budaya Barat. Mana satu yang anda pilih? Nak pegi Dewan MBSA atau Stadium Putra Bukit Jalil? Saya antara orang yang frust sebab tak dapat pegi konsert... Konsert mana ya...? Sudah tentulah konsert Maher Zain. Tapi takpe, frust saya bukan frust ‘menonggeng’...(betul ke istilah ni..?)huhu..

Walaupun rasanya konsert Adam Lambert lagi banyak tajaan dan peminat, namun bagi saya penerimaan masyarakat Malaysia terhadap pendatang baru Maher Zain tidak boleh dilekehkan. Pendek kata, fenomena Maher Zain melanda Malaysia ketika ini. Ada beberapa feedback dari blog saya dan beberapa rujukan...ramai mat rock atau peminat muzik ‘hu-ha’ minat Maher Zain..dan bertukar selera halwa telinga mereka. Ini satu perubahan yang baik. Syarikat korporat, radio dan stesen tv pun begitu teruja menerima Maher sebagai tetamu dan model mereka.. Bertuah sungguh die ni..

Bila dengar lagu-lagu Maher Zain ni, memang penuh penghayatan dan perasaan kan..? First time saya diperkenalkan muzik die ni, beberapa bulan lepas dengan lagu Open Your Eyes. Menitis airmata ni sebab kite paham dan sedar semua yang kite miliki ni milik mutlak Allah. Tak perlu pergi jauh-jauh sampai angkasa nak kenal diri kita..cukuplah kita pikir dan faham anugerah yang Allah pinjamkan kepada kita di sekeliling kita,dll. Maher sendiri pernah alami zaman gelap suatu ketika dulu.. gaya hidup bebas, clubbing memang dah terbiasa.. Sampaikan tak ingat macamana nak baca Al-Fatihah.. Sedih betul. Namun, hidayah itu milik Allah. Orang yang diberi hidayah selepas kegelapan insyaAllah akan lebih merasai manisnya iman. Kalau dengar lagu Thank You Allah pasti terasa mesejnya.. Sebab tu Maher sangat tekankan betapa keluarga dan sahabat sekeliling banyak membantu kita untuk menjadi lebih baik dan istiqomah di jalan kebenaran insyaAllah.


Kenapa masih ada lagi artis liar luar negara bolos buat persembahan di negara kita..? Penguatkuasaan tidak tegas? Rasuah berleluasa? Dok rok cetong nak lawan golongan elit tertentu yang inginkan kebebasan...? ops, tak perlu lah cakap banyak.. saya pun bukannye reti sangat pun politik ni.. Tapi sedang mendalami politik..hehe.

Saya paste sekali artikel dari Ketua DPPP, sama-sama kita muhasabah insyaAllah.


Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan
1. Kecewa ! Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru , Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .

2. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat .


3. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan . Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.



4.Persoalannya , kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]

5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .


6. Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi ?


7. Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi . Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka .


8. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar segera membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang timur .


9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .



10. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?