"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Jumaat yang mulia

Salam and good day!





Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.
(HR Muslim)


Antara amalan yang sunat dilakukan hari JUMAAT adalah:

1) Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat

2) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran surah-surah yang digalakkan untuk dibaca;

    - Malam Jumaat: Surah Yaasin dan Al-Kahfi
    - Waktu Subuh: Surah As-Sajdah dan Al-Insan
    - Selesai solat Jumaat: Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas

3) Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi sunat hari Jumaat.

4) Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.

5) Bersiwak

6) Memakai bau-bau yang  wangi

7) Memakai pakaian serba putih

8) Menyegerakan pergi ke masjid. Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid. Apabila masuk masjid hendaklah solat sunat Tahiyatul Masjid.

9) Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh khatib.

10) Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan sesudah solat Jumaat.

11) Memperbanyakkan amalan sedekah.



InsyaAllah hari ni nak pegi kuliah UAI di Surau Ladang. Moga Allah mempermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Ya Allah, hanya padaMu aku serahkan segala urusanku kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat diriku. Allahu Akbar!



0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?