"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Warkah buat anggota polis

Salam and good day!


Tugas polis adalah mulia jika benar-benar
dihayati dan mengikut syariatNya.
-Gambar Hiasan-


Semalam baru je seronok dan bersyukur kerana sambutan yang amat luar biasa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Kehadiran mencecah 80 ribu orang, dan majoriti adalah orang muda. SubhanaLlah! Moga ini merupakan petanda kebangkitan umat Islam dan Melayu khususnya untuk terus bersama-sama menyokong dan mendokong perjuangan Islam. Takbir!


Pagi ni bila saya buka facebook, dikejutkan pula dengan berita mahasiswa dibelasah di UPSI. Adik ke-4 saya (kami 5 beradik kesemuanya, dan saya adalah Kak Long) menuntut di sana juga. Terkedu, terkejut dan hairan bagaimana polis boleh melakukan tindakan sedemikian kepada para mahasiswa yang inginkan keadilan dan kebebasan. Yang pasti, mereka tidak bertindak ganas dan merosakkan harta benda awam. Mereka berkumpul secara aman bagi menyuarakan bantahan dan pandangan mereka. Adakah itu salah? Mereka tidak membawa senjata tajam, apatah lagi untuk 'mencederakan' polis!


Arwah tokki saya (sebelah ibu) adalah seorang polis. Beliau merupakan antara tokoh yang saya kagumi. Arwah tokki amat sayangkan saya (saya dari kecil tinggal bersama tok dan nenek di Kemaman sehinggalah Darjah 3). Saya dididik dengan penuh kasih sayang dan ketegasan. Saya tidak dimanja-manjakan sehingga melampaui batas. Arwah tok jugaklah yang menamakan saya ketika kelahiran saya. Arwah tok seorang polis berpangkat biasa. Namun, seorang yang tegas dan dihormati serta disegani oleh rakan-rakan setugas, malah bos sendiri. Arwah tok berani berdebat dengan bos jika sesuatu keputusan atau tindakan menyalahi etika kepolisan. 


Pernah arwah tok berdebat dan menjawab persoalan bos nya. Bos atuk mempersendakan hukum agama semasa berdebat dengan atuk ketika tu.. Atuk naik angin dan berdebat kembali dengan bos nya. Bos nya yang rasa tercabar kerana dicabar oleh anak buah sendiri mula bertindak di luar kewarasan. Bayangkan, bos atuk mengeluarkan senjata untuk mencederakan atuk! Tak perlulah saya menceritakan selanjutnya... Cuma, saya terkejut dengan tindakan bos nya yang tidak dapat menerima teguran. Pada masa yang sama, meremang bulu roma saya bangga dengan tindakan berani atuk yang bersedia menghadapi ancaman semata-mata tidak rela Islam dihina! Atuk, Along rindu dan sayangkan Atuk!!!! Moga Atuk, nenek dan kesemua orang yang Along sayang yang telah meninggalkan Along berbahagia di salah satu taman syurga..Ameen.. Along juga bakal menyusul walaupun tidak tahu bila, moga kita semua bertemu di syurgaNya kelak.. Ameen..


Saya ingin share satu artikel menarik tugas seorang polis (penguatkuasa undang-undang) yang sebenarnya.. Saya doakan moga polis2 yang bertugas sekarang ni diberikan hidayah agar mereka semua kembali ke pangkal jalan insyaAllah. Hanya Allah yang berkuasa dan mampu membolak-balikkan hati manusia. Semoga, kita semua tetap istiqomah di dalam perjuangan Islam. Biarlah mati di dalam iman dan Islam. insyaAllah. Takbir!




0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?