"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Jadilah Penebar Hidayah, Bukan Penghalang Hidayah

Salam and good day!


Ya Allah.. walaupun aku sering melupakanMu... Namun Engkau tetap setia dan tidak pernah meninggalkanku..

-Gambar Hiasan-


Seringkali kita temukan para mad'u (orang yang didakwah) yang menjauh dari para du'aat(pendakwah). Terkadang sering pula para pendakwah memandang gejala ini sebelah mata. Mereka menyalahkan para mad'u tanpa mereka memuhasabah kesalahan mereka.


Begitu juga dengan diri saya, ketika diri baru disapa hidayah dan tawfiq dari Allah bagi memikul tanggungjawab berdakwah, saya seringkali bersikap keras, bahkan membuat orang menjauhi dakwah yang dilakukan berbanding mendekati Islam.


Sehingga sampai suatu ketika, saya terkesan membaca kalam seorang ulama' yang amat saya sayangi, iaitulah Samahatu As-Syaikh Abd Aziz Ibn Baz RahimahuLLAH. Kata syaikh:


،هذا العصر: عصر الرفق، والصبر، والحكمة، وليس عصر الشدّة. الناس أكثرهم في جهل، في غفلة وإيثار للدنيا، فلا بدّ من الصبر”

ولا بدّ من الرفق؛ حتى تصل الدعوة، وحتى يبلغ الناس، وحتى يعلمو. ونسأل الله للجميع الهداية”. [مجموع فتاوى سماحته 8/376. و 10/91


Maksudnya: “Zaman ini, zaman berlemah-lembut, bersabar dan berhikmah. Bukan lagi zaman “Syiddah” (menggunakan kekerasan), manusia kebanyakannya dalam keadaan jahil, lalai dan mengutamakan dunia.


Maka para pendakwah mestilah bersabar, bersifat lemah-lembut, supaya dakwah kita dapat sampai kepada mereka dan sehingga mereka mengerti. Kami memohon kepada Allah SWT agar memberi hidayah kepada semua. ”(Majmu' Fatwa Ibn Baaz)


Seorang dai'e sepatutnya senantiasa berlemah lembut dalam berbicra dan menunjukkan sikap yang paling baik dan layak dijadikan contoh oleh orang sekelilingya, kerana da'ie yang baik ibarat sebuah 'magnet' yang hidup, yang senantiasa akan menjadikan orang tertarik kepada personaliti dan kebaikan yang ada pada dirinya. Lihatlah bagaimana Rasulullah Shallallahu 'Alayhi Wa Sallam, kemana sahaja baginda pergi, orang-orang tidak akan menyebut tentang baginda, kecuali tenang keelokan peribagi baginda yang agung.


Para da'ie juga perlu menginsafi dan merasakan perasaan yang sama yang dirasakan oleh mad'u nya, kerana tidak semua orang lahir dalam keadaan direzekikan oleh Allah dengan hidayah. Dan Rasulullah Shallallahu 'Alayhi wa Sallam mengambil masa yang lama untuk membentuk peribadi para sahabat, dan baginda tidak sama sekali berputus asa dan mengharapkan perubahan yang drastik, tetapi baginda konsisten dalam mentarbiyah jiwa-jiwa manusia yang ada di sekeliling manusia. Maka para dia'e yang telah merasa manisnya hidayah, jangan sesekali mencemuh, apatah lagi, menghina mad'u yang masih belum direzekikan untuk berkongsi rasa manisnya hidayah sebagaimana yang anda kecapi.


Justeru, marilah kita renungi kembali, sudah benarkah kaedah dakwah kita?Apakah ia akan menjadi sumbar hidaayah dan sumber saham akhirat kita, ataukah kitalah yang menjadi sebab musababnya terhalang hidayah Allah dari seseorang. Mudah-mudahan kita menjadi para penyeru Allah dan bukan menjadi 'tangan-tangan syaitan' yang jusgeru menambahkan lagi kerosakan kepada saudara yang seIman dengan kita. Untuk para da'ie, saya titipkan kata-kata ini, buat diri saya, dan buat kalian agar kita saling insaf:


"Sebahagian manusia, apabila dia mendapati pada dirinya hidayah, ia bersikap keras terhadap mereka yang masih lalai, seolahnya dia telah melupakan keadaan dirinya semasa belum mendapat hidayah. Beringat, berlembut dan berhikmahlah wahai du'aatal Islam!"


Sumber: SINI

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?